gaduh – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 24 Jul 2025 15:06:00 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png gaduh – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 MOTAC Siasat Insiden Pelancong Taiwan Dikasari di Semporna https://sabahmedia.com/2025/07/24/motac-siasat-insiden-pelancong-taiwan-dikasari-di-semporna/ https://sabahmedia.com/2025/07/24/motac-siasat-insiden-pelancong-taiwan-dikasari-di-semporna/#respond Thu, 24 Jul 2025 15:05:59 +0000 https://sabahmedia.com/?p=77878
Read Time:1 Minute, 0 Second

Tawau – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) memandang serius insiden melibatkan seorang pelancong dari Taiwan yang didakwa dikasari oleh seorang jurulatih selam bebas di Semporna, Sabah pada 23 Julai lalu.

Kejadian tersebut turut dikaitkan dengan sebuah syarikat pengendali pelancongan berlesen di bawah MOTAC.

Sebelum itu, tular di media sosial sebuah video berdurasi 2 minit 47 saat yang memaparkan pergaduhan membabitkan seorang individu berbaju hitam dengan seorang pelancong lelaki berpakaian putih, dipercayai berlaku di kawasan jeti pelancongan di Semporna.

Dalam satu kenyataan hari ini, MOTAC menghargai tindakan pantas pihak polis yang telah menahan suspek terbabit untuk siasatan lanjut.

“Kes ini sedang disiasat mengikut peruntukan undang-undang sedia ada dan MOTAC akan terus memantau perkembangan siasatan dengan teliti,” menurut kenyataan itu.

Kementerian turut memaklumkan bahawa siasatan dalaman terhadap syarikat pengendali pelancongan yang terlibat sedang dijalankan dan tindakan sewajarnya akan diambil sekiranya didapati berlaku pelanggaran di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482].

MOTAC turut menegaskan bahawa semua pengusaha pelancongan wajib mematuhi undang-undang, menjaga tahap profesionalisme, dan memastikan keselamatan pelancong sentiasa menjadi keutamaan dalam setiap aspek perkhidmatan yang ditawarkan.

“Keselamatan pelancong, sama ada tempatan mahupun antarabangsa, adalah keutamaan kami dalam usaha mengekalkan reputasi Malaysia sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia,” menurut kenyataan itu lagi.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/24/motac-siasat-insiden-pelancong-taiwan-dikasari-di-semporna/feed/ 0 77878
Dua Lelaki Ditembak Mati di Depan Pusat Beli-Belah di Cheras https://sabahmedia.com/2025/06/17/dua-lelaki-ditembak-mati-di-depan-pusat-beli-belah-di-cheras/ https://sabahmedia.com/2025/06/17/dua-lelaki-ditembak-mati-di-depan-pusat-beli-belah-di-cheras/#respond Tue, 17 Jun 2025 04:38:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=75699
Read Time:58 Second

Dua lelaki dipercayai berasal dari Sibu, Sarawak maut ditembak dalam kejadian mengejut di hadapan lobi sebuah kompleks beli-belah di Jalan Loke Yew, tengah malam tadi.

Dalam kejadian sekitar jam 12.15 pagi, mangsa sedang menuju ke arah kenderaan mereka apabila sekumpulan lelaki bertopi keledar tiba-tiba menyerang dan melepaskan beberapa das tembakan dari jarak dekat.

Menurut saksi, kedua-dua mangsa rebah berlumuran darah sebelum kumpulan suspek melarikan diri menaiki sebuah Perodua Alza.

Pasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Kuala Lumpur dan IPD Cheras bersama Unit Forensik sedang menjalankan siasatan di lokasi. Polis kini meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan kenyataan saksi bagi mengenal pasti identiti penyerang.

Mayat kedua-dua mangsa ditemui dalam jarak kira-kira lima meter dari kenderaan mereka, dengan kesan tembakan pada bahagian badan dan kepala. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Baru-baru ini kejadian maut kerana tembakan turut berlaku di Brickfields pada Jumaat lalu yang mengorbankan seorang lelaki tempatan dan mencederakan dua lagi rakan.

