FAM – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 12 Feb 2022 03:05:44 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png FAM – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Skuad Harimau Malaya terima undangan aksi persahabatan dari enam negara  https://sabahmedia.com/2022/02/12/skuad-harimau-malaya-terima-undangan-aksi-persahabatan-dari-enam-negara/ https://sabahmedia.com/2022/02/12/skuad-harimau-malaya-terima-undangan-aksi-persahabatan-dari-enam-negara/#respond Sat, 12 Feb 2022 03:05:42 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12134
Read Time:1 Minute, 26 Second

KUALA LUMPUR, — Jendela perlawanan antarabangsa Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) bulan depan dilihat menjadi medan sulung buat ketua jurulatih baharu skuad kebangsaan  Kim Pan Gon untuk menguji kekuatan pasukan menjelang pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2023 pada Jun ini.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Mohd Saifuddin Abu Bakar mengesahkan pada perlawanan persahabatan antarabangsa itu, sebanyak enam negara telah menyatakan minat untuk beraksi menentang skuad Harimau Malaya.

Tanpa mendedahkan negara-negara tersebut, Mohd Saifuddin berkata FAM terlebih dahulu akan mendapatkan pandangan daripada Pan Gon sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan.

“FAM akan umumkan semuanya pasal perlawanan persahabatan semasa sidang media bersama Kim (Pan Gon) nanti. Setakat ini FAM sudah menerima pelawaan dari enam negara tetapi tidak boleh mengulas lanjut.

FAM kena dapatkan keputusan daripada jurulatih sama ada beliau bersetuju atau tidak untuk bermain dan perlawanan-perlawanan mana yang dia nak (daripada kesemua pelawaan),” katanya lapor Bernama,

Jendela perlawanan antarabangsa FIFA bermula dari 21 hingga 29 Mac ini adalah jendela terakhir sebelum pasukan negara menghadapi kempen pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2023.

Media sebelum ini melaporkan pengurus pasukan Thailand Nualphan Lamsam dipetik sebagai berkata  skuad Gajah Perang sedang merancang dua aksi persahabatan masing-masing berdepan Malaysia dan Kyrgyzstan pada Mac.

Mohd Saifuddin yang ditanya mengenai perkara itu bagaimanapun enggan mengulas mengenai laporan tersebut.

Dalam perkembangan berasingan, Mohd Saifuddin menjelaskan skuad Bawah 23 Tahun (B-23) kebangsaan terpaksa berlepas sehari lebih awal menyertai Kejuaraan B-23 Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 di Phnom Penh, Kemboja berikutan permintaan daripada pihak penganjur.

Katanya disebabkan permintaan tersebut, skuad kendalian Ketua Jurulatih Brad Maloney itu yang berlepas ke Kemboja pagi ini terpaksa melupakan hasrat mengadakan aksi pemanas badan menentang Singapura yang dijadual diadakan pada Rabu dan Khamis lepas.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/02/12/skuad-harimau-malaya-terima-undangan-aksi-persahabatan-dari-enam-negara/feed/ 0 12134
Kim Swee Diyakini Mampu Bentuk Sabah FC Setanding Pasukan Lain https://sabahmedia.com/2021/09/11/kim-swee-diyakini-mampu-bentuk-sabah-fc-setanding-pasukan-lain/ https://sabahmedia.com/2021/09/11/kim-swee-diyakini-mampu-bentuk-sabah-fc-setanding-pasukan-lain/#respond Sat, 11 Sep 2021 14:23:01 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6182
Read Time:1 Minute, 39 Second

KOTA KINABALU: Kehadiran bekas Pengarah Teknikal Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Ong Kim Swee bagi membimbing skuad Sabah FC diyakini mampu membentuk sebuah pasukan yang setanding dengan pasukan lain di negara ini.

Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, ia juga merupakan satu langkah serius skuad Sabah FC bagi mengangkat sukan bola sepak di negeri ini ke tahap yang lebih tinggi dan positif.

“SAFA sebagai badan induk bola sepak di negeri ini sangat mengalu-alukan usaha yang diambil Sabah FC.

“Sudah pasti kita yakin dengan kehadiran Kim Swee mampu untuk membentuk sebuah pasukan yang setanding dengan pasukan-pasukan lain di negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan Sabah FC menggunakan khidmat Kim Swee sebagai ketua jurulatih baharunya.

Terdahulu, Kim Swee turut mengadakan perjumpaan dengan Bung Moktar di ibu negara hari ini susulan penerimaan tugas baharunya dengan Sabah FC.

Bung Moktar berkata, sebagai badan induk bolasepak di Sabah, SAFA bertanggungjawab untuk memantau prestasi Sabah FC agar ia tidak tersasar dari matlamat untuk meningkatkan mutu bolasepak di negeri ini.

