fama – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 22 Jun 2025 03:33:36 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png fama – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 48 pasar tamu Sabah siap dinaik taraf, lonjak ekonomi luar bandar  https://sabahmedia.com/2025/06/22/48-pasar-tamu-sabah-siap-dinaik-taraf-lonjak-ekonomi-luar-bandar/ https://sabahmedia.com/2025/06/22/48-pasar-tamu-sabah-siap-dinaik-taraf-lonjak-ekonomi-luar-bandar/#respond Sun, 22 Jun 2025 03:33:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=75947
Read Time:1 Minute, 49 Second

Sook :  Sebanyak 48 pasar tamu di seluruh negeri Sabah yang terlibat dalam projek naik taraf dan pembinaan baharu kini siap sepenuhnya.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, pelaksanaan projek itu melibatkan peruntukan sebanyak RM15.6 juta daripada Kerajaan Pusat melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

“Sebelum ini para peniaga di sini hanya gunakan meja kayu dan memasang kanvas untuk melindungi daripada kepanasan matahari dan hujan. 

“Saya telah mengenalpasti potensi besar di sini untuk pembangunan kawasan terutamanya dengan pembangunan yang telah dan sedang rancak dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Pasar Tamu Rancangan Belia Tiulon di Sook, di sini baru-baru ini.

Pasar Tamu Rancangan Belia Sook ini mula diwujudkan pada tahun 2021 dengan hanya lapan orang peniaga, dan kini telah berkembang kepada 40 peniaga tetap. 

Penaiktarafan pasar ini yang bermula pada 25 September 2024 telah siap sepenuhnya pada 2 April 2025.

Usaha ini adalah sebahagian daripada inisiatif FAMA dalam memperkukuh jaringan pemasaran hasil tani luar bandar serta menyokong Dasar Jaminan Makanan Negara.

Arthur yang juga Ahli Parlimen Pensiangan berkata, langkah ini merupakan sebahagian daripada inisiatif berterusan kerajaan dalam memperkasa sektor pemasaran hasil pertanian luar bandar, khususnya bagi menyediakan kemudahan yang lebih selesa dan kondusif kepada usahawan tani tempatan.

Katanya, projek tersebut dilaksanakan secara berperingkat, dengan keutamaan diberikan kepada pasar tamu yang dikenal pasti memerlukan pembaikan segera atau tidak lagi sesuai digunakan.

Tambahnya lagi, pelaksanaan projek ini dijangka mampu meningkatkan daya saing produk agro tempatan, selain merancakkan lagi aktiviti ekonomi setempat. 

Menurutnya, majlis yang diadakan di lokasi pasar tamu itu sendiri telah menghimpunkan pelbagai lapisan masyarakat termasuk pemimpin tempatan, pegawai kerajaan dan para usahawan tani dari sekitar kawasan Sook.

Hadir sama Ketua Pengarah FAMA Abdul Rashid Bahri, Pengarah FAMA Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Sarman Sidno serta Pengarah Bahagian Institusi Pasaran FAMA, Mohd. Shahrizan Mansor.

Dengan penaiktarafan ini, pasar tamu kini menawarkan ruang yang lebih kondusif dan sistematik kepada usahawan tempatan untuk menjalankan perniagaan mereka, di samping menjadi tarikan ekonomi mingguan yang berpotensi untuk komuniti setempat. 

“Ia juga diharapkan dapat menggalakkan semangat keusahawanan dan memelihara budaya pasar tradisional yang menjadi identiti masyarakat luar bandar,” tambah Arthur lagi. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/22/48-pasar-tamu-sabah-siap-dinaik-taraf-lonjak-ekonomi-luar-bandar/feed/ 0 75947
FAMA Fest @ Sabah beri manfaat kepada 443 usahawan https://sabahmedia.com/2024/09/01/fama-fest-sabah-beri-manfaat-kepada-443-usahawan/ https://sabahmedia.com/2024/09/01/fama-fest-sabah-beri-manfaat-kepada-443-usahawan/#respond Sun, 01 Sep 2024 12:28:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=60049
Read Time:2 Minute, 1 Second

Keningau : Program Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Fest @ Sabah yang berlangsung selama empat hari berakhir hari ini berjaya memberi manfaat kepada 443 orang usahawan Sabah khususnya di daerah ini.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Arthur Joseph Kurup, program itu telah mensasarkan nilai jualan sebanyak RM250,000 selain mampu menarik seramai 20,000 orang pengunjung.

