fokus – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 25 Dec 2023 10:04:59 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png fokus – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Fokus kepada pemulihan ekonomi, lupakan perkara remeh – Masidi https://sabahmedia.com/2023/12/25/fokus-kepada-pemulihan-ekonomi-lupakan-perkara-remeh-masidi/ https://sabahmedia.com/2023/12/25/fokus-kepada-pemulihan-ekonomi-lupakan-perkara-remeh-masidi/#respond Mon, 25 Dec 2023 07:23:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=47103
Read Time:2 Minute, 23 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

PENAMPANG: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) terus komited menumpukan kepada pemulihan ekonomi negeri dan sementara melupakan perkara remeh-temeh yang yang hanya merugikan rakyat, kata Setiausaha Agung GRS, Datuk Seri Masidi Manjun.

Masidi menyatakan perkara itu bagi mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam laporan berita baru-baru ini, bahawa GRS dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) konsisten menolak beberapa cubaan terdesak untuk menjatuhkan kerajaan sepanjang tempoh setahun ini dan perkara itu telah dimaklumkan sendiri oleh Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika mengadakan kunjungan ke atas Perdana Menteri di Putrajaya pada Jumaat.

Masidi berkata, Ketua Menteri Sabah yang juga pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor telah menyatakan beberapa kali pendirian dengan jelas bahawa pihak kerajaan Sabah terus menyokong kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Terus terang saya katakan kita berasa selesa di bawah Kerajaan Perpaduan ini kerana sekurang-kurangnya kita dihargai kerana setiap ahli dilihat sebagai terpenting dalam kerajaan tersebut.

“Kita berasa bahawa kenyataan-kenyataan PM tersebut, GRS adalah satu komponen penting dalam Kerajaan Perpaduan dan sebagai tanda terima kasih kita atas pengikhtirafan itu, kita telahpun menyatakan lebih awal bahawa kita telahpun menyokong penuh kepimpinan beliau untuk terus menjadi Perdana Menteri Malaysia sehingga habis penggal ini,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Sambutan Krismas dan Tahun Baru 2024 anjuran bersama Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti STAR di sini, hari ini.

Masidi yang juga Menteri Kewangan Sabah turut menegaskan bahawa dalam GRS tumpuan seharusnya kepada pemulihan ekonomi dan melupakan perkara yang remeh-temeh.

“Ini yang penting kerana ramai rakyat jelata khususnya rakyat biasa terjejas oleh keadaan ekonomi kita yang tidak menentu buat masa ini, jadi saya mintalah supaya kita lupakan sementara perbezaan remeh-temeh politik ini dan tumpukan kepada menyatupadukan semua usaha dan fokus kita kepada pemulihan ekonomi.

“Apabila ekonomi kita dapat dipulihkan kita boleh bercakap pasal benda-benda lain yang lebih penting, antara benda lain yang juga saya fikir juga penting dalam pemulihan ekonomi, adalah kita bersatu, kerana Malaysia ini dianggap adalah sebuah negara yang agak baik kalau dibandingkan antara negara-negara yang membangun lain tetapi kestabilan kita dijejaskan dengan masalah dan juga persoalan perpaduan.

“Kalau kita lihat sekarang sudah timbul masalah dan cabaran hubungan kaum, hubungan antara agama, dan ini sesuatu yang saya fikir ini tidak perlu kita untuk mengambil masa yang terlalu banyak untuk menumpukan kerana masalah-masalah ini akan bertambah teruk dan akan menambah kelemahan lebih teruk kepada negara kita,” katanya.

Menurut Masidi, Sabah merupakan negeri yang paling bersatu dalam soal membabitkan negeri Sabah.

“Kalau kita bercakap pasal perpaduan, suku kaum dan sebagainya, ikhlas saya menyatakan barangkali mereka yang di seberang sana melihat bagaimana kita di Sabah boleh mewujudkan silaturrahim walaupun dalam politik masih ada perbezaan tetapi sebagai masyarakat dan penduduk dalam satu kawasan, saya bersyukur kerana rakyat Sabah adalah di antara rakyat Malaysia yang paling bersatu dalam soal-soal membabitkan negeri Sabah,” ujarnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/12/25/fokus-kepada-pemulihan-ekonomi-lupakan-perkara-remeh-masidi/feed/ 0 47103
Jentera Wanita fokus kerja untuk menang PRN – Redonah https://sabahmedia.com/2023/11/13/jentera-wanita-fokus-kerja-untuk-menang-prn-redonah/ https://sabahmedia.com/2023/11/13/jentera-wanita-fokus-kerja-untuk-menang-prn-redonah/#respond Mon, 13 Nov 2023 06:12:24 +0000 https://sabahmedia.com/?p=45149
Read Time:2 Minute, 40 Second

KOTA KINABALU: Ketua Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Redonah Bahanda berkata fokus jentera sayap pergerakan itu adalah untuk bekerja keras bagi memenangkan Gagasan Rakyat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Katanya, jentera pergerakan Wanita perlu bekerja dengan berpegang kepada fokus dan matlamat utama, untuk mencapai kejayaan bagi perancangan memenangi PRN.

