futsal – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 06 Sep 2026 03:17:49 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png futsal – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Sukan jadi medium dekati belia, sampaikan mesej antidadah https://sabahmedia.com/2026/09/06/sukan-jadi-medium-dekati-belia-sampaikan-mesej-antidadah/ https://sabahmedia.com/2026/09/06/sukan-jadi-medium-dekati-belia-sampaikan-mesej-antidadah/#respond Sun, 06 Sep 2026 03:14:42 +0000 https://sabahmedia.com/?p=102904
Read Time:1 Minute, 15 Second

RANAU: Aktiviti sukan terus dimanfaatkan sebagai medium mendekati golongan belia selain menyampaikan mesej pencegahan penyalahgunaan dadah menerusi penganjuran Kejohanan Futsal Tertutup Ranau 2026, Piala Pengerusi Skuad Antidadah Ranau.

Kejohanan anjuran Skuad Antidadah Ranau yang berlangsung pada Sabtu di Ranau Extreme Futsal, Marakau, itu menghimpunkan 16 pasukan dari daerah berkenaan.

Pengerusi Skuad Antidadah Ranau, Mohd Syukri Saridih berkata, penganjuran kejohanan itu bukan sekadar menyediakan ruang kepada golongan belia untuk beriadah, malah menjadi platform menyampaikan kesedaran mengenai bahaya penyalahgunaan dadah.

Menurutnya, penglibatan belia dalam aktiviti sukan yang sihat dan positif mampu membantu membentuk disiplin, semangat berpasukan, keyakinan diri serta jati diri.

“Pada masa sama, aktiviti seperti ini dapat menggalakkan golongan belia mengisi masa lapang dengan perkara yang bermanfaat dan menjauhi gejala sosial serta penyalahgunaan dadah,” katanya.

Beliau berkata, sukan juga mampu menjadi pendekatan berkesan dalam membina hubungan dan mengeratkan persahabatan dalam kalangan belia tanpa mengira latar belakang.

Kejohanan berkenaan turut menyaksikan persaingan sengit antara 16 pasukan yang mengambil bahagian, selain menyemai semangat kesukanan, disiplin dan kerjasama sepanjang pertandingan.

Kejohanan itu dianjurkan dengan kerjasama Gabungan Belia Ranau, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Ranau dan Ranau Extreme Futsal.

Dalam saingan berkenaan, WNB X Tabaru dinobatkan sebagai johan, manakala Desa muncul naib johan dan Liwagu A menduduki tempat ketiga.

Penganjuran program seumpama itu diharap dapat diteruskan sebagai usaha memperluas pendekatan pencegahan penyalahgunaan dadah melalui aktiviti kemasyarakatan dan sukan.

Ia sekali gus dapat menggalakkan lebih ramai belia di daerah ini memilih gaya hidup sihat serta memainkan peranan bersama dalam membina komuniti yang bebas daripada penyalahgunaan dadah.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/09/06/sukan-jadi-medium-dekati-belia-sampaikan-mesej-antidadah/feed/ 0 102904
SUKMA XXII : Sabah tempah tiket ke suku akhir futsal lelaki https://sabahmedia.com/2026/08/17/sukma-xxii-sabah-tempah-tiket-ke-suku-akhir-futsal-lelaki/ https://sabahmedia.com/2026/08/17/sukma-xxii-sabah-tempah-tiket-ke-suku-akhir-futsal-lelaki/#respond Mon, 17 Aug 2026 09:34:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=101781
Read Time:1 Minute, 32 Second

SUBANG JAYA: Pasukan futsal lelaki Sabah mara ke peringkat suku akhir Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor selepas mengikat tuan rumah dengan keputusan seri 2-2 dalam aksi terakhir Kumpulan B di Kompleks Belia dan Sukan Selangor, Shah Alam, pada Isnin.

Keputusan itu menyaksikan Sabah muncul juara Kumpulan B untuk melangkah ke kelompok lapan terbaik, manakala Selangor turut mengesahkan tempat ke suku akhir.

Kedua-dua pasukan mengumpul empat mata selepas mengharungi saingan peringkat kumpulan, namun Sabah menduduki tangga teratas berdasarkan kelebihan perbezaan jaringan.

Sabah bermula cemerlang apabila membuka jaringan pada minit kesembilan menerusi Adzman Jiril sebelum Mohammad Taufiq Ahmad menggandakan kelebihan pada minit ke-15 untuk menjadikan kedudukan 2-0.

