Fasiliti – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 28 Apr 2025 13:45:34 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Fasiliti – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Fasiliti baharu galak pelaburan dan perkasa ekonomi Papar https://sabahmedia.com/2025/04/28/fasiliti-baharu-galak-pelaburan-dan-perkasa-ekonomi-papar/ https://sabahmedia.com/2025/04/28/fasiliti-baharu-galak-pelaburan-dan-perkasa-ekonomi-papar/#respond Mon, 28 Apr 2025 13:39:58 +0000 https://sabahmedia.com/?p=72839
Read Time:2 Minute, 14 Second

Oleh Normimie Diun

PAPAR: Usaha memperkasa pembangunan ekonomi dan sosial di daerah Papar terus diperkasakan dengan perasmian Majestic Ballroom di Parklane City, Benoni, di sini, hari ini. (28 April)

Majlis perasmian disempurnakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali. Turut hadir ialah Pemaju Parklane City dan Pengarah Urusan WSG Group, Datuk Susan Wong, Ketua Pegawai Eksekutif 10 Star Cinema Sdn Bhd Onn Norshal Hamzah dan Pelakon, Pengarah, Penulis dan Penerbit televisyen Malaysia,  Ahmad Idham Ahmad Nadzri.

Armizan yang juga Ahli Parlimen Papar berkata pembukaan Majestic Ballroom, yang beroperasi seiring dengan 10 Star Cinemas, akan memberi alternatif baharu kepada masyarakat setempat untuk penganjuran pelbagai acara seperti majlis perkahwinan dan program-program komuniti.

“Saya amat mengalu-alukan inisiatif ini. Kehadiran Majestic Ballroom melengkapkan ekosistem kemasyarakatan dan hospitaliti di Papar. Ia menyediakan pilihan venue yang lebih dekat dan kos efektif berbanding penganjuran acara di Bandaraya Kota Kinabalu,” katanya ketika ditemui media selepas merasmikan majlis tersebut.

Menurut beliau, fasiliti seperti ini juga menjadi pemangkin penting dalam usaha membangunkan Papar sebagai hab pelancongan baharu di Sabah.

“Dalam membangunkan sektor pelancongan, kita tidak boleh hanya bergantung kepada produk pelancongan semata-mata. Ia perlu dilengkapkan dengan ekosistem yang merangkumi kemudahan penginapan, penganjuran acara, makanan dan minuman serta hiburan. Majestic Ballroom, bersama-sama pembangunan hotel bertaraf lima bintang seperti InterContinental Resort di Melinsung dan projek hotel di Kinarut, melengkapkan usaha ini,” jelasnya.

Armizan turut menyatakan bahawa dengan adanya kemudahan seperti ini, pelbagai pihak termasuk usahawan kecil setempat akan mendapat manfaat, khususnya dalam penyediaan perkhidmatan seperti katering, hiasan majlis, penyewaan peralatan dan lain-lain.

Selain itu, beliau menekankan bahawa kewujudan 10 Star Cinemas di Papar juga membuka peluang untuk memperkasa industri kreatif dan seni di Sabah.

“Sabah memiliki bakat dan keindahan alam semula jadi yang telah menarik perhatian penggiat filem. Kehadiran panggung wayang ini memberi ruang kepada pembangunan industri kreatif tempatan, sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi,” katanya.

Sementara itu, Susan berkata pembukaan Majestic Ballroom selepas setahun pelancaran rasmi 10 Star Cinemas adalah satu pencapaian besar untuk Parklane City dan komuniti sekitarnya.

“Dengan adanya ballroom ini, masyarakat Papar kini mempunyai kemudahan untuk menganjurkan majlis seperti perkahwinan dan pelbagai acara lain tanpa perlu ke Kota Kinabalu. Ballroom ini boleh memuatkan sehingga 50 meja untuk majlis besar, dan sebuah bilik kecil yang boleh menampung 15 meja untuk acara lebih sederhana,” katanya.

Beliau berkata, perkembangan ini dijangka menarik lebih ramai pelabur dan peniaga ke Parklane City, terutamanya dengan pembukaan Lebuhraya Pan Borneo yang bakal meningkatkan akses ke kawasan itu.

“Ini bukan sahaja berita baik untuk pemilik kedai dan pembeli rumah di Parklane City, tetapi juga akan merancakkan ekonomi setempat dan menjadikan Benoni, Papar sebagai lokasi yang semakin berkembang maju,” ujarnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/28/fasiliti-baharu-galak-pelaburan-dan-perkasa-ekonomi-papar/feed/ 0 72839
Fasiliti lebih baik untuk penempatan gajah diperlukan – Agustine https://sabahmedia.com/2022/12/30/fasiliti-lebih-baik-untuk-penempatan-gajah-diperlukan-agustine/ https://sabahmedia.com/2022/12/30/fasiliti-lebih-baik-untuk-penempatan-gajah-diperlukan-agustine/#respond Fri, 30 Dec 2022 04:27:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=27145
Read Time:1 Minute, 32 Second

KOTA KINABALU: Jabatan Hidupan Liar Sabah berikhtiar untuk mencari kemudahan yang lebih baik bagi menempatkan gajah-gajah dibawah seliaan jabatan itu agar haiwan tersebut mempunyai kebebasan untuk bergerak.

Susulan insiden yang meragut nyawa seorang petugas Taman Hidupan Liar Lok Kawi di sini, akibat diserang seekor gajah pada Ahad lalu, Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Agustine Tuuga berkata, gajah yang merbahaya itu telah ditempatkan di kawasan pengasingan.

Katanya, diharap ini langkah sementara kerana kebebasan mereka (gajah) dinafikan dan biasanya mereka dirantai.

Menurut Agustine, pihaknya akan berikthiar untuk gajah-gajah tersebut ada kebebasan bergerak dengan menempatkan di fasiliti yang ada kemudahan sedemikian.

“Namun Sabah tiada kemudahan sedemikian kecuali kerajaan dapat memberikan peruntukan mencukupi untuk menyediakan kemudahan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Agustine turut berkata, langkah lain ialah menghantar gajah-gajah itu ke luar negara yang mempunyai kemudahan mencukupi di mana mereka bebas bergerak tanpa dikurung di tempat sempit atau dirantai.

“Kebajikan gajah adalah aspek paling penting dalam pengurusan gajah dalam kurungan,” jelasnya.

Tambahnya, terlalu banyak gajah dalam kurungan di Sabah sekarang. Fasiliti sedia ada tidak dapat menampung kebebasan mereka bergerak dalam kawasan yang mencukupi keluasannya.

“Justeru, bilangan kakitangan yang menjaga gajah-gajah ini juga adalah sangat jauh kurang daripada bilangan yang sepatutnya. Kebanyakan pekerja adalah ditaja atau dibayar gaji oleh badan-badan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO),” katanya.

Pada Ahad lalu, dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, petugas Taman Hidupan Liar Lok kawi, berusia 49 tahun berkenaan, dikatakan sedang memberi rawatan terhadap seekor anak gajah pygmy yang cedera sebelum seekor gajah dewasa meluru ke arahnya secara tiba-tiba dan menyerang mangsa.

Akibat daripada serangan itu, mangsa parah di bahagian dada serta perut dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai kesihatan.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Jafry Ariffin, berkata pihaknya masih menunggu laporan lengkap mengenai kejadian tersebut daripada pihak berkuasa.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/12/30/fasiliti-lebih-baik-untuk-penempatan-gajah-diperlukan-agustine/feed/ 0 27145