FCAS – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 03 Mar 2025 04:53:26 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png FCAS – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 FCAS sambut baik pengumuman kadar dividen 6.3 peratus KWSP https://sabahmedia.com/2025/03/02/fcas-sambut-baik-pengumuman-kadar-dividen-6-3-peratus-kwsp/ https://sabahmedia.com/2025/03/02/fcas-sambut-baik-pengumuman-kadar-dividen-6-3-peratus-kwsp/#respond Sun, 02 Mar 2025 07:13:02 +0000 https://sabahmedia.com/?p=69677
Read Time:1 Minute, 53 Second

Oleh FLORIETA DIET

KUALA LUMPUR: Persekutuan Persatuan Cina Sabah (FCAS) menyambut baik pengumuman kadar dividen 6.3 peratus oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi tahun 2024, menyifatkannya sebagai kadar yang menggalakkan.

Presidennya, Tan Sri T.C Goh berkata, kadar dividen ini merupakan yang tertinggi sejak 2017, di mana KWSP mencatatkan dividen 6.9 peratus untuk simpanan konvensional dan 6.4 peratus bagi simpanan Syariah.

Menurutnya, peningkatan keuntungan pelaburan KWSP daripada RM66.99 bilion pada 2023 kepada RM74.46 bilion tahun lalu, atau sebanyak 11 peratus, adalah satu pencapaian positif.

“Dividen untuk simpanan konvensional meningkat sebanyak 0.8 peratus, manakala simpanan Syariah meningkat 0.9 peratus. Ini adalah kadar yang wajar dan memberi manfaat kepada ahli KWSP,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, Goh berpendapat bahawa kadar dividen bagi skim KWSP pekerja asing atau pekerja migran yang dicadangkan tidak seharusnya disamakan dengan kadar dividen rakyat Malaysia.

“Kerajaan perlu menetapkan dasar yang jelas supaya rakyat Malaysia menikmati kadar dividen tertinggi. Ini penting kerana ahli KWSP bergantung kepada simpanan mereka untuk persaraan dan perbelanjaan hidup pada usia tua,” tegasnya.

Beliau turut menekankan bahawa pekerja asing tidak bekerja di Malaysia untuk jangka panjang dan tidak merancang untuk bersara di negara ini.

“Dari segi sumbangan, pekerja migran dan majikan masing-masing hanya menyumbang dua peratus kepada KWSP. Sebaliknya, pekerja tempatan menyumbang 11 peratus, manakala majikan menyumbang antara 12 hingga 13 peratus bergantung kepada gaji. Ini menunjukkan jurang yang ketara antara kedua-dua kumpulan,” jelasnya.

Goh turut mengingatkan bahawa dengan ketidaktentuan ekonomi global dan cabaran dalam sektor pelaburan domestik, kerajaan serta KWSP perlu merancang lebih awal bagi memastikan pertumbuhan ekonomi yang stabil.

“Sasaran pertumbuhan tahunan sekurang-kurangnya lima peratus penting bagi mengekalkan kadar dividen yang menguntungkan untuk 16 juta ahli KWSP,” katanya.

Dalam pada itu, beliau mendedahkan bahawa daripada 16 juta ahli KWSP, hanya 12 juta yang masih aktif mencarum, sementara 6.7 juta atau 51 peratus ahli mempunyai simpanan kurang daripada RM10,000.

“Lebih membimbangkan, hanya 17 peratus ahli berumur 51 hingga 55 tahun memenuhi syarat simpanan asas KWSP. Ini menunjukkan prospek persaraan yang mencabar bagi kumpulan ini,” ujarnya.

Goh menegaskan bahawa angka ini perlu diberi perhatian serius oleh kerajaan dan masyarakat, selain langkah segera perlu diambil untuk memperbaiki keadaan kewangan rakyat bagi memastikan masa depan yang lebih terjamin.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/02/fcas-sambut-baik-pengumuman-kadar-dividen-6-3-peratus-kwsp/feed/ 0 69677
FCAS Memainkan Peranan Bantu Pemulihan Ekonomi Sabah – Hajiji https://sabahmedia.com/2021/12/31/fcas-memainkan-peranan-bantu-pemulihan-ekonomi-sabah-hajiji/ https://sabahmedia.com/2021/12/31/fcas-memainkan-peranan-bantu-pemulihan-ekonomi-sabah-hajiji/#respond Fri, 31 Dec 2021 01:56:02 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10497
Read Time:2 Minute, 27 Second

KOTA KINABALU: Gabungan Persatuan Cina Sabah (FCAS) memainkan peranan penting untuk membantu kerajaan dalam pemulihan ekonomi negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menggesa semua ketua industri di dalam FCAS untuk sama-sama menyokong usaha kerajaan dalam tempoh pemulihan semula ekonomi negeri yang turut terjejas akibat pandemik COVID-19.

