Francis Chong – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 22 Jul 2024 07:47:31 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Francis Chong – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Francis Chong dilantik Presiden Majlis Perbandaran Penampang https://sabahmedia.com/2024/07/22/francis-chong-dilantik-presiden-majlis-perbandaran-penampang/ https://sabahmedia.com/2024/07/22/francis-chong-dilantik-presiden-majlis-perbandaran-penampang/#respond Mon, 22 Jul 2024 07:44:37 +0000 https://sabahmedia.com/?p=57863
Read Time:59 Second

KOTA KINABALU: Francis Chong Yu Shing dilantik sebagai Presiden Majlis Perbandaran Penampang (MPP).

Watikah pelantikan Presiden MPP itu disampaikan Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam pada majlis yang diadakan Wisma Innoprise, di sini, hari ini.

Francis Chong akan memulakan perkhidmatan pada 1 Ogos ini.

Francis Chong, 59, memiliki pengalaman meluas selama 37 tahun dalam sektör perkhidmatan awam. Sebelum menjadi Pegawai Daerah Penampang, beliau pernah memegang jawatan sebagai Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) di Pejabat Daerah Kudat dan mengetuai daerah kecil sebagai Penolong Pegawai Daerah Kecil Matunggong.

Dr. Joachim berharap Francis bersama jentera kerja Majlis Perbandaran Penampang (MPP) akan meningkatkan kerja dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat di Penampang dan turut menyatakan bahawa MPP mendapat sokongan kuat daripada Kementerian.

MPP dijangka akan dilancarkan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor pada bulan Oktober tahun ini.

Turut menerima watikah pelantikan ialah Timbalan Presiden, Noemi Deyna Johntren; Setiausaha, Robert Malangkig dan Timbalan Setiausaha, Andresia A. Lojingau.

Hadir sama dalam majlis ialah Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Dr. Jamili Nais; Timbalan Setiausaha Tetap I, Stanley Chong; Timbalan Setiausaha Tetap II, Faridah Giau; dan Setiausaha Rendah (Pembangunan), Johnny Samson.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/07/22/francis-chong-dilantik-presiden-majlis-perbandaran-penampang/feed/ 0 57863