G57 – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 14 Oct 2025 08:29:08 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png G57 – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 沙菲益必须为沙巴水供问题及3.15亿令吉损失负责—非政府组织G57 https://sabahmedia.com/2025/10/13/chinese-shafie-perlu-bertanggungjawab-atas-isu-air-sabah-dan-kerugian-rm315-juta-ngo-g57/ https://sabahmedia.com/2025/10/13/chinese-shafie-perlu-bertanggungjawab-atas-isu-air-sabah-dan-kerugian-rm315-juta-ngo-g57/#respond Mon, 13 Oct 2025 07:42:34 +0000 https://sabahmedia.com/?p=83162
Read Time:28 Second

布城: 马来西亚人民运动(G57)敦促沙巴前首席部长拿督斯里沙菲益阿达承担道义和政治责任,因为沙巴政府决定在2018年终止6家水务特许经营公司的合同,导致州政府遭受 3.15亿令吉的损失。

G57主席拿督祖卡纳因马赫达尔声称,该决定导致整个沙巴的供水长期中断,并迫使现任领导下的州政府承担巨大的财政负担。

他今天在马来西亚反贪污委员会(SPRM)办公室前举行的新闻发布会上表示说“在没有明确的替代计划,没有进行影响研究、也没有考虑对人民的影响的情况下,做出了终止沙巴 58家水厂合同的决定。”

他表示,州政府因该行动必须向这大家公司支付总计3.152亿令吉的赔偿金,这笔钱被描述为“沙巴人民的钱,应该用于州的发展。”

“3.15亿令吉不是一个小数目。这笔钱本可以用来建造学校、修缮道路、提供清洁水源,或者帮助超过1万名沙巴学生偿还PTPTN贷款。

如果平均分配的话,近三百万沙巴人每人可以获得100令吉,”他说。

他还声称,合同终止后,沙巴历史遗产党领导的州政府任命了新的承包商,其中大多数没有技术经验,甚至与该党领导层有联系。

“这些新公司大多数缺乏技术经验,有些甚至与民兴党领导层有关联。如果这项指控属,这不仅是疏忽,更是对沙巴人民信任的背叛。”

“如果这一指控属实,这不仅是疏忽,也是对人民信任的背叛。”他补充道。

敦促反贪污委员会重启调查

G57主席还宣布,他的政党已向反贪会提交了一封正式信函,敦促重新对沙菲益展开调,包括可能挪用先前与他及其家人有关的资金。

他说“我们相信,反贪会作为一个独立机构,将以透明的方式进行调查,并确保在存在违规行为时没有人可以逃脱责任。”

他补充说,如果有关方面没有给出令人满意的解释,他的政党将毫不犹豫地采取民事法律行动。

据他所说,由拿督斯里邦里玛哈吉吉诺尔领导的州政府现在被迫承担2018年决定所带来的財政和后勤后果。

“尽管GRS-PH政府正在努力通过启用水厂和建造新水厂来解决沙巴的缺水问题,但仍有许多地区受到缺水的影响,”

“沙巴至今仍在持续的水资源问题,源于政府在缺乏妥善规划的情况下就决定终止六份特许经营合同。如果在没有足够专业知识的情况下签订新合同,最终承担后果的还是人民。” 他说道。