“Sebanyak lapan lokasi FAMA Fest telah dilaksanakan pada tahun ini dengan bermula di Perak, Sarawak, Negeri Sembilan, Selangor, Pahang, Kelantan, Kuala Lumpur dan kini di Sabah.

“Program FAMA Fest 2024 yang telah dilaksanakan dengan jayanya di tujuh buah negeri itu turut dimeriahkan dengan 459,417 orang pengunjung serta memberi manfaat kepada 808 orang usahawan dengan nilai jualan sebanyak RM8,415,438.84,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutup FAMA Fest 2024 @ Sabah di Bangunan Arked Keningau, Pasar Tani Kekal Keningau, Sabah, di sini, hari ini.

Arthur berkata, pogram itu juga telah  mewujudkan satu platform bagi usahawan FAMA mempromosikan pelbagai hasilan serta perkhidmatan pertanian termasuk keunikan makanan tradisi popular dalam negara.

Katanya, profram itu juga telah memacu pertumbuhan ekonomi tempatan dengan meningkatkan pendapatan usahawan.

Mula dilaksanakan sejak tahun 2017, FAMA Fest telah memberikan manfaat kepada pelbagai pihak, khususnya rakyat yang menerima manfaat penjimatan harga bagi barangan keperluan.

Sejak tahun 2017 hingga 2023, penganjuran FAMA Fest mencatatkan kehadiran 2.2 juta orang pengunjung serta penyertaan 2,180 usahawan dengan nilai jualan RM24 juta.

Pada masa sama, FAMA Fest juga menjadi medan kepada komuniti tempatan bekerjasama mempromosi serta menyokong produk-produk tempatan sekali gus mencipta identiti tersendiri di kawasan masing-masing.

Pada hari ini, orang ramai berpeluang mendapatkan pelbagai produk makanan dengan harga menarik sempena penganjuran FAMA Fest 2024 @ Sabah.

Dimeriahkan dengan 445 lot jualan meliputi sembilan segmen antaranya Jualan Agro MADANI, jualan produk Industri Makanan Asas Tani dan lain-lain. 

FAMA Fest 2024 @ Sabah turut menampilkan pelbagai pengisian program menarik antaranya Jualan Kombo MADANI, jualan promosi buah-buahan tempatan seperti limau bali, durian, bambangan, tarap dan lain-lain dari pelbagai kawasan di Sabah serta cabutan bertuah dengan nilai terkumpul lebih RM10,000 dengan pembelian RM10.00 ke atas secara tanpa tunai melalui program Cashless La Boss.

Terdahulu, beliau turut menyampaikan cek cura Geran Insentif Jabatan Projek Naik Taraf Tamu Mingguan PBT (Pedalaman) dan menyaksikan Majlis Pertukaran Dokumen Mamorandum Persefahaman (MoU) di antara Ketua Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Dengan Ketua Pengarah Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia Bagi Projek Tanaman Nanas Di Daerah Nabawan.- SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/09/01/fama-fest-sabah-beri-manfaat-kepada-443-usahawan/feed/ 0 60049
FAMA bangunkan outlet peruncitan perkukuh rantaian bekalan https://sabahmedia.com/2022/04/03/fama-bangunkan-outlet-peruncitan-perkukuh-rantaian-bekalan/ https://sabahmedia.com/2022/04/03/fama-bangunkan-outlet-peruncitan-perkukuh-rantaian-bekalan/#respond Sun, 03 Apr 2022 10:11:37 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13878
Read Time:1 Minute, 45 Second

KUCHING :  Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah membangunkan banyak outlet peruncitan yang bertujuan memperkukuh rantaian bekalan serta menambah luang pasaran (outlet).

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, ia termasuklah jualan langsung komoditi pertanian dan hasil tani terus kepada pengguna khususnya di kawasan bandar dan pinggir bandar.

Katanya, melalui outlet-outlet ini rantaian pengedaran dapat dipendekkan selain risiko manipulasi pasaran oleh orang tengah dapat dikurangkan.

