Felo SMJ – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 07 Oct 2026 22:52:22 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Felo SMJ – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 36 anak Sabah terpilih sertai Felo SMJ 5.0 https://sabahmedia.com/2026/10/08/36-anak-sabah-terpilih-sertai-felo-smj-5-0/ https://sabahmedia.com/2026/10/08/36-anak-sabah-terpilih-sertai-felo-smj-5-0/#respond Wed, 07 Oct 2026 22:52:14 +0000 https://sabahmedia.com/?p=105000
Read Time:1 Minute, 56 Second

KOTA KINABALU: Seramai 36 anak muda Sabah terpilih menyertai program Felo Sabah Maju Jaya (SMJ) 5.0 yang bertujuan memberi pendedahan dan pengalaman kepada golongan itu dalam membina kerjaya serta memperkasakan modal insan negeri.

Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, peserta terlibat dipilih daripada kira-kira 200 individu yang memohon untuk menyertai program berkenaan.

Katanya, seramai 80 calon telah disenarai pendek sebelum mereka melalui pelbagai proses pemilihan termasuk saringan, latihan dan simulasi.

“Pada hari ini, kita telah menyaksikan penyerahan watikah penempatan kepada 36 Felo SMJ yang terpilih daripada kira-kira 200 orang yang memohon untuk menyertai program ini.

“Kita sudah senarai pendekkan sehingga 80 calon dan selepas melalui proses penapisan, latihan, simulasi dan sebagainya, kita memilih 36 Felo yang berjaya dalam kalangan anak-anak Sabah,” katanya

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Penyampaian Watikah Felo Sabah Maju Jaya (SMJ) 5.0 di Dewan Bankuasi, Menara Kinabalu, di sini pada Rabu.

Majlis disempurnakan Ketua Menteri Datuj Seri Hajiji Noor.

Nizam berkata, program Felo SMJ yang diperkenalkan sejak 2022 itu merupakan antara inisiatif penting dalam Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ), khususnya dalam usaha memperkasakan modal insan.

Beliau berkata, program itu memberi manfaat kepada golongan muda Sabah, terutama graduan baharu universiti atau mereka yang masih menunggu konvokesyen.

Nizam berkata, Felo SMJ 5.0 perlu memanfaatkan sepenuhnya ruang dan peluang yang disediakan menerusi program itu untuk meningkatkan keupayaan diri serta memahami selok-belok dunia kerjaya.

“Mereka bukan lagi pelajar universiti, tetapi mereka yang telah berada di dunia realiti. Kita berharap mereka akan menjadi anak Sabah yang berjaya dalam kerjaya mereka,” katanya.

Beliau turut berharap peserta dapat membangunkan kualiti kepimpinan selain meletakkan kepentingan negeri, rakyat dan pembangunan Sabah sebagai antara keutamaan dalam membina kerjaya masing-masing.

Nizam berkata, pengalaman serta tunjuk ajar yang diterima menerusi program itu diharap dapat menjadi asas kepada peserta untuk berkembang sebagai pemimpin pada masa hadapan.

“Saya yakin, sekiranya mereka dapat mengikuti segala tunjuk ajar dan panduan yang diberikan, mereka ini satu hari nanti akan menjadi pemimpin-pemimpin yang boleh kita sandarkan pada masa depan bagi meneruskan apa juga kecemerlangan yang kita kecapi pada hari ini,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Ketua Menteri Sabah atas ilham dan inisiatif mewujudkan program Felo SMJ yang disifatkan sebagai antara platform penting dalam pembangunan anak muda negeri.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/10/08/36-anak-sabah-terpilih-sertai-felo-smj-5-0/feed/ 0 105000
Felo SMJ tapak semaian kepimpinan masa depan Sabah https://sabahmedia.com/2026/10/07/felo-smj-tapak-semaian-kepimpinan-masa-depan-sabah/ https://sabahmedia.com/2026/10/07/felo-smj-tapak-semaian-kepimpinan-masa-depan-sabah/#respond Wed, 07 Oct 2026 08:50:34 +0000 https://sabahmedia.com/?p=104972
Read Time:2 Minute, 35 Second

KOTA KINABALU: Program Felo Sabah Maju Jaya (SMJ) bukan sekadar program pembangunan belia, sebaliknya menjadi tapak semaian kepimpinan masa depan Sabah dalam membentuk generasi yang mampu memimpin, menggerakkan ekonomi dan menentukan hala tuju negeri. 

