Fun fair – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 05 Jul 2024 00:11:45 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Fun fair – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 ‘Fun Fair’ diarah henti operasi, gagal pamer permit operasi yang sah https://sabahmedia.com/2024/07/05/fun-fair-diarah-henti-operasi-gagal-pamer-permit-operasi-yang-sah/ https://sabahmedia.com/2024/07/05/fun-fair-diarah-henti-operasi-gagal-pamer-permit-operasi-yang-sah/#respond Fri, 05 Jul 2024 00:11:43 +0000 https://sabahmedia.com/?p=57073
Read Time:48 Second

Kota Kinabalu : Sebuah pesta ria atau ‘fun fair’ yang beroperasi tanpa permit di Pekan Inanam di sini diarah untuk menghentikan operasi serta merta selepas didapati gagal mempamerkan permit pengoperasian yang sah.

DBKK dalam satu kenyataan memaklumkan,  pihaknya juga telah mengeluarkan satu notis kepada pengusaha bagi mengalihkan struktur dan semua logistik sebelum 29 Jun lalu namun pengusaha masih gagal mematuhi arahan yang ditetapkan.

“Berikutan itu, satu kompaun di bawah Seksyen 4 Ordinan Hiburan Awam 1958 bernilai RM3,000 telah dikeluarkan kerana menjalankan aktiviti hiburan awam tanpa lesen pada 1 Julai lalu.

“Meskipun notis telah diberikan untuk mengalihkan struktur dan semua logistik sebelum 29 Jun namun hasil pemeriksaan susulan mendapati tiada tindakan diambil oleh pengusaha dan ‘fun fair’ masih beroperasi seperti biasa,” menurut kenyataan itu di sini semalam.

DBKK berkata, semua pengusaha premis perniagaan dan hiburan di sekitar bandar raya adalah diingatkan untuk sentiasa mematuhi peraturan yang dikuatkuasakan dan menjalankan operasi perniagaan mengikut prosedur yang betul. – SABAH MEDIA / FOTO DBKK

]]>
https://sabahmedia.com/2024/07/05/fun-fair-diarah-henti-operasi-gagal-pamer-permit-operasi-yang-sah/feed/ 0 57073