felda – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 04 Aug 2025 06:06:09 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png felda – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 SF dan KPF Jalinkan Kerjasama Strategik Pacu Transformasi Teknologi Hijau dalam Sektor Perladangan https://sabahmedia.com/2025/08/04/sf-dan-kpf-jalinkan-kerjasama-strategik-pacu-transformasi-teknologi-hijau-dalam-sektor-perladangan/ https://sabahmedia.com/2025/08/04/sf-dan-kpf-jalinkan-kerjasama-strategik-pacu-transformasi-teknologi-hijau-dalam-sektor-perladangan/#respond Mon, 04 Aug 2025 06:06:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=78536
Read Time:2 Minute, 6 Second

Sustainable Future Sdn Bhd (SF), syarikat bersekutu di bawah Koperasi Permodalan Felda Berhad (KPF), kini melangkah ke hadapan dalam memperkukuh penggunaan teknologi hijau menerusi kerjasama strategik yang dilancarkan baru-baru ini.

Menurut kenyataan SF, syarikat itu telah diberi tanggungjawab mengendalikan operasi Pusat Mengumpul Sawit (PMS) di Felda Bukit Damar yang kini dikenali sebagai PMS Damar Berkat, menjadikannya tapak perintis pelaksanaan model pengurusan baharu berasaskan prinsip kelestarian, kecekapan dan teknologi masa depan.

Pelaksanaan ini merupakan sebahagian daripada pelan tindakan menyeluruh berlandaskan empat teras utama teknologi hijau, iaitu penggunaan kenderaan elektrik perindustrian dan sistem logistik pintar, pembangunan tenaga boleh diperbaharui dan sistem simpanan tenaga (BESS), pengurusan sisa bersepadu serta pelaksanaan kredit karbon menjelang 2026.

“Perjanjian ini membuka ruang kepada pembinaan ekosistem hijau yang moden dan berdaya saing, di samping meningkatkan pulangan kepada peneroka dan mengurangkan kebergantungan terhadap sistem tradisional yang dikenal pasti banyak ketirisannya,” menurut kenyataan itu.

Sebagai langkah permulaan, semua penghantaran Buah Tandan Segar (BTS) ke PMS Damar Berkat akan menggunakan lori elektrik (EV) yang dipantau menerusi sistem Fleet Management System (FMS) secara masa nyata, bagi memastikan kecekapan logistik dan penjimatan tenaga yang optimum.

Dalam pada itu, transaksi BTS juga telah didigitalkan, menggantikan sistem konvensional yang sebelum ini banyak bergantung kepada peraih luar dan kurang ketelusan. Pendekatan ini membolehkan pemantauan yang lebih tepat serta pengesahan terus kepada peneroka berkaitan kuantiti dan harga.

“Harga BTS yang ditawarkan juga lebih tinggi berbanding pasaran luar, sebagai usaha menjamin pulangan yang lebih baik kepada peneroka. Langkah ini dijangka memperkukuh semula kepercayaan serta menyokong sistem yang lebih adil dan telus,” katanya.

SF turut menyediakan perkhidmatan sewaan jentera berat elektrik seperti dump truck, prime mover, wheel loader, excavator, dan kenderaan pacuan empat roda (4×4 EV). Perkhidmatan retrofitting juga disediakan bagi menukar jentera diesel kepada elektrik secara berperingkat, selari dengan sasaran pengurangan karbon dalam operasi ladang FELDA.

Inisiatif pembangunan tenaga boleh diperbaharui turut dipergiatkan dengan pemasangan lampu jalan berkuasa solar serta pembinaan ladang solar bersepadu yang disokong oleh sistem BESS, bagi menjamin kestabilan bekalan tenaga bersih khususnya di kawasan luar bandar.

Dari aspek pengurusan sisa, SF melaksanakan pendekatan holistik meliputi penggunaan EV compactor trucks untuk kutipan sisa serta sistem pelupusan terkawal bagi sisa makanan.

