fahmi reza – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 29 May 2025 11:31:57 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png fahmi reza – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Fahmi Reza dihalang masuk Sabah, diarah balik ke ibu negara https://sabahmedia.com/2025/05/29/fahmi-reza-dihalang-masuk-sabah-diarah-balik-ke-ibu-negara/ https://sabahmedia.com/2025/05/29/fahmi-reza-dihalang-masuk-sabah-diarah-balik-ke-ibu-negara/#respond Thu, 29 May 2025 11:29:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=74766
Read Time:48 Second

Kota Kinabalu : Pereka grafik dan aktivis, Fahmi Reza mendakwa dirinya telah dihalang daripada memasuki negeri ini selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) hari ini.

Fahmi menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram Story miliknya memaklumkan, beliau telah diberikan Notis Penolakan Masuk oleh pihak berkuasa sejurus tiba di KKIA.

Selain itu, beliau turut mendakwa larangan itu adalah atas arahan pihak atasan negeri.

Fahmi turut mendakwa bahawa terpaksa berpatah balik ke ibu negara pada hari yang sama selepas menerima notis berkenaan.

Sebelum ini Fahmi telah mencetuskan kontroversi dengan mencipta karikatur didakwa menghina Yang di-Pertua Negeri Sabah ke-11, Tun Musa Aman pada hujung tahun lalu.

Tindakan Fahmi itu menyebabkan kemarahan rakyat Sabah yang dilihat membawa budaya politik luar masuk ke negeri ini.

Berikutan itu, beliau telah ditahan bagi membantu siasatan kes di bawah Akta Hasutan 1948 selepas menerima lebih 30 laporan termasuk berkaitan poster karikatur berbaur penghinaan terhadap Yang di-Pertua Negeri Sabah Ke-11, Tun Musa Aman.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/29/fahmi-reza-dihalang-masuk-sabah-diarah-balik-ke-ibu-negara/feed/ 0 74766
Fahmi Reza dibebaskan, kembali ke Kuala Lumpur https://sabahmedia.com/2025/01/01/fahmi-reza-dibebaskan-kembali-ke-kuala-lumpur/ https://sabahmedia.com/2025/01/01/fahmi-reza-dibebaskan-kembali-ke-kuala-lumpur/#respond Wed, 01 Jan 2025 03:06:30 +0000 https://sabahmedia.com/?p=66304
Read Time:41 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Aktivis dan pereka grafik, Fahmi Reza, telah dibebaskan atas jaminan polis selepas ditahan bagi membantu siasatan di bawah Akta Hasutan 1948.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintenden Sammy Newton, ketika dihubungi pihak media hari ini mengesahkan pembebasan tersebut.

Menurut Sammy, Fahmi dibebaskan kelmarin pada jam 5.30 petang dan kini telah kembali ke Kuala Lumpur.

Penahanan Fahmi dilakukan pada Isnin di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang, Sabah, selepas beliau hadir untuk memberi keterangan berkaitan siasatan ke atas karyanya yang melibatkan pelantikan Tun Musa Aman sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah.

Tindakan itu diambil susulan lebih 30 laporan polis, termasuk mengenai poster karikatur yang didakwa menghina Tun Musa Aman.

Kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 504 Kanun Keseksaan, dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/01/01/fahmi-reza-dibebaskan-kembali-ke-kuala-lumpur/feed/ 0 66304
Fahmi Reza Dicari: Lebih 30 Laporan Polis, Kes Hasutan https://sabahmedia.com/2024/12/30/fahmi-reza-dicari-lebih-30-laporan-polis-kes-hasutan/ https://sabahmedia.com/2024/12/30/fahmi-reza-dicari-lebih-30-laporan-polis-kes-hasutan/#respond Mon, 30 Dec 2024 10:37:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=66182
Read Time:1 Minute, 28 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sabah sedang giat mencari individu berpengaruh media sosial, Fahmi Reza, atas dakwaan menghasut dan mengganggu ketenteraman awam melalui beberapa hantaran di media sosial.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata setakat ini lebih daripada 30 laporan polis telah diterima berkaitan dengan individu tersebut, dan kertas siasatan telah dibuka di bawah Akta Hasutan.

“Kita telah mencari dia (Fahmi) untuk dia bertanggungjawab atas perbuatannya serta memastikan bahawa pihak polis dapat meneruskan siasatan ke atas kes berkenaan.

“Usaha pencarian masih diteruskan dan pihak polis percaya Fahmi masih berada di Sabah,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Jauteh menggesa individu tersebut untuk tampil secara sukarela bagi membantu siasatan.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan orang ramai agar tidak terprovokasi dengan situasi tersebut.

