gagal – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 18 Apr 2024 09:27:30 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png gagal – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Warisan sudah diberi peluang memerintah namun gagal majukan Sabah – Anna Bell https://sabahmedia.com/2024/04/18/warisan-sudah-diberi-peluang-memerintah-namun-gagal-majukan-sabah-anna-bell/ https://sabahmedia.com/2024/04/18/warisan-sudah-diberi-peluang-memerintah-namun-gagal-majukan-sabah-anna-bell/#respond Thu, 18 Apr 2024 09:27:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=52724
Read Time:1 Minute, 23 Second

KOTA KINABALU : Parti Warisan telah diberi peluang memerintah dan majukan negeri Sabah pada tahun 2018 sehingga 2020 namun mereka gagal melaksanakan tanggungjawab yang diberikan kepada mereka, kata Ketua Penerangan Wanita Gagasan Rakyat Sabah, Senator Anna Bell Perian.

Katanya, banyak projek-projek pembangunan rakyat yang tergendala di bawah pentadbiran mereka dan contoh yang jelas adalah Projek Pan Borneo yang diberhentikan semasa pentadbiran mereka.

Anna Bell berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ketua Wanita Warisan, Norfaizah Chua kononnya rakyat Sabah memberikan sokongan kepada Warisan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang.

“Ini menunjukkan bahawa parti itu belum membuat analisa dan pemerhatian yang jelas reaksi rakyat terhadap parti Warisan ini.

“Berapa ramai penyokong mereka mula meninggalkan parti tersebut dan berhijrah ke parti lain kerana sudah tentu Warisan mula hilang kawalan untuk mengemudi kapal mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau lagi, pilihanraya yang semakin dekat ini memberikan mereka (Warisan) tekanan untuk menonjolkan diri kepada rakyat dan mula menunding jari mencari kelemahan orang lain.

“Nampak jelas bahawa mereka terlalu taksub untuk berpolitik dan agenda pembangunan dan kemajuan rakyat bukan menjadi misi utama mereka.

“Seharusnya pengalaman lalu perlu dijadikan teladan untuk membangunkan negeri Sabah dan bukan hanya tahu bercakap dan menunding jari bahawa mereka sangat gah,” tegasnya.

Sebaliknya, Anna Bell berkata, di bawah kepimpinan Datuk Seri Hajiji Noor selaku Ketua Menteri merupakan seorang pemimpin yang berpandangan jauh, kuat bekerja, walaupun hanya tiga tahun memimpin negeri, pencapaian dan kejayaan dapat dirasai rakyat.

“Adalah merugikan rakyat dan negeri, jika kerajaan yang dipimpin tidak berterusan seperti mana berlaku selepas PRU14, kerajaan Sabah diambil alih oleh pemimpin seperti tikus membaiki labu, kerana para pemimpin kerajaan masa itu bagaikan kera mendapat bunga,” ujarnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/04/18/warisan-sudah-diberi-peluang-memerintah-namun-gagal-majukan-sabah-anna-bell/feed/ 0 52724
Cubaan samun kedai emas guna pistol palsu, gagal https://sabahmedia.com/2024/01/08/cubaan-samun-kedai-emas-guna-pistol-palsu-gagal/ https://sabahmedia.com/2024/01/08/cubaan-samun-kedai-emas-guna-pistol-palsu-gagal/#respond Mon, 08 Jan 2024 13:53:24 +0000 https://sabahmedia.com/?p=47701
Read Time:1 Minute, 29 Second

LAHAD DATU: Cubaan samun di sebuah kedai emas gagal apabila tindakan berani mangsa yang juga pengurus kedai tersebut membaling satu batang besi pengukur saiz cincin ke arah suspek yang mengacukan sepucuk pistol disyaki palsu dalam kejadian yang berlaku di Dataran Palma di sini awal pagi tadi (8 Jan).

Ketua Polis Daerah Lahad Datu Asisten Komisioner Dr. Rohan Shah Ahmad berkata, dalam kejadian itu, pada jam 8.39 pagi tadi mangsa seorang pengurus kedai emas yang sedang berkemas untuk memulakan perniagaannya telah didatangi oleh seorang lelaki (suspek) memakai topi dan pelitup muka ke arah kaunter kedai emas terbabit dan mengacukan satu objek menyerupai sepucuk pistol (disyaki palsu) ke arah mangsa.

