FKAT – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 01 Aug 2026 22:44:51 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png FKAT – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 FKAT tarik kehadiran peserta dari luar negara https://sabahmedia.com/2026/08/02/fkat-tarik-kehadiran-peserta-dari-luar-negara/ https://sabahmedia.com/2026/08/02/fkat-tarik-kehadiran-peserta-dari-luar-negara/#respond Sat, 01 Aug 2026 20:25:58 +0000 https://sabahmedia.com/?p=100895
Read Time:1 Minute, 46 Second

TAWAU: Kehadiran peserta daripada beberapa negara luar selain dari dalam negara untuk menyertai Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau (FKAT) mengukuhkan lagi peranan Tawau sebagai sebuah bandar sempadan yang kaya dengan jaringan diplomasi budaya dan kerjasama serantau.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata ini sekali gus membuktikan FKAT ada kelasnya yang tersendiri sehingga berjaya menarik perhatian meluas di peringkat nasional mahu pun antarabangsa.

“Keunikan budaya yang kita miliki inilah kekuatan kita dan festival ini bukan sahaja memperlihatkan keunikan citra masyarakat kita, tetapi juga menjadi simbol perpaduan kukuh rakyat berbilang etnik di negeri ini.

“Keunikan inilah yang menjadi tarikan peserta dari negara luar antaranya Kazakhstan,Uzbekistan, Kemboja dan Indonesia untuk menyertai festival ini. Sudah pasti ini akan memperkukuh peranan daerah Tawau sebagai salah satu destinasi pelanconganbudaya yang dinamik, makmur, serta sentiasa mendapat tempat di hati para pelawat dari seluruh negara mahu pun pelancong antarabangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau Kali Ke-11 Tahun 2026, di sini pada Sabtu.

Dalam pada itu, Ketua Menteri berkata FKAT mampu menjadi platform besar untuk mengetengahkan khazanah budaya rakyat berbilang kaum di negeri ini.

“Budaya bukan sekadar khazanah sejarah, tetapi juga aset yang perlu dipertahankan untuk generasi akan datang. Saya yakin festival ini mampu membawa impak besar ke atas sektor pelancongan dan ekonomi tempatan di Tawau.

“Kemasukan pelancong domestik dan antarabangsa sempena festival ini bukan setakat untuk mengenali khazanah budaya kita tetapi turut memberi limpahan rezeki kepada semua yang terlibat secara tidak langsung.

“Ini termasuk usahawan, pengusaha inap desa atau homestay, penggiat seni dan peniaga kecil sekali gus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi komuniti setempat,” katanya.

Sehubungan itu beliau berkata, kerajaan negeri akan mempergiatkan inisiatif, program dan acara berimpak tinggi bagi menarik lebih ramai pelancong ke Sabah seiring dengan Tahun Melawat Malaysia 2026 dan seterusnya Tahun Melawat Sabah 2027.

“Kita akan menganjurkan lebih banyak promosi termasuklah pelancongan berasaskan komuniti serta pengukuhan kempen pemasaran digital bagi menarik lebih ramai pelancong antarabangsa. Festival kebudayaan seperti ini adalah salah satu platform untuk membantu usaha ini.

“Kerajaan juga akan terus menyokong dan membantu pertubuhan etnik dalam usaha menjaga hal ehwal adat istiadat, seni dan budaya masing-masing, di negeri ini,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/08/02/fkat-tarik-kehadiran-peserta-dari-luar-negara/feed/ 0 100895
FKAT cipta sejarah, raih tiga pengiktirafan Malaysia Book of Records https://sabahmedia.com/2025/08/03/fkat-cipta-sejarah-raih-tiga-pengiktirafan-malaysia-book-of-records/ https://sabahmedia.com/2025/08/03/fkat-cipta-sejarah-raih-tiga-pengiktirafan-malaysia-book-of-records/#respond Sun, 03 Aug 2025 04:23:09 +0000 https://sabahmedia.com/?p=78466
Read Time:1 Minute, 14 Second

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

TAWAU: Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau (FKAT) mencatat sejarah tersendiri apabila meraih tiga pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBOR), menjadikannya antara acara kebudayaan paling signifikan di negara ini.

Tiga kategori yang direkodkan MBOR ialahPenganjuran Festival Melibatkan Kepelbagaian Etnik Paling Lama di Malaysia,Persembahan Tarian Etnik Terbanyak Dalam Satu Acara, dan
Perarakan Etnik Teramai Dalam Satu Acara.

Pengiktirafan itu disampaikan kepada Presiden MPT l, Joseph Pang, dalam acara kemuncak FKAT yang berlangsung malam tadi di Dataran Majlis Perbandaran Tawau, disaksikan oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman, bersama isteri, Toh Puan Faridah Tussin.

