Fitnah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 24 Oct 2025 07:01:03 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Fitnah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Fitnah terancang cemar reputasi Ketua Menteri – Nizam https://sabahmedia.com/2025/10/24/fitnah-terancang-cemar-reputasi-ketua-menteri-nizam/ https://sabahmedia.com/2025/10/24/fitnah-terancang-cemar-reputasi-ketua-menteri-nizam/#respond Fri, 24 Oct 2025 07:00:56 +0000 https://sabahmedia.com/?p=84035
Read Time:1 Minute, 42 Second

KOTA KINABALU: Satu hantaran media sosial yang menyifatkan bahawa Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor bertemu dengan Albert Tei untuk mengaitkannya dalam skandal perlombongan di Sabah adalah jelas merupakan satu cubaan untuk mencemarkan reputasi Ketua Menteri. 

Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, Ketua Menteri dalam kapasiti beliau sebagai ketua eksekutif kerajaan negeri, berjumpa dengan semua lapisan pihak berkepentingan.

Katanya,  pertemuan-pertemuan Ini adalah mesyuarat rasmi biasa yang turut dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan Ketua Menteri. 

“Individu di sebalik hantaran media sosial tersebut, bersama Albert, mempunyai niat jahat untuk mengaitkan Ketua Menteri dengan Albert dan skandal perlombongan menggunakan gambar untuk menyiratkan. 

“Tambahan pula, Ketua Menteri tidak menafikan kenal atau pernah bertemu dengan Albert, tetapi jelas, pos tersebut adalah satu cubaan untuk mempolitikan mesyuarat biasa, yang bersifat menyiratkan dan tidak bertanggungjawab,” katanya 

Nizam berkata, Ketua Menteri telah bersikap telus dan telah meminta pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan menyeluruh, sambil memberi jaminan bahawa Kerajaan Negeri akan memberi kerjasama sepenuhnya. 

Katanya, segala tuduhan perlu dibuktikan melalui proses undang-undang dan bukan melalui kempen fitnah di media sosial.

Sementara itu Nizam berkata, portal berita tempatan semalam mendedahkan, seorang sumber memaklumkan bahawa Albert  telah merancang ‘aksi’ di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), dipercayai berkaitan dengan kes rasuahnya yang dijadual disebut di Mahkamah Kota Kinabalu hari ini. 

Katanya,  amat jelas bahawa Albert sendiri memainkan peranan utama dalam mencetuskan drama persepsi tersebut.

“Beliau sudah merancang langkah ini lebih awal. Dia masuk ke Sabah dengan memberitahu pihak imigresen kononnya hanya mahu berjumpa kawan, sedangkan dia tidak menunjukkan surat panggilan mahkamah yang sepatutnya. 

“Semua ini merupakan sebahagian daripada muslihat dan perancangan jahat Albert untuk menimbulkan kekeliruan dan menimbulkan persepsi kononnya beliau dianiaya,” katanya.

Sementara itu, Nizam berkata, Albert sengaja mencetuskan teori konspirasi kononnya wujud campur tangan politik dalam siasatan terhadap dirinya bagi meraih simpati awam. 

“Ini bukan lagi tindakan individu teraniaya, tetapi satu operasi persepsi terancang untuk mengalihkan perhatian daripada kes dan siasatan terhadap dirinya sendiri,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/24/fitnah-terancang-cemar-reputasi-ketua-menteri-nizam/feed/ 0 84035
Rakyat diingatkan waspada fitnah media sosial menjelang PRN https://sabahmedia.com/2025/09/07/rakyat-diingatkan-waspada-fitnah-media-sosial-menjelang-prn/ https://sabahmedia.com/2025/09/07/rakyat-diingatkan-waspada-fitnah-media-sosial-menjelang-prn/#respond Sat, 06 Sep 2025 18:53:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=80723
Read Time:1 Minute, 19 Second

Beaufort : Rakyat diingatkan agar lebih berhati-hati dan tidak mudah terpengaruh dengan tohmahan serta fitnah yang disebarkan di media sosial, khususnya menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ruslan Muharam berkata, walaupun media sosial banyak memudahkan urusan komunikasi masyarakat, namun ada pihak yang menyalahgunakannya untuk menyebarkan pembohongan.

Katanya, tohmahan yang dilakukan itu adalah dengan tujuan merosakkan perpaduan rakyat serta menanam kebencian terhadap kerajaan.

“Media sosial hari ini memang cepat dan mudah, tetapi malangnya ia turut digunakan untuk menyebarkan fitnah.

“Kita lihat, ada pihak memutarbelitkan fakta semata-mata mahu menjatuhkan imej pemimpin,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Dewan Perpaduan DHRM di Kampung Karangan di sini pada Sabtu.

Ruslan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan berkata, selain tohmahan dan fitnah yang dilemparkan kepada pemimpin, isu kematian melibatkan Allahyarhamah Zara Qairina turut diputar belitkan.

“Terdapat juga mengenai isu membabitkan Allahyarhamah Zara, yang mana kandungan video palsu direka sehingga mencetuskan kebimbangan orang ramai.

“Namun, pelaku akhirnya ditangkap dan mengaku membuat konten berunsur fitnah itu.

“Semua ini membuktikan bahawa masyarakat perlu bijak menilai dan menyemak kesahihan maklumat, bukan terus mempercayai bulat-bulat apa yang dibaca atau dilihat di media sosial. Fitnah ini boleh merosakkan perpaduan yang kita bina sekian lama,” katanya.

