fasa3 – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 19 Oct 2021 08:27:29 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png fasa3 – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Perkhidmatan Bas Dibenarkan Beroperasi Dengan Kapasiti 75 Peratus Penumpang https://sabahmedia.com/2021/10/19/perkhidmatan-bas-dibenarkan-beroperasi-dengan-kapasiti-75-peratus-penumpang/ https://sabahmedia.com/2021/10/19/perkhidmatan-bas-dibenarkan-beroperasi-dengan-kapasiti-75-peratus-penumpang/#respond Tue, 19 Oct 2021 08:27:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7683
Read Time:1 Minute, 18 Second

KOTA KINABALU : Perkhidmatan bas ekspress dan bas henti-henti dibenarkan beroperasi dengan kapasiti 75 peratus penumpang selepas Sabah beralih fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) dari Fasa 2 ke Fasa 3 bermula semalam.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, ia termasuk bas pekerja, bas sekolah, bas pelancongan dan keretapi turut dibenarkan beroperasi.

“Kerajaan turut membenarkan perkhidmatan teksi atau e-hailing mengambil penumpang mengikut kapasiti kenderaan iaitu hanya empat orang termasuk pemandu.

“Manakala hanya tiga orang sahaja wakil isi rumah bagi individu yang belum lengkap divaksin dibenarkan keluar hanya untuk mendapatkan bekalan makanan, ubat, penokok diet dan keperluan asas,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Masidi berkata, bagi bot – bot nelayan di perairan ESSZONE yang berdaftar dengan Jabatan Perikanan hanya dibenarkan melakukan pergerakan  dari jam 6 pagi hingga 6 petang (hanya di jeti-jeti yang dibenarkan sahaja).

Katanya, kebenaran itu tertakluk kepada permit yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Daerah berkenaan.

“Pergerakan kapal Non-Convention Ships (NCS) Indonesia dan Filipina yang memasuki perairan ESSZONE, Sabah, Malaysia dan semua Kapal NCS Malaysia dari perairan ESSZONE ke Filipina dan Indonesia bagi aktiviti barter trade dan transhipment adalah dibenarkan dari jam 6 pagi hingga 6 petang.

“Kapal pengangkut ikan Indonesia ke Tawau turut dibenarkan dari jam 6 pagi hingga 6 petang,” katanya.

Tambahnya, bagi pergerakan perkhidmatan feri/bot komersil seperti berikut Feri Penumpang, Bot Penumpang dan Feri Kenderaan (Roro ferry) turut dibenarkan beroperasi dengan 75 peratus kapasiti penumpang.

“Bagi Feri Kenderaan, muatan kenderaan adalah mengikut kapasiti sebenar feri berkenaan. Masa operasi adalah dari jam 6 pagi hingga 8 malam,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/19/perkhidmatan-bas-dibenarkan-beroperasi-dengan-kapasiti-75-peratus-penumpang/feed/ 0 7683
Murid Prasekolah & Tadika Dibenarkan Hadir Ke Sekolah https://sabahmedia.com/2021/10/19/murid-prasekolah-tadika-dibenarkan-hadir-ke-sekolah/ https://sabahmedia.com/2021/10/19/murid-prasekolah-tadika-dibenarkan-hadir-ke-sekolah/#respond Tue, 19 Oct 2021 06:28:19 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7670
Read Time:56 Second

KOTA KINABALU : Sabah membenarkan murid prasekolah dan tadika hadir ke sekolah  tanpa penggiliran bagi mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka sejajar dengan peralihan fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) dari Fasa 2 ke Fasa 3 bermula semalam.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Dtauk Seri Masidi Manjun berkata, pengoperasian sekolah itu juga tertakluk kepada arahan semasa oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

“Selain itu, kelas tuisyen, kelas muzik,kelas tarian, kelas seni, kelas mengaji berbayar, kelas bahasa berbabyar dan sebagai turut dibenarkan beroperasi secara bersemuka.

“Pengoperasian bagi kelas-kelas ini adalah dengan penggiliran serta 50 peratus kapasiti kelas,” katanya dalam kenyataan disini semalam.

Masidi berkata, bagi fasiliti sukan, kanak-kanak berusia di bawah 12 tahun yang ditemani oleh ibubapa yang lengkap divaksin dan remaja berusia 12 hingga 18 tahun yang sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin turut dibenarkan menggunakan fasiliti sukan.

Katanya, penganjuran kejohanan, pertandingan serta acara sukan massa dibenarkan dengan kebenaran Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

“Penyertaan bagi penganjuran sukan adalah terhad dengan penyertaan tidak melebihi 250 orang dan telah lengkap divaksin.

“Tempoh masa aktiviti dilakukan bermula 6 pagi hingga 8 malam,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/19/murid-prasekolah-tadika-dibenarkan-hadir-ke-sekolah/feed/ 0 7670