他强调,沙菲益必须出现,为沙巴人民因该决定而遭受的损失和苦难承担责任。

“现在的问题是,谁来支付这3.15亿令吉?人民不应该承担上届政府失误的后果“ 他说道。

他补充说,在即将到来的州选举(PRN)之前,他呼吁沙巴人民重新评估导致该州遭受巨大损失的领导层。

“我的话可能有些刺耳,但这是为了沙巴人民的利益和未来。我们需要诚实、勇于承认错误、懂得承担责任的领导人。”他说。

他强调,G57的斗争不是出于政治动机,而是基于要求正义的道德责任,并确保人民的钱财归还给有权获得钱财的人。

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/13/chinese-shafie-perlu-bertanggungjawab-atas-isu-air-sabah-dan-kerugian-rm315-juta-ngo-g57/feed/ 0 83162
G57 lapor polis sekumpulan pelajar dan alumni UMS sebar fitnah, hasutan https://sabahmedia.com/2025/01/03/g57-lapor-polis-sekumpulan-pelajar-dan-almuni-ums-sebar-fitnah-hasutan/ https://sabahmedia.com/2025/01/03/g57-lapor-polis-sekumpulan-pelajar-dan-almuni-ums-sebar-fitnah-hasutan/#respond Fri, 03 Jan 2025 10:18:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=66439
Read Time:1 Minute, 21 Second

KOTA KINABALU: Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57) hari ini membuat laporan polis terhadap sekumpulan pelajar dan alumni Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang didakwa menyebarkan fitnah dan hasutan melalui video tular di media sosial hari ini.

Pengerusi G57, Datuk Zulkarnain Mahdar, mendakwa video tersebut memfitnah Tun Musa Aman, Yang di-Pertua Negeri Sabah yang baru dilantik, dengan tuduhan terlibat dalam rasuah dan eksploitasi balak ketika menjadi Ketua Menteri Sabah.

Menurut Zulkarnain, tuduhan itu tidak berasas kerana tiada rekod mahkamah yang pernah mensabitkan Tun Musa dengan kesalahan rasuah.

“Tun Musa malah diiktiraf oleh Tabung Alam Sedunia (The World Wide Fund for Nature, WWF) atas usaha pemuliharaan hutan di Sabah, termasuk memulihkan hampir 700,000 hektar tanah semasa pentadbirannya,” katanya kepada media selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Kota Kinabalu hari ini.

Dalam pada itu, Zulkarnain turut menegur tindakan sekumpulan pelajar yang terlibat mengadakan Perhimpunan Aman Gempur Rasuah Sabah di hadapan bangunan Menara Kinabalu baru-baru ini.

Beliau mendakwa perhimpunan itu hanya dihadiri segelintir individu dan menyifatkan pelajar-pelajar tersebut telah dimanipulasi oleh pihak tertentu untuk tujuan politik.

“Kami menghormati kebebasan bersuara, tetapi tuduhan tanpa bukti ini mencemar nama baik Tun Musa dan institusi Yang di-Pertua Negeri Sabah. Pihak berkuasa perlu bertindak tegas bagi mengelakkan fitnah seperti ini berulang,” tambahnya.

Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia turut menyeru Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Jabatan Peguam Negara untuk segera mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat.

Sehubungan dengan itu, Zulkarnain memaklumkan satu
memorandum akan dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong bagi meminta campur tangan dalam isu ini, termasuk memastikan perlindungan terhadap institusi Yang di-Pertua Negeri dimasukkan dalam kategori sensitif 3R (Raja, Agama, dan Kaum).

]]>
https://sabahmedia.com/2025/01/03/g57-lapor-polis-sekumpulan-pelajar-dan-almuni-ums-sebar-fitnah-hasutan/feed/ 0 66439
G57 sambut baik kenyataan Zahid agar pimpinan & ahli UMNO tidak usik rakan parti komponen Kerajaan Perpaduan https://sabahmedia.com/2024/10/09/g57-sambut-baik-kenyataan-zahid-agar-pimpinan-ahli-umno-tidak-usik-rakan-parti-komponen-kerajaan-perpaduan/ https://sabahmedia.com/2024/10/09/g57-sambut-baik-kenyataan-zahid-agar-pimpinan-ahli-umno-tidak-usik-rakan-parti-komponen-kerajaan-perpaduan/#respond Wed, 09 Oct 2024 07:11:37 +0000 https://sabahmedia.com/?p=61928
Read Time:1 Minute, 45 Second

KOTA KINABALU: Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57) menyambut baik kenyataan oleh Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi agar pimpinan UMNO dan ahli-ahli nya agar tidak ‘mengusik’ dan menimbulkan ‘provokasi’ terhadap rakan-rakan parti komponen Kerajaan Perpaduan sehingga menimbulkan masalah.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu juga menegaskan, hubungan dan situasi perpaduan semasa dalam kerajaan perlu dikekalkan dengan sikap hormat-menghormati.