Bagaimanapun, Selangor tidak mengalah dan bangkit pada separuh masa kedua untuk menyamakan kedudukan.

Muhammad Aidil Zakwan Zaidi merapatkan jurang pada minit ke-23 sebelum Iqbal Hazim Radzi menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-28.

Keputusan 2-2 kekal sehingga wisel penamat sekali gus memastikan Sabah dan Selangor masing-masing mengesahkan tiket ke suku akhir.

Kejayaan itu menyaksikan skuad futsal lelaki Sabah meneruskan cabaran dalam saingan Sukma selepas berjaya mengharungi persaingan sengit dalam Kumpulan B.

Sementara itu, pasukan futsal wanita Sabah tersingkir selepas tewas 1-3 kepada Wilayah Persekutuan dalam aksi terakhir Kumpulan B di Sportiza Batu 3, Shah Alam.

Pertemuan itu menjadi aksi penentuan buat kedua-dua pasukan dalam usaha merebut tempat ke pusingan seterusnya.

Wilayah Persekutuan membuka tirai jaringan seawal minit keempat menerusi Fatin Damia Muhammad sebelum Sabah menyamakan kedudukan pada minit ke-14 melalui Siti Nur Raini Ahmad.

Bagaimanapun, Wilayah Persekutuan kembali di depan selepas Sabah melepaskan gol sendiri menerusi Nor Aze Fitriana pada minit ke-18.

Fatin Damia kemudian melengkapkan jaringan keduanya pada minit ke-24 untuk memastikan kemenangan 3-1 buat Wilayah Persekutuan.

Keputusan itu menyaksikan Sabah menamatkan saingan Kumpulan B dengan tiga mata hasil kemenangan ke atas Kelantan sebelum ini. – FOTO MSN SELANGOR

]]>
https://sabahmedia.com/2026/08/17/sukma-xxii-sabah-tempah-tiket-ke-suku-akhir-futsal-lelaki/feed/ 0 101781
SUKMA XXII : Hatrik Ara Tasyah bantu Sabah tewaskan Kelantan 5-1 https://sabahmedia.com/2026/08/16/sukma-xxii-hatrik-ara-tasyah-bantu-sabah-tewaskan-kelantan-5-1/ https://sabahmedia.com/2026/08/16/sukma-xxii-hatrik-ara-tasyah-bantu-sabah-tewaskan-kelantan-5-1/#respond Sun, 16 Aug 2026 12:25:26 +0000 https://sabahmedia.com/?p=101731
Read Time:1 Minute, 21 Second

SHAH ALAM : Pasukan futsal wanita Sabah kembali berada di landasan kemenangan apabila membelasah Kelantan 5-1 dalam aksi Kumpulan B pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXII Selangor 2026, hari ini.

Kemenangan meyakinkan itu menyaksikan Sabah mempamerkan aksi lebih tersusun berbanding perlawanan sebelumnya, dengan para pemain menunjukkan semangat juang tinggi serta disiplin bertahan yang lebih baik sepanjang perlawanan.

Sabah membuka jaringan seawal minit keempat menerusi Ara Tasyah sebelum pemain sama menggandakan kelebihan pada minit ke-15 untuk meletakkan Sabah di hadapan 2-0.

Kelantan cuba merapatkan kedudukan menerusi jaringan Viena pada minit ke-16, namun Sabah tidak menoleh ke belakang apabila Flavia Bane menambah gol ketiga pada minit ke-20.

Ara Tasyah sekali lagi mencuri tumpuan apabila melengkapkan hatrik pada minit ke-24 sebelum Nurulain mengesahkan kemenangan besar Sabah dengan gol kelima pada minit ke-28.

Ketua Jurulatih Sabah, Rosmadih Wasli, bersyukur dengan peningkatan yang ditunjukkan anak buahnya selepas perlawanan terdahulu.

“Alhamdulillah, ada perubahan daripada perlawanan kelmarin. Kami berjaya mengurangkan kesilapan ketika bertahan dan semangat juang yang tinggi dalam kalangan pemain berjaya menghasilkan kemenangan dengan jaringan 5-1,” katanya.

Beliau berkata kemenangan itu memberi suntikan moral penting kepada pasukan menjelang aksi seterusnya menentang Wilayah Persekutuan esok pagi.