“Kerjasama bersama KPF membolehkan pelaksanaan semua inisiatif ini dijalankan secara tersusun dan berkesan, dengan berpandukan prinsip hijau yang sejajar dengan aspirasi nasional,” jelas kenyataan itu lagi.

SF optimis bahawa pendekatan menyeluruh ini akan mempercepat transformasi sektor perladangan ke arah sistem yang lebih cekap, mematuhi piawaian RSPO dan MSPO, serta berdaya saing dari segi ekonomi dan daya tahan terhadap cabaran iklim serta kehendak pasaran global.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/04/sf-dan-kpf-jalinkan-kerjasama-strategik-pacu-transformasi-teknologi-hijau-dalam-sektor-perladangan/feed/ 0 78536
PMS Buka Ruang Penyelesaian Adil Kepada Peneroka FELDA https://sabahmedia.com/2025/07/09/pms-buka-ruang-penyelesaian-adil-kepada-peneroka-felda/ https://sabahmedia.com/2025/07/09/pms-buka-ruang-penyelesaian-adil-kepada-peneroka-felda/#respond Wed, 09 Jul 2025 05:24:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=76980
Read Time:3 Minute, 1 Second

KUALA LUMPUR: Program Pusat Mengumpul Sawit (PMS) yang diperkenalkan FELDA dilihat sebagai satu pendekatan penyelesaian berimpak tinggi bagi mengatasi kemelut yang sekian lama membelenggu peneroka, khususnya dalam isu pengurusan hasil, akaun individu, dan sistem bayaran yang adil.

Menurut Wan Zawawi Wan Zain, anak peneroka FELDA Chiku 01, PMS perlu dinilai secara objektif kerana menawarkan ruang penyelesaian bukan hanya kepada peneroka yang mengurus kebun secara individu, malah termasuk yang masih di bawah pengurusan FELDA Plantations Management Sdn. Bhd. (FPMSB).

“PMS bukan sekadar pusat pengumpulan, tetapi satu transformasi untuk kembalikan keyakinan peneroka. Selain mampu tingkatkan hasil, PMS juga mampu pulihkan kepercayaan dan kukuhkan semula hubungan antara warga peneroka dan pengurusan FELDA.

“Isu ketiadaan akaun individu telah lama menjadi rungutan peneroka. Ramai daripada mereka terpaksa menumpang akaun rakan untuk menjual hasil sawit ke kilang FGV, atau lebih teruk menjual kepada pembeli luar konon dengan komisen tinggi.

Malah, ada yang dituduh enggan membayar hutang. Hakikatnya, permohonan akaun individu sudah dibuat sejak lama tapi tidak dilayan. Bila tiada paysheet, mereka tiada pilihan selain menjual hasil keluar,” kata Wan Zawawi.

Tambahnya, merujuk kepada data seminar FELDA-KPF 2024 menunjukkan lebih 15,000 peneroka memilih untuk tidak menghantar hasil ke kilang FGV, antara lain berpunca daripada kelemahan sistem ‘grading’, bayaran tertunda, dan kekurangan tenaga kerja ladang.

Bagaimanapun melalui PMS, hasil akan dikumpulkan secara berpusat, disemak kualitinya (grading), dan peneroka akan menerima bayaran terus ke akaun individu tanpa orang tengah. Buah muda atau yang tidak diterima kilang pula akan dikembalikan kepada peneroka.

“Peneroka tidak lagi perlu menumpang akaun rakan atau menjual kepada pembeli luar yang ambil komisen tinggi. Ini sistem yang lebih telus dan adil. Bayaran pun dibuat terus ke akaun masing-masing.

“PMS juga memberi ruang untuk mereka mula mengurus kebun sendiri dengan paysheet individu. Malah, potongan seperti RM26 satu tan yang dikenakan kepada peneroka FPM diyakini akan dihentikan jika mereka mula menguruskan sendiri kebun masing-masing.

“Langkah membenarkan peneroka FPM mengurus kebun mereka sendiri juga mampu menyelesaikan kebergantungan FELDA kepada buruh asing yang selama ini menjadi isu berpanjangan.

