Fleet card – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 24 Jun 2026 02:24:40 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Fleet card – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Syarikat belum terima fleet card SKDS boleh tuntut bayaran balik diesel https://sabahmedia.com/2026/06/24/syarikat-belum-terima-fleet-card-skds-boleh-tuntut-bayaran-balik-diesel/ https://sabahmedia.com/2026/06/24/syarikat-belum-terima-fleet-card-skds-boleh-tuntut-bayaran-balik-diesel/#respond Wed, 24 Jun 2026 02:24:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=98769
Read Time:2 Minute, 20 Second

PUTRAJAYA: Kerajaan bersetuju membuka ruang permohonan tuntutan bayaran balik tunai diesel di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) mulai 1 Julai 2026 bagi syarikat pengangkutan darat awam dan barangan yang masih belum menerima fleet card.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, kemudahan itu disediakan susulan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan yang berkuat kuasa pada tarikh berkenaan.

Menurut beliau, penggunaan fleet card di bawah SKDS adalah mekanisme utama untuk membolehkan syarikat yang layak terus menikmati diesel bersubsidi pada harga RM1.88 seliter bagi sektor pengangkutan darat awam dan RM2.15 seliter bagi sektor pengangkutan darat barangan.

“Kerajaan mengambil maklum bahawa proses pengeluaran dan penghantaran fleet card oleh syarikat minyak lazimnya mengambil masa antara dua hingga tiga minggu bergantung kepada proses semakan dan pengurusan dalaman syarikat masing-masing.

“Sehubungan itu, kerajaan bersetuju membenarkan syarikat yang layak membuat tuntutan perbezaan harga diesel yang dibeli pada harga runcit tanpa subsidi dengan harga diesel bersubsidi SKDS yang sepatutnya dinikmati sementara menunggu fleet card diterima,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, pendaftaran SKDS bagi sektor pengangkutan darat awam di Sabah, Sarawak dan Labuan telah dibuka sejak 10 Jun 2024, manakala pendaftaran bagi sektor pengangkutan darat barangan mula dibuka pada 4 Mei 2026.

Sehingga 22 Jun 2026, sebanyak 8,445 syarikat dengan 30,557 kenderaan telah berdaftar di bawah SKDS.

Daripada jumlah itu, Sabah merekodkan 4,062 syarikat melibatkan 14,750 kenderaan, diikuti Sarawak dengan 4,108 syarikat dan 15,030 kenderaan, manakala Labuan mencatatkan 275 syarikat melibatkan 777 kenderaan.

Armizan berkata, syarikat yang ingin menikmati subsidi diesel perlu melalui dua proses utama iaitu mendaftar melalui portal MySubsidi dan seterusnya menggunakan surat kelulusan yang diterima untuk memohon fleet card daripada syarikat minyak pilihan.

Katanya, tuntutan bayaran balik tunai diesel hanya terbuka kepada pemohon SKDS bagi sektor pengangkutan darat awam dan barangan di Sabah, Sarawak dan Labuan yang telah mendaftar serta memohon fleet card sebelum atau pada 30 Jun 2026.

“Bayaran balik ini meliputi pembelian diesel bermula 1 Julai hingga 31 Julai 2026 atau sehingga tarikh fleet card diterima, yang mana lebih awal.

“Permohonan boleh dibuat melalui portal MySubsidi dan semua tuntutan mestilah disertakan dengan resit pembelian diesel yang dimuat naik ke dalam sistem,” katanya.

Menurut beliau, pembayaran balik akan dikreditkan terus ke akaun bank syarikat oleh Kementerian Kewangan dalam tempoh 15 hari bekerja selepas proses semakan selesai dilakukan oleh pentadbir SKDS di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Beliau turut menggesa semua syarikat pengangkutan darat awam dan barangan yang layak supaya segera mendaftar di bawah SKDS serta mengemukakan permohonan fleet card bagi memastikan mereka terus menikmati diesel bersubsidi tanpa sebarang gangguan.

“Semakin awal pendaftaran dibuat, semakin cepat proses pengeluaran fleet card dapat diselesaikan sekali gus memastikan syarikat terus menerima manfaat subsidi diesel yang disediakan kerajaan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/06/24/syarikat-belum-terima-fleet-card-skds-boleh-tuntut-bayaran-balik-diesel/feed/ 0 98769
223 fleet card disekat, KPDN perkukuh penguatkuasaan subsidi diesel https://sabahmedia.com/2026/05/16/223-fleet-card-disekat-kpdn-perkukuh-penguatkuasaan-subsidi-diesel/ https://sabahmedia.com/2026/05/16/223-fleet-card-disekat-kpdn-perkukuh-penguatkuasaan-subsidi-diesel/#respond Sat, 16 May 2026 08:40:36 +0000 https://sabahmedia.com/?p=96803
Read Time:1 Minute, 14 Second

KOTA KINABALU: Sebanyak 223 fleet card di bawah pelaksanaan Skim Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) dan Skim Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS) disekat sejak 2023 hingga 14 Mei lalu susulan penyalahgunaan subsidi diesel dan petrol.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, kerajaan kini memperkukuh aspek kawalan dan penguatkuasaan bagi membanteras ketirisan serta penyelewengan subsidi bahan api melalui penggunaan fleet card.

Menurut beliau, KPDN sedang merangka cadangan penggubalan peraturan khusus di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 bagi memperkemas pengawalseliaan penggunaan fleet card.

“Cadangan ini melibatkan aspek tanggungjawab pemegang fleet card, syarikat minyak serta kesalahan dan hukuman bagi sebarang bentuk penyalahgunaan subsidi.

