foodbank – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 09 Aug 2021 07:15:08 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png foodbank – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Foodbank Fasa 3 di 24 buah masjid dalam DUN Lumadan beroperasi sepenuhnya https://sabahmedia.com/2021/08/09/foodbank-fasa-3-di-24-buah-masjid-dalam-dun-lumadan-beroperasi-sepenuhnya/ https://sabahmedia.com/2021/08/09/foodbank-fasa-3-di-24-buah-masjid-dalam-dun-lumadan-beroperasi-sepenuhnya/#respond Mon, 09 Aug 2021 07:15:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4347
Read Time:1 Minute, 22 Second

BEAUFORT: Inisiatif melancarkan Foodbank fasa 3 di 24 buah masjid dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan dekat sini, telah beroperasi sepenuhnya untuk mereka yang terjejas dan memerlukan ketika pandemik COVID-19 melanda negara ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan Ruslan Muharam berkata, ini merupakan fasa ke-3 pembukaan Food Bank di dalam kawasan DUN Lumadan, sehingga kini sebanyak 24 buah masjid dalam kawasan DUN Lumadan, Food Bank ini telah beroperasi sepenuhnya.

“Dalam kawasan DUN Lumadan ini mempunyai sebanyak 32 buah masjid dan baki sebanyak 8 buah masjid lagi akan diwujudkan food bank ini dalam waktu yang terdekat,” kata Ruslan semasa melancarkan Foodbank Prihatin Lumadan Sejahtera di 14 buah masjid di kawasan tersebut pada Ahad lalu.

Katanya, penubuhan foodbank ini dilakukan secara berperingkat dimana pada fasa 1 sebanyak tiga buah masjid pada 16 Julai lalu, kemudian pada 1 Ogos lalu sebanyak tujuh buah masjid dan kini 14 buah masjid telah mempunyai Food Bank yang beroperasi.

“Tujuan Foodbank ini diwujudkan bagi membantu mereka yang terkesan dengan pandemik COVID-19 atau sesiapa sahaja yang memerlukan boleh datang mengambil tanpa mengira agama, bangsa mahupun fahaman politik.

“Saya menyeru kepada semua lapisan masyarakat yang mempunyai kelebihan turut sama memberi sumbangan barang makanan kering ke masjid yang telah mempunyai Foodbank di dalam kawasan Dun Lumadan ini.

“Saya merakamkan setinggi-tinggi perhargaan dan terima kasih kepada semua pengerusi masjid serta AJK masjid bersama menjayakan foodbank ini, tidak lupa juga kepada mereka yang telah memberi sumbangan kepada Foodbank ini saya amat menghargainya,” tambahnya.

Turut hadir semasa pelancaran itu ialah pengerusi pembangunan dakwah zon weston Abd Aziz Lazim, pengerusi pembangunan dakwah zon gadong Gafar Jidan serta Ahli Jawatankuasa (AJK) Foodbank Lumadan.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/09/foodbank-fasa-3-di-24-buah-masjid-dalam-dun-lumadan-beroperasi-sepenuhnya/feed/ 0 4347
32 Masjid Di DUN Lumadan Dijadikan Lokasi ‘FoodBank’, Mahu Penduduk Cukup Bekalan Makanan – Ruslan https://sabahmedia.com/2021/08/01/32-masjid-di-dun-lumadan-dijadikan-lokasi-foodbank-mahu-penduduk-cukup-bekalan-makanan-ruslan/ https://sabahmedia.com/2021/08/01/32-masjid-di-dun-lumadan-dijadikan-lokasi-foodbank-mahu-penduduk-cukup-bekalan-makanan-ruslan/#respond Sun, 01 Aug 2021 08:18:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3906
Read Time:1 Minute, 22 Second

BEAUFORT : Sebanyak 32 buah masjid di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan akan dijadikan sebagai lokasi Bank Makanan (Food Bank) khusus bagi membantu golongan yang memerlukan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan Ruslan Muharam berkata, ketika ini sebanyak 10 buah masjid di DUN berkenaan telah diwujudkan FoodBank dibawah program Foodbank Prihatin Lumadan Sejahtera.

“Pada hari ini saya telah melancarkan FoodBank di tujuh buah masjid di DUN Lumadan dan sebelum ini sebanyak tiga masjid lain turut diwujudkan aktiviti seperti ini.  Manakala 22 buah masjid lain juga akan diwujudkan program seumpama ini mengikut fasa.

“Tujuannya adalah bagi memberi kemudahan kepada penduduk yang sangat memerlukan bahan makanan semasa berhadapan pandemik COVID-19 dan pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi Fasa Kedua khususnya di Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Program Foodbank Prihatin Luimadan Sejahtera disini hari ini.

Antara masjid terlibat ialah Masjid Al-Gaffar Kampung Luagan; Masjid Al-Quthar Kampung Padas Valley; Masjid Kampung Karangan; Masjid Kampung Bukau; Masjid Wahdatul Ummah Kampung Maraba; Masjid An-Nur Kampung Lingkungan dab Masjid Muttaqin Kampung Lubok.

Tiga lagi masjid lain yang sudah diwujudkan FoodBank adalah Masjid Lupak tuhu; Masjid Padas Damit dan Masjid Pekan Weston.

Ruslan berkata, pewujudan Foodbank berkenaan juga adalah bagi memastikan tidak ada penduduk yang menaikkan bendera putih akibat kekurangan bekalan.

“Kita mahu semua penduduk di DUN Lumadan khususnya mempunyai bekalan makanan mencukupi dan ini juga adalah salah satu inisiatif kita wujudkan Foodbank di masjid-masjid disini.

“Bagi penduduk yang mahu mendapatkan bekalan, tiada syarat dikenakan, semua layak untuk mendapatkan bekalan tanpa melihat agama mahupun fahaman politik,” katanya.

Beliau turut mengalu-alukan sumbangan dari pelbagai pihak untuk mengisi bekalan makanan di setiap Foodbank berkenaan.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/01/32-masjid-di-dun-lumadan-dijadikan-lokasi-foodbank-mahu-penduduk-cukup-bekalan-makanan-ruslan/feed/ 0 3906