Forum – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 02 Oct 2025 01:05:30 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Forum – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Pertandingan Forum Pelajar wadah menyemai kecintaan terhadap bahasa kebangsaan https://sabahmedia.com/2025/10/02/pertandingan-forum-pelajar-wadah-menyemai-kecintaan-terhadap-bahasa-kebangsaan/ https://sabahmedia.com/2025/10/02/pertandingan-forum-pelajar-wadah-menyemai-kecintaan-terhadap-bahasa-kebangsaan/#respond Thu, 02 Oct 2025 01:05:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=82354
Read Time:1 Minute, 37 Second

KOTA KINABALU: Pertandingan Forum Pelajar Kebangsaan terbukti menjadi wadah terbaik untuk menyemai dan memupuk rasa cinta serta bangga terhadap bahasa kebangsaan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, Pertandingan Forum Pelajar Kebangsaan yang kini memasuki tahun ke-33 perlu dikekalkan kerana ia merupakan salah satu pendekatan untuk memperkukuh peranan bahasa Melayu sebagai medium integrasi dan perpaduan, sekali gus dalam pembinaan negara bangsa.

“Program ini juga berjaya melahirkan pelajar-pelajar Sekolah Menengah Persendirian Cina yang mampu berbahas dan mengutarakan idea bernas.

“Pada masa yang sama, ia turut membantu meningkatkan keyakinan diri pelajar, semangat berpasukan dan kreativiti. Saya percaya proses ini penting dalam membentuk generasi muda menjadi pemimpin hebat pada masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penutupan pertandingan itu di Sekolah Menengah (SM) Kian Kok di sini, pada Rabu.

Teks ucapan beliau dibacakan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Abidin Madingkir.

Hajiji berkata, Kerajaan maklum akan cabaran utama dalam menjaga martabat bahasa kebangsaan, khususnya pengaruh bahasa asing dan penggunaan bahasa rojak dalam pelbagai medium komunikasi seperti media sosial.

“Cabaran ini bukan sahaja dihadapi oleh bahasa kita, malah turut dialami oleh bahasa- bahasa lain di seluruh dunia.

“Namun, kita tidak harus tunduk kepada cabaran ini kerana melalui Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), kita mempunyai penglibatan aktif dan sokongan semua kaum dalam usaha memelihara bahasa kebangsaan,” katanya.

Sementara itu, Hajiji turut menegaskan kepentingan bahasa lain, khususnya bahasa Inggeris, untuk penguasaan ilmu yang lebih luas juga tidak dapat dinafikan.

“Inilah sebabnya kita menyokong dasar MBMMBI iaitu Memartabatkan Bahasa Melayu dan Mengukuhkan Bahasa Inggeris,” katanya.

Beliau berkata, adalah satu penghormatan apabila Sabah dipilih sebagai tuan rumah Pertandingan Forum Pelajar Peringkat Kebangsaan tahun ini yang menyaksikan penyertaan pelajar dari seluruh negara.

Hajiji turut merakamkan penghargaan kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) atas sokongan padu terhadap program ini dengan kerjasama Persekutuan Persatuan- Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong), Persatuan Kebudayaan Han Malaysia serta Persatuan Penterjemah dan Penulisan Kreatif (PERSPEKTIF).

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/02/pertandingan-forum-pelajar-wadah-menyemai-kecintaan-terhadap-bahasa-kebangsaan/feed/ 0 82354
400 anggota PDRM imarah Forum Anjung At-Taqwa https://sabahmedia.com/2024/07/06/400-anggota-pdrm-imarah-forum-anjung-at-taqwa/ https://sabahmedia.com/2024/07/06/400-anggota-pdrm-imarah-forum-anjung-at-taqwa/#respond Fri, 05 Jul 2024 16:05:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=57104
Read Time:1 Minute, 6 Second

Kota Kinabalu: Seramai 400 pelatih Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sabah mengimarahkan Forum Anjung At-Taqwa@SABAHfm yang diadakan di Masjid Nur Islam, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, di sini.

Program bual bicara agama itu merupakan salah satu pengisian program sempena Sambutan Ma’al Hijrah Peringkat Negeri Sabah 1446h/2024M, yang akan berlangsung di daerah Papar esok.

Program mingguan yang disiarkan secara langsung selama sejam melalui laman sosial facebook dan radio SABAHfm pada kali ini merupakan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah (JHEAINS), Jabatan Penyiaran Malaysia Sabah (RTM) dan IPK Sabah.

