focal person – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 16 Aug 2025 12:45:52 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png focal person – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 RUU Pendidikan (Pindaan) 2025 kurangkan keciciran, buka peluang lebih luas https://sabahmedia.com/2025/08/16/ruu-pendidikan-pindaan-2025-kurangkan-keciciran-buka-peluang-lebih-luas/ https://sabahmedia.com/2025/08/16/ruu-pendidikan-pindaan-2025-kurangkan-keciciran-buka-peluang-lebih-luas/#respond Sat, 16 Aug 2025 12:45:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=79418
Read Time:1 Minute, 46 Second

Kota Kinabalu : Rang Undang-Undang (RUU) Pendidikan (Pindaan) 2025 yang diluluskan Dewan Rakyat baru-baru ini menyaksikan satu perubahan penting dalam sistem pendidikan negara apabila pendidikan menengah diwajibkan secara sah buat kali pertama dalam sejarah Malaysia.

Pengerusi Pelibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta (PIBKS) Sabah Datuk Mohammad Arif Sakaran berkata, pindaan kepada Akta Pendidikan 1996 itu  bertujuan memperkukuh lagi dasar sedia ada yang selama ini hanya mewajibkan pendidikan rendah

Katanya, dengan kelulusan itu, ibu bapa atau penjaga kini diwajibkan memastikan anak mereka menyempurnakan sekurang-kurangnya sehingga Tingkatan Lima, atau yang setaraf dengannya.

“Ini satu berita gembira bagi negara. Pendidikan menengah yang diwajibkan akan mengurangkan kadar keciciran dan memberi peluang lebih luas untuk anak-anak dari golongan B40.

“Bagaimanapun, saya turut menyeru agar kerajaan mengadakan kempen kesedaran yang meluas dan menyediakan saluran rayuan bagi keluarga yang berdepan kesulitan luar jangka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri majlis peluncuran gotong-royong madani peringkat negeri Sabah di Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Gaya di sini pada Sabtu.

Majlis itu disempurnakan, Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Muddin Beting yang mewakili Pengarah JPNS Datuk Raisin Saidin.

Arif berkata, pindaan itu bukan sahaja menzahirkan hasrat negara untuk melahirkan rakyat yang berilmu dan berkemahiran, malah menjadi asas kukuh dalam usaha membina masyarakat yang lebih adil, inklusif dan maju.

“Namun, kejayaan pelaksanaan dasar ini sangat bergantung kepada kesediaan sistem sokongan, terutama dari aspek infrastruktur, tenaga pengajar, serta pendekatan pendidikan yang fleksibel dan holistik,” katanya.

Terdahulu, ketika berucap, Arif berkata,  program gotong royong Madani itu merupakan satu inisiatif murni Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang bertujuan memupuk nilai kerjasama, keprihatinan dan keterlibatan aktif ibu bapa serta komuniti dalam memelihara dan memajukan persekitaran sekolah.

Katanya, sebagai focal person daerah, beliau melihat program itu sebagai satu wahana penting untuk merapatkan hubungan antara pihak sekolah dan ibu bapa.

“Ia juga membuka ruang untuk PIBG melaksanakan peranan secara lebih efektif dan berimpak tinggi, seiring aspirasi pendidikan negara.

“Saya ingin menyeru semua pihak,  khususnya PIBG, guru-guru serta komuniti setempat agar terus memberi komitmen, menyumbang tenaga dan kepakaran demi memastikan kejayaan program ini di setiap sekolah dalam daerah masing-masing,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/16/ruu-pendidikan-pindaan-2025-kurangkan-keciciran-buka-peluang-lebih-luas/feed/ 0 79418
Kenaikan peruntukan khas interim diharap dapat perkasa pembangunan pendidikan Sabah https://sabahmedia.com/2024/09/14/kenaikan-peruntukan-khas-interim-diharap-dapat-perkasa-pembangunan-pendidikan-sabah/ https://sabahmedia.com/2024/09/14/kenaikan-peruntukan-khas-interim-diharap-dapat-perkasa-pembangunan-pendidikan-sabah/#respond Fri, 13 Sep 2024 21:00:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=60607
Read Time:1 Minute, 1 Second

Kota Kinabalu : Peruntukkan khas interim yang dinaikkan kepada RM600 juta khususnya kepada negeri Sabah pada tahun hadapan diharap dapat memperkasakan lagi pembangunan pendidikan di negeri ini.

Focal Person Kebangsaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Sabah Mohammad Arif Sakaran berkata, pembangunan pendidikan di negeri ini perlu diberi keutamaan terutama sekali masalah sekolah daif.

“Sabah agak banyak jugalah sekolah-sekolah yang memerlukan pembinaan baharu selain memerlukan penyelenggaraan.

“Ini pentingnya bila ada peruntukkan, maka dapatlah sekolah terlibat diselenggarakan dengan lebih cepat dan teratur. Ini juga adalah bagi memberi keselesaan kepada para pelajar agar dapat menumpukan pembelajaran dengan baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Sambutan Bulan Kebangsaan 2024 Peringkat sekolah Sekolah Kebangsaan (SK) Sembulan di sini semalam.

Khamis lalu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dalam sidang medianya berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju untuk menaikkan peruntukkan khas interim kepada Sabah dan Sarawak kepada RM600 juta pada tahun hadapan berbanding RM300 juta pada tahun ini.