“Outlet-outlet yang dibangunkan termasuklah dengan kerjasama strategik usahawan peruncitan seperti Rural Transformation Centre (RTC), Pasar Tani Kekal (PTK), Pasar Tani, Gerai Buah-buahan Segar (GBBS), Motosikal Tiga Roda (M3R) dan MyFarm Outlet.

“Selain itu turut dibangunkan adalah My Best Buy, Agrobazaar Kedai Rakyat, AgroBazaar Rakyat (ABR), Agrobazaar K-Shoppe, dan Agrobazaar Online dan salah satu darinya adalah Medan Niaga Satok (MNS) sendiri. Secara keseluruhan terdapat 1,037 outlet-outlet ini diseluruh Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan kerja ke MNS di sini semalam bagi melihat sendiri aktiviti operasi usahawan di MNS.

MNS adalah projek usahasama antara FAMA dengan pihak Kerajaan Negeri Sarawak melalui Kementerian Perumahan Sarawak.

Dr Ronald berkata, FAMA turut membangunkan infrastruktur pemasaran seperti Program Rural Transformation Centre (RTC), MyFarm Outlet, Pasar Tani dan Pasar Tani Kekal.

Katanya, pelbagai program dan aktiviti pemasaran serta jualan diadakan di sini seperti program MyRakyat, Jualan Terus dari Ladang sebagai inisiatif membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat.

“Kerjasama rapat dengan Kerajaan Negeri akan berterusan bagi memastikan MNS akan terus memainkan peranan yang penting dalam pemasaran agromakanan di Sarawak,” katanya.

Kos asas projek adalah sebanyak RM46.6 juta dibina diatas tapak seluas 12.25 ekar di Jalan Matang Petra Jaya, Kuching.

MNS menyediakan 995 lot perniagaan di enam komponen utama iaitu di Blok B (Produk Basah), Blok C (Produk Kering), Blok D (Plaza), Blok E (Gerai Makanan/Minuman), Pasar Borong dan Pasar Minggu dengan jumlah peserta seramai 947 orang.

Pada tahun 2021, MNS mencatat nilai jualan sebanyak RM47.8 juta.

MNS telah menerima peruntukan sebanyak RM7 juta dari pihak Kerajaan Negeri Sarawak bagi kerja pembangunan dan naiktaraf seperti kerja pembinaan parking bertingkat, naik taraf di blok B, C dan D.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/04/03/fama-bangunkan-outlet-peruncitan-perkukuh-rantaian-bekalan/feed/ 0 13878
CDERT FAMA Siapsiaga Hadapi Bencana https://sabahmedia.com/2022/02/15/cdert-fama-siapsiaga-hadapi-bencana/ https://sabahmedia.com/2022/02/15/cdert-fama-siapsiaga-hadapi-bencana/#respond Tue, 15 Feb 2022 08:27:37 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12223
Read Time:2 Minute, 1 Second

PORT DICKSON:  Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) meneruskan kursus CDERT FAMA yang bertujuan meningkatkan tahap kesedaran dan kesiapsiagaan terhadap bencana khususnya dalam kalangan kakitangan FAMA.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, pengurangan risiko bencana merupakan tanggungjawab yang perlu dikongsi bersama dengan semua pihak berkepentingan, membudayakan latihan secara bersepadu, terencana dan berkesinambungan.

Katanya, ia selaras dengan Kerangka Kerja Sendai untuk Pengurangan Risiko Bencana Tahun 2015-2030 yang disepakati oleh 187 negara.

“Usaha MAFI melalui FAMA dalam melaksanakan CDERT adalah bertepatan dan seiring dengan semangat Keluarga Malaysia yang dapat dilihat bahawa tugas serta tanggungjawab dalam menghadapi bencana tidak hanya terletak kepada pasukan penguatkuasa semata-mata.

“FAMA juga telah diperuntukan dana sebanyak RM30 juta di bawah peruntukan Program Rangsangan Ekonomi (PRE) bagi melengkapkan kemudahan logistik dan pusat penyimpanan FAMA di seluruh negara.