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata pemilihan peserta sebagai Felo SMJ bukan sekadar untuk menyertai satu program, sebaliknya satu kepercayaan, amanah dan pelaburan terhadap masa depan Sabah. 

Beliau berkata, peserta dipilih kerana kerajaan negeri melihat potensi dan bakat mereka untuk berada di barisan hadapan membuat keputusan, memimpin organisasi, menggerakkan ekonomi dan menentukan hala tuju negeri. 

“Saya mahu melihat para Felo SMJ bukan sekadar sebagai satu peluang untuk menambah pengalaman, tetapi sebagai satu tanggungjawab untuk mempersiapkan diri menjadi sebahagian daripada generasi yang akan membawa Sabah ke hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Watikah Felo Sabah Maju Jaya (SMJ) 5.0 di Dewan Bankuasi, Menara Kinabalu, di sini pada Rabu.

Hajiji berkata, menerusi Felo SMJ 5.0, beliau mahu program itu terus berkembang bukan sekadar dari segi jumlah penyertaan atau aktiviti, tetapi lebih penting dari segi impaknya kepada masa depan anak-anak Sabah. 

“Kita mahu mereka yang menyertai program ini keluar dengan pemikiran yang lebih matang, keyakinan yang lebih tinggi, jaringan yang lebih luas dan kemampuan sebenar untuk menyumbang kepada negeri,” katanya. 

Beliau berkata, kerajaan negeri amat menghargai komitmen syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang selama ini bersama-sama menjayakan Program Felo SMJ dengan membuka pintu kepada anak-anak muda untuk mendapat pendedahan kepada dunia sebenar pengurusan, pentadbiran dan korporat. 

Bagi Felo SMJ 5.0, Hajiji mahu pembangunan modal insan anak Sabah menjadi sebahagian daripada komitmen utama GLC di negeri ini dan bukan sekadar satu program atau tanggungjawab sosial korporat. 

“Pembangunan bakat anak Sabah mesti menjadi sebahagian daripada agenda kita membangunkan negeri ini. Sabah mempunyai ramai anak Sabah yang pintar, kreatif, mempunyai keberanian dan bercita-cita besar, namun ada yang mungkin hanya memerlukan satu peluang atau seorang mentor untuk menyerlah. 

“Kita tidak mahu membina bakat hanya untuk kemudian melihat bakat itu terpaksa pergi jauh kerana mereka tidak menemukan ruang untuk menyerlah di negeri sendiri. Kita mahu anak Sabah mempunyai pilihan untuk membina masa depan di sini,” katanya. 

Beliau berkata, menerusi Hala Tuju Sabah Maju Jaya 2.0 (SMJ 2.0), Sabah memerlukan modal insan yang berdaya saing untuk memacu fasa transformasi negeri ke arah ekonomi masa depan yang mampan dan berteknologi tinggi. 

Katanya, ciri modal insan yang diperlukan termasuk melahirkan tenaga kerja mahir yang memenuhi keperluan industri moden, celik teknologi dan digital, mempunyai nilai integriti yang tinggi dan kreatif. 

“Sebab itu bagi saya, Felo SMJ bukan sekadar program pembangunan belia. Ia adalah tapak semaian kepimpinan masa depan Sabah,” katanya. 

Hajiji berkata, kerajaan negeri tidak hanya mahu melahirkan pemimpin yang cemerlang dari segi ilmu dan kemahiran, tetapi lebih penting pemimpin yang berjiwa rakyat, mampu menyelami denyut nadi komuniti, membawa suara rakyat ke meja dasar dan menjulang semangat cintakan negeri ini melebihi kepentingan diri. 

Beliau mahu Felo SMJ 5.0 menggunakan peluang itu sebagai medan kepimpinan untuk membina disiplin, empati, wawasan dan keberanian serta meletakkan integriti sebagai teras diri. 

]]>
https://sabahmedia.com/2026/10/07/felo-smj-tapak-semaian-kepimpinan-masa-depan-sabah/feed/ 0 104972
Hajiji: Felo SMJ bukti kejayaan lahirkan pemimpin muda Sabah https://sabahmedia.com/2025/11/03/hajiji-felo-smj-bukti-kejayaan-lahirkan-pemimpin-muda-sabah/ https://sabahmedia.com/2025/11/03/hajiji-felo-smj-bukti-kejayaan-lahirkan-pemimpin-muda-sabah/#respond Mon, 03 Nov 2025 07:51:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=84831
Read Time:2 Minute, 55 Second

Oleh Florieta Diet

KOTA KINABALU: Program Felo Sabah Maju Jaya (SMJ) berjaya membuka laluan kepada anak muda Sabah untuk berkembang dan menyumbang secara langsung kepada ekosistem pembangunan negeri, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

“Program Felo SMJ yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri merupakan platform penting bukan hanya untuk membina pengalaman, tetapi membentuk jati diri, integriti dan ciri-ciri kepimpinan unggul.