“Sistem seperti KBK boleh diguna semula, dengan FPM bayar upah kepada peneroka yang urus sendiri. Ini beri peluang kepada generasi baharu untuk mengambil alih kebun dan bina masa depan mereka sendiri,” katanya.

Wan Zawawi juga membalas kenyataan segelintir pihak yang menuduh peneroka menjadi punca ketirisan hasil sawit kerana menjual ke luar sistem. Katanya, tudingan seperti itu tidak adil kerana puncanya bukan pada peneroka, tetapi pada dasar pengurusan yang tidak inklusif.

“Cukuplah menyalahkan peneroka. Berikan mereka akaun individu, perbaiki sistem bayaran dan grading, dan PMS boleh jadi platform penyelesaian. Kita semua perlu main peranan FELDA, KPF, FPM dan juga peneroka sendiri,” katanya lagi.

Beliau turut menggesa agar pelaksanaan PMS dibuat secara inklusif dan sentiasa terbuka kepada maklum balas serta penambahbaikan dari masa ke semasa.

“Saya bukan bercakap untuk kepentingan mana-mana pihak. Saya anak peneroka, saya lihat dan alami sendiri. PMS ada kelemahan, tapi ia langkah penting. Kita tak boleh biar peneroka terus dipinggirkan.

“Kita harus kembali kepada semangat asal penubuhan FELDA, membangunkan tanah demi masa depan rakyat, dan menjadikan hasil peneroka sebagai hak mutlak mereka. Hasil kita, milik kita. Bukan retorik, tapi perjuangan sebenar,” tegasnya.

Untuk info, FELDA menyasarkan untuk memperluaskan Model Operasi Pusat Mengumpul Sawit (PMS) Damar Berkat ke lebih 40 lokasi di seluruh negara.

PMS Bukit Damar juga mengamalkan sistem lebih telus dan sihat dengan tiada unsur penipuan timbang ditambah dengan sistem kebolehjejajakan dan teknologi lebih bersepadu oleh syarikat Sustainable Future Sdn Bhd.

Model ini yang diperkenalkan oleh Koperasi Permodalan Felda (KPF) sejak April lalu bukan sekadar berperanan sebagai pusat pengumpulan hasil, tetapi turut menyasarkan penghapusan ketirisan, peningkatan ketelusan urus niaga, serta jaminan pendapatan yang lebih tinggi kepada peneroka.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/09/pms-buka-ruang-penyelesaian-adil-kepada-peneroka-felda/feed/ 0 76980
Felda Lancar Revolusi Digital Perladangan: Tamatkan Era Ketirisan Hasil Sawit https://sabahmedia.com/2025/04/18/felda-lancar-revolusi-digital-perladangan-tamatkan-era-ketirisan-hasil-sawit/ https://sabahmedia.com/2025/04/18/felda-lancar-revolusi-digital-perladangan-tamatkan-era-ketirisan-hasil-sawit/#respond Fri, 18 Apr 2025 09:03:54 +0000 https://sabahmedia.com/?p=72215
Read Time:1 Minute, 33 Second

Putrajaya — Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) kini melangkah ke fasa baharu dalam pengurusan hasil sawit apabila memperkenalkan penggunaan lori elektrik berteknologi tinggi dan sistem pemantauan GPS, sebagai usaha konkrit menoktahkan isu ketirisan yang telah lama membelenggu komuniti peneroka.

Inisiatif yang dilaksanakan dengan kerjasama Sustainable Future Sdn Bhd itu membolehkan setiap penghantaran hasil sawit direkod secara digital dan dipantau secara langsung ke destinasi akhir — sama ada kilang atau pusat pengumpulan Felda — sekali gus menghalang penyelewengan oleh peraih dan ejen luar.

Pengerusi Felda, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata teknologi ini bakal menjadi titik perubahan dalam usaha memastikan setiap titik peluh peneroka diberi nilai yang adil dan setimpal.