Katanya, peruntukkan itu adalah sepertimana diperuntukkan dalam Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Kenaikan peruntukkan itu diumumkan pada Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) Bilangan 1 Tahun 2024 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/09/14/kenaikan-peruntukan-khas-interim-diharap-dapat-perkasa-pembangunan-pendidikan-sabah/feed/ 0 60607
COVID-19 : Pematuhan SOP Pelajar Asrama Perlu Diperketat, Elak Pertambahan Kluster Institusi Pendidikan https://sabahmedia.com/2022/02/06/covid-19-pematuhan-sop-pelajar-asrama-perlu-diperketat-elak-pertambahan-kluster-institusi-pendidikan/ https://sabahmedia.com/2022/02/06/covid-19-pematuhan-sop-pelajar-asrama-perlu-diperketat-elak-pertambahan-kluster-institusi-pendidikan/#respond Sun, 06 Feb 2022 03:18:47 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11917
Read Time:1 Minute, 26 Second

KOTA KINABALU : Pematuhan prosedur standard operasi (SOP) di semua sekolah khususnya yang melibatkan pelajar asrama perlu terus diperketatkan dan ditingkatkan bagi memastikan tiada penularan wabak COVID-19.

Focal Person Kebangsaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Sabah Mohammad Arif Sakaran berkata, ia berikutan peningkatan kes jangkitan COVID-19 yang melibatkan kluster-kluster institusi pendidikan sejak beberapa minggu lalu di negeri ini.

“Jika kita lihat, kes jangkitan COVID-19 di Sabah terus meningkat setiap hari terutamanya membabitkan kluster institusi pendidikan yang melibatkan pelajar-pelajar asrama.

“Justeru itu, langkah-langkah perlu dilaksanakan termasuk memperketatkan dan meningkatkan lagi tahap pematuhan SOP dimana jika kita lihat jangkitan ini berlaku di dalam kalangan penghuni asrama itu sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Ramah Mesra Di Bawah Bayu Bersama Rombongan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Marang Terengganu dan Majlis Menandatangani Jaringan Kerjasama PPD Kota Kinabalu dan PPD Marang serta Focal Person Kebangsaan Sabah dan Terengganu disini semalam.

Mohammad Arif berkata, pihak sekolah juga perlu sentiasa memberi pendedahan kepada pelajar mengenai bahaya jangkitan COVID-19.

“Selain menutup sekolah yang terlibat dengan kluster dan pematuhan SOP yang perlu terus diperketatkan, pemberian vaksin kepada anak-anak khususnya yang berusia dibawah 12 tahun juga perlu diberikan.

“Pemberian vaksin terutamanya kepada kanak-kanak dibawah usia 12 tahun perlu diambil peluang dan saya sarankan ibu bapa untuk mendaftarkan anak-anak mereka kerana ini akan dapat mengurangkan jangkitan kepada anak mereka,” katanya.

Terdahulu pada majlis itu, turut diadakan Majlis Menandatangani Jaringan Kerjasama PPD Kota Kinabalu dan PPD Marang serta Focal Person Kebangsaan Sabah dan Terengganu bagi merapatkan persahabatan antara kedua negeri selain mencari jalan penyelesaian terhadap pendidikan di dua negeri berkenaan.

Jaringan kerjasama itu juga adalah untuk mendapatkan satu kejayaan dan kebersamaan bagi menjayakan pendidikan di negara ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/02/06/covid-19-pematuhan-sop-pelajar-asrama-perlu-diperketat-elak-pertambahan-kluster-institusi-pendidikan/feed/ 0 11917
Focal Person Bantu Naikkan Taraf Pendidikan Di Sabah https://sabahmedia.com/2021/10/28/focal-person-bantu-naikkan-taraf-pendidikan-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/10/28/focal-person-bantu-naikkan-taraf-pendidikan-di-sabah/#respond Thu, 28 Oct 2021 02:43:47 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8001
Read Time:1 Minute, 10 Second

KOTA KINABALU : Inisiatif pelantikan beberapa Focal Person Kebangsaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di negeri ini mampu membantu menaikkan lagi taraf pendidikan di Sabah.

Focal Person Kebangsaan KPM Sabah Mohammad Arif Sakaran berkata, pelantikan Focal Person di setiap daerah itu juga merupakan satu langkah terbaik bagi menyelesaikan masalah keciciran dalam pelajaran khususnya di kawasan luar bandar dan pedalaman.

“Ada beberapa program terutamanya yang melibatkan keciciran pelajar-pelajar di Sabah yang kini dilihat agak tinggi dan masalah ini sudah lama, bukan sahaja di negeri ini malah juga di seluruh negara.

Focal Person Kebangsaan KPM Sabah Mohammad Arif Sakaran – FOTO – MAHA

“Justeru itu, kerja sama dari semua Focal Person di semua daerah amat penting bagi membantu Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) mengatasi seterusnya menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam pendidikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Makan Malam Bersama Focal Person negeri Sabah di sini semalam.

Hadir sama Pengarah JPNS Datuk Dr Mistirine Radin.

Mohammad Arif berkata, pihaknya kini belum mempunyai perancangan daerah yang akan dilawati namun akan terus bekerjasama dengan JPNS bagi melihat kawasan yang dilihat mempunyai keciciran pelajar dari semasa ke semasa.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata persediaan bagi pembukaan semula sekolah melibatkan murid pra-sekolah dan murid berkeperluan khas (MBK) di Sabah yang melibatkan prosedur standard operasi (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa Ketiga sudah dilaksanakan.

“Keselamatan murid dan semua yang terlibat di sekolah sudah dibuat dan diberi keutamaan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/28/focal-person-bantu-naikkan-taraf-pendidikan-di-sabah/feed/ 0 8001