Forum yang bertajuk ‘Memaknai Hijrah Dalam Al-Falah’ itu disampaikan oleh dua panel jemputan iaitu Mufti Kerajaan Negeri, Datuk Bungsu@ Aziz Jaafar dan Pengarah Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah (UMS), Dr. Sarip Adul bersama moderator, Timbalan Pengarah (Hal Ehwal Islam) JHEAINS Awang Juri Awang Tahir.

Majlis perasmian pula disempurnakan oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ruslan Muharam yang mewakili Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Pengerusi Induk Sambutan Ma’al Hijrah 1446H peringkat negeri Sabah Datuk Arifin Mohd Arif.

Turut hadir, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Shahurinain Jais, Timbalan Pengarah (Pengurusan) JHEAINS Ahmad Yusop, Pengurus SABAHVfm Ruskap Muharam serta Penolong Pengurus SABAHfm Rosnah Jalkul.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/07/06/400-anggota-pdrm-imarah-forum-anjung-at-taqwa/feed/ 0 57104
Mustapha ajak Suara Mahasiswa sertai forum, bincang isu air di UMS https://sabahmedia.com/2024/06/15/mustapha-ajak-suara-mahasiswa-sertai-forum-bincang-isu-air-di-ums/ https://sabahmedia.com/2024/06/15/mustapha-ajak-suara-mahasiswa-sertai-forum-bincang-isu-air-di-ums/#respond Sat, 15 Jun 2024 10:53:53 +0000 https://sabahmedia.com/?p=56020
Read Time:2 Minute, 58 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia, Datuk Mustapha Sakmud mengajak Suara Mahasiswa untuk menyertai Forum Belia Madani yang akan dianjurkan untuk berbincang mengenai isu bekalan air di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Perkara itu dinyatakan sebagai mengulas tindakan Suara Mahasiswa menganjurkan Perhimpunan #KamiMahuAir Sabah yang diadakan di hadapan Menara Kinabalu semalam.

Mustapha berkata, apa yang ingin mereka suarakan itu hak mereka, bagi pihaknya di peringkat kerajaan pusat dan negeri kini sedang berusaha menyelesaikan isu air itu.

“Mereka (mahasiswa) ingin suarakan hak mereka, saya tahu semua rakyat Sabah terkesan dengan isu air dan itu kita akui. Kita di peringkat kerajaan pusat dan negeri sedang berusaha bersungguh-sungguh cuba selesaikan isu ini.

“Isu ini bukan mudah untuk kita selesaikan dalam masa terdekat semua pun maklum itu, ini warisan daripada masalah-masalah yang berlaku terdahulu daripada kerajaan-kerajaan terdahulu seperti disebut mahasiswa semalam, jadi kita cuba untuk selesaikan isu ini tapi memerlukan sedikit masa.

“Manakala di dalam kampus UMS ini apa yang kita cuba selesaikan dengan membuat telaga tiub dan kita minta Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) menstabilkan sumber air yang disalurkan ke UMS ini termasuk pemotongan besar-besaran secara berkala penyambungan haram yang berlaku di jajaran paip utama kita.

“Saya minta selepas ini kita bersikap tegas lagi buat secara berkala, kita mahu pastikan supaya sumber air ini dapat sampai ke UMS tanpa gangguan, tanpa diganggu oleh sambungan-sambungan haram yang selalu berlaku terutama di kawasan setinggan,” tegasnya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Mustapha turut kecewa dengan penganjur perhimpunan itu yang enggan menyampaikan memorandum tuntutan air mereka kepada Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir Shahelmey Yahya semalam.

“Itu yang saya agak kecewa bila mereka hanya ingin serahkan kepada Ketua Menteri (CM) Datuk Seri Hajiji Noor, saya fikir itu agak keterlaluan, perjuangan kita ini adalah untuk bantu selesaikan isu air.

“Mesejnya serahkan memorandum kalau ada wakil daripada CM serahkan sahaja itu penting tapi bila sampai tidak mahu serahkan kepada orang lain, mahu juga kepada CM maknanya itu satu mesej tidak baik dan tidak menggambarkan dari segi jati diri seorang mahasiswa.

“Jadi saya harap supaya jangan perkara ni berulang sebab akhirnya bila diserahkan kepada Menteri Kerja Raya Datuk Ir Shahelmey benda tu akan disampaikan kepada CM malah beliau (Shahelmey) adalah yang bertanggungjawab atas isu air.

“Saya fikir mereka hantar saja memorandum itu dan tidak perlu sampai bermalam menunggu, ia memberi mesej agak tidak baik sebagai seorang mahasiswa, saya harap perkara ini difikirkan semula.

