Filem pendek – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 28 May 2024 10:34:11 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Filem pendek – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Jetama terbit filem pendek “Hero Kaamatan Ku” https://sabahmedia.com/2024/05/28/jetama-terbit-filem-pendek-hero-kaamatan-ku/ https://sabahmedia.com/2024/05/28/jetama-terbit-filem-pendek-hero-kaamatan-ku/#respond Tue, 28 May 2024 10:12:23 +0000 https://sabahmedia.com/?p=55175
Read Time:1 Minute, 45 Second

KOTA KINABALU: Buat julung-julung kalinya, sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di bawah naungan Kementerian Kewangan Negeri Sabah, Jetama Sdn Bhd menerbitkan sebuah filem pendek bersempena dengan Sambutan Pesta Kaamatan 2024.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Naim Uddang berkata, filem bertajuk “JETAMA | Kaamatan 2024 : Hero Kaamatan Ku” tersebut telah dimuatnaik di saluran YouTube Jetama Sdn Bhd pada 26 Mei lepas.

“Filem berdurasi hampir lima minit tersebut mengangkat tema pengorbanan dan semangat kekeluargaan serta warisan keluarga.

“Ia mengisahkan seorang anak kecil sedih dengan kehidupannya yang tiba-tiba berubah menjadi sukar selepas berpindah ke kampung.

“Keadaan tersebut berlaku kerana bapanya mengambil keputusan untuk berhenti kerja di bandar bagi mengambil alih legasi ibunya yang uzur mengusahakan sawah warisan mereka. Walaubagaimanapun, akhirnya anak tersebut menyedari pengorbanan ayahnya apabila dewasa,”kongsinya.

Ahmad Naim berkata demikian dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Tambah Ahmad Naim, antara lokasi penggambaran filem pendek tersebut adalah di sekitar Kampung Sagkir, Kota Belud dan juga Mari-Mari Culture Village, Kota Kinabalu yang mengambil masa pengambaran dan suntingan hampir dua minggu.

“Kami berharap filem pendek ini akan dapat menambat hati penonton dan secara tidak langsung dapat mengangkat tema Pesta Kaamatan tahun ini iaitu “Kaamatan, Melangkaui Keterjaminan Makanan” atau dalam bahasa Kadazan-Dusunnya, “Kaamatan, Poingalib Kohimaganan Taakanon”.

“Bagi memeriahkan sambutan Pesta Kaamatan tahun ini, Jetama Sdn Berhad turut menyediakan hadiah wang tunai sebanyak RM20 ribu kepada 20 penonton bertuah yang berkongsi (share) pautan Youtube tersebut di laman sosial Facebook, Instagram mahupun Tiktok dan merangka satu ayat pendek yang bermula dengan “Saya suka video ini kerana..” disertai dengan hashtag #KaamatanJetama2024 dan #Jetama.

“Mereka juga perlu berkongsi pautan video tersebut di laman sosial mereka bermula 26 Mei dan tarikh tutup penyertaan adalah pada 1 Jun, 6 petang.” ujarnya.

Filem tersebut dihasilkan oleh Pengurus Besar (Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus) Ag Ahmad Zaki Abu Bakar dan dibantu oleh pelakon tempatan iaitu adik Rafa Rasendrya Roger sebagai anak, Roger Jeno Sibin sebagai ayah, Winih Kimin sebagai nenek, dan Unduk Ngadau Kaamatan 2023, Carol Abbey Gail Grimaldi sebagai anak sewaktu dewasa.

“Hero Kaamatan Ku” boleh disaksikan di saluran Youtube https://www.youtube.com/watch?v=cTwty_gay6M.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/05/28/jetama-terbit-filem-pendek-hero-kaamatan-ku/feed/ 0 55175
Filem pendek mampu tarik pelaburan https://sabahmedia.com/2023/06/21/filem-pendek-mampu-tarik-pelaburan/ https://sabahmedia.com/2023/06/21/filem-pendek-mampu-tarik-pelaburan/#respond Wed, 21 Jun 2023 08:29:21 +0000 https://sabahmedia.com/?p=36807
Read Time:1 Minute, 16 Second

KOTA KINABALU: Penghasilan filem pendek berkualiti berpotensi menjadi salah satu penyumbang utama bagi menarik pelaburan ke negeri ini.

Industri filem pendek yang semakin berkembang diperingkat dunia dilihat mampu mencetuskan impak positif dengan mempromosikan negeri ini kepada dunia luar.

Ketua Pegawai Eksekutif, Invest Sabah Berhad (ISB), Datuk Madiyem Layapan berkata, ini sudah terbukti dengan pengiktirafan Sekolah Kebangsaan (SK) Tampulan, Telipok, yang dinobatkan sebagai finalis dalam pertandingan Festival Filem Kanak-Kanak dan Belia Antarabangsa Busan (BIKY) 2023 di Korea Selatan.