Ribuan warga Tawau dan dari daerah sekitarnya membanjiri dataran MPT bagi menyaksikan persembahan kebudayaan dari pelbagai etnik di negeri ini.

Turut menjadi perhatian ialah persembahan kebudayaan dari tiga negara iaitu Kazakhstan, Indonesia dan Filipina.

Dalam majlis itu juga, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor diwakili oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif. Hadir sama, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.

Hajiji berkata, FKAT bukan sahaja memperlihatkan kepelbagaian budaya Sabah, malah menjadi simbol perpaduan rakyat berbilang etnik di negeri ini yang berjaya menarik perhatian nasional dan antarabangsa.

Menurut beliau, kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM13.66 juta tahun ini khusus untuk pemeliharaan dan pemerkasaan warisan budaya dan seni tempatan.

Beliau berkata, festival seperti FKAT turut memberi impak langsung kepada ekonomi komuniti melalui kemasukan pelancong serta peluang niaga kepada usahawan tempatan, penggiat seni, pengusaha homestay dan peniaga kecil.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/03/fkat-cipta-sejarah-raih-tiga-pengiktirafan-malaysia-book-of-records/feed/ 0 78466
FKAT mampu promosikan kepelbagaian budaya negeri Sabah https://sabahmedia.com/2024/06/30/fkat-mampu-promosikan-kepelbagaian-budaya-di-negeri-ini/ https://sabahmedia.com/2024/06/30/fkat-mampu-promosikan-kepelbagaian-budaya-di-negeri-ini/#respond Sun, 30 Jun 2024 01:59:30 +0000 https://sabahmedia.com/?p=56745
Read Time:1 Minute, 44 Second

TAWAU: Kerajaan Sabah akan terus memastikan kekayaan budaya yang dimiliki rakyat berbilang kaum di negeri ini terus dikekalkan sekali gus menjadi daya tarikan pelancong datang ke negeri ini, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Justeru, beliau berkata Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau (FKAT) adalah antara medan untuk mempromosikan khazanah budaya dan tradisi suku kaum yang diwarisi di negeri ini.

“Sabah terkenal sebagai negeri yang kaya dengan budaya etnik yang pelbagai serta keindahan alam semula jadi yang unik dan menarik. Kepelbagaian budaya dan keindahan alam flora dan fauna itu adalah antara aset dan khazanah negeri yang amat bernilai.

“Oleh hal yang demikian, aspek budaya dan adat tradisi suku kaum, serta keindahan alam semula jadi yang menjadi khazanah kita ini, wajar terus diketengahkan menerusi festival ini.Usaha seperti ini sudah pasti merancakkan lagi pertumbuhan industri pelancongan di negeri ini, termasuk di Tawau.

“Dalam masa sama, penganjuran program sebegini, ia turut memberikan ruang dan peluang kepada masyarakat setempat, khususnya usahawan, untuk menjana pendapatan melalui penjualan produk-produk berunsur tradisi, seperti kraftangan dan makanan etnik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau (FKAT) Siri Ke-9 Tahun 2024 di Dataran Majlis Perbandaran Tawau, di sini pada Sabtu.

Dalam pada itu, beliau berkata dengan siapnya Pusat Kebudayaan Antarabangsa Tawau (TICC) nanti, FKAT yang diadakan secara tahunan ini akan mempunyai bangunan kekal selain menjadi tempat penganjuran pelbagai program bertaraf dunia lain.

“TICC ini juga akan menjadi pusat pengembangan budaya yang utama di luar ibu negeri Kota Kinabalu.

“Kerajaan Negeri sentiasa menyokong usaha murni seperti ini, iaitu, pertama; ke arah melestarikan khazanah budaya turun temurun, kedua; mempromosikan sektor pelancongan, ketiga; membangunkan ekonomi rakyat dan negeri, dan keempat, memupuk perpaduan dan keharmonian di kalangan rakyat.

“Sempena festival ini, peserta dari negara luar turut dijemput iaitu dari Indonesia, Thailand dan India. Ini sudah pasti secara tidak langsung, ia turut mengeratkan lagi hubungan dua hala antara negara kita Malaysia dengan negara-negara berkenaan.

“Saya berharap festival ini dapat dikekalkan menjadi acara tahunan yang bukan sahaja mampu menyatu-padukan rakyat melalui persembahan kebudayaan, malah sebagai wadah untuk melihat sendiri budaya dari negara luar,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/06/30/fkat-mampu-promosikan-kepelbagaian-budaya-di-negeri-ini/feed/ 0 56745