Menurutnya, Sabah kini berada pada kedudukan terbaik untuk memburu tempat ke separuh akhir dan kemenangan ke atas Wilayah Persekutuan akan memastikan slot ke kelompok empat pasukan terbaik kejohanan.

“Esok kami akan bertemu Wilayah Persekutuan. Jika menang, kami akan layak ke separuh akhir,” katanya.

Kemenangan ke atas Kelantan bukan sahaja menghidupkan peluang Sabah untuk mara lebih jauh dalam kejohanan, malah membuktikan kemampuan pasukan untuk bangkit selepas menghadapi cabaran pada aksi terdahulu. – SABAH MEDIA / FOTO MSN SABAH

]]>
https://sabahmedia.com/2026/08/16/sukma-xxii-hatrik-ara-tasyah-bantu-sabah-tewaskan-kelantan-5-1/feed/ 0 101731
Boys United pertahan kejuaraan futsal Hari Kebangsaan ke-68 https://sabahmedia.com/2025/09/01/boys-united-pertahan-kejuaraan-futsal-hari-kebangsaan-ke-68/ https://sabahmedia.com/2025/09/01/boys-united-pertahan-kejuaraan-futsal-hari-kebangsaan-ke-68/#respond Mon, 01 Sep 2025 04:10:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=80418
Read Time:1 Minute, 0 Second

Kota Kinabalu : Pasukan Futsal Boys United sekali lagi mempertahankan kejuaraan mereka dalam Kejohanan Futsal Terbuka sempena Hari Kebangsaan yang ke-68 di sini.

Juara bertahan itu mengalahkan pasukan naib johan, Kaliangau FC dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Kota Kinabalu. 

Gol tunggal yang juga gol kemenangan pasukan Boys United dijaringkan oleh Azhar Aggus. 

Dengan kemenangan itu, pasukan Boys United berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM1,500 dan piala.

Hadiah disampaikan Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri merangkap Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Inanam, Datuk Dr Roland Chia.

Pasukan Kaliangau FC turut membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000 dan piala selaku pemenang tempat kedua dan ketiga dimenangi pasukan Boys United Jr yang membawa pulang hadiah berjumlah RM800 beserta piala.

Datuk Dr Roland berkata, kejohanan kali kedua pergerakan pemuda Gagasan Rakyat bahagian Dewan Undangan Negeri (DUN) inanam bersama Kelab Usahawan Generasi Baru Sabah ini menjadi platform untuk belia bermain futsal secara serius dalam bentuk pertandingan berbanding bermain semata-mata mengisi masa lapang.

Sementara itu, Pengurus Boys United, Mohd Syaffif Syahiran berharap lebih banyak kejohanan sebegini yang mana mampu menjadi medan untuk mencungkil bakat-bakat baharu dalam sukan futsal di negeri ini. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/01/boys-united-pertahan-kejuaraan-futsal-hari-kebangsaan-ke-68/feed/ 0 80418
21 remaja ditahan bantu siasatan kes gaduh di gelanggang futsal https://sabahmedia.com/2024/11/22/21-remaja-ditahan-bantu-siasatan-kes-gaduh-di-gelanggang-futsal/ https://sabahmedia.com/2024/11/22/21-remaja-ditahan-bantu-siasatan-kes-gaduh-di-gelanggang-futsal/#respond Fri, 22 Nov 2024 13:15:38 +0000 https://sabahmedia.com/?p=64226
Read Time:38 Second

KOTA KINABALU: Polis menahan 21 remaja bagi membantu siasatan berhubung kejadian pergaduhan di gelanggang futsal berhampiran sebuah sekolah menengah di Kota Kinabalu baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Superintendan Kasim Muda berkata, kesemua daripada mereka adalah pelajar sekolah membabitkan pelajar tingkatan empat dan tingkatan lima.

“Kesemua mereka yang di bawah umur ditahan pada khamis dan dibebaskan dengan jaminan polis,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Kasim, kejadian ini berpunca daripada salah faham berkaitan dengan perselisihan faham yang berlaku sebelum ini.

“Mangsa telah dipukul beramai-ramai, dan mengalami sakit pada beberapa bahagian badan dan telah hantar ke hospital untuk pemeriksaan” katanya.