“Pilihan Raya Negeri akan datang adalah ukuran dan kita perlu pamerkan kekuatan serta semangat kerjasama serta kerja berpasukan kita sebagai sebuah jentera.

“Saya berharap dan saya yakin dengan semua yang bersama saya dalam pergerakan Wanita, kita boleh capai kejayaan dengan usaha keras kita bagi PRN yang akan berlangsung tidak lama lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar semasa Perhimpunan Agung Tahunan Parti Gagasan Rakyat Sabah di sini, hari ini.

Menurut Redonah lagi, kerja keras jentera pergerakan Wanita bermula dari dalam dan melibatkan semua ahli Wanita, dari pelbagai peringkat.

“Semua Wanita yang bersama saya dalam pergerakan ini terlibat, dan kita mesti bekerja bersama, melaksanakan kerja-kerja kempen dan pastikan apa yang kita sampaikan kepada akar umbi itu, berkesan, difahami mereka dan insyaAllah, semoga turut diterima mereka.

“Saya ingin semua Wanita yang bersama saya dalam pergerakan ini juga amalkan sikap positif dan jangan ada perasaan negatif diantara satu sama lain, kerana jika ada ‘duri dalam daging’, pasti usaha kita dan segala kerja keras kita akan terganggu,” katanya.

Menurutnya, peranan wanita dalam semua bidang dan institusi kini sangat luas dan menyeluruh, serta wajar untuk dibanggakan dan dijadikan inspirasi kepada perjuangan pergerakan Wanita Gagasan Rakyat.

“Wanita berperanan besar dan wujud sebagai denyut nadi dalam semua institusi yang ada kerana wanita sudah menjadi kekuatan dan penggerak kepada semua.

“Jangan lihat sudut kita lemah sebagai wanita, kita bukan lemah semangat tapi kita lemah lembut, kerana sudah diasuh dari kecil untuk menjadi wanita yang mempunyai perilaku sopan dan ini yang saya mahu tekankan kepada semua.

“Bila kita ada jati diri yang baik, amalkan sikap dan nilai murni yang baik, kita akan menjadi contoh, disegani dan dihormati kerana untuk kita menjadi pemimpin, kita kena ada satu nilai yang baik dan kita dipandang serta dinilai oleh rakyat dari sudut itu,” katanya.

Dalam pada itu, Redonah juga menegaskan bahawa prinsip perjuangan pergerakan Wanita Gagasan Rakyat juga adalah berdasarkan kepada kekuatan kepimpinan Gagasan Rakyat serta presiden.

“Kita berdiri dengan kekuatan tiang parti kita, Presiden yang kita sayang, YAB Datuk Seri Panglima Hajiji Noor yang kita sayang kasih.

“Saya harap, kita contohi dan kita amati semua perkara baik, kita serap dan kita praktikkan khasnya untuk memberikan gambaran bahawa kita adalah jentera yang ikhlas dan kita berada dalam parti ini, bukan untuk kepentingan diri,” ujarnya.

Redonah juga menyeru semua ahli dalam pergerakan Wanita Gagasan Rakyat untuk sentiasa peka da mengikuti perkembangan semasa, seiring dengan keperluan dan kehendak masa.

Katanya, untuk memperkasa parti, semua perlu mementingkan keperluan parti dan sedia untuk berkorban.

“Segala perit jerih, tenaga, masa dan emosi kita korbankan untuk membawa perjuangan parti dan bukan hanya ini, tetapi saya juga mahu semua ahli Wanita peka.

“Peka dengan segala hal dan isu yang bekepentingan kepada rakyat, kepada akar umbi dan kita mahu kita menjadi suara dan penghubung kepada segala permasalahan mereka.

“InsyaAllah, saya yakin niat baik dan usaha murni yang kita buat dengan sepenuh hati, akan direstui dan dirahmati Ilahi,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/11/13/jentera-wanita-fokus-kerja-untuk-menang-prn-redonah/feed/ 0 45149