“Kelengkapan seperti kemudahan ruang penyimpanan bagi hasil pertanian segar dan proses, kemudahan bilik sejuk dan kenderaan FAMA telah berjaya memantapkan lagi usaha Kerajaan dalam menjamin bekalan makanan negara,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Dr Ronald berkata, FAMA turut dilantik dan diberi tanggunggjawab sebagai penyedia kit makanan kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) untuk disalurkan ke seluruh negara apabila berlaku sesuatu bencana.

“Atas dasar ini, kakitangan FAMA perlu dilatih dan diberikan kemahiran untuk membantu jabatan dan agensi berkuasa awam berkaitan dalam menyalurkan bantuan dan memberikan pertolongan kecemasan kepada kumpulan sasar yang terlibat.

“Latihan ini juga merupakan salah satu elemen yang dapat meningkatkan mutu penyampaian peranan FAMA sebagai agensi pelaksana dalam pemantapan jaminan bekalan makanan semasa krisis dan bencana,” katanya.

Sementara itu, Dr Ronald berkata, CDERT FAMA telah dilaksanakan secara bersiri dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan bagi siri pertama telah bermula pada 29 November 2021.

Katanya, seramai 44 orang kakitangan FAMA telah menjalani latihan asas pertahanan awam selama 56 jam di Institut Latihan FAMA, Port Dickson.

“Diikuti siri kedua dengan penyertaan seramai 34 orang dan kini siri ketiga diadakan dari 13 hingga 18 Februari 2022 dengan penglibatan seramai 163 orang.

“Secara keseluruhan seramai 241 orang kakitangan FAMA telah menganggotai CDERT FAMA ini. Melangkah kehadapan, seramai seribu kakitangan akan menganggotai CDERT FAMA ini pada awal tahun 2023,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Ronald berkata, FAMA sentiasa bersedia memberikan kerjasama sepenuhnya kepada APM bagi sebarang misi bencana dengan menyediakan perkhidmatan dan kemudahan FAMA.

Katanya, pihaknya juga mengalu-alukan panggilan dari APM sekiranya terdapat kakitangan FAMA yang layak untuk menyertai misi bencana bagi memanfaatkan ilmu dan latihan yang telah diperolehi.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/02/15/cdert-fama-siapsiaga-hadapi-bencana/feed/ 0 12223
Agensi Kerajaan Sentiasa Bantu Pengusaha Pertanian Tingkat Hasil Tanaman https://sabahmedia.com/2021/12/30/agensi-kerajaan-sentiasa-bantu-pengusaha-pertanian-tingkat-hasil-tanaman/ https://sabahmedia.com/2021/12/30/agensi-kerajaan-sentiasa-bantu-pengusaha-pertanian-tingkat-hasil-tanaman/#respond Thu, 30 Dec 2021 07:06:40 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10470
Read Time:1 Minute, 11 Second

RANAU : Pengusaha tanaman kopi di daerah ini disaran untuk sentiasa bekerjasama dengan agensi kerajaan berkaitan pertanian bagi membantu mengembangkan industri kopi tempatan ke peringkat lebih tinggi.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, ia termasuklah mendapatkan konsultasi dan nasihat dari Jabatan Pertanian Sabah dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

Katanya, agensi-agensi kerajaan ini sentiasa terbuka untuk memberi nasihat dalam bidang pertanian seterusnya membantu mempertingkatkan lagi pasaran produk kopi di daerah ini.

“Sudah pasti para petani dan pengusaha kopi ini nanti akan beroleh kejayaan namun ia bergantung kepada usaha dan inisiatif mereka untuk mendapatkan nasihat dari agensi-agensi kerajaan.

“Selain itu, saya juga menyeru kepada semua petani dan pengusaha kopi di sini agar memastikan bekalan kopi sentiasa mencukupi agar pasaran produk itu sentiasa berterusan dengan permintaan pengguna,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Mesin Memproses Biji Kopi di Dewan Serbaguna Kampung Toboh Lama di sini semalam.

Hadir sama Pengarah FAMA Ribin Wahid.

Masidi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karanaan berkata, produk kopi menjanjikan pulangan yang cukup lumayan dimana harga borong kini mencecah lebih RM20 bagi sekilogram kopi.

Katanya, tiada keperluan untuk golongan muda berhijrah ke bandar bagi mencari pekerjaan dan mereka boleh menanam kopi di kampung sendiri yang menjanjikan pendapatan yang tinggi.

