Felcra – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 18 Nov 2024 04:08:33 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Felcra – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Mahkamah Rayuan Terima Pemohonan Pendakwaan, Bung Moktar dan Isteri Diarah Bela Diri atas Tiga Pertuduhan Rasuah https://sabahmedia.com/2024/11/18/mahkamah-rayuan-terima-pemohonan-pendakwaan-bung-moktar-dan-isteri-diarah-bela-diri-atas-tiga-pertuduhan-rasuah/ https://sabahmedia.com/2024/11/18/mahkamah-rayuan-terima-pemohonan-pendakwaan-bung-moktar-dan-isteri-diarah-bela-diri-atas-tiga-pertuduhan-rasuah/#respond Mon, 18 Nov 2024 02:35:48 +0000 https://sabahmedia.com/?p=63929
Read Time:3 Minute, 38 Second

PUTRAJAYA,  – Mahkamah Rayuan telah memerintahkan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad, untuk membela diri atas tiga pertuduhan rasuah yang melibatkan jumlah keseluruhan RM2.8 juta berkaitan pelaburan Felcra Bhd.

Keputusan itu dibuat oleh panel tiga hakim yang diketuai oleh Hakim Ahmad Zaidi Ibrahim selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan pasangan tersebut yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi sebelum ini. Panel itu turut dianggotai oleh Hakim Mohamed Zaini Mazlan dan Hakim Noorin Badaruddin.

Pada 7 September 2023, Mahkamah Tinggi telah membebaskan pasangan tersebut selepas menerima permohonan semakan mereka, namun keputusan tersebut kini dibatalkan oleh Mahkamah Rayuan.

Menurut Yang arif Datuk mohamed Zaini yang membacakan keputusan berkenaan keputusan Mahkamah Sesyen untuk memanggil tertuduh membela diri adalah berdasarkan bukti yang cukup untuk mewujudkan kes prima facie.

” Jika mahkamah mendapati bahawa pendakwaan tidak berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh, mahkamah hendaklah membebaskan tertuduh.

” Jika mahkamah mendapati bahawa pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh atas pertuduhan tersebut, mahkamah hendaklah memanggil tertuduh untuk membela diri.

” Keputusan untuk membebaskan atau memanggil untuk pembelaan dibuat selepas penilaian maksimum oleh hakim perbicaraan. Prosedur dan kriteria ini ditetapkan di bawah Seksyen 173 Kanun Prosedur Jenayah.

Peruntukan di bawah Seksyen 173 adalah wajib. Apabila mahkamah mendapati bahawa pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh, ia hendaklah memanggil tertuduh untuk membela diri. Oleh kerana terdapat perkataan “hendaklah”, mahkamah tidak mempunyai pilihan lain.

“Dalam undang-undang yang telah ditetapkan, keputusan untuk memanggil pembelaan bukanlah keputusan akhir dan oleh itu tidak boleh dirayu atau disemak pada peringkat ini,” tambah panel hakim yang membuat Keputusan itu secara sebulat suara.

Permohonan untuk menyemak semula keputusan tersebut telah diklasifikasikan sebagai “rayuan sementara yang disamarkan,” yang menurut Mahkamah rayuan boleh mengganggu perjalanan perbicaraan dan membazirkan masa serta kos awam.

“Proses perbicaraan jenayah mesti diteruskan tanpa gangguan yang tidak perlu,” kata Mohamed Zaini lagi

Keputusan ini bermakna kes ini   akan kembali ke Mahkamah Sesyen untuk diteruskan. Mahkamah rayuan  juga menekankan bahawa proses perbicaraan perlu dijalankan dengan segera untuk memastikan keadilan dapat ditegakkan bagi semua pihak yang terlibat.

Pada 7 September tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan pasangan itu daripada tiga pertuduhan rasuah RM2.8 juta membabitkan pelaburan RM150 juta FELCRA Berhad (FELCRA) dalam unit amanah Public Mutual Berhad.

Ia berikutan Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid membenarkan permohonan mereka untuk menyemak keputusan Mahkamah Sesyen pada 2 September 2022 yang memerintahkan mereka membela diri.

Pada 3 Mei 2019, Bung Moktar, yang ketika itu Pengerusi Bukan Eksekutif FELCRA Berhad, didakwa secara rasuah memperoleh untuk dirinya suatu suapan iaitu wang tunai RM2.2 juta daripada ejen pelaburan Public Mutual Berhad, Madhi Abdul Hamid melalui Zizie.