“Ini seiring dengan komitmen Kerajaan Negeri dalam kerangka Pelan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ), yang mana pembangunan modal insan adalah nadi utama dalam membina masa depan negeri yang mampan dan berdaya saing,” katanya pada Majlis Penyampaian Watikah Felo SMJ 4.0 kepada 42 anak muda di negeri ini yang menyertai program Felo SMJ, di Menara Kinabalu hari ini.

Hajiiji menambah, ini adalah antara inisiatif yang diambil Kerajaan Negeri untuk membangunkan anak-anak muda dan golongan belia di negeri ini.

“Kerajaan tidak hanya mahu melahirkan pemimpin yang cemerlang dari segi ilmu dan kemahiran, tetapi yang lebih penting, pemimpin yang berjiwa rakyat, yang mampu menyelami denyut nadi komuniti, yang membawa suara rakyat ke meja dasar, dan menjulang semangat cintakan negeri ini melebihi kepentingan diri,” katanya.

Beliau turut menyeru Felo SMJ untuk menggunakan peluang ini sebaik-baiknya untuk mengetahui dunia sebenar pentadbiran Kerajaan Negeri, fahami bagaimana dasar dilakar, keputusan digubal, dan bagaimana jentera kerajaan digerakkan untuk rakyat.

“Harapan saya, agar para felo ini akan menjadi sumbu perubahan, menyemarakkan obor kepimpinan yang ikhlas, berani dan berpandangan jauh demi Sabah yang lebih maju, bersatu dan berjaya.

“Jadikan tempoh sebagai Felo SMJ ini sebagai medan kepimpinan yang menjadi tempat membina disiplin, empati, wawasan dan keberanian. Letakkan integriti sebagai teras diri dan ambillah peluang ini untuk membuktikan bahawa anak muda mampu mengemukakan idea bernas, menawarkan solusi berani, dan memimpin dengan tindakan yang berkesan,” katanya.

Hajiji berkata golongan belia bukan hanya sekadar pelapis, tetapi adalah aset penting yang menjadi pewaris masa depan yang sedang dibentuk hari ini.

“Saya ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua Felo SMJ. Jadikan pengalaman ini permulaan kepada perjalanan kepimpinan yang akan memberi manfaat kepada rakyat dan negeri ini.

“Harapan saya semoga generasi muda ini menjadi penerus kepimpinan yang membawa Sabah ke arah masa depan yang lebih cemerlang,” ujarnya.

Beliau juga memuji semua syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang mengambil bahagian dalam program Felo SMJ kerana sentiasa komited dan konsisten dalam menyokong pembangunan modal insan di negeri Sabah.

Tambanya, dalam pelaksanaan program Felo Sabah Maju Jaya kali ini sebanyak 20 GLC terlibat berbanding hanya 10 GLC sebelum ini.

Katanya, peningkatan ini bukan sekadar angka ia adalah manifestasi kepercayaan dan sokongan teguh yang menggambarkan kesepakatan kukuh antara kerajaan negeri dan GLC dalam melahirkan barisan pemimpin muda Sabah pada masa depan.

“Saya juga dimaklumkan bahawa ramai dalam kalangan felo ini telah ditawarkan peluang untuk menyertai GLC masing-masing selepas tamat program. Ia merupakan satu perkembangan yang membanggakan,” katanya.

Hajiji melihat usaha berterusan yang dibuat oleh Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBSS) dalam merangka dan melaksanakan program yang menjadi medan penting dalam mengasah bakat kepimpinan, membina daya saing serta mempersiapkan generasi pelapis negeri Sabah sebagai satu usaha yang amat baik.

Sebagai makluman, Felo SMJ merupakan salah satu usaha proaktif KBSS, untuk melahirkan barisan “Future Leaders” dan “Talent Pool” dalam kalangan belia, termasuk graduan Sarjana Muda, STPM, STAM dan Diploma sebagai pelapis kepimpinan negeri Sabah.

Menerusi program ini, belia Sabah yang menamatkan pengajian berpeluang menimba pengalaman langsung dalam bidang pengurusan serta pentadbiran Kerajaan Negeri, selain terlibat dalam proses merangka dan menggubal dasar.