Sehubungan dengan itu,
Pengerusi Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57), Datuk Zulkarnain Mahdar meminta Bung Moktar serta pimpinan UMNO menyokong beliau supaya menghentikan provokosi terhadap kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor bagi memberi laluan kelancaran pentadbiran Kerajaan Negeri Sabah.

“Merujuk kepada situasi politik di Sabah ketika ini Bung Moktar termasuk pimpinan UMNO yang menyokong kepemimpinan Bung sepatutnya menjadikan nasihat Zahid ini sebagai satu iktibar untuk menghentikan provokasi terhadap kepimpinan Datuk Seri Hajiji Noor sehingga mengganggu kelancaran pentadbiran Kerajaan Negeri Sabah,” tegasnya dalam kenyataan media hari ini.

Selain itu, Zulkarnain berkata, Zahid juga disarankan untuk menarik balik perlantikan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) di seluruh Sabah kerana ianya jelas melanggar peruntukan undang-undang negeri.

“Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sebelum ini telah meluluskan pindaan kepada Ordinan Pentadbiran Luar Bandar Sabah.

“Pindaan itu kini memberi kuasa dan autonomi kepada Kerajaan Sabah untuk melantik dan mengurus pentadbiran jawatankuasa kampung seperti JKKK di Sabah.

“Ini bermakna penubuhan JPKKP di Sabah di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) adalah jelas bertentangan dengan undang-undang,” katanya.

Menurut Zulkarnain, Pakatan Harapan (PH) Sabah termasuk wakil rakyat GRS sebelum ini senada turut membantah penubuhannya sebaliknya Bung berkeras malahan telah menyerahkan surat perlantikan kepada wakil JPKKP di setiap daerah di Sabah.

“Tindakan ini jelas akan mengundang ketidakstabilan politik di peringkat akar umbi malahan dikhuatiri boleh menyebabkan pergaduhan kerana sudah pasti akan berlaku pertindihan kerja di peringkat kampung.

“Justeru, untuk merealisasikan harapan kestabilan Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan Zahid Hamidi disarankan menasihati Bung dan seluruh kepimpinan UMNO yang menyokong kepimpinan Bung untuk menghentikan melakukan provokasi terhadap kepimpinan Hajiji demi kestabilan politik di Sabah memandangkan GRS dan PH juga adalah sebahagian dari Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan,” tegasnya lagi.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/10/09/g57-sambut-baik-kenyataan-zahid-agar-pimpinan-ahli-umno-tidak-usik-rakan-parti-komponen-kerajaan-perpaduan/feed/ 0 61928
G57 lapor SPRM, gesa siasat kemelut air di Sabah https://sabahmedia.com/2024/09/27/g57-lapor-sprm-gesa-siasat-kemelut-air-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2024/09/27/g57-lapor-sprm-gesa-siasat-kemelut-air-di-sabah/#respond Fri, 27 Sep 2024 09:29:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=61324
Read Time:1 Minute, 9 Second

PUTRAJAYA: Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57) hari ini membuat satu laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung konsesi syarikat yang mengurus operasi loji rawatan air (LRA) yang didakwa menjadi punca kemelut air di seluruh Sabah.

Pengerusinya, Datuk Zulkarnain Mahdar menggesa SPRM untuk menyiasat perkara itu dan telah mengemukakan beberapa dokumen berkaitan untuk penelitian SPRM.

“Saya hadir hari ini untuk menyerahkan beberapa dokumen bagi membantu siasatan SPRM. Kita bagi maklumat.

“Kita nak minta SPRM siasat kerana sudah menjadi kepentingan umum,” katanya ketika ditemui di hadapan bangunan SPRM, Putrajaya hari ini.