“Tindakan ini diambil susulan wujud modus operandi melibatkan ketirisan dan penyelewengan diesel serta petrol melalui penyalahgunaan fleet card,” katanya dalam sidang media di sini, pada Sabtu.

Dalam perkembangan sama, Armizan berkata kerajaan akan memperluaskan pelaksanaan SKDS bagi sektor pengangkutan darat barangan ke Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan bermula tahun ini.

Katanya, fasa awal peluasan itu melibatkan permohonan pendaftaran syarikat pengangkutan darat barangan yang dibuka sejak 4 Mei lalu.

Beliau berkata, syarikat yang layak boleh membuat permohonan melalui portal MySubsidi bagi mendapatkan manfaat subsidi diesel di bawah skim berkenaan.

“Di bawah pelaksanaan semasa, sebanyak 23 kategori kenderaan pengangkutan darat barangan layak menikmati subsidi diesel menerusi SKDS.

“Kadar subsidi semasa bagi sektor pengangkutan darat barangan ialah RM2.15 seliter,” katanya.

Armizan menegaskan KPDN akan terus memperkukuh pemantauan dan penguatkuasaan di lapangan bagi memastikan tiada pihak mengambil kesempatan menyeleweng subsidi bahan api kerajaan.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/05/16/223-fleet-card-disekat-kpdn-perkukuh-penguatkuasaan-subsidi-diesel/feed/ 0 96803
Syor guna ‘fleet card’ Sabah dan Sarawak untuk subsidi diesel – Armizan https://sabahmedia.com/2024/06/29/syor-guna-fleet-card-sabah-dan-sarawak-untuk-subsidi-diesel-armizan/ https://sabahmedia.com/2024/06/29/syor-guna-fleet-card-sabah-dan-sarawak-untuk-subsidi-diesel-armizan/#respond Sat, 29 Jun 2024 06:19:11 +0000 https://sabahmedia.com/?p=56698
Read Time:2 Minute, 7 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

PAPAR: Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali mengesyorkan kemungkinan penggunaan fleet card (Diesel Bersubsidi) disyaratkan walaupun belum ada penyasaran subsidi diesel dilaksanakan di Sabah dan Sarawak.

“Saya ingin jelaskan apa rasional Kerajaan Persekutuan memutuskan tidak melaksanakan penyasaran diesel di Sabah dan Sarawak itu sekarang kerana kita tidak mahu tergesa-gesa, penyasaran semula diesel ini adalah satu perubahan cukup besar.

“Itu sebabnya kita buat secara berperingkat kita lihat di Semenanjung Malaysia pelaksanaannya dan kita tambah baik mana-mana perkara yang perlu diperbaiki jadi walaupun pengumuman ini dalam pembentangan Belanjawan 2024 tahun lepas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah umumkan namun Jun baru kita laksanakan,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Program Penyerahan Lori dan Bas daripada Sinyi Group di sini, hari ini.

Menurut Armizan, Perdana Menteri (PM) juga telah menegaskan supaya pihak kerajaan mengambil pendekatan untuk memastikan isu ketirisan penyelewengan dan penyeludupan diesel di Sabah dan Sarawak serta Labuan sebelum penyasaran dilaksanakan.

‘PM telah menegaskan supaya kita ambil pendekatan untuk memastikan kita dapat menanggani isu ktirisan penyelewengan dan penyeludupan diesel di Sabah dan Sarawak dan juga Labuan sebelum penyasaran dilaksanakan.

“Justeru, kita telah mengadakan bengkel yang melibatkan semua agensi di Sabah dan selepas ini dalam bulan depan saya akan turun ke Sarawak untuk bengkel yang sama di peringkat awal ini. Kita melihat bagaimana kita menambah baik prosedur operasi standard (SOP) peraturan untuk memastikan kita dapat menyelesaikan isu ini.

“Antara syornya tapi kita belum putuskan walaupun tiada penyasaran subsidi diesel di Sabah dan Sarawak ada juga yang berpendapat sub sektor tertentu mungkin kita syaratkan penggunaan fleet card juga.

“Kita sedang pertimbang, perhalusi apa juga pendekatan supaya kita dapat tangani isu ketirisan dan penyelewengan penyeludupan diesel di Sabah dan Sarawak, namun saya ingin jelaskan teras kepada keputusan itu bukanlah pertimbangan politik sempit tetapi untuk kepentingan rakyat,” katanya.

Sehubungan dengan itu, beliau berharap tidak ada mana-mana pihak cuba mempolitikkan keputusan yang telah dibuat kerajaan mengenai Sabah dan Sarawak dikecualikan dalam pelaksanaan penyasaran subsidi diesel baru-baru ini.

“Antara faktor keadaan geografi dan infra jalanraya Sabah dan Sarawak penggunaan diesel sangat tinggi, di Sabah sebahagian besar ramai yang menggunakan diesel bukan sebab kehendak mereka tetapi keperluan,” katanya.

Armizan turut memaklumkan subsidi diesel sebelum ini pada tahun 2023 kerajaan membelanjakan RM14 bilion subsidi diesel untuk seluruh negara.

“Manakala di Sabah dan Sarawak pada tahun lepas dan kita sasarkan bajet yang sama pada tahun ini bajetnya adalah RM3.6 bilion untuk penyasaran diesel Sabah dan Sarawak, jadi bantuan daripada Kerajaan Persekutuan kepada Sabah dan Sarawak adalah tinggi,” jelas beliau lagi.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/06/29/syor-guna-fleet-card-sabah-dan-sarawak-untuk-subsidi-diesel-armizan/feed/ 0 56698