Jauteh juga memaklumkan bahawa beberapa poster hasil karya Fahmi Reza yang didakwa menghasut dan menghina Tuan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman ditampal di beberapa lokasi Kota Kinabalu telah diturunkan sebagai sebahagian daripada siasatan.

“Semua bukti berkaitan telah dirakam untuk tindakan lanjut,” tegas Jauteh.

Sementara itu, sebagai persiapan untuk Karnival Ambang Tahun Baru esok malam (31 Dis), beberapa jalan utama di sekitar Kota Kinabalu akan ditutup.

Jauteh menjangkakan kira-kira 20,000 orang akan menghadiri acara tersebut, yang akan menyebabkan kesesakan jalan raya di pusat bandar.

“Orang ramai dinasihatkan untuk berkongsi kenderaan, datang lebih awal dan parkir di lokasi yang jauh dan berjalan kaki ke kawasan acara,” katanya.

Beliau berkata, lebih 800 anggota polis akan dikerahkan bagi memastikan keselamatan dan kelancaran acara. Kawalan meliputi kawasan dari Tanjung Aru hingga ke Yayasan Sabah.

Katanya, beberapa sekatan jalan raya akan diadakan bagi mengawal orang ramai dan memastikan keselamatan sepanjang program berlangsung.

“Kerjasama daripada semua pihak diperlukan untuk memastikan keamanan dan kelancaran program tersebut,” ujarnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/12/30/fahmi-reza-dicari-lebih-30-laporan-polis-kes-hasutan/feed/ 0 66182
Kehadiran Fahmi Reza di Kota Kinabalu: Provokasi atau Kebebasan Bersuara, soal penduduk Sabah https://sabahmedia.com/2024/12/27/kehadiran-fahmi-reza-di-kota-kinabalu-provokasi-atau-kebebasan-bersuara-soal-penduduk-sabah/ https://sabahmedia.com/2024/12/27/kehadiran-fahmi-reza-di-kota-kinabalu-provokasi-atau-kebebasan-bersuara-soal-penduduk-sabah/#respond Fri, 27 Dec 2024 04:18:02 +0000 https://sabahmedia.com/?p=66027
Read Time:1 Minute, 24 Second

Kota Kinabalu : Kehadiran pereka grafik dan aktivis politik dari Semenanjung, Fahmi Reza di Kota Kinabalu mencetus kerisauan dalam kalangan rakyat di negeri Sabah.

Menerusi hantaran yang dimuat naik Fahmi di Facebooknya beberapa jam lalu menyatakan beliau telah tiba di Kota Kinabalu selain berkongsi sekeping gambar memegang poster provokasi berbentuk penghinaan terhadap Tuan Yang Terutama (TYT) yang baharu, Tun Musa Aman di bangunan Maybank Jalan Pantai.

Berdasarkan tinjauan Sabah Media dikomen milik Fahmi mendapati, rata-rata pengguna Facebook mahu beliau diambil tindakan sewajarnya

Pengguna Facebook, Ibrahim Yussof mahu aktivis itu diharamkan masuk ke negeri ini yang cuba menghasut.

“Patut diharamkan msuk ini orang yang cuba menghasut di negeri sendiri, tiada haknya  mencampuri hal di Sabah,” komennya.

Selain itu, pengguna Kibott Navara turut menyatakan ‘Sangat biadap terhadap orang Sabah.bagi dia borang W’

Turut memberi reaksi terhadap tindakan aktiviti itu Sophia Popie Hans yang menyatakan ‘Provokasi yang memecah belah Sabah. Kalau tidak setuju dengan keputusan ada caranya.. bukan dengan cara maca mini.. orang Sabah cuba dulu berfikir secara rasional bukan dengan emosi yang penuh bisikan-bisikan panas baran yang mau menyerang saja. Saya yakin di sebalik ni.. ada dalang-dalang game mainkan emosi dan fikiran kita’.

Dalam pada itu, pengguna Facebook lain Hj Amin Hj Muin turut meminta pihak berkuasa menggunakan kuasa sewajarnya yang menhina orang Sabah.

“Halau dia keluar, kita ada kuasa Imigresen. Inilah masa untuk menggunakan kepada orang menghina TYT Sabah yang dilantik YDP Agong. PDRM/Imigresen mohon bertindak. Jangan dia hina orang Sabah,” komen beliau.

Terdahulu, Tun Musa Aman dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah ke-11 setelah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dalam satu majlis di Istana Negara pada 17 Disember lalu.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/12/27/kehadiran-fahmi-reza-di-kota-kinabalu-provokasi-atau-kebebasan-bersuara-soal-penduduk-sabah/feed/ 0 66027