“Justeru itu, saya berharap penduduk terlibat dapat menyedari bahawa mereka beruntung tinggal di tempat unik selain baik dan ideal untuk penanaman seterusnya pengeluaran kopi,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/30/agensi-kerajaan-sentiasa-bantu-pengusaha-pertanian-tingkat-hasil-tanaman/feed/ 0 10470
FAMA & AORB Group Meterai MoU https://sabahmedia.com/2021/12/17/fama-aorb-group-meterai-mou/ https://sabahmedia.com/2021/12/17/fama-aorb-group-meterai-mou/#respond Fri, 17 Dec 2021 10:34:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10017
Read Time:2 Minute, 3 Second

KUALA LUMPUR : Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mengorak langkah proaktif dengan memperluaskan lagi skop pemasarannya menerusi Perjanjian Memorandum Persefahaman (MoU) antara FAMA Corporation Sdn. Bhd. (FAMACorp.) dengan Syarikat Alpha Ocean Resources Berhad (AORB) Group.

FAMA dalam satu kenyataan berkata, FAMACorp. merupakan anak syarikat kepada FAMA, sebuah agensi pemasaran di bawah MAFI.

Syarikat ini telah diperbadankan pada 15 Ogos 1994 dan berperanan antara lainnya sebagai pemangkin supaya pemasaran komoditi, produk keluaran pertanian dan industri asas tani dapat berkembang di dalam dan luar negara yang seterusnya mampu meningkatkan daya saing usahawan ke peringkat yang lebih baik.

Manakala AORB Group merupakan Pengusaha Kapal Tuna berdaftar dengan Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) dan kini mempunyai 4 buah kapal C3 yang berlesen, dan tahun hadapan bilangan kapal yang berlesen akan bertambah memandangkan AORB telah diluluskan permit sebanyak 16 unit.

Pada tahun 2022, melalui kerjasama ini, FAMA dijangka boleh membekal kepada 60 buah kapal C3 yang beroperasi ke Lautan Hindi, dengan nilai potensi perbekalan produk agromakanan oleh FAMA sebanyak RM3 juta atau RM50 ribu/kapal.

AORB Group yang berpengkalan di Pelabuhan Batu Maung, Pulau Pinang telah menyatakan hasrat untuk bekerjasama dengan FAMA bagi urusan perbekalan keperluan barangan makanan (sayur/buah/runcit dan pelbagai) bagi keperluan operator-operator kapal penangkapan ikan tuna di Lautan Hindi.

Pada 2 November lalu, FAMACorp. telah membuat pra perbekalan stok bekalan makanan kepada AORB Group berjumlah RM 35,000 kepada dua buah kapal tuna (IBU WIRA 1 & IBU WIRA 2).

Stok bekalan makanan ini melibatkan 56 Stock Keeping Unit (SKU). Perbekalan stok makanan melalui pusat borong FAMACorp. Bukit Mertajam ini akan memberikan manfaat kepada usahawan tempatan.

Menyedari akan potensi dan faedah yang akan diperolehi bersama dalam kolaborasi strategik ini di bawah rangka kerja persahabatan, FAMACorp. dan AORB telah menjalinkan kerjasama strategik melalui MoU dalam pembekalan keluaran pertanian dan bekalan makanan bagi kepentingan bersama.

Antara skop kerjasama FAMACorp. dan AORB Group termasuk memudahcara pembekalan stok makanan melalui apa-apa kaedah, luang, platform dan seumpanya selain mewujudkan platform perkongsian maklumat dalam bidang pembekalan stok makanan, logistik serta aspek teknikal.

Selain itu, ia juga dapat memberikan mana-mana pihak terutamanya usahawan FAMACorp. usahawan AORB Group akses kepada bekalan dan pengeluaran makanan serta apa-apa bentuk jalinan kerjasama yang boleh memberikan manfaat kepada kedua-belah pihak.