Zulkarnain mendakwa syarikat berkenaan seolah-olah mempunyai hubung kait dengan kerajaan terdahulu sewaktu era pemerintahan negeri itu sebelum ini.

“Kita lihat seolah-olah ada hubung kait, sebab itu membuat serahan dokumen,” katanya.

Terdahulu Zulkarnain meluangkan masa lebih 30 minit bagi menyerahkan beberapa dokumen kepada SPRM.

Pada 23 September lalu, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata tindakan Parti Warisan (Warisan) menamatkan konsesi syarikat yang mengurus LRA di seluruh Sabah ketika menjadi kerajaan negeri sebelum ini, punca utama menyebabkan masalah air di negeri ini bertambah teruk.

Hajiji berkata Warisan hanya berbohong apabila menyalahkan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS)-Pakatan Harapan (PH) Plus berikutan masalah air yang berlaku pada masa ini.

Katanya, penamatan konsesi sembilan syarikat kontraktor yang dilantik oleh kerajaan terdahulu bukan saja menyebabkan kerajaan negeri disaman dan terpaksa membayar RM315 juta sebagai pampasan, malah menjejaskan pengurusan bekalan air sedia ada.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/09/27/g57-lapor-sprm-gesa-siasat-kemelut-air-di-sabah/feed/ 0 61324
Isu SFI: G57 cabar Shafie Apdal saman Tengku Fuad https://sabahmedia.com/2023/10/12/isu-sfi-g57-cabar-shafie-apdal-saman-tengku-fuad/ https://sabahmedia.com/2023/10/12/isu-sfi-g57-cabar-shafie-apdal-saman-tengku-fuad/#respond Thu, 12 Oct 2023 07:53:47 +0000 https://sabahmedia.com/?p=43497
Read Time:2 Minute, 4 Second

KOTA KINABALU: Pengerusi Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57), Datuk Zulkarnain Mahdar mencabar Presiden Parti Warisan Datuk Seri Shafie Apdal mengenakan tindakan saman terhadap peguam bela bagi bekas Ketua Menteri Sabah, Tengku Fuad Tengku Ahmad sekiranya kenyataan mengenai isu pekerja Sabah Forest Industries (SFI) itu tidak benar.

Zulkarnain mengulas mengenai satu laporan berita yang disiarkan sebulan lalu menerusi beberapa portal mengenai Tengku Fuad menuduh Parti Warisan sengaja sabotaj usaha hidupkan semula SFI.

Menurut Zulkarnain, Tengku Fuad telah membuat kenyataan terbuka mengenai punca sebenar isu SFI dan menyebabkan bekas pekerja di industri tersebut hidup dalam penderitaan.

“Isu SFI ini bukan kecil, lebih 600 keluarga menderita masih tinggal dalam kuarters SFI tanpa bergaji dan tiada bekalan elektrik.

“Sekiranya Shafie tidak bersalah dalam hal ini, saya cabar Shafie saman Tengku Fuad yang mendedahkan kenyataan terbuka kerajaan Parti Warisanlah yang menyebabkan kilang SFI ditutup dan hidup penduduk di kuarters SFI mengalami kesengsaraan tanpa gaji dan tiada bekalan elektrik,” tegas Zulkarnain pada sidang media di sini, hari ini.

Pada sidang media itu juga, Zulkarnain turut menjelaskan, semalam, dua laporan polis telah dibuat di Balai Sri Petaling, Kuala Lumpur iaitu berkenaan dengan satu laporan polis terhadap pemilik akaun Facebook yang memfitnah Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor tentang isu tanah dan kedua, laporan polis mengenai Shafie sabotaj kerajaan negeri berkenaan isu SFI.