Ia menjadi medan terbaik buat graduan untuk menimba ilmu dan pengalaman di kementerian, GLC dan agensi kerajaan di Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/03/hajiji-felo-smj-bukti-kejayaan-lahirkan-pemimpin-muda-sabah/feed/ 0 84831
Felo SMJ beri ruang golongan muda sumbang idea terus kepada Kerajaan https://sabahmedia.com/2024/09/19/felo-smj-beri-ruang-golongan-muda-sumbang-idea-terus-kepada-kerajaan/ https://sabahmedia.com/2024/09/19/felo-smj-beri-ruang-golongan-muda-sumbang-idea-terus-kepada-kerajaan/#respond Thu, 19 Sep 2024 01:29:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=60875
Read Time:1 Minute, 27 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

Kota Kinabalu : Pelaksanaan Felo Sabah Maju Jaya (SMJ) yang kini memasuki edisi ketiga berupaya memberi peluang kepada golongan muda untuk berkhidmat dan menyumbang idea secara terus kepada Kerajaan.

Program inisiatif Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Sabah itu juga merupakan satu usaha bagi menyediakan ‘Future Leaders’ dan ‘Talent Pool’ kepada kepimpinan Sabah pada masa hadapan.

Felo SMJ yang ditemui mengakui rasa teruja dan bersyukur dengan peluang yang diberikan bagi menjadi salah satu pelapis kepada barisan kepimpinan negeri.

Bagi Dayangku Adriana Ag Alimat @ Affandy,25, yang ditempatkan bertugas di Asian Supply Base berharap agar pelaksanaan SMJ yang memasuki edisi ketiga akan terus diperkasakan dimasa akan datang.

“Saya sangat bersyukur diberi peluang ini untuk menjadi salah satu pelapis barisan pemimpin di negeri Sabah.  Jadi kami berharap agar Felo SMJ ini akan terus diperkasakan dimasa akan datang.

“Alhamdulilah saya bangga menjadi Felo SMJ ini.  Selain itu saya juga yakin bahawa saya akan dapat belajar banyak dan pendedahan dari GLC yang saya ditugaskan ini,” katanya.

Bagi Mohammad Fiehzan Rosman,23, yang ditempatkan di Institut Kerjasama Kerajaan dan Rakyat (IKRAR) berkata, inisiatif pelaksanaan Felo SMJ itu adalah sangat baik untuk anak muda diberikan pengalaman dengan lebih teliti khususnya dalam pentadbiran sebuah kementerian atau agensi.

“Bagi saya program ini sangat baik.  Seperti saya yang baru habis belajar, ini merupakan pengalaman yang sangat baik untuk saya lebih maju ke depan.

“Saya berharap d IKRAR saya akan dapat lebih banyak pengalaman yang mana kami sendiri turun padang dimana saya baru seminggu di IKRAR, saya telah pun dibawa turun padang di Pitas, Papar dan beberapa lagi kawasan,” katanya.

Terdahulu, seramai 30 Felo SMJ 3.0 menerima watikah perlantikan daripada Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor di Menara Kinabalu di sini semalam. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/09/19/felo-smj-beri-ruang-golongan-muda-sumbang-idea-terus-kepada-kerajaan/feed/ 0 60875
Hajiji berpuas hati prestasi pelaksanaan Felo SMJ https://sabahmedia.com/2024/09/18/hajiji-berpuas-hati-prestasi-pelaksanaan-felo-smj/ https://sabahmedia.com/2024/09/18/hajiji-berpuas-hati-prestasi-pelaksanaan-felo-smj/#respond Wed, 18 Sep 2024 09:47:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=60845
Read Time:1 Minute, 57 Second

Kota Kinabalu : Seramai 30 belia menerima watikah pelantikan sebagai Felo Sabah Maju Jaya (SMJ) 3.0 daripada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor pada majlis ringkas di Dewan Bankuasi, Menara Kinabalu di sini petang tadi.

Hajiji juga menyampaikan sijil penghargaan kepada rakan kerjasama Program Felo SMJ 3.0 terdiri daripada kementerian, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan badan- badan berkanun serta melancarkan Persatuan Alumni Felo SMJ.

Katanya, belia yang terpilih menyertai Felo SMJ 3.0 akan ditempatkan di kementerian, GLC dan badan-badan berkanun kerajaan bagi menjalani latihan dan pendedahan kepada alam pekerjaan sebenar sebelum ditawarkan bekerja dalam sektor kerajaan atau swasta.

