Futsal lelaki – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 15 Aug 2026 08:56:36 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Futsal lelaki – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 SUKMA XXII : Futsal lelaki Sabah buka aksi kumpulan dengan kemenangan bergaya https://sabahmedia.com/2026/08/15/sukma-xxii-futsal-lelaki-sabah-buka-aksi-kumpulan-dengan-kemenangan-bergaya/ https://sabahmedia.com/2026/08/15/sukma-xxii-futsal-lelaki-sabah-buka-aksi-kumpulan-dengan-kemenangan-bergaya/#respond Sat, 15 Aug 2026 08:56:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=101619
Read Time:1 Minute, 8 Second

KOTA KINABALU : Sabah membuka kempen Kumpulan B acara futsal lelaki pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026 dengan langkah kanan selepas mencatat kemenangan bergaya 6-0 dalam aksi pembukaan.

Skuad futsal lelaki Sabah tampil dominan sejak awal permainan dan berjaya mengawal rentak perlawanan untuk memastikan kemenangan besar, sekali gus mengutip tiga mata penting dalam usaha memburu kedudukan terbaik dalam kumpulan.

Sabah membuka jaringan pada minit ke-15 menerusi Amirul Fadzly Iyskandar Ilrawan untuk memberikan kelebihan awal kepada pasukan.

Kelebihan Sabah kemudian digandakan pada minit ke-22 apabila Muhamad Alias Adullah meledak gol kedua sebelum Adzman Jiril menambah satu lagi jaringan pada minit ke-27.

Tidak berhenti di situ, Muhamad Alias Adullah mencetak gol keduanya pada minit ke-28 untuk menjadikan kedudukan 4-0 sebelum tamat separuh masa.

Memasuki babak kedua, Sabah terus memperkemaskan permainan dan kekal menguasai perlawanan.

Adzman sekali lagi mencatat nama sebagai penjaring apabila meledak gol keduanya pada minit ke-36.

Sabah melengkapkan kemenangan 6-0 pada minit ke-40 menerusi Mohammad Adziyyan Ahlihin Zaidi, sekali gus mengesahkan kemenangan besar dalam aksi pembukaan.

Kemenangan itu menyaksikan Sabah membawa momentum positif dalam saingan Kumpulan B, yang turut menampilkan Perak dan Selangor.

Dengan kemenangan 6-0, Sabah kini berada dalam kedudukan terbaik untuk meneruskan cabaran dalam kumpulan, selain menjadikan perbezaan gol sebagai kelebihan penting dalam persaingan merebut tempat ke pusingan seterusnya. – SABAH MEDIA / FOTO MSN SABAH

]]>
https://sabahmedia.com/2026/08/15/sukma-xxii-futsal-lelaki-sabah-buka-aksi-kumpulan-dengan-kemenangan-bergaya/feed/ 0 101619
Pemilihan pasukan Futsal lelaki Sabah FA https://sabahmedia.com/2023/11/03/pemilihan-pasukan-futsal-lelaki-sabah-fa/ https://sabahmedia.com/2023/11/03/pemilihan-pasukan-futsal-lelaki-sabah-fa/#respond Fri, 03 Nov 2023 04:50:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=44661
Read Time:49 Second

KOTA KINABALU: Persatuan Bola Sepak Negeri Sabah (SAFA) akan mengadakan sesi pemilihan untuk mencari pemain lelaki bagi menyertai kejohanan Liga Futsal Premier Malaysia (MPFL) musim hadapan.

Sesi pemilihan bagi mencari bakat baharu itu akan diadakan di dua daerah iaitu Kota Kinabalu pada 4 dan 5 November ini sebelum diteruskan di daerah Tawau, pada 8 dan 9 November depan.

Penolong Setiausaha Agung SAFA, Shamsuddin Mohd Shah berkata, sesi pemilihan pertama akan diadakan di Arena Futsal Yayasan Sabah bermula jam 9 pagi.

Katanya, manakala sesi pemilihan kedua pula akan diadakan di Stadio De Futsal dan dijangka bermula pada jam 7 malam.

“Pemain bola sepak futsal lelaki yang berminat untuk menyarung jersi Pasukan Sabah FA bagi kejohanan MPFL musim hadapan dipelawa untuk menyertai sesi pemilihan ini.

“Sesi pemilihan ini akan dikendalikan barisan kejurulatihan berpengalaman yang diketuai jurulatih Patt Sriwijit,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Shamsuddin berkata, sesi pemilihan ini adalah persediaan awal SAFA untuk memantapkan pasukan futsal lelaki sebelum berlangsungnya kejohanan MPFL bermula Januari 2024.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/11/03/pemilihan-pasukan-futsal-lelaki-sabah-fa/feed/ 0 44661