“Peminat bolasepak mengharapkan Sabah FC sentiasa  menunjukkan pencapaian yang baik dan pada masa yang sama, SAFA juga sejak dari awal penubuhan kelab profesional ini mahu ia terus cemerlang dalam sukan ini.

“Saya juga yakin bahawa Sabah FC mampu mengembalikan kegemilangan bolasepak di Sabah seperti yang pernah dikecapi sebelum ini,” katanya.

Semalam, FAM mengesahkan sudah menerima peletakan jawatan Kim Swee sebagai Pengarah Teknikalnya semalam dan akan memulakan tugas baharu sebagai ketua jurulatih Sabah FC berkuatkuasa 1 Oktober ini.

Setiausaha Agung FAM, Mohd Saifuddin Abu Bakar berkata, pihaknya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Kim Swee atas khidmatnya bersama FAM dan berharap dia berjaya dengan karier baharu dengan Sabah FC.

Minggu lalu, Pengurus pasukan Sabah FC, Marzuki Nasir mengumumkan keputusan kelab itu untuk merehatkan ketua jurulatihnya, Kurniawan Dwi Yulianto berikutan prestasi merudum pasukan dalam saingan Liga Super.

Penolong jurulatih, Burhan Ajui telah dilantik sebagai pengendali sementara pasukan selain melantik jurulatih Jelius Ating sebagai penolong pengurus pasukan.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/11/kim-swee-diyakini-mampu-bentuk-sabah-fc-setanding-pasukan-lain/feed/ 0 6182
Ab Ghani Presiden Baharu MFL https://sabahmedia.com/2021/08/16/ab-ghani-presiden-baharu-mfl/ https://sabahmedia.com/2021/08/16/ab-ghani-presiden-baharu-mfl/#respond Mon, 16 Aug 2021 10:37:47 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4719
Read Time:1 Minute, 50 Second

PETALING JAYA: Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengumumkan Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO), Datuk Ab. Ghani Hassan dipilih sebagai presiden baharu badan pentadbir Liga Malaysia (Liga M) itu bagi menggantikan Datuk Hamidin Mohd. Amin.

Pelantikan itu dibuat menerusi persetujuan Ahli Lembaga Pengarah MFL hasil mesyuarat khas hari ini, selepas menerima surat peletakan jawatan daripada Hamidin bertarikh 12 Ogos lalu.

Ahli Lembaga Pengarah MFL, Joehari Ayub yang mempengerusikan mesyuarat berkenaan secara dalam talian berkata, semua tujuh Ahli Lembaga Pengarah yang bersidang sebulat suara bersetuju dengan pelantikan Ghani.

Joehari berkata, beliau bersama barisan Ahli Lembaga Pengarah MFL menghormati keputusan Hamidin yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) melepaskan jawatan selain percaya Ab Ghani dapat mengisi kekosongan itu dengan baik berdasarkan pengalaman luas dalam pengurusan bola sepak.

“Hamidin mengotakan janjinya yang mana beliau sendiri menyatakan untuk melepaskan jawatan Presiden MFL ketika berucap dalam Kongres FAM ke-57 pada Mac lalu.

“Kami barisan Ahli Lembaga Pengarah MFL mengakui sedih dengan keputusan ini tetapi kita harus menghormati keputusan yang dibuat oleh Hamidin.

“Kami amat berterima kasih di atas segala sumbangan dan komitmen tinggi yang diberikan oleh Hamidin sepanjang menerajui MFL.

“Pemilihan Ab Ghani sebagai Presiden MFL baharu dilihat satu langkah dinamik yang mana beliau sendiri adalah CEO MFL dan lebih arif dalam sistem pengurusan Liga Malaysia ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hamidin dipilih sebagai Presiden MFL selepas Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim melepaskan jawatan selaku Pengerusi MFL pada September 2019.

Sepanjang menjadi Presiden MFL, Hamidin berjaya membawa masuk kembali penaja utama, Telekom Malaysia (TM) selain penaja baharu CIMB Bank yang julung kali menjadi penaja utama saingan Liga Super pada tahun lalu serta berusaha keras memastikan kelangsungan Liga M 2021 selepas kalendar Liga M 2020 terpaksa dipendekkan akibat pandemik COVID-19.

Sementara itu, Ab Ghani pula sudah bersama dalam pengurusan tertinggi MFL sejak 17 April 2019 apabila dipilih menjadi Ahli Lembaga Pengarah MFL.

Beliau kemudian dilantik sebagai CEO MFL pada 1 Mac 2020 yang mana sebelum itu beliau hanya bertindak sebagai pemangku CEO MFL secara sementara pada 1 Disember 2019 susulan peletakan jawatan Kevin Ramalingam.

Dalam perkembangan sama, Joehari memaklumkan bahawa Ahli Lembaga Pengarah MFL akan mengumumkan calon CEO MFL baharu dalam tempoh terdekat bagi menggantikan Ab Ghani.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/16/ab-ghani-presiden-baharu-mfl/feed/ 0 4719