Beliau turut berpuashati dengan prestasi Program Felo SMJ 1.0 dan 2.0 berkata, semua alumni Felo SMJ sudah mendapat pekerjaan selepas selesai menyertai program itu.

Daripada 30 orang Felo SMJ 3.0 yang dipilih tahun ini, seramai 14 orang adalah lelaki dan 16 orang perempuan.

Seramai 10 orang daripada mereka akan ditempatkan di Kementerian-Kementerian dan 20 orang lagi di 17 GLC serta Badan Berkanun.

Mereka yang terpilih adalah Mark Kevin Frederick yang ditempatkan di Jabatan Ketua Menteri, Fairul Rafiq Nordin (Kementerian Pertanian dan Perikanan), Yathrive Harsa (Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan), Mohammad Harith Jaafar (Kementerian Kerja Raya), Nadira Nadia Simudah (Kementerian Kewangan) dan Roger Yapp Kah Chong (Kementerian Pembangunan Industri dan Keusahawanan).

Selain itu, Viannie G. Jendili (Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar), Anasuha Hallhana Jilin (Kementerian Pembangunan Luar Bandar), Nor Aqila Side (Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat) dan Shahrul Azwan James@Mohd Zulazmi (Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi).

Turut terpilih adalah Dayangku Adriana dan Nicole Olivia Alvera Pagrios (Asian Supply  Based), Mohammad Iddin Kassim (DESA), Mohammad Fiehzan (Institut Kerjasama Kerajaan & Rakyat), Sitti Aisyah Orlando (JETAMA), Mohd Ashraf Busrah (KKIP Aerospace), Aliuddin Anwar (Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah), Nurul Izzati Janis (Qhazanah Sabah Berhad), Mohamad Fadlie Shafiq Osman (Sabah Port), Sonia Crystal Miji (Sabah Credit),Audrey Easter Adelaide dan Muhd Iqmal Hamsah (Sabah Energy).

Hainie Selin (Sabah Net), Priska Magdalena Sinem (Sabah Softwood), Nur Amirah Jais (SAFMA), Mohd Nur Hakim Jaidi (Smart Sabah), Ismail Kasim (Suria Capital), Kultum Demie dan Mohd Farhan Roslin (Tanjung Aru Eco-Development) dan Mohd Hilman Syah Ahmad (Yayasan Sabah).

Turut hadir di majlis itu ialah jemaah kabinet negeri, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr Safar Untong dan Pembantu Menteri Belia dan Sukan Negeri, Datuk Fairuz Renddan.- SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/09/18/hajiji-berpuas-hati-prestasi-pelaksanaan-felo-smj/feed/ 0 60845
24 Peserta Felo SMJ Terima Surat Pelantikan https://sabahmedia.com/2022/03/02/24-peserta-felo-smj-terima-surat-pelantikan/ https://sabahmedia.com/2022/03/02/24-peserta-felo-smj-terima-surat-pelantikan/#respond Wed, 02 Mar 2022 04:39:31 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12643
Read Time:53 Second

KOTA KINABALU: Seramai 24 peserta program Felo Sabah Maju Jaya (SMJ) menerima surat pelantikan yang disampaikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor di Menara Kinabalu di sini pada Rabu.

Mereka merupakan kumpulan pertama graduan yang dipilih untuk program bimbingan dan pembelajaran langsung selama enam bulan di 12 kementerian di negeri ini.

Program tersebut adalah Inisiatif Kementerian Belia dan Sukan Negeri yang akan dijalankan di bawah Inkubator Kepimpinan Belia Sabah (IKEBS). Di bawah program itu, peserta Felo SMJ akan menerima elaun bulanan sepanjang program berlangsung.

Hajiji yang juga Menteri Kewangan mengumumkan inisiatif Felo SMJ ketika membentangkan Belanjawan 2022 Sabah tahun lalu, sambil menambah ia adalah sebahagian daripada usaha Kerajaan Negeri untuk memperkasakan pembangunan modal insan.

Katanya, program itu merupakan kerjasama pelbagai agensi termasuk Sekretariat Hala Tuju SMJ, Institut Kerjasama Kerajaan dan Rakyat (IKRAR) serta Majlis Belia Sabah.

Turut hadir TimbalanTimbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin, Datuk Dr Jeffrey Kitingan and Datuk Dr Joachim Gunsalam, Menteri Belia dan Sukan Negeri, Datuk Ellron Alfred Angin, menteri-menteri kabinet dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr Safar Untong.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/02/24-peserta-felo-smj-terima-surat-pelantikan/feed/ 0 12643