feri labuan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 10 Jul 2026 01:41:36 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png feri labuan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Permintaan tinggi, tempahan melebihi had punca tiket feri Menumbok–Labuan habis awal https://sabahmedia.com/2026/07/10/permintaan-tinggi-tempahan-melebihi-had-punca-tiket-feri-menumbok-labuan-habis-awal/ https://sabahmedia.com/2026/07/10/permintaan-tinggi-tempahan-melebihi-had-punca-tiket-feri-menumbok-labuan-habis-awal/#respond Fri, 10 Jul 2026 01:41:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=99619
Read Time:2 Minute, 3 Second

LABUAN : Permintaan penumpang yang tinggi sehingga tempahan melebihi kapasiti perjalanan dikenal pasti sebagai punca utama tiket feri bagi laluan Menumbok–Labuan habis lebih awal pada Rabu lalu, sekali gus mencetuskan kekeliruan dalam kalangan pengguna.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Wilayah Persekutuan Labuan dalam satu kenyataan memaklumkan, hasil semakan bersama pihak pengusaha feri mendapati jadual asal perjalanan bagi laluan Menumbok ke Labuan pada 8 Julai hanya menyediakan perjalanan terakhir pada jam 8 malam.

Menurut kenyataan itu, tempahan yang diterima menerusi sistem dalam talian dan jualan di kaunter bagi perjalanan tersebut telah melebihi kapasiti yang disediakan, menyebabkan tiket perjalanan jam 8 malam ditutup selepas had tempahan dicapai.

“Dalam keadaan itu, kenderaan yang berada dalam senarai menunggu juga tidak berpeluang menaiki feri pada perjalanan berkenaan,” menurut kenyataan itu di sini pada Khamis.

Susulan permintaan yang tinggi, pengusaha feri kemudiannya mengambil keputusan membuka satu perjalanan tambahan pada jam 7 malam bagi menampung keperluan penumpang.

KPDN memaklumkan perjalanan tambahan itu diwujudkan selepas tempahan bagi perjalanan jam 8 malam telah melebihi kapasiti asal, dan penjualan tiket hanya dimulakan selepas keputusan berkenaan dibuat.

Bagaimanapun, selepas perjalanan tambahan dibuka, sebahagian penumpang yang telah mempunyai tiket bagi perjalanan jam 8 malam memilih untuk menukar tempahan mereka ke perjalanan jam 7 malam.

Menurut KPDN, pertukaran itu melibatkan 20 kenderaan persendirian serta tujuh kenderaan berat termasuk lori dan treler, sekali gus mengurangkan jumlah kenderaan yang dijadualkan menaiki feri pada perjalanan jam 8 malam.

Dalam masa sama, beberapa kenderaan yang telah membuat tempahan turut dilaporkan tidak hadir pada waktu pelepasan, menyebabkan perjalanan jam 8 malam kelihatan seolah-olah masih mempunyai ruang kosong.

“Keadaan ini menimbulkan persepsi bahawa tiket bagi perjalanan jam 8 malam masih tersedia, sedangkan tiket sebenarnya telah habis ditempah sebelum perjalanan tambahan dibuka,” jelas kenyataan itu.

KPDN WP Labuan turut menjelaskan bahawa ketika pengadu hadir ke kaunter untuk mendapatkan maklumat, tiket perjalanan jam 8 malam sememangnya telah habis ditempah dan ditutup, manakala keputusan untuk membuka perjalanan tambahan pada jam 7 malam masih belum dibuat ketika itu.

Justeru, maklumat yang diberikan kepada pengadu adalah berdasarkan status tempahan semasa pada waktu pertanyaan dibuat.

Mengulas lanjut, KPDN WP Labuan berkata pihak pengusaha feri telah mengambil maklum berhubung perkara itu dan akan meneliti langkah penambahbaikan, khususnya dalam aspek penyelarasan sistem tempahan serta penyampaian maklumat kepada penumpang apabila berlaku perubahan operasi atau pembukaan perjalanan tambahan.

KPDN menegaskan komitmennya untuk terus bekerjasama dengan agensi serta pihak berkaitan bagi memastikan kepentingan pengguna sentiasa dipelihara, di samping meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan kepada orang ramai.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/07/10/permintaan-tinggi-tempahan-melebihi-had-punca-tiket-feri-menumbok-labuan-habis-awal/feed/ 0 99619
Perkhidmatan feri Labuan-Kota Kinabalu disambung semula Ahad ini https://sabahmedia.com/2024/12/10/perkhidmatan-feri-labuan-kota-kinabalu-disambung-semula-ahad-ini/ https://sabahmedia.com/2024/12/10/perkhidmatan-feri-labuan-kota-kinabalu-disambung-semula-ahad-ini/#respond Tue, 10 Dec 2024 01:51:19 +0000 https://sabahmedia.com/?p=65146
Read Time:1 Minute, 25 Second

BERNAMA

Labuan: Perkhidmatan feri ekspres Labuan-Kota Kinabalu akan beroperasi semula pada 15 Dis ini selepas hampir tiga tahun dihentikan susulan pandemik COVID-19.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa, yang mengesahkan perkara itu, berkata ia merupakan peristiwa penting dalam langkah meningkatkan sistem perhubungan di pulau bebas cukai ini.

Sebelum ini, perkhidmatan itu sangat popular namun operasinya terpaksa dihentikan kerana kurang mendapat sambutan ketika penularan COVID-19.

Beliau berkata pengoperasian semula perkhidmatan feri ekspres dijangka mengeratkan hubungan antara Labuan dengan tanah besar Sabah bagi menangani masalah kesalinghubungan yang telah lama wujud.

“Kami tidak akan mengabaikan keperluan Labuan untuk meningkatkan sistem perhubungan… usaha ini penting bukan sahaja untuk komuniti setempat tetapi juga bagi meningkatkan bilangan pelawat,” katanya semasa temu bual eksklusif dengan Bernama sempena setahun memegang jawatan Menteri Wilayah Persekutuan.

Dr Zaliha berkata perkhidmatan itu berpotensi merancakkan semula sektor pelancongan sekali gus menggalakkan agensi industri itu menawarkan pakej merangkumi Sabah dan Labuan.

“Sistem perhubungan yang dipertingkat dijangka menarik lebih ramai pelawat dan merangsang pertumbuhan ekonomi di wilayah ini,” katanya.

Beliau berkata sebagai tambahan kepada penyambungan semula perkhidmatan itu, kerajaan merancang meluaskan diskaun 50 peratus perjalanan yang kini tersedia untuk penumpang dan terminal feri roll-on roll-off (RoRo) kepada mereka yang menggunakan feri ekspres.

“Kami tidak nampak sebarang isu dalam pemberian subsidi yang sama dengan diskaun 50 peratus kepada pengguna feri ekspres,” katanya sambil menekankan komitmen untuk meringankan kos perjalanan penumpang.

Dr Zaliha juga berkata penyambungan perkhidmatan itu selaras dengan strategi kerajaan yang lebih luas untuk menyokong industri tempatan dan komuniti yang menggunakan laluan Labuan-Kota Kinabalu-Labuan.

“Dengan menangani jurang kesalinghubungan dan mempromosi pelancongan serantau, inisiatif itu dijangka membuka jalan kepada aliran ekonomi untuk Labuan dan kawasan sekitar,” katanya. – BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/12/10/perkhidmatan-feri-labuan-kota-kinabalu-disambung-semula-ahad-ini/feed/ 0 65146