Katanya, kreativiti dan kesungguhan yang ada pada murid-murid dan guru sekolah ini sewajarnya diambil perhatian serius oleh semua pihak.

“Ini kerana, kejayaan yang mampu diperolehi sekolah ini secara tidak langsung membantu mempromosikan Sabah yang kaya dengan budaya dan keindahan alam semula jadi diperingkat antarabangsa.

“Oleh itu, kemampuan dan kecekalan mereka melakar sejarah membanggakan ini membuatkan kita tampil memberi sumbangan kewangan sebagai menghargai usaha yang dilakukan sekolah ini, selain menjadi salah satu promosi ISB ke Korea Selatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan kepada Guru Besar SK Tampulan, Zaliha Ismenyah, dalam majlis ringkas di sekolah berkenaan, hari ini.

Madiyem berkata, beliau sedar, usaha menghasilkan filem pendek berkualiti sentiasa memerlukan sumber kewangan yang banyak terutamanya bagi sekolah yang dikategorikan sebagai sekolah kurang murid (SKM).

Namun katanya, inilah aset kepada Sabah dan Malaysia yang wajar diketengahkan kepada dunia kerana ia mampu menarik pelaburan berterusan ke negeri ini.

“Pelaburan yang berjaya dibawa masuk ke negeri ini sudah pasti membawa banyak manfaat terutamanya dalam aspek peluang pekerjaan, perniagaan dan sekaligus meningkatkan ekonomi rakyat Sabah,”tegasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/06/21/filem-pendek-mampu-tarik-pelaburan/feed/ 0 36807
Filem pendek pelajar KVK, juara di Festival Seni Antarabangsa https://sabahmedia.com/2023/04/07/filem-pendek-pelajar-kvk-juara-di-festival-seni-antarabangsa/ https://sabahmedia.com/2023/04/07/filem-pendek-pelajar-kvk-juara-di-festival-seni-antarabangsa/#respond Fri, 07 Apr 2023 06:52:57 +0000 https://sabahmedia.com/?p=32310
Read Time:1 Minute, 30 Second

KENINGAU: Sekumpulan pelajar dari jurusan Pendidikan Awal Kanak-kanak Kolej Vokasional Keningau (KVK) tidak menyangka mereka menjadi juara di festival seni “Art Marathon in France” pada 5 April 2023 dalam kategori filem pendek.

Pelajar-pelajar tersebut terdiri daripada Nursofi Aisyahtul Fatihah, Naveah Abila, Ave Vanessa, Brandon Zachary David, Chris Elvyenie Grice Michael dan Vitavenicea Layuni.

Pengarah KVK Christine Stanislaus Kinsik berkata, filem pendek yang dihasilkan oleh pelajar tersebut dilakonkan semula berdasarkan kisah benar salah seorang pelajar kolej itu yang nyaris menjadi mangsa penipuan yang lebih dikenali sebagai ‘scam’ pada masa kini.

Katanya, filem itu mengisahkan seorang pelajar yang terpedaya dengan ajakan kenalan rapatnya berkenaan dengan perniagaan dalam talian yang menjanjikan pulangan yang lumayan.

“Namun skim tersebut memerlukannya untuk memindahkan wang dari akaun peribadi ke satu akaun dari masa ke semasa sebelum mendapat wang yang dipindahkan bersama bayaran tambahan untuk setiap permindahan.

“Jumlah wang tersebut semakin lama semakin meningkat dan sindiket terbabit kian mendesak agar pembayaran dibuat serta-merta.

“Apabila tindakannya itu disedari oleh para guru, mereka menasihatnya untuk berhenti dan akhirnya dia berkeputusan untuk tidak lagi melibatkan diri kerana makin terbeban dengan skim penipuan itu,” kata Christine dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, ini adalah salah satu contoh penipuan dimana mangsa menjadi keldai akaun yang boleh disabitkan kesalahan jenayah.

“Pasukan pelajar ini menghasilkan filem ini untuk meningkatkan kesedaran warga kolej itu dan orang awam agar berhati-hati dengan skim penipuan yang kian berleluasa,” ujarnya.

Atas kejayaan itu, Christine memuji usaha para pelajarnya dalam menyebarkan maklumat penting secara kreatif yang menganggap ini sebagai salah satu inovasi yang boleh digunakan untuk mengatasi pengaruh penipuan memandangkan ramai warga Malaysia telah menjadi mangsa dan ianya telah menimbulkan kerisauan yang tinggi di kalangan masyarakat.

Filem pendek yang bertajuk “Watch Your Step” (Jaga Langkah Anda) itu boleh diakses melalui pautan berikut: https://youtu.be/ZI4Sbfn7zAQ

]]>
https://sabahmedia.com/2023/04/07/filem-pendek-pelajar-kvk-juara-di-festival-seni-antarabangsa/feed/ 0 32310