Beliau dituduh melakukan perbuatan itu sebagai upah bagi mendapatkan kelulusan daripada Menteri Kewangan II untuk FELCRA membuat pelaburan sebanyak RM150 juta bagi menyertai produk unit amanah Public Mutual.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Public Bank Berhad, Cawangan Taman Melawati, No. 262-265, Jalan Bandar 12, Taman Melawati di sini, antara jam 12.30 tengah hari dan 5 petang 12 Jun 2015.

Bagi pertuduhan kedua, Bung Moktar juga didakwa secara rasuah memperoleh untuk dirinya suatu suapan iaitu wang tunai berjumlah RM262,500 daripada individu sama, Madhi melalui akaun Public Islamic Treasures Growth Fund (PITGF) yang didaftarkan atas nama Zizie Izette bagi tujuan serupa.

Bung Moktar juga dituduh secara rasuah memperoleh untuk dirinya suatu suapan iaitu wang tunai berjumlah RM337,500 daripada ejen pelaburan Public Mutual Berhad, Norhaili Ahmad Mokhtar melalui akaun Public Ittikal Sequel Fund (PITSEQ) yang didaftarkan atas nama Zizie Izette bagi tujuan yang sama.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di lokasi sama pada jam 12.16 tengah hari dan 12.28 tengah hari, pada 19 Jun 2015.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Subseksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (SPRM) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Zizie Izette juga mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya berhubung perkara sama, di tempat, tarikh dan masa sama.

Dia didakwa mengikut Seksyen 28(1) (c) Akta SPRM dan boleh dihukum di bawah Subseksyen 24(1) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/18/mahkamah-rayuan-terima-pemohonan-pendakwaan-bung-moktar-dan-isteri-diarah-bela-diri-atas-tiga-pertuduhan-rasuah/feed/ 0 63929
MAFI Perjelas Kekeliruan Projek Ternak Udang Dalam Sawah https://sabahmedia.com/2021/08/05/mafi-perjelas-kekeliruan-projek-ternak-udang-dalam-sawah/ https://sabahmedia.com/2021/08/05/mafi-perjelas-kekeliruan-projek-ternak-udang-dalam-sawah/#respond Thu, 05 Aug 2021 07:40:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4090
Read Time:2 Minute, 23 Second

KUALA LUMPUR: Projek rintis ternakan udang dalam kawasan sawah di FELCRA Seberang Perak dan Program Smart Sawah Berskala Besar (SMART SBB) adalah dua inisiatif berbeza.

Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dalam kenyataan media hari ini, memaklumkan projek ternakan udang dalam kawasan sawah seluas 1.08 hektar di Seberang Perak itu bukan sebahagian daripada program SMART SBB.

“Sebaliknya ia adalah projek rintis melalui kerjasama Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Seberang Perak dengan sebuah syarikat swasta bertujuan meningkatkan pendapatan pesawah selain menikmati hasil daripada penanaman padi.

“Projek rintis ternakan udang itu bukan sebahagian program SMART SBB, justeru tidak timbul isu kerajaan mengubah strategi pelaksanaan SMART SBB dengan penternakan udang.

MAFI berharap tiada pihak membuat sebarang kenyataan yang boleh mengelirukan pesawah.

“MAFI sentiasa bersedia mengadakan sesi libat urus dengan semua pihak khususnya pesawah dan pemain industri, selain mengalu-alukan pandangan semua pihak berkepentingan dalam usaha memantapkan industri padi beras negara yang lebih kompetitif dan berdaya saing di peringkat antarabangsa,” kata kementerian itu.

Selasa lalu, Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH) dan Forum Kedaulatan Makanan Malaysia (FKMM) mengeluarkan kenyataan meminta pesawah berfikir panjang mengenai penyertaan dalam Projek SMART SBB.

PeSAWAH dan FKMM mendakwa, pengurusan estet mengubah strategi sedia ada dengan mempromosi aktiviti penternakan udang secara integrasi bersama penanaman padi ketika belum setahun inisaitif SMART SBB dijalankan.

Kedua-dua pihak berkenaan juga mendakwa Projek SBB akan memberi kuasa kepada pengurusan estet untuk melaksanakan apa sahaja projek yang diinginkan di kawasan yang sudah dipajak atau miliki.

