farmasi – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 26 Aug 2024 04:38:46 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png farmasi – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Ahli Farmasi main peranan pastikan keselamatan, integriti ubat patuhi piawaian https://sabahmedia.com/2024/08/26/ahli-farmasi-main-peranan-pastikan-keselamatan-integriti-ubat-patuhi-piawaian/ https://sabahmedia.com/2024/08/26/ahli-farmasi-main-peranan-pastikan-keselamatan-integriti-ubat-patuhi-piawaian/#respond Mon, 26 Aug 2024 04:38:46 +0000 https://sabahmedia.com/?p=59665
Read Time:1 Minute, 22 Second

Kota Kinabalu : Ahli Farmasi khususnya penguatkuasa memainkan peranan penting dalam memastikan keselamatan dan integriti ubat serta suplemen kesihatan mematuhi piawaian kualiti dan peraturan yang tertinggi.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) Datuk Dr Asits Sanna berkata, ketika ini berlaku peningkatan dalam penyebaran maklumat yang salah mengenai ubat dan suplemen di platform media sosial seperti TikTok.

Dr Asits Sanna

Katanya, banyak kandungan tidak tepat dari segi perubatan dan mungkin tidak mematuhi piawaian peraturan yang ditetapkan.

“Ahli farmasi penguatkuasa perlu mengatasi masalah ini dengan mendidik orang ramai tentang cara mendapatkan maklumat yang sahih daripada profesional kesihatan yang berkelayakan.

“Mereka juga penting dalam memastikan semua suplemen dan ubat didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan serta memverifikasi kesahihan tuntutan dalam talian. Ini termasuk memantau media sosial dan platform dalam talian lain untuk mengenal pasti dan menangani maklumat yang mengelirukan atau palsu.

“Selain itu, ahli farmasi penguatkuasa membantu Kementerian Kesihatan dalam memerangi penjualan ubat dan suplemen secara haram dalam talian, memastikan produk ini digunakan dengan selamat dan berkesan melalui pengawasan terhadap amalan yang tidak mematuhi peraturan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Farmasi Negeri Sabah kali ke-35 di sini baru-baru ini.

Dr Asits berkata, kewaspadaan berterusan ini adalah penting dalam melindungi kesihatan awam dan mengekalkan kepercayaan dalam produk farmaseutikal. 

Dalam pada itu, beliau mencadangkan Universiti Malaysia Sabah (UMS) untuk mempertimbangkan penubuhan Fakulti Farmasi.

Katanya, dengan adanya hospital pengajar di UMS yang akan dilengkapi dengan teknologi moden,UMS mempunyai  infrastruktur yang mencukupi untuk menyokong Fakulti Farmasi.

“Inisiatif ini akan melatih lebih ramai anak Sabah untuk menjadi ahli farmasi, mengukuhkan hubungan dengan komuniti tempatan mereka dan mengurangkan kadar pertukaran keluar,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO JKNS

]]>
https://sabahmedia.com/2024/08/26/ahli-farmasi-main-peranan-pastikan-keselamatan-integriti-ubat-patuhi-piawaian/feed/ 0 59665
JKNS Komited Beri Layanan Terbaik Kepada Pesakit https://sabahmedia.com/2021/11/20/jkns-komited-beri-layanan-terbaik-kepada-pesakit/ https://sabahmedia.com/2021/11/20/jkns-komited-beri-layanan-terbaik-kepada-pesakit/#respond Sat, 20 Nov 2021 02:00:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8631
Read Time:1 Minute, 6 Second

KOTA KINABALU : Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) akan sentiasa komited untuk memberikan layanan yang terbaik kepada pesakit.

Pengarah JKNS Datuk Dr Rose Nani Mudin berkata, jabatan itu juga akan sentiasa mengamalkan nilai-nilai budaya korporat sebagai penjawat awam.

“JKNS juga akan memastikan bekalan ubat tidak terputus untuk pesakit.

“Adalah dinasihatkan supaya pesakit menggunakan ubat yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan sebaik mungkin dan mengelakkan pembaziran,” katanya dalam kenyataan disini semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan berita sebuah portal pada 18 November lalu yang bertajuk ‘Hospital di Sabah kurangkan ubat kerana bekalan kurang’.

Katanya, usaha permohonan peruntukan dan perolehan stok ubat dilakukan secara berterusan untuk memastikan kesinambungan stok.

“Pada masa ini bekalan ubat adalah mencukupi untuk tahun 2021, namun bagi memastikan semua pesakit mendapat ubat mereka, kaedah pengagihan ubat kepada individu diubah.

“Ia termasuklah strategi dari pemberian bekalan ubat untuk tempoh satu atau tiga bulan kepada pemberian ubat untuk tempoh dua minggu bagi setiap pesakit. Ini untuk memastikan tiada pesakit yang tidak mendapat ubat,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Rose Nani berkata, Perkhidmatan Farmasi Pandu Lalu ‘Drive Thru’ turut disediakan di tujuh fasiliti kesihatan di negeri Sabah.

“Untuk daerah Kota Kinabalu, terdapat Farmasi Pandu Lalu di Hospital Queen Elizabeth, Klinik Kesihatan UTC Kota Kinabalu dan Klinik Kesihatan Putatan yang mana ini dapat memudahkan pesakit untuk mendapatkan ubat,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/20/jkns-komited-beri-layanan-terbaik-kepada-pesakit/feed/ 0 8631