Beliau berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

“Setakat ini tindakan lanjut masih dijalankan untuk melengkapkan kertas siasatan,” jelasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/22/21-remaja-ditahan-bantu-siasatan-kes-gaduh-di-gelanggang-futsal/feed/ 0 64226
Boys United juarai Kejohanan Futsal Terbuka Wakaf https://sabahmedia.com/2024/09/22/boys-united-juarai-kejohanan-futsal-terbuka-wakaf/ https://sabahmedia.com/2024/09/22/boys-united-juarai-kejohanan-futsal-terbuka-wakaf/#respond Sun, 22 Sep 2024 02:29:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=61022
Read Time:1 Minute, 1 Second

Kota Kinabalu : Pasukan Boys United berjaya menjuarai Kejohanan Futsal Terbuka Wakaf selepas menewaskan MUIS Futsal 2-1 di Gelanggang Futsal UTC di sini semalam.

Dengan kemenangan itu, pasukan Boys United berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM3,000 dan piala.

Hadiah disampaikan Setiausaha Politik Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Abd Wahid Abd Razak.

Pasukan MUIS Futsal turut membawa pulang hadiah wang tunai RM1,500 selaku pemenang tempat kedua dan ketiga dimenangi pasukan mewakili Kumpulan Yayasan Sabah yang membawa pulang hadiah berjumlah RM500.

Kejohanan sehari itu diadakan bersempena dengan Bulan Wakaf Peringkat Negeri Sabah.

Selain Futsal, turut diadakan ‘Fun Run For Waqf Fund’ yang telah dilepaskan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ruslan Muharam.

Pada program larian itu, seramai 511 peserta dari pelbagai lapisan usia telah menyertai seawal jam 6.45 pagi.

Terdahulu, Ruslan berkata, Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) terus komited untuk memberi pendedahan meluas mengenai peranan dan tanggungjawab agensi berkenaan menyelaras wakaf di negeri ini.

Antaranya melalui kempen wakaf dengan penganjuran Program Fun Run for Waqf Fund dan Futsal Terbuka bagi yang akan diperluaskan ke seluruh negeri.

Beliau turut yakin melalui kempen berkenaan pengurusan wakaf akan menjadi lebih baik dan boleh dimanfaatkan semula kepada masyarakat memerlukan. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/09/22/boys-united-juarai-kejohanan-futsal-terbuka-wakaf/feed/ 0 61022
Perlawanan Persahabatan Semarak Semangat Kesukanan https://sabahmedia.com/2022/03/17/perlawanan-persahabatan-semarak-semangat-kesukanan/ https://sabahmedia.com/2022/03/17/perlawanan-persahabatan-semarak-semangat-kesukanan/#respond Thu, 17 Mar 2022 02:42:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13115
Read Time:1 Minute, 4 Second

TAMPARULI: Aksi persahabatan Futsal mempertemukan pasukan TataQ Barambang dan Pergerakan Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) Cawangan Kampung Molisau Tenghilan Ahad lalu menyaksikan keputusan berakhir seri 10-10.

Perlawanan yang diadakan itu merupakan inisiatif Pemuda PBS, bagi menyemarakkan semangat kesukanan dan gaya hidup sihat dalam kalangan belia.

TataQ Barambang turun dengan para pemain utama mereka yang datang dari beberapa kawasan, selain dari Kampung Molisau sendiri.

Manakala Pergerakan Pemuda PBS Cawangan Kampung Molisau pula menyaksikan kehadiran Ahli Jawatankuasa (AJK) mereka, termasuk ahli biasa.

Kapten pasukan TataQ Barambang, K. Alixto Akit, berkata, kebanyakan mereka bekerja setiap hari biasa, justeru, setiap hujung minggu merupakan masa mereka untuk bersukan, dan Futsal menjadi sukan pilihan mereka.

“Ramai belia sekarang tidak suka dengan permainan sukan fizikal, tidak peduli mengenai kesihatan mereka, dan lebih memilih untuk terperap di rumah bermain telefon atau permainan komputer,” katanya.

Pada program itu, beliau turut menyampaikan permohonan sumbangan jersi futsal sebanyak 20 pasang, daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tamparuli, yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Jahid Jahim.

Permohonan tersebut disampaikan kepada Setiausaha Akhbar Kepada Menteri, yang juga Ketua Penerangan Pemuda PBS N.14 Tamparuli, Joanes Robert Johnny.

Untuk rekod, pasukan TataQ Barambang merupakan sebuah kelab bola sepak yang aktif menyertai pelbagai pertandingan sama ada Futsal atau bola sepak di daerah kecil Tamparuli.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/17/perlawanan-persahabatan-semarak-semangat-kesukanan/feed/ 0 13115