“Dua laporan ini adalah berbeza, tidak ada kena mengena dengan memfitnah dia (Shafie) hanya berkenaan kenyataan Tengku Fuad mengenai Shafie sabotaj kerajaan negeri isu SFI, itu sahaja, kalau dia nak saman, saya cabar dia saman Tengku Fuad yang membuat kenyataan itu,” jelasnya.

Beliau turut memaklumkan kumpulan peguam pihak G57 sedang mengkaji isu SFI dan akan mengenakan saman terhadap Shafie Apdal.

“Untuk makluman, kumpulan peguam kita sedang mengkaji dan kita akan cuba untuk bekerjasama dengan bekas-bekas pekerja SFI untuk saman Shafie Apdal.

“Kami juga ingin memberitahu kepada penduduk SFI, punca SFI ini ditutup bukan berpunca dari kerajaan Barisan Nasional ataupun Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tetapi berpunca dari kerajaan Parti Warisan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Zulkarnain turut merayu kerajaan negeri sekarang untuk menghulurkan bantuan terhadap penduduk yang masih tinggal di kuarters SFI mengurangkan beban mereka dengan bantuan peruntukan membayar bil elektrik di perumahan mereka.

“Kita berharap kerajaan sekarang prihatin dan ambil tindakan serius dengan masalah terputus bekalan elektrik di kuarters SFI, saya difahamkan penduduk SFI sanggup membayar 85 peratus dari jumlah bil elektrik yang tertunggak.

“Kalau boleh ada pihak syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang prihatin turut hulurkanlah bantuan kepada penduduk di SFI ini untuk membayar bil elektrik,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/10/12/isu-sfi-g57-cabar-shafie-apdal-saman-tengku-fuad/feed/ 0 43497
G57 desak ADUN Tungku mohon maaf secara terbuka https://sabahmedia.com/2023/08/15/g57-desak-adun-tungku-mohon-maaf-secara-terbuka/ https://sabahmedia.com/2023/08/15/g57-desak-adun-tungku-mohon-maaf-secara-terbuka/#respond Tue, 15 Aug 2023 08:50:19 +0000 https://sabahmedia.com/?p=40150
Read Time:1 Minute, 14 Second

KOTA KINABALU: Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57) mendesak agar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tungku, Parti Warisan Sabah, Assaffal Alian membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung kenyataannya kononnya Kerajaan Pusat menyerahkan Blok Ambalat di Laut Sulawesi kepada Indonesia.

Pengerusi G57 Datuk Zulkarnain Mahdar berkata kenyataan dibuat oleh wakil rakyat itu ketika berucap pada sidang DUN Sabah pada minggu lalu dan telah disebar luas melalui rakaman video adalah jelas satu perbuatan amat tidak bertanggungjawab dan juga mengancam kedaulatan negara.

“Menurut kenyataan media Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin hari ini secara jelas menyebut perjanjian ditandatangani Malaysia dan Indonesia, hanya membabitkan laut wilayah dan ia tidak membabitkan kawasan dinyatakan sebagai Ambalat atau melebihi 200 batu nautika yang dikatakan sebagai Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE).

“Mohamad Alamin juga turut menegaskan bahawa sebagai Ahli Parlimen daripada Sabah, kerajaan sentiasa mengambil berat dan berhati-hati dalam apa sahaja membabitkan triti terutama membabitkan sempadan negara kerana ia dibuat berdasarkan Konvensyen Undang-Undang Laut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCLOS) 1982,” kata Zulkarnain dalam satu kenyataannya hari ini.

Menurut Zulkarnain, cara berpolitik pemimpin-pemimpin Parti Warisan amat bahaya.

“Ironinya ketika ini bukan sahaja sasaran fitnah mereka sebelum ini terarah kepada Datuk Seri Hajiji selaku Ketua Menteri Sabah tetapi Kerajaan Perpaduan dibawah kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menjadi sasaran baru mereka.