“Kita mahu bagi komitmen kepada mahasiswa bahawa kita dengar bukan kita tutup telinga, kita dengar semua masalah ini dan kita ambil tindakan mengikut fasa-fasa yang kita cuba terdaya di peringkat negeri dan pusat, jadi mohon bersabar,” jelasnya.

Justeru itu, beliau mahu mengajak Suara Mahasiswa menyertai forum untuk membincangkan isu air tersebut.

“Saya juga mahu mengajak Suara Mahasiswa, kita akan anjurkan forum di bawah Forum Belia Madani supaya mereka hantar wakil mereka bincang isu ini dalam forum dan kita boleh tampilkan pihak-pihak yang berkuasa menerangkan kepada mereka supaya mereka dapat maklumat yang benar sebab saya lihat ada maklumat yang tidak sampai kepada pelajar-pelajar ini,” katanya.

Beliau turut menasihatkan kepada mahasiswa supaya mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan sekiranya mahu mengadakan demonstrasi.

“Memang boleh berdemonstrasi tapi ikut peraturan, jika peraturan-peraturan itu dipatuhi saya fikir tidak akan memberi kesan kepada mereka, tapi kalau ada yang langgar peraturan, mereka kena tanggung sendiri sebab kita sudah bagi nasihat sebelum ini.

“Kita juga tidak menghalang mahasiswa untuk suarakan hak mereka tapi yang kita tidak mahu mereka ditunggangi oleh mana-mana pihak untuk kepentingan politik atau peribadi masing-masing,” tegasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/06/15/mustapha-ajak-suara-mahasiswa-sertai-forum-bincang-isu-air-di-ums/feed/ 0 56020
MDN, MPT, RTM & SabahFM Anjur Forum Khas Maulidur Rasul https://sabahmedia.com/2021/10/20/mdn-mpt-rtm-sabahfm-anjur-forum-khas-maulidur-rasul/ https://sabahmedia.com/2021/10/20/mdn-mpt-rtm-sabahfm-anjur-forum-khas-maulidur-rasul/#respond Wed, 20 Oct 2021 05:21:16 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7697
Read Time:1 Minute, 54 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

PAPAR: Kira-kira 300 penduduk hadir ke Forum Khas Maulidur Rasul yang diadakan di Masjid Puncak Taqwa (MPT) Pekan Kinarut dekat sini, pada Selasa malam.

Pesuruhjaya Majlis Dakwah Negara (MDN) Sabah, Samin Ongki berkata, forum tersebut adalah forum kali pertama secara bersemuka selepas era pandemik dan sejak Sabah memasuki Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Forum dijayakan melalui Kerjasama strategik Majlis Dakwah Negara ( MDN ), Jawatankuasa MPT dan RTM serta SabahFM, mendapat sambutan amat menggalakkan daripada masyarakat sekitar Kinarut dan Lok Kawi.

“Kehadiran yang ramai memperlihatkan kerinduan umat Islam kepada majlis ilmu yang tidak dapat diadakan secara bersemuka sejak hampir dua tahun lalu disebabkan pandemik COVID-19 melanda seluruh negara, ini sekaligus menunjukkan minat orang ramai kepada majlis-majlis ilmu tidak pudar dan masih mekar”, katanya.

Walau bagaimanapun kata Samin, majlis tersebut diadakan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Forum yang bertajuk ‘Rindu Padamu’ itu menampilkan dua tokoh penceramah iaitu Mufti Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Bungsu Aziz Jaafar dan Timbalan Dekan Penyelidikan Dan Inovasi Fakulti Pengajian Islam, Universiti Malaysia Sabah (UMS) Ustaz Dr Sarip Adul.

Manakala Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia ( ILIM ) Kampus Kundasang, Ustaz Mohd Shamsuri Ghazali sebagai moderator forum.

Dalam pada itu, pelbagai acara turut diadakan sempena sambutan Maulidur Rasul MPT antaranya Kempen Derma Darah dan Perujian Memanah (Tertutup) MPT.

Seramai 28 penderma yang layak menderma darah di MPT yang dilaksanakan dengan kerjasama pihak petugas kesihatan dari Hospital Queen Elizabeth II.

Turut hadir menjayakan majlis tersebut ialah Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat merangkap ADUN Tg Keramat, Datuk Ir Shahelmey Yahya dan Pengerusi MPT Dr Awang Setia Musleh serta anggota Ahli Jawatankuasa MPT.

Forum tersebut akan disiarkan di radio SabahFM jam 8.00 malam khamis ini melalui rancangan Forum Anjung At Taqwa SabahFM.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/20/mdn-mpt-rtm-sabahfm-anjur-forum-khas-maulidur-rasul/feed/ 0 7697