“Suspek turut menyerahkan satu beg kain berwarna merah kepada mangsa untuk menyerahkan dan memasukkan emas ke dalam beg kain tersebut.

“Walau bagaimanapun, tindakan berani mangsa membaling satu batang besi pengukur saiz cincin ke arah suspek telah berjaya mengagalkan kejadian cubaan samun itu,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Rohan, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu telah ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan lanjut.

“Pihak polis sedang berusaha untuk mengesan suspek iaitu seorang lelaki berbadan gempal, tinggi anggaran 5 kaki 5 inci dan umur awal 40’an berdasarkan siasatan pada kamera litar tertutup (CCTV) yang diperolehi di tempat kejadian.

“Usaha untuk mengesan saksi bebas di tempat kejadian juga sedang dijalankan bagi mengesan suspek sebenar dalam kejadian ini,” katanya.

Sehubungan itu, Rohan memohon kerjasama daripada orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini untuk menyalurkan maklumat kepada mana-mana balai polis berhampiran atau kepada ASP Suddin Tjinke, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Lahad Datu di talian 017 4881755.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 393 / 397 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara 30 tahun dan sebat.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/01/08/cubaan-samun-kedai-emas-guna-pistol-palsu-gagal/feed/ 0 47701
PPNS buat laporan SPRM, pegawai NAFAS gagal lunas hutang lebih RM2 juta https://sabahmedia.com/2024/01/05/ppns-buat-laporan-sprm-pegawai-nafas-gagal-lunas-hutang-lebih-rm2-juta/ https://sabahmedia.com/2024/01/05/ppns-buat-laporan-sprm-pegawai-nafas-gagal-lunas-hutang-lebih-rm2-juta/#respond Fri, 05 Jan 2024 06:52:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=47512
Read Time:2 Minute, 53 Second

KOTA KINABALU: Pertubuhan Peladang Negeri Sabah (PPNS) telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kegagalan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) melunaskan hutang yang mencecah lebih RM2 juta.

Ahli Jemaah Pengarah PPNS, Datuk Ng Loi Tect berkata, jumlah itu termasuk sewa gudang baja dan semua pembayaran yang dituntut PPNS berkaitan kerja pembekalan serta penghantaran baja kepada ahli pertubuhan itu di seluruh negeri.

Katanya, laporan yang dibuat PPNS itu bagi meminta SPRM menyiasat beberapa pegawai NAFAS yang disyaki ada kepentingan lain sehingga sengaja melengahkan proses pembayaran kepada PPNS yang menyebabkan tunggakan bayaran selama dua tahun.

Beliau berkata, laporan polis juga telah dibuat bagi membolehkan siasatan dijalankan dan tindakan yang sewajarnya diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab dalam soal pengurusan kontrak dan pembayaran hutang kepada PPNS.

“Kita membuat ketetapan untuk melaporkan kes ini kepada SPRM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung dengan beberapa pegawai NAFAS yang kita tahu sengaja melengahkan proses pembayaran (hutang) kepada PPNS.

“Saya ingin tegaskan bahawa keperluan untuk NAFAS membayar sewa gudang dan hutang yang begitu lama tertunggak adalah sangat penting kerana ini untuk keperluan ahli PPN di Sabah yang merangkumi 26 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) yang bergantung kepada kita,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Jemaah Pengarah PPNS, di sini, semalam.

Pada masa yang sama Loi Tect turut meminta kerajaan persekutuan, khususnya Perdana Menteri campur tangan supaya pihak NAFAS bertanggungjawab untuk menyelesaikan tuntutan PPNS, selain memastikan sebarang projek berkaitan peladang dan kepentingannya diutamakan dan diberikan kepada PPNS sebagai sebuah Pertubuhan yang menjaga kebajikan ahlinya di negeri ini.

“Kita meminta kepada kerajaan untuk melihat PPNS ini sebagai satu pertubuhan yang menjadi tempat bergantung ahli pertubuhan kita di Sabah, iaitu ada 26 Pertubuhan Peladang Kawasan semuanya. Jadi kita minta PPNS mendapat anugerah projek yang sebelum ini kita dapat tetapi kebelakangan ini tidak diberikan oleh NAFAS dan di permainkan oleh pegawai pegawai kanan NAFAS.