“Justeru G57 mendesak agar adun tungku itu segera membuat permohonan maaf kepada kerajaan termasuk seluruh rakyat Sabah dan turut mengesa dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan selepas sengaja berbohong dan mengelirukan DUN,” tegas beliau.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/08/15/g57-desak-adun-tungku-mohon-maaf-secara-terbuka/feed/ 0 40150
G57 buat laporan polis Parti Warisan fitnah dan aib Ketua Menteri Sabah https://sabahmedia.com/2023/06/27/g57-buat-laporan-polis-parti-warisan-fitnah-dan-aib-ketua-menteri-sabah/ https://sabahmedia.com/2023/06/27/g57-buat-laporan-polis-parti-warisan-fitnah-dan-aib-ketua-menteri-sabah/#respond Tue, 27 Jun 2023 11:16:38 +0000 https://sabahmedia.com/?p=37262
Read Time:1 Minute, 57 Second

KOTA KINABALU: Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57) hari ini tampil membuat satu laporan polis ke atas beberapa orang pemimpin dan ahli Parti Warisan Sabah kerana telah memfitnah dan mengaibkan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor kononnya sengaja menipu menangis dan tangisan ini adalah merupakan tangisan seorang munafik.

Laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Balai Polis Daerah Kota Kinabalu pada jam 1.30 petang tadi (27 Jun).

Pengerusi G57 Datuk Zulkarnain Mahdar berkata, sebelum ini Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor secara spontan telah menangis semasa berucap merasmikan Wisma Parti USNO di Donggongon Avenue Jalan Penampang pada 25 Jun 2023.

“Beliau yang mengenang kembali perjuangan bersama parti USNO pada awal penglibatannya dalam politik, menceritakan pengalamannya ketika bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman sewaktu Pilihan Raya pada tahun 1990.

“Bagaimanapun beberapa orang pemimpin Parti Warisan juga secara sengaja telah mengubah suai video Hajiji menangis dengan ditokok tambah ayat “dah tua pun bodoh termasuk perkataan ‘air mata munafik penuh dengan kepuraan’,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zulkarnain berkata, pimpinan dan ahli Parti Warisan Sabah ini juga telah kongsikan video ini melalui sosial media kemudian telah tular. Perbuatan ini adalah jelas cubaan mengaibkan yang sangat jijik dan tidak boleh diterima.

“Pembangkang di Sabah ketika ini tahu Sabah berada dilandasan yang betul di bawah pimpinan Hajiji sebagai contoh Syarikat pengeluar kerajang tembaga untuk bateri kenderaan elektrik (EV) Korea Selatan, SK Nexilis telah melabur sebanyak RM2.3 bilion yang akan berpangkalan di Kompleks Industri KKIP,  Kota Kinabalu, Sabah.

“Kilang yang kini dalam pembinaan itu telah menawarkan pekerjaan kepada hampir dua ribu rakyat Sabah.

“Selain itu rekod menunjukkan pelaburan luar ke Sabah pada tahun 2022 berjumlah RM11.5 bilion dalam pelbagai sektor ekonomi dan trend ini masih terus berjalan pada tahun 2023,” jelasnya.

Menurut Zulkarnain lagi, sebaliknya sepanjang Shafie menjawat jawatan Ketua Menteri Sabah tidak ada satu pun pelabur asing yang berjaya di bawah masuk ke Sabah malahan kadar. KDNK Sabah sebelum Shafie mengambil alih jawatan Ketua Menteri Sabah berada pada 8.2 peratus telah jatuh menjunam ke paras terendah 0.5 peratus.

“Mungkin atas faktor keupayaan Hajiji mentadbir Sabah fitnah dan rekyasa jahat telah dibuat ke atas Hajiji.

“Justeru G57 meminta agar pihak Polis dan Jabatan Peguam Negara mengambil tindakan tegas dan dapat mengheret pimpinan dan ahli parti Warisan ke muka pengadilan agar budaya fitnah ini dapat dihentikan,” tegas beliau.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/06/27/g57-buat-laporan-polis-parti-warisan-fitnah-dan-aib-ketua-menteri-sabah/feed/ 0 37262