Gadis turbo – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 04 May 2025 14:38:09 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Gadis turbo – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Nur Aishah ungguli 200m, catat rekod baharu https://sabahmedia.com/2025/05/04/nur-aishah-ungguli-200m-catat-rekod-baharu/ https://sabahmedia.com/2025/05/04/nur-aishah-ungguli-200m-catat-rekod-baharu/#respond Sun, 04 May 2025 14:38:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=73191
Read Time:49 Second

Kuala Lumpur : Gadis ‘turbo’ yang pernah tular dengan larian luar biasa pada SUKMA 2022, Nur Aishah Rofina Aling berjaya mengungguli acara 200m wanita akhir Kejohanan Cahya Mata Super Series di Stadium Merdeka, hari ini.

Pelari berasal dari Sandakan itu berjaya mengenepikan Nur Afrina Batrisyia Mohamad Rizal (Malaysia Athletic Team) dan Zaimah Atifah Zainuddin (ATM) dengan catatan masa 24.69 saat.

Aishah yang mewakili Sabah Athletic Association (SAA) turut melakar sensasi dengan memadam rekod peribadi ketika Kejohanan Olahraga Terbuka Tuaran, Sabah.

Ketika ditemui, Aishah mengakui bersyukur apabila berjaya memecahkan rekod peribadi terbaik (PB) pada kejohanan itu.

“Saya latihan dengan apa yang jurulatih saya berikan dan Alhamdulilah hari ini saya buat PB untuk 200 meter saya,” katanya.

Sementara itu bagi acara sama kategori lelaki, ia dimenangi Danish Iftikhar Muhammad Roslee yang mengenepikan Khairul Hafiz Jantan dan Jonathan Nyepa dalam 100m, mengulangi kejayaan meraih pingat emas susulan mencatatkan 21.79 saat (s).

“Saya bukan melambatkan larian. Saya mahu mengelak daripada sebarang kecederaan berlaku,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/04/nur-aishah-ungguli-200m-catat-rekod-baharu/feed/ 0 73191