“Apa yang menyebabkan kita terpaksa menyebut perkara ini ialah Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) di Semenanjung mendapat anugerah projek, jadi kita minta Sabah sepatutnya diberikan layanan yang sama,” katanya.

Katanya, adalah tidak adil PPNS dipinggir atau dianaktirikan sedangkan NAFAS yang mahu organisasi PPNS ini menyertai mereka semasa melobi projek ini semasa NAFAS di Pengerusikan Oleh Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman dan Datuk Bukhari Mohd Sawi sebagai Pengurus Besar dengan dijanjikan pelbagai manfaat termasuk dilayan sebagai kawan yang sama seperti lain-lain PPN di Semenanjung.

Beliau mendakwa, apa yang berlaku ketika ini ialah PPNS tidak dilayan dengan baik, sedangkan apa yang diminta cuma untuk menerima layanan sama dengan apa diperolehi PPN yang lain.

“Sebab itu kita minta supaya perkara ini dilihat serius oleh kepimpinan kita di NAFAS dan kita juga minta kepada Perdana Menteri melihat kita sebagai rakan NAFAS yang sama dengan PPN di Semenanjung.

“Perhatian perlulah diberi sesuai dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang sepatutnya kita di Sabah dan Sarawak mendapat layanan yang sama rata dengan rakan-rakan kita di Semenanjung,” katanya.

Pada sidang media itu, Loi Tect turut menyatakan sokongannya terhadap tuntutan PPNS menerusi kenyataan media pertubuhan itu bertarikh 30 Disember lalu berhubung sikap NAFAS yang tidak mengambil peduli masalah PPNS dan hutangnya di negeri ini.

Menerusi kenyataan itu, PPNS memberi amaran akan menjual semua baki simpanan baja milik pertubuhan itu di negeri ini bagi menampung bayaran sewaan gudang yang gagal dilunaskan NAFAS selepas tiada sebarang maklum balas berhubung hutang yang dituntut oleh PPNS.

Hasil jualan baja itu akan digunakan oleh PPNS untuk membayar semua tunggakan hutang kepada pemilik gudang serta bayaran untuk lain-lain kerja yang berkaitan di antara PPNS.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/01/05/ppns-buat-laporan-sprm-pegawai-nafas-gagal-lunas-hutang-lebih-rm2-juta/feed/ 0 47512
Cubaan nekad enam PATI ceroboh Sabah gagal https://sabahmedia.com/2023/12/18/cubaan-nekad-enam-pati-ceroboh-sabah-gagal/ https://sabahmedia.com/2023/12/18/cubaan-nekad-enam-pati-ceroboh-sabah-gagal/#respond Mon, 18 Dec 2023 03:38:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=46713
Read Time:50 Second

KOTA KINABALU: Pasukan Tentera Darat Malaysia berjaya menahan dan mengusir keluar enam orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang cuba menceroboh masuk ke Sabah dalam satu Op BALASAH pada Sabtu.

Menerusi kenyataan media Markas Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat (MK PMTTD) semalam, pada 16 Disember 2023, jam 11 pagi, anggota tentera yang sedang melaksanakan penugasan rondaan dalam Op BALASAH telah menahan enam individu yang terdiri daripada empat orang lelaki dan dua orang wanita dalam keadaan yang mencurigakan sedang cuba untuk melintas sempadan dari Indonesia ke Malaysia.

“Hasil pemeriksaan mendapati keenam individu terbabit merupakan PATI warganegara Indonesia yang tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan mengaku ingin mencari peluang pekerjaan di Malaysia.

“Kesemua PATI yang ditahan telah diusir dari sempadan negara oleh anggota tentera dan laporan polis telah dibuat di Balai Polis Kalabakan,” kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, Tentera Darat akan terus komited untuk memperketatkan kawalan di persempadanan Malaysia-Indonesia bagi memastikan kedaulatan Negara terus terpelihara dari sebarang bentuk pencerobohan oleh PATI mahupun jenayah rentas sempadan.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/12/18/cubaan-nekad-enam-pati-ceroboh-sabah-gagal/feed/ 0 46713