MoU berkenaan telah ditandatangani oleh Faidz Afizi Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif FAMA Corporation Sdn. Bhd. dan Simon Pua, Pengarah Eksekutif Syarikat Alpha Ocean Resources Berhad serta telah disaksikan oleh Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee, Menteri Pertanian dan Industri Makanan.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/17/fama-aorb-group-meterai-mou/feed/ 0 10017
Naiktaraf Pasar Tamu Beluran Siap Pertengahan Mei 2022 https://sabahmedia.com/2021/10/17/naiktaraf-pasar-tamu-beluran-siap-pertengahan-mei-2022/ https://sabahmedia.com/2021/10/17/naiktaraf-pasar-tamu-beluran-siap-pertengahan-mei-2022/#respond Sun, 17 Oct 2021 10:58:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7601
Read Time:2 Minute, 40 Second

BELURAN : Projek naiktaraf Pasar Tamu di Beluran dijangka siap pada pertengahan Mei 2022 di bawah peruntukan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) berjumlah RM746,000.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, penaiktarafan Pasar Tamu tersebut akan memberi manfaat kepada 170 peserta sedia ada dan sekaligus dapat memberi keselesaan kepada peserta dan pengunjung di daerah Beluran.

“Setelah siap dinaiktaraf, pentadbirannya akan diserahkan kepada Majlis Daerah Beluran. penaiktarafan Pasar Tamu ini juga akan meningkatkan pendapatan mereka sekaligus menjadi saluran pasaran produk agromakanan bagi membantu pengusaha kecil memasarkan hasil keluaran sendiri.

“Sehingga kini,  Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah menaiktaraf dua buah Pasar Tamu di Sabah iaitu Pasar Tamu Sook, Keningau dan Pasar Tamu Kudat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan selepas mengadakan tinjauan dan seterusnya menyempurnakan pecah tanah Projek Naiktaraf Pasar Tamu Beluran disini hari ini.

Hadir sama, Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Negeri Sabah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Labuk, Samad Jambri, Ketua Pengarah FAMA Dato’ Zainal Abidin Yang Razalli dan Pengarah Bisnes Sektor Awam NAFAS Saripol Baharin Karim,

Dr Ronald berkata, bagi Pasar Tamu Kunak masih lagi di dalam proses pembinaan dan dijangka siap pada Mac 2022.

Katanya, selain kerjasama dengan pihak Majlis Daerah Beluran untuk menaik taraf Pasar Tamu, pihak FAMA juga dalam proses membangunkan sebuah Medan Gerai Buah-Buahan Segar di kawasan ini.

Tambahnya, projek menaiktaraf Pasar Tamu adalah sebahagian daripada program pengukuhan rangkaian peruncitan Pasar Tamu di Sabah dan Sarawak dengan matlamat untuk mentransformasikan Pasar Tamu tanpa menghilangkan identiti keunikannya.

“Dalam tempoh RMKe-11, MAFI melalui FAMA memperuntukkan RM9.5 juta untuk membangunkan program Pengukuhan Rangkaian Peruncitan Pasar Tamu di Sabah dan Sarawak bermula tahun 2016.

“Sehingga September 2021, sembilan lokasi Pasar Tamu telah dinaiktaraf iaitu empat lokasi Pasar Tamu telah beroperasi, manakala lima lokasi Pasar Tamu masih di peringkat pembinaan termasuk Pasar Tamu Beluran,” katanya.

Katanya, di bawah RMKe-12, FAMA telah mengenalpasti tapak Pasar Tamu Tuaran di Sabah sebagai lokasi untuk dinaiktaraf pada tahun 2022 yang juga telah mendapat persetujuan daripada pihak Majlis Daerah Tuaran.

“Pembangunan Pasar Tamu ini merupakan sebahagian daripada fungsi FAMA dalam memperkasakan pemasaran hasilan pertanian melalui pembangunan outlet pemasaran kekal bagi memudahkan urusan antara usahawan dan pengunjung serta pihak berkuasa tempatan.

“Pembangunan outlet pemasaran kekal sebegini oleh FAMA adalah penting dan keberkesanannya juga dapat dilihat semasa tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di mana outlet-outlet ini telah dibenarkan beroperasi sebagai ‘Pasar Segar Terkawal’ (PST) mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh MKN bagi memastikan kelangsungan bekalan dan mempercekapkan pengedaran makanan negara,” katanya.

Pada masa yang sama, memandangkan tiada lagi negeri berada di Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN) selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik sebelum ini, maka Pasar Tani di seluruh negara juga dapat beroperasi semula.

