Food – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 30 Jun 2025 03:39:06 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Food – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Sektor Pertanian Malaysia Kian Mengecil : Adakah Ini Petanda Lemahnya Kedaulatan Makanan Negara ? https://sabahmedia.com/2025/06/30/adakah-ini-petanda-lemahnya-kedaulatan-makanan-negara/ https://sabahmedia.com/2025/06/30/adakah-ini-petanda-lemahnya-kedaulatan-makanan-negara/#respond Mon, 30 Jun 2025 00:27:26 +0000 https://sabahmedia.com/?p=76386
Read Time:2 Minute, 52 Second

Oleh: Wan Azrain Adnan

Sektor pertanian yang suatu ketika dahulu menjadi tunjang utama ekonomi Malaysia kini terus menyusut sumbangannya. Berdasarkan laporan interim terkini Banci Pertanian 2024 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), bukan sahaja sumbangannya kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kian mengecil, malah peranannya dalam pembangunan negara juga semakin terkebelakang.

Banci ini meliputi aktiviti tanaman, ternakan, perikanan, serta perhutanan dan pembalakan yang memberi gambaran jelas tentang arah aliran menurun yang membimbangkan dalam tempoh lebih lima dekad lalu.

Sumbangan Semakin Mengecil: Dari 28.8% kepada 6.4%

Banci Pertanian 2024 — yang dijalankan antara Julai hingga Oktober 2024 — adalah banci keempat sejak 1963. Laporannya menunjukkan sumbangan sektor pertanian kepada KDNK negara merosot daripada 28.8% pada tahun 1970 kepada hanya 6.4% pada tahun 2023.

Sebagai perbandingan, negara-negara jiran dan ekonomi besar lain mencatatkan peratusan lebih tinggi, antaranya India (16.6%), Indonesia (12.5%), Vietnam (11.9%) dan China (7.1%). Sementara itu, negara maju seperti Perancis, Itali dan Jerman masing-masing mencatatkan kurang daripada 2%, namun mereka mempunyai tahap sara diri makanan yang jauh lebih tinggi.

Peralihan dasar kerajaan ke arah sektor ekonomi bernilai tinggi seperti semikonduktor, ekonomi digital dan tenaga boleh baharu menjadi faktor utama penyusutan peranan sektor primer. Ini dapat dilihat dalam aliran pelaburan: menurut MIDA, daripada jumlah pelaburan RM89.8 bilion bagi suku pertama 2025, sebanyak RM88.3 bilion ( 98%) disalurkan kepada sektor perkhidmatan dan pembuatan. Sektor primer yang meliputi pertanian, perlombongan dan perhutanan hanya menerima RM1.5 bilion.

Sinar di Sebalik Cabaran: Industri Ayam Semakin Pulih

Laporan banci turut menunjukkan industri ayam negara mencatat nilai eksport memberangsangkan, iaitu RM1.4 bilion — merangkumi eksport produk ayam dan telur ayam/itik. Ini menunjukkan pemulihan ketara selepas kerajaan melaksanakan subsidi besar-besaran bagi menstabilkan harga semasa krisis bekalan.

Sejak pengapungan harga ayam bermula 1 November 2023, harga kekal stabil tanpa lonjakan drastik, membuktikan industri ini kini lebih mampan dan berdaya saing di peringkat serantau.

Namun di sebalik perkembangan positif industri ayam, Malaysia masih bergelut dengan kebergantungan tinggi terhadap import makanan asas. Antara import pertanian tertinggi ialah:

  • Minyak masak: RM6.2 bilion (338.5 juta tan)
  • Produk tenusu: RM4.9 bilion (0.3 juta tan)
  • Beras: RM3.7 bilion (1.4 juta tan)
  • Kopi: RM1.3 bilion
  • Bawang: RM1.0 bilion

Paling membimbangkan ialah import beras. Walaupun pelbagai dasar dan dana telah disalurkan, kadar sara diri (SSR) beras merosot daripada 73.2% (2015) kepada 56.2% (2023). Ini bermakna hampir separuh keperluan beras negara bergantung kepada bekalan luar — satu situasi yang membahayakan keterjaminan makanan negara.