MAFI menjelaskan, SMART SBB yang mendapat persetujuan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Dasar Sekuriti Makanan Negara (FSCC) adalah antara inisiatif dirangka bagi mempertingkatkan Tahap Sara Diri (SSL) beras negara sebanyak 75 peratus dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12).

Ia dilaksanakan jabatan dan agensi dibawah MAFI iaitu Jabatan Pertanian Malaysia (DOA), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) dan IADA.

Pelaksanaan SMART SBB membabitkan pesawah sebagai rakan kongsi utama kerajaan, menjadikan kepentingan serta kesejahteraan pesawah dalam sektor padi dan beras negara sebagai keutamaan MAFI.

“Usaha sama awam dan swasta membolehkan pesawah menikmati peningkatan hasil padi setiap tan setahun sehingga 191 peratus dan seterusnya menikmati nilai pendapatan tahunan sehingga 47 peratus.

“Malah, hampir semua risiko dan kos penanaman padi yang sebelum ini ditanggung pesawah akan dapat dikurangkan, sekali gus meningkatkan margin pendapatan mereka.

“Inisiatif ini juga membolehkan pelaksanaan pendekatan baharu melalui konsep pertanian moden termasuk pelaksanaan sistem profil tanah, pertanian pintar, kaedah teknologi baharu atau ‘Internet of Things’ (IoT) selaras Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) untuk meningkatkan hasil per hektar,” katanya.

Kata kementerian itu, MAFI melalui jabatan dan agensi di bawahnya sentiasa menjalankan pemantuan berterusan di lapangan bagi menjaga kepentingan dan kebajikan pesawah yang menjadi kumpulan sasar utamanya.

“Bagi menjaga kepentingan semua pihak, MAFI sentiasa mengadakan sesi libat urus bersama pihak berkepentingan termasuk pesawah melalui jabatan dan agensi bagi memastikan inisiatif ini dilaksanakan secara efektif,” kata kementerian itu lagi. Berita Harian

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/05/mafi-perjelas-kekeliruan-projek-ternak-udang-dalam-sawah/feed/ 0 4090
Pelan Pemulihan Negara: Felcra kerjasama dengan MoF, MKD, KPLB https://sabahmedia.com/2021/06/17/pelan-pemulihan-negara-felcra-kerjasama-dengan-mof-mkd-kplb/ https://sabahmedia.com/2021/06/17/pelan-pemulihan-negara-felcra-kerjasama-dengan-mof-mkd-kplb/#respond Wed, 16 Jun 2021 23:45:50 +0000 https://sabahmedia.com/?p=1422
Read Time:1 Minute, 17 Second

BERNAMA

KUALA LUMPUR – Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) Berhad sedang bekerjasama rapat dengan Kementerian Kewangan, Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar untuk menjalankan usaha berhubung Pelan Pemulihan Negara.

Pengerusi Felcra Yamani Hafez Musa berkata Felcra memberikan komitmen untuk memastikan keperluan asas demi kesinambungan peserta dan masyarakat sekeliling setiap projek Felcra diberikan keutamaan.

“Ia agar mereka yang terkesan dengan pandemik COVID-19 terutamanya mereka yang hilang punca pendapatan dapat disantuni secara bersasar dan sebaik mungkin,” katanya dalam satu kenyataan di sini, malam tadi.

Kelmarin, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Pelan Pemulihan Negara yang diyakini dapat mengembalikan penghidupan harian biasa menjelang akhir tahun termasuk mengadakan semula sesi persidangan Parlimen pada September atau Oktober dan ia merangkumi empat fasa melibatkan pelan peralihan fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara berperingkat.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Felcra Berhad, Mohd Nazrul Izam Mansor berkata Felcra membantu peserta yang mengalami kepayahan akibat pandemik secara berperingkat dan berterusan, bermula dengan penyediaan peruntukan bantuan bakul makanan berjumlah RM500,000 untuk diagihkan kepada 10,000 peserta di 38 kawasan penempatan Felcra.

“Usaha kolaborasi dengan pihak berwajib untuk inisiatif Program Vaksinasi Berkelompok juga telah dimulakan di 38 kawasan penempatan tersebut supaya 112,337 peserta dan ahli keluarga di luar bandar menerima vaksinasi,” katanya.

Sepanjang empat fasa Pelan Pemulihan Negara itu, Felcra Berhad boleh dihubungi melalui talian Hotline 1-800-22-5050 atau 03-4145 5000.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/17/pelan-pemulihan-negara-felcra-kerjasama-dengan-mof-mkd-kplb/feed/ 0 1422