“Sudah tiba masa kita tamatkan penguasaan orang tengah yang selama ini mempermainkan nasib peneroka. Kini, hasil mereka akan dihantar terus ke kilang tanpa ruang untuk dimanipulasi. Setiap timbangan direkod, setiap pergerakan dipantau,” tegasnya.

Pusat Pengumpulan Baharu Simbol Permulaan

Langkah ini turut disokong dengan pembukaan rasmi Pusat Mengumpul Sawit (PMS) Damar Berkat di Felda Bukit Damar, Pahang yang kini berfungsi sebagai model baharu pusat logistik bersepadu Felda.

Shabery turut mendedahkan bahawa Felda kerugian hampir RM200 juta setahun akibat hasil yang “hilang” dalam perjalanan atau dijual secara tidak sah kepada pihak ketiga.

“Selama ini, ada pihak yang mengambil kesempatan — manipulasi harga, penipuan timbangan, pembayaran tidak telus. Mereka kaut untung tanpa menanam walau sebatang pokok pun,” katanya.

Pulih Maruah Koperasi dan Peneroka

Selain menjamin hasil peneroka, sistem baharu ini juga menjadi tulang belakang pemulihan semula kekuatan Koperasi Permodalan Felda (KPF), yang selama ini terjejas akibat sistem agihan hasil yang tidak cekap.

“Kita mahu kembalikan KPF sebagai nadi ekonomi peneroka. Apabila hasil disalur melalui saluran rasmi, keuntungan boleh diagih semula dalam bentuk dividen dan pembangunan semula komuniti,” katanya lagi.

Dengan pelaksanaan sistem digital ini, Felda bukan sahaja mengurangkan ketirisan — tetapi turut mengorak langkah membina masa depan yang lebih mampan, adil dan berdaya saing untuk seluruh komuniti tanah rancangan.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/18/felda-lancar-revolusi-digital-perladangan-tamatkan-era-ketirisan-hasil-sawit/feed/ 0 72215
Malaysia Mahu Berbaik Dengan Semua Negara – Anwar https://sabahmedia.com/2024/09/12/malaysia-mahu-berbaik-dengan-semua-negara-anwar/ https://sabahmedia.com/2024/09/12/malaysia-mahu-berbaik-dengan-semua-negara-anwar/#respond Thu, 12 Sep 2024 07:17:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=60501
Read Time:2 Minute, 14 Second

BERNAMA

LAHAD DATU — Sebagai sebuah negara merdeka dan bebas, Malaysia berhak menentukan apa yang terbaik untuk negara dan rakyatnya, termasuk dalam menjalin hubungan dengan negara-negara lain di seluruh dunia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Beliau meminta tidak ada pihak cuba menekan negara dalam menjalin hubungan diplomatik dengan negara-negara lain, sambil menegaskan bahawa Malaysia mahu berbaik dengan semua negara. 

Perdana Menteri, yang baru pulang dari lawatan kerja ke Rusia baru-baru ini, juga berkata bahawa pertemuannya dengan Presiden Vladimir Putin bertujuan mengukuhkan hubungan baik antara Kuala Lumpur dan Moscow, selain mahukan Rusia meningkatkan import minyak sawit dari Malaysia.

“Saya jumpa dengan Presiden Putin dan orang tanya macam mana, Malaysia ini tak semena-mena nak berbaik dengan Rusia, apa kata Amerika, apa kata Eropah. Kita adalah negara bebas dan merdeka, kita putuskan apa terbaik untuk negara kita.

“Kita harus berbaik (dengan semua negara), tetapi jangan ada negara hendak tekan kita,” katanya ketika berucap merasmikan Karnival Segalanya Felda di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Kewangan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, dan Pengerusi Felda Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Anwar berkata negara-negara seperti India, China, Mesir dan Belanda merupakan antara pengimport besar minyak sawit negara ini, justeru beliau berusaha memastikan negara terlibat meningkatkan import komoditi tersebut.