Sumbangan Mengikut Negeri: Sabah dan Johor Antara Peneraju

Daripada segi sumbangan mengikut negeri, Johor mencatat peratusan tertinggi (17.1%) diikuti Sarawak (14.9%), Pahang (14.1%), Sabah (12.5%) dan Perak (11.6%). Kelima-lima negeri ini secara kolektif menyumbang 70.2% kepada keseluruhan sektor pertanian negara.

Sabah khususnya menunjukkan prestasi perdagangan pertanian yang kukuh — dengan eksport mencecah RM31.1 bilion dan import hanya RM10.4 bilion pada tahun 2023. Namun, import utama seperti beras (RM613 juta) dan jagung (RM351.9 juta) membayangkan agenda keterjaminan makanan negeri itu masih belum stabil.

Realiti sumbangan sektor pertanian yang kecil ini menimbulkan persepsi seolah-olah sektor tersebut dipinggirkan dalam perancangan negara. Dalam konteks di mana negara masih bergantung kepada import makanan ruji, termasuk beras, keperluan untuk mereformasikan Sektor pertanian negara dan di bina secara tahan lasak masa depan atau future-proof bagi menjamin kesejahteraan rakyat dan negara. Idea, model dan struktur baru, sesuai dengan keperluan serta cabaran masakini dan masa depan. 

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/30/adakah-ini-petanda-lemahnya-kedaulatan-makanan-negara/feed/ 0 76386
YADIM MPT Lancar Food Bank Bagi Golongan yang Memerlukan https://sabahmedia.com/2021/06/12/yadim-mpt-lancar-food-bank-bagi-golongan-yang-memerlukan/ https://sabahmedia.com/2021/06/12/yadim-mpt-lancar-food-bank-bagi-golongan-yang-memerlukan/#respond Sat, 12 Jun 2021 06:46:55 +0000 https://sabahmedia.com/?p=1085
Read Time:1 Minute, 32 Second

12 Jun 2021

[email protected]

KINARUT: ‘Sumbang Jika Mampu, Ambil Jika Perlu’ itu la slogan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Sabah sempena melancarkan program ‘Food Bank’ atau Tabung Makanan anjuran bersama YADIM dan Ahli Jawatankuasa Masjid Puncak Taqwa (MPT) Pekan Kinarut, baru-baru ini.

Program Tabung Makanan yang dilancarkan pada 8 Jun lalu, mendapat sambutan daripada orang ramai yang turut memberi sumbangan berupa makanan keperluan seharian ataupun sumbangan kewangan untuk disalurkan ke dalam rak-rak tabung makanan yang diletakkan di ruang legar Masjid Puncak Taqwa bagi golongan yang memerlukan.

Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, Sabah, Samin Ongki berkata dalam satu kenyataan medianya semasa melancarkan program Tabung Makanan itu, ia dilancarkan bagi membantu golongan yang terkesan berikutan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan penuh 3.0 yang dilanjutkan sehingga 28 Jun ini.

“Ramai individu yang terjejas semasa pandemik Covid-19 melanda negara ini, kita berharap ramai yang tampil untuk turut sama menyumbang jika berkemampuan dan dapat membantu meringankan beban mereka yang memerlukan.

“Jesteru, ia sekaligus menyerlahkan peranan institusi masjid di komuniti ini,” tambahnya.

Antara barangan keperluan yang
disumbangkan seperti beras, gula, kopi, susu, air mineral dan roti.

Sementara itu, Setiausaha MPT merangkap Penyelaras Food Bank YADIM MPT, Ustaz Nor Azhar Alimin berkata ketika dihubungi pemberita Sabah Media hari ini, sehingga kini ramai pemberi sumbangan yang hadir turut menyumbang barangan keperluan lain dan penerima-penerima juga hadir dengan mengikut Standard Operasi Prosedur (SOP) yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ustaz Azhar Berkata, sesiapa sahaja yang memerlukan tanpa mengira kaum, bangsa dan agama boleh mengambil empat jenis dari barangan yang telah disediakan dalam rak-rak Tabung Makanan tersebut.

” kita berharap Tabung Makanan ini bukan sahaja dilaksanakan semasa tempoh perlaksanaan PKP 3.0 ini tetapi juga di masa-masa akan datang kerana memberikan impak positif dikalangan masyarakat, ia dapat menyemai sikap saling membantu dan berkongsi rezeki kepada mereka yang memerlukan,” ujarnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/12/yadim-mpt-lancar-food-bank-bagi-golongan-yang-memerlukan/feed/ 0 1085