“Sejak hampir dua tahun lalu, kita telah melalui begitu banyak cabaran akibat penularan pandemik COVID-19. Kerajaan Negeri telah mengambil pelbagai langkah untuk mengurangkan kesan negatif pandemik COVID-19 dan merangsang semula pertumbuhan ekonomi Sabah.

“Pelbagai inisiatif yang telah dan sedang dilaksanakan oleh kerajaan negeri termasuk membuka semula sektor ekonomi dan membenarkan aktiviti merentas daerah serta negeri. Kerajaan yang saya terajui ini juga komited mempergiatkan usaha merangsang pertumbuhan ekonomi dengan melaksanakan pelbagai projek pembangunan serta menarik pelaburan berimpak tinggi merentasi semua sektor.

“Justeru, dengan pengaruh, kepakaran dan rangkaian FCAS yang luas, saya yakin gabungan ini akan memanfaatkan semua inisiatif kerajaan serta memainkan peranan dalam usaha memulihkan ekonomi negeri ini,” katanya ketika merasmikan majlis Mengangkat Sumpah bagi AJK Pusat Penggal ke-13 Gabungan Persatuan Cina Sabah (FCAS) pada malam Khamis.

Teks ucapan beliau disampaikan Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Datuk Roland Chia.

Hajiji berkata pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan pelbagai pakej rangsangan oleh Kerajaan Persekutuan telah berjaya mempercepatkan lagi usaha pemulihan ekonomi Sabah.

“Dengan pelbagai inisiatif yang dilaksanakan oleh Kerajaan, pertumbuhan negatif pelbagai sektor pada tahun 2020 telah menunjukkan pertumbuhan positif pada tahun 2021. Oleh itu, pertumbuhan ekonomi Sabah pada tahun 2021 dijangka menunjukkan aliran pemulihan dan akan berkembang secara perlahan tetapi pada kadar positif 3.8 peratus hingga 4 peratus.

“Malah, dalam ucapan Belanjawan 2022 awal bulan ini, saya telah menegaskan bahawa strategi dan pendekatan kita adalah untuk mempercepatkan pembangunan yang akan tertumpu kepada sektor pertumbuhan produktif dan sektor pemting dalam pelan pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) iaitu pertanian, perindustrian dan pelancongan.

“Bagi tahun 2022, kita memperuntukkan sebanyak RM919.18 juta untuk pembangunan sektor berkenaan. Jumlah itu membabitkan peningkatan sebanyak RM8.48 juta daripada RM910.7 juta pada tahun 2021,” katanya.

Hajiji berkata, kerajaan negeri juga akan memperkukuh pelaksanaan projek pembangunan sedia ada dan baharu di dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe12) bagi tempoh 2021 hingga 2025 dan usaha itu meliputi semua sektor yang akan meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan menjana lebih banyak peluang pekerjaan kepada orang ramai.

“Seperti yang kita ketahui, antara tiga pelaburan awal baharu yang telah dimeterai pada 22 Mac 2021 ialah industri pembuatan kerajang tembaga di KKIP bernilai RM4.2 bilion; Projek Lok Kawi Resort City dengan nilai pembangunan kasar sebanyak RM7 bilion dan projek penanaman kelapa berhasil tinggi.

“Kami yakin dengan pelaksanaan pelbagai projek ini, prospek ekonomi Sabah pada tahun 2022 dijangka menunjukkan arah aliran pemulihan yang lebih baik, sejajar dengan peringkat nasional dan global. Ekonomi Sabah dijangka berkembang pada 4 hingga 4.5 peratus pada tahun 2022.

“Kerajaan akan terus memantau untuk memastikan semua projek yang disenaraikan dalam Belanjawan Persekutuan 2022 dan Belanjawan Negeri 2022 akan dilaksanakan segera untuk memacu ekonomi,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/31/fcas-memainkan-peranan-bantu-pemulihan-ekonomi-sabah-hajiji/feed/ 0 10497