“Sekarang kita minta Rusia, sebab itulah kita pergi dan berkawan dengan mereka, China setuju tambah import kelapa (minyak) sawit. Saya jumpa Perdana Menteri India (Narendra Modi) baru-baru ini…dia pun kata saudara Anwar kita akan meningkatkan import (minyak sawit) ke India,” katanya.

Perdana Menteri berkata beliau mengunjungi negara-negara tersebut untuk meningkatkan perdagangan dan mempromosikan sektor pelancongan di Malaysia, termasuk di Sabah, Sarawak, Langkawi, dan Pulau Pinang, yang mempunyai keindahan alam semulajadi yang diiktiraf antara terindah di dunia.

Ini juga bertujuan menarik pelancong dari Rusia, kerana setakat ini hanya sekitar 100,000 pelancong Rusia datang ke Malaysia, berbanding antara 5 hingga 10 juta pelancong melawat Turkiye setiap tahun,” kata Anwar.

Perdana Menteri juga berkata beliau telah dijemput Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi untuk mengunjungi negara itu dan melihat kunjungan itu sebagai peluang untuk mengukuhkan hubungan baik antara kedua-dua negara, dan meminta supaya Mesir meningkatkan import minyak sawit Malaysia.

“Ini peluang saya minta dia beli kelapa (minyak) sawit lebih. Insya-Allah saya akan pergi dan akan sampaikan salam orang Lahad Datu serta Sabah kepada Presiden (El-Sisi). Saya akan beritahu penduduk di sini yang tanam kelapa sawit dan minta mereka beli lebih banyak nanti,” katanya.

Anwar juga merancang untuk menceritakan kepada El-Sisi tentang keindahan Lahad Datu dan Sabah, yang merupakan destinasi pelancongan utama di timur Malaysia.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/09/12/malaysia-mahu-berbaik-dengan-semua-negara-anwar/feed/ 0 60501
MBFM – MATA Aerotech Tandatangani Perjanjian Latih Belia Felda Dalam Industri Dron Kelapa sawit  https://sabahmedia.com/2022/03/31/mbfm-mata-aerotech-tandatangani-perjanjian-latih-belia-felda-dalam-industri-dron-kelapa-sawit/ https://sabahmedia.com/2022/03/31/mbfm-mata-aerotech-tandatangani-perjanjian-latih-belia-felda-dalam-industri-dron-kelapa-sawit/#respond Thu, 31 Mar 2022 06:38:49 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13682
Read Time:52 Second

Bangi — Seramai 20 belia FELDA akan mengikuti latihan pengendalian pilot dron setelah termetrainya perjanjian persefahaman (MoU) diantara Majlis Belia FELDA Malaysia (MBFM) dan MATA Aerotech.

Perjanjian yang dimeterai sempena Hari Teknologi FELDA 2022 itu ditandatangani oleh presiden MBFM Muhammad Fadzli Hassan manakala MATA Aerotech pula Ketua Pegawai Eksekutifnya, Encik Azrain Adnan sambil disaksikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif FELDA Plantation Management Sdn. Bhd. (FPMSB), Saifullah Mat Nor. 

Penggunaan teknologi dron dalam perladangan sawit di FELDA tidak asing lagi dan kini golongan belia sangat berminat sebagai pengendali dron kerana melihat ia kaedah baharu dalam perladangan di FELDA.

“ Insyallah, belia FELDA lebih terbuka dengan peluang pekerjaan dan mahir teknologi kata MBFM di dalam satu kenyataan media hari ini.

Seramai 1,800 peserta yang majoritinya terdiri daripada warga Felda menghadiri program FELTECH 2022 yang diadakan selama dua hari bermula hari ini.

Antara objektif FELTECH 2022 adalah menyebar luas pelaksanaan teknologi dan mekanisasi ladang di tanah rancangan Felda dan meningkatkan kesedaran warga Felda tentang kebaikan penggunaan mekanisasi dan memperkasa pengurusan operasi ladang menggunakan teknologi dan mekanisasi.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/31/mbfm-mata-aerotech-tandatangani-perjanjian-latih-belia-felda-dalam-industri-dron-kelapa-sawit/feed/ 0 13682