Dalam kejadian jam 10.20 malam itu, suspek menaiki motosikal dan melepaskan tembakan ke arah sekumpulan pelanggan yang sedang minum di sebuah restoran di Jalan Tun Sambanthan.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/17/dua-lelaki-ditembak-mati-di-depan-pusat-beli-belah-di-cheras/feed/ 0 75699
21 remaja ditahan bantu siasatan kes gaduh di gelanggang futsal https://sabahmedia.com/2024/11/22/21-remaja-ditahan-bantu-siasatan-kes-gaduh-di-gelanggang-futsal/ https://sabahmedia.com/2024/11/22/21-remaja-ditahan-bantu-siasatan-kes-gaduh-di-gelanggang-futsal/#respond Fri, 22 Nov 2024 13:15:38 +0000 https://sabahmedia.com/?p=64226
Read Time:38 Second

KOTA KINABALU: Polis menahan 21 remaja bagi membantu siasatan berhubung kejadian pergaduhan di gelanggang futsal berhampiran sebuah sekolah menengah di Kota Kinabalu baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Superintendan Kasim Muda berkata, kesemua daripada mereka adalah pelajar sekolah membabitkan pelajar tingkatan empat dan tingkatan lima.

“Kesemua mereka yang di bawah umur ditahan pada khamis dan dibebaskan dengan jaminan polis,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Kasim, kejadian ini berpunca daripada salah faham berkaitan dengan perselisihan faham yang berlaku sebelum ini.

“Mangsa telah dipukul beramai-ramai, dan mengalami sakit pada beberapa bahagian badan dan telah hantar ke hospital untuk pemeriksaan” katanya.

Beliau berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

“Setakat ini tindakan lanjut masih dijalankan untuk melengkapkan kertas siasatan,” jelasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/22/21-remaja-ditahan-bantu-siasatan-kes-gaduh-di-gelanggang-futsal/feed/ 0 64226
Tular Video Pergaduhan, Polis Berjaya Tahan 7 Lelaki, Buru Individu Dikenali ‘ Jipun’ https://sabahmedia.com/2021/11/24/tular-video-pergaduhan-polis-berjaya-tahan-7-lelaki-buru-individu-dikenali-jipun/ https://sabahmedia.com/2021/11/24/tular-video-pergaduhan-polis-berjaya-tahan-7-lelaki-buru-individu-dikenali-jipun/#respond Tue, 23 Nov 2021 16:56:33 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8788
Read Time:1 Minute, 12 Second

TAWAU ~~Tujuh lelaki berumur 23 hingga 38-tahun berjaya ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes pergaduhan yang berlaku di Taman Trauselin, Jalan Persisiran, Tawau semalam diantara dua kumpulan lelaki.

Memetik laporan Info BES TAWAUfm, Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata, pergaduhan terjadi diantara 8 lelaki kira-kira pukul 11-pagi itu, turut tular membabitkan beberapa video masing-masing berdurasi kurang seminit di beberapa akaun media sosial oleh orang ramai yang menyaksikan kejadian.

Katanya, hasil siasatan juga mengesahkan ada kelihatan ahli kumpulan yang bergaduh turut membawa senjata berbahaya.

Beliau berkata demikian kepada media ketika beliau sendiri melihat dan meninjau kawasan pergaduhan berkenaan di Tawau.

ACP Peter berkata, tangkapan dijalankan di sekitar daerah Tawau, dua orang daripada tangkapan merupakan warga asing manakala selebihnya lagi adalah warga tempatan.

Motif dalam rusuhan ini adalah perselisihan faham dan membawa kepada pergaduhan dua kumpulan di lokasi kejadian.

Menurut ACP Peter, pihaknya masih berusaha mengesan seorang lagi yang dipercayai boleh membantu dalam siasatan kes dikenali Jumadi Baba @Jipun, 35-tahun, yang beralamat di Kampung Pasir Putih, Bukit Gemuk Tawau.

Jelasnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes tersebut boleh memaklumkan kepada Pegawai Penyiasat Kanan ASP Zam Zarina Asri ditalian 016-7375868 dan Pegawai Penyiasat Insp Navind Raj A/L Ashokumar ditalian 014-3427025 di Ibu Pejabat Polis (IPD) daerah Tawau.

Kes tersebut disiasat dibawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 (1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/24/tular-video-pergaduhan-polis-berjaya-tahan-7-lelaki-buru-individu-dikenali-jipun/feed/ 0 8788