Menurut Dr Ronald, setakat ini sebanyak 208 daripada 312 Pasar Tani di seluruh negara telah mula beroperasi dan selebihnya akan dilaksanakan secara berperingkat sehingga akhir tahun ini dengan mengadaptasi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Pembukaan semula semua Pasar Tani sahaja di seluruh negara akan memberi manfaat kepada lebih 9,000 usahawan yang dijangka mampu menjana nilai jualan sehingga RM110 juta serta memberi peluang kepada 2.5 juta pelanggan mendapatkan produk agromakanan yang ditawarkan.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/17/naiktaraf-pasar-tamu-beluran-siap-pertengahan-mei-2022/feed/ 0 7601
Akta FAMA Akan Dipinda Bagi Perluas Skop Terhadap Pemasaran Komoditi Ternakan https://sabahmedia.com/2021/08/07/akta-fama-akan-dipinda-bagi-perluas-skop-terhadap-pemasaran-komoditi-ternakan/ https://sabahmedia.com/2021/08/07/akta-fama-akan-dipinda-bagi-perluas-skop-terhadap-pemasaran-komoditi-ternakan/#respond Sat, 07 Aug 2021 05:52:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4211
Read Time:1 Minute, 33 Second

KOTA KINABALU : Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) bakal membuat pindaan kepada Akta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) 1965 (Akta 141) untuk memberikan kuasa kepada agensi itu mengedar dan memasarkan komoditi ternakan dalam pasaran negara.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee berkata, pindaan itu akan dibawa ke sidang Parlimen bagi memperluaskan lagi skop FAMA terhadap pemasaran komoditi dan produk ternakan menerusi rantaian pemasarannya yang luas.

“Ketika ini, Akta 141 mempunyai bidang kuasa yang terhad yang mana tafsiran keluaran pertanian (agricultural produce) dalam seksyen 1A hanya memperuntukkan keluaran pertanian tertentu dan tidak termasuk komoditi ternakan.

“FAMA juga akan mengambil peranan untuk turut mengedarkan komoditi ternakan serta menstabilkan rantaian bekalan bagi memastikan bekalan ternakan sentiasa berada di dalam pasaran serta rantaian bekalannya tidak terganggu,” katanya

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas meninjau pelaksanaan kerja membina Pusat Pemprosesan Buah-Buahan Sabah dan Penyampaian Sumbangan MAFI Prihatin di Pejabat FAMA Negeri Sabah disini pagi tadi.

Hadir sama, Pengarah FAMA Negeri Sabah Ribin Wahid.

Ronald Kiandee dalam sidang media selepas meninjau pelaksanaan kerja membina Pusat Pemprosesan Buah-Buahan Sabah dan Penyampaian Sumbangan MAFI Prihatin di Pejabat FAMA Negeri Sabah disini pagi tadi. FOTO IHSAN MAHA

Dalam pada itu, Dr Ronald berkata, Pusat Pemprosesan Buah-Buahan Sabah yang dijangka siap pada bulan Ogos 2022 ini adalah sebahagian daripada Pelan Perancangan Pembangunan Kompleks Pemasaran FAMA @ KKIP (2021 – 2025).

Katanya, pembinaan itu melibatkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM5 juta.

“Pusat ini juga dijangka mampu memproses 1,500 tan metrik durian, 288 tan metric kelapa, 240 tan metrik nanas MD2, 960 tan metrik sayuran kobis menjelang tahun 2025 bagi pasaran tempatan dan eskport.

“MAFI melalui FAMA sentiasa memberikan perhatian khusus terhadap aspek pemasaran keluaran hasil pertanian selaras dengan penekanan yang akan diberikan dalam Dasar Agromakanan Negara 2.0 (DAN 2.0) untuk memperkukuh akses pasaran bagi hasil keluaran permintaan tinggi dan berorientasikan eksport,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/07/akta-fama-akan-dipinda-bagi-perluas-skop-terhadap-pemasaran-komoditi-ternakan/feed/ 0 4211
FAMA Sabah Agih 100 Bakul Makanan Kepada Penduduk Terjejas PKPD & Petugas Barisan Hadapan https://sabahmedia.com/2021/07/18/fama-sabah-agih-100-bakul-makanan-kepada-penduduk-terjejas-pkpd-petugas-barisan-hadapan/ https://sabahmedia.com/2021/07/18/fama-sabah-agih-100-bakul-makanan-kepada-penduduk-terjejas-pkpd-petugas-barisan-hadapan/#respond Sun, 18 Jul 2021 06:26:54 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3205
Read Time:54 Second

KOTA BELUD : Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Sabah mengagihkan sebanyak 100 bakul makanan kepada penduduk terjejas di dua lokaliti Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) disini.

