Fadhlina – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 07 Sep 2026 08:03:11 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Fadhlina – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Jerebu: Ibu bapa dibenar tidak hantar anak ke sekolah jika bimbang aspek kesihatan https://sabahmedia.com/2026/09/07/jerebu-ibu-bapa-dibenar-tidak-hantar-anak-ke-sekolah-jika-bimbang-aspek-kesihatan/ https://sabahmedia.com/2026/09/07/jerebu-ibu-bapa-dibenar-tidak-hantar-anak-ke-sekolah-jika-bimbang-aspek-kesihatan/#respond Mon, 07 Sep 2026 08:03:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=102983
Read Time:57 Second

BERNAMA

KUALA LUMPUR :Ibu bapa dibenarkan untuk tidak menghantar anak-anak ke sekolah sekiranya bimbang mengenai aspek kesihatan anak mereka susulan situasi jerebu yang melanda negara ketika ini.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata ibu bapa hanya perlu memaklumkan kepada pihak sekolah jika mengambil langkah sedemikian.

“Saya faham kebimbangan ibu bapa melihat keadaan jerebu ketika ini. Kebimbangan ibu bapa kita dengar. Kesihatan dan keselamatan anak-anak tetap menjadi keutamaan dalam setiap tindakan yang kita ambil,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Fadhlina berkata kementerian akan terus memantau bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) yang dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan situasi semasa, khususnya di kawasan terjejas.

Beliau menjelaskan sebarang tindakan diambil adalah berdasarkan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan.

“Apabila IPU melebihi 100, semua aktiviti luar bilik darjah dihentikan. Apabila IPU melebihi 200, sekolah ditutup,” katanya.

Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara (APIMS) pagi ini, Samarahan, Sarawak menjadi satu-satunya kawasan yang merekodkan bacaan sangat tidak sihat, iaitu 226.

Selain itu, sebanyak 40 kawasan di seluruh negara berada pada tahap tidak sihat manakala 24 kawasan merekodkan bacaan sederhana dan dua kawasan pada tahap baik. — BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/09/07/jerebu-ibu-bapa-dibenar-tidak-hantar-anak-ke-sekolah-jika-bimbang-aspek-kesihatan/feed/ 0 102983
Fadhlina buat laporan polis, isu fitnah kaitkan dengan pengetua SMKA Tun Datu Mustapha https://sabahmedia.com/2025/09/10/fadhlina-buat-laporan-polis-isu-fitnah-kaitkan-dengan-pengetua-smka-tun-datu-mustapha/ https://sabahmedia.com/2025/09/10/fadhlina-buat-laporan-polis-isu-fitnah-kaitkan-dengan-pengetua-smka-tun-datu-mustapha/#respond Tue, 09 Sep 2025 23:59:33 +0000 https://sabahmedia.com/?p=80918
Read Time:1 Minute, 4 Second

BERNAMA

KUALA LUMPUR :  Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek membuat laporan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berikutan fitnah yang mengaitkan beliau dengan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha.

Dalam hantaran di Facebook pada Selasa, Fadhlina berkata beberapa individu cuba mengaitkan beliau dengan pengetua sekolah terbabit.

“Akhir-akhir ini, banyak sekali fitnah direkayasa secara liar dan jahat, serta menyebarkan kebencian. Setakat menepis dan menafikan, ternyata tidak menjadi pengajaran.

“Apatah lagi fitnah itu mengaitkan arwah ibu saya yang sudah tiada di dunia ini untuk mempertahankan dirinya. Fitnah yang ditaja secara jahat dan disebarkan telah memberikan implikasi kepada masyarakat,” katanya.

Sebelum ini, dilaporkan pengetua berkenaan, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan semua warden sekolah itu telah ditempatkan sementara di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah sehingga siasatan polis ke atas kes Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir selesai.

Dalam hantaran sama, Fadhlina berkongsi komen warganet yang mendakwa beliau mempunyai hubungan persaudaraan dengan pengetua terbabit.

Beliau menegaskan tindakan undang-undang akan diambil dan berharap perkara itu menjadi pengajaran agar orang ramai tidak membuat spekulasi.

“Hormati keluarga Allahyarham Zara Qairina dan beri ruang kepada proses undang-undang yang sedang berjalan.

“Jika keadilan itu yang kita cari, maka ia harus ditegakkan dengan paksi kebenaran. Sesungguhnya keadilan itu sangat dekat dengan takwa,” katanya.- BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/10/fadhlina-buat-laporan-polis-isu-fitnah-kaitkan-dengan-pengetua-smka-tun-datu-mustapha/feed/ 0 80918