Justeru, Ruslan menyeru rakyat supaya menggunakan kebijaksanaan dalam menilai maklumat terutama menjelang PRN, agar tidak termakan hasutan pihak tertentu yang mempunyai agenda politik sempit.

“Apakah kita mahu menyokong pemimpin yang sanggup melakukan perbuatan tidak bermoral, menabur fitnah dan memecahbelahkan rakyat?.

“Sudah tentu rakyat perlu menolak mereka demi kestabilan negeri,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/07/rakyat-diingatkan-waspada-fitnah-media-sosial-menjelang-prn/feed/ 0 80723
Adun Darau Nafi Dakwaan Kaitkan Anak Perempuannya Dengan Kematian Zara Qairina https://sabahmedia.com/2025/08/15/adun-darau-nafi-dakwaan-kaitkan-anak-perempuannya-dengan-kematian-zara-qairina/ https://sabahmedia.com/2025/08/15/adun-darau-nafi-dakwaan-kaitkan-anak-perempuannya-dengan-kematian-zara-qairina/#respond Fri, 15 Aug 2025 02:33:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=79283
Read Time:1 Minute, 31 Second

Kota Kinabalu — Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Darau, Azhar Datuk Matussin membuat laporan polis berhubung dakwaan di media sosial yang mengaitkan anak perempuannya dengan kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir.

Azhar menegaskan beliau tidak mempunyai anak perempuan bernama Dayana Balqis atau dikenali sebagai Dedeng, selain tidak pernah menghantar anaknya belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Papar.

“Sijil kelahiran yang dipaparkan dalam hantaran tersebut bukan milik anak saya. Semua butiran itu adalah palsu, direka dan boleh disahkan di mana-mana cawangan Jabatan Pendaftaran Negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook, Selasa.

Bekas Pembantu Menteri Perdagangan dan Perindustrian Negeri itu berkata, laporan polis dibuat bagi menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap individu yang mencipta dan menyebarkan dakwaan palsu itu, termasuk mereka yang berkongsi kandungan berkenaan di platform lain.

Beliau turut membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) terhadap hantaran di Facebook menggunakan nama “Forum Politik Sabah Suara Anak Sabah, Ini Sabah Bah (ISB)”, serta memaklumkan penasihat undang-undang telah mencadangkan tindakan mahkamah.

“Walaupun hantaran itu telah dipadam, kerosakan telah berlaku dan keselamatan anak perempuan saya kini terancam. Kita tahu majoriti rakyat Malaysia marah terhadap pembuli dan pembunuh yang terlibat dalam kes tersebut,” katanya.

Sementara itu, pada 8 Ogos lalu, seorang ahli keluarga bekas pelajar SMKA Tun Datu Mustapha turut membuat laporan polis di Lahad Datu mengenai dakwaan fitnah yang mengaitkan anak mereka dengan kes Zara Qairina.

Muhd Yassin berkata, anak perempuannya yang kini berusia 16 tahun berpindah ke Kolej Vokasional Lahad Datu (KVLD) pada awal 2025 selepas bersekolah di SMKA Tun Datu Mustapha dari 2022 hingga 2024.

“Kejadian yang menimpa Almarhumah Zara Qairina berlaku ketika anak saya tidak lagi bersekolah di situ. Tetapi gambarnya dikongsi dalam video di TikTok yang mendakwa dia pembunuh Zara. Video itu mendapat lebih 10,000 tontonan dan dipenuhi komen negatif terhadap anak kami,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/15/adun-darau-nafi-dakwaan-kaitkan-anak-perempuannya-dengan-kematian-zara-qairina/feed/ 0 79283
PRU15: Jangan mudah terpengaruh fitnah pihak lawan – Suhaimi https://sabahmedia.com/2022/11/14/pru15-jangan-mudah-terpengaruh-fitnah-pihak-lawan-suhaimi/ https://sabahmedia.com/2022/11/14/pru15-jangan-mudah-terpengaruh-fitnah-pihak-lawan-suhaimi/#respond Sun, 13 Nov 2022 23:07:43 +0000 https://sabahmedia.com/?p=24553
Read Time:51 Second

SANDAKAN : Rakyat Libaran dinasihatkan agar tidak mudah terpengaruh dengan fitnah pihak lawan yang disebarkan melalui media sosial mahupun semasa sesi berkempen.

Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Libaran, Datuk Suhaimi berkata, pihak lawan seolah-olah ketandusan modal hingga sanggup menyebarkan fitnah dan auta demi meraih sokongan rakyat.

“Kita turun padang untuk memberi penerangan sepatutnya kepada rakyat mengenai apa yang telah kerajaan lakukan dan apa hasrat kita selepas ini jika diberi mandat untuk menerajui kerajaan.

“Berbeza dengan kempen calon pihak lawan yang hanya pandai mengkritik dan memburuk-burukkan BN,” katanya ketika berucap pada perjumpaan bersama belia di Kampung Nelayan Batu Putih, semalam.

Menurut Suhaimi, rakyat di Libaran boleh mendengar, tetapi jangan sesekali mempercayai dengan kata-kata negatif dan fitnah pihak lawan yang menjadi asam garam semasa kempen pilihan raya.

“Pihak lawan sekadar merayu simpati agar pengundi menyokong mereka. Bukan itu sahaja, mereka memainkan isu-isu semasa, malah lebih teruk turut menyentuh hal peribadi.

“Rakyat Libaran tidak boleh memilih calon sedemikian. Saya tahu pengundi di kawasan ini bijak menilai dan tidak mudah terpengaruh,” jelasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/11/14/pru15-jangan-mudah-terpengaruh-fitnah-pihak-lawan-suhaimi/feed/ 0 24553