Sumbangan menerusi program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) MAFI Prihatin itu disampaikan Ahli Lembaga Pengarah FAMA Datuk Japlin Akim membabitkan PKPD Kampung Nahaba dan Kampung Jawi Jawi Kota Belud.

Selain agihan kepada penduduk terlibat PKPD, FAMA Sabah turut mengagihkan bakul makanan berupa barangan segar kepada petugas barisan hadapan yang bertugas.

Pelaksanaan program ini adalah selaras dengan kempen lebihkan makan buah-buahan dan sayuran tempatan yang mana dapat meningkatkan imunisasi badan dan sumber vitamin yang diperlukan untuk melawan penyakit.

Japlin ketika ditemui berkata, sumbangan ini adalah sebagai keprihatinan MAFI dan FAMA Sabah kepada penduduk kampung yang terkesan akibat pelaksanaan PKPD.

“Saya ucapkan terima kasih kepada FAMA dibawah program MAFI Prihatin kerana memberikan bantuan ini.

“Kita berharap dalam masa singkat ini pandemik ini akan dapat dikawal dan saya berharap masyarakat kampung yang terlibat dalam PKPD akan mematuhi setiap arahan yang dijkeluarkan oleh pihak penguatkuasa terutama dalam mengawal SOP masing-masing,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/18/fama-sabah-agih-100-bakul-makanan-kepada-penduduk-terjejas-pkpd-petugas-barisan-hadapan/feed/ 0 3205
Petugas PPV Kota Belud Terima Sumbangan MAFI Prihatin https://sabahmedia.com/2021/07/03/petugas-ppv-kota-belud-terima-sumbangan-mafi-prihatin/ https://sabahmedia.com/2021/07/03/petugas-ppv-kota-belud-terima-sumbangan-mafi-prihatin/#respond Sat, 03 Jul 2021 08:23:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2440
Read Time:1 Minute, 7 Second

KOTA BELUD : Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Sabah terus melaksanakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) menerusi MAFI Prihatin.

Program MAFI Prihatin kali ini memberi tumpuan kepada kira-kira 70 petugas barisan hadapan yang bertugas di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Tun Said disini kelmarin.

Majlis penyerahan sumbangan disempurnakan Ahli Lembaga Pengarah FAMA Datuk Japlin Akim dan turut dihadiri Pengarah FAMA Sabah Ribin Wahid.

Japlin berkata, menerusi program tersebut, MAFI menerusi FAMA Sabah mengagihkan produk keluaran FAMA seperti buah-buahan dan sayuran segar kepada petugas yang terlibat di PPV berkenaan.

Katanya, program tersebut telah memberi manfaat kepada petugas barisan hadapan di Wilayah Persekutuan Labuan dan empat PPV dengan anggaran peruntukan RM21,000.

“Ini adalah sebagai sebagai tanda terima kasih penghargaan kami terhadap petugas barisan hadapan khususnya para doktor, jururawat dan juga petugas barisan hadapan yang lain.

“Kita sama-sama berdoa semoga penurunan kadar jangkitan ini berterusan dan terus bekerjasama melandaikan jangkitan wabak ini,” katanya.

Dalam pada itu, Japlin turut menyokong penuh Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini.

“Nilai keseluruhan RM150billion pasti dalam dimanfaatkan untuk kesemua tiga fokus utama PEMULIH iaitu meneruskan agenda prihatin rakyat, menyokong perniagaan dan meningkatkan vaksinasi.

“Selain itu, banyak lagi manfaat lain khas untuk rakyat dari pelbagai kategori pasti mampu membantu,”katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/03/petugas-ppv-kota-belud-terima-sumbangan-mafi-prihatin/feed/ 0 2440