TAWAU: Seramai lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Indonesia yang baru mendarat di Tawau bersama seorang warganegara Malaysia yang bertindak sebagai agen darat telah ditahan dalam satu serbuan pada jam 2.30 pagi ini.
Menurut kenyataan media yang dikeluarkan hari ini oleh Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB 2) Tawau, kejayaan tangkapan ini adalah hasil pengesanan awal radar Coastal Surveillance System (CSS) serta tindakan pantas Tim Quick Reaction Force (QRF) yang sedang melaksanakan Op BENTENG BERSAMA di bawah pemerintahan Komander ATB 2, Brigadier Jeneral Abdul Karim Ahmad.
“Radar CSS yang dikendalikan oleh operator MK ATB 2 telah mengesan sebuah bot laju yang tidak berdaftar dari luar sempadan perairan Malaysia telah memasuki perairan Tawau.
Bot laju yang dinaiki kesemua PATI tersebut dikesan oleh radar CSS telah bergerak dari arah Pulau Sebatik, Indonesia menuju ke kawasan perkampungan rumah atas air Kampung Kurnia Jaya, Tawau.
“Tim QRF ke lokasi kejadian untuk melakukan pemeriksaan lanjut dan bertindak mengepung serta berjaya menahan lapan PATI yang baru menaiki sebuah van penumpang di Jambatan 2, Kampung Kurnia Jaya, Tawau,”kata kenyataan itu.
Hasil pemeriksaan mendapati seorang lelaki dewasa warganegara Malaysia berusia 32 tahun (agen) dan kesemua PATI merupakan warganegara Indonesia yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah cuba memasuki Malaysia secara haram melalui perairan Tawau.
Mereka terdiri daripada dua lelaki dewasa berusia 38 dan 53 tahun, tiga wanita dewasa berusia dari 30 hingga 52 tahun, seorang kanak-kanak lelaki berusia 6 tahun dan dua kanak-kanak perempuan berusia sembilan dan 11 tahun. Kesemua PATI hanya membawa barang persendirian dan tiada penemuan barang-barang terlarang.
Dalam pada itu, mereka memaklumkan bahawa mereka berasal dari Pulau Sebatik, Indonesia dan baru pulang bercuti melawat keluarga di Indonesia dan masih bekerja tanpa permit sah di Malaysia.
Bagaimanapun, kesemua PATI dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau pada jam 3.15 pagi menggunakan sebuah kenderaaan tentera pacuan empat roda, bagi tujuan soal siasat, laporan polis dan proses saringan COVID-19 serta tindakan selanjutnya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 6 (3) Akta Imigresen 1959/63 jika sabit kesalahan iaitu tinggal dan berada di Malaysia tanpa pas atau permit yang sah manakala agen warganegara Malaysia tersebut ditahan dan akan didakwa mengikut Seksyen 2, Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007.
]]>KOTA KINABALU: Sebanyak 10 kompaun telah dikeluarkan atas kesalahan di bawah Seksyen 25 Akta 342 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Malaysia iaitu kegagalan untuk mendaftar masuk ke premis sama ada menggunakan Mysejahtera atau Buku Pendaftaran selain dua kompaun dikeluarkan di bawah Undang-Undang Kecil Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dalam satu operasi di City Mall pada Selasa lalu.
Mayor DBKK, Datuk Noorliza Awang Alip berkata, DBKK melalui Jabatan Penguatkuasaan (JP) dan Jabatan Kesihatan Persekitaran Bandaraya (JKPB), DBKK telah melaksanakan satu operasi ‘Ops Putus Khas’ di City Mall, Kota Kinabalu pada 11 Januari 2022, bermula jam 2.30 petang hingga jam 4.30 petang.
“Operasi ini bertujuan untuk membuat pemeriksaan dan pemantauan pematuhan Standard Operating Procedure (SOP) di kawasan tersebut yang mana telah diketuai oleh Timbalan Pengarah JP, Fohny Garampang,”katanya.
Menurut Noorliza, seramai 240 orang pelanggan dan 95 orang pekerja diperiksa dalam operasi pemeriksaan pematuhan SOP melibatkan sebanyak 44 premis perniagaan dan makanan.
Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan agar semua pengusaha premis perniagaan untuk sentiasa patuh terhadap SOP yang telah dikuatkuasakan oleh kerajaan.
]]>KOTA KINABALU: Anak syarikat kerajaan, Sabah Forest Industries (SFI) hari ini diperintah oleh Mahkamah Tinggi untuk menggulung perniagaannya selepas gagal membayar hutang.
Pesuruhjaya Kehakiman Leonard Shim mengeluarkan perintah penggulungan itu selepas SFI gagal membayar hutang kira-kira RM2.7 juta kepada kontraktornya Lee Khoon Hoo dan yang lain.
Hakim Shim berkata bahawa SFI telah diberi banyak peluang untuk menyelesaikan tetapi gagal membayar jumlah itu tanpa mengira walaupun masa yang mencukupi diberikan oleh mahkamah,” kata peguam bagi pemiutang Sabah Development Bank Berhad Datuk Fuad Ahmad kepada pemberita hari ini di luar bilik mahkamah.
“Memandangkan SFI tidak dapat membayar hutangnya kerana ia telah cukup tempoh dan tidak mampu bayar, mahkamah wajar untuk memberikan petisyen penggulungan. SFI kini akan dibubarkan,” katanya.
Penghakiman Shim memperuntukan di bawah Seksyen 465(1)(e) Akta Syarikat 2016. Hakim Shim juga memerintahkan penerima rasmi dilantik sebagai penyelesai syarikat dan kos RM5,000 dibayar daripada aset syarikat.
SFI diwakili peguam Sukumaran Vanugopal.
SFI ialah sebuah Kilang pulpa dan kertas, yang ditubuhkan pada 1982, merupakan salah satu penanam kayu dan pemproses kayu terbesar di Malaysia, dilaporkan menguruskan ladang hutan seluas kira-kira 288,000 hektar, kemudahan pembuatan pulpa dan kertas, dan kompleks kayu bersepadu yang terdiri daripada kilang gergaji dan kilang venir dan papan lapis, menyokong masyarakat setempat di daerah Sipitang.
Ia telah dibanjiri dengan masalah kewangan dalam dekad yang lalu, telah dijual selama bertahun-tahun kepada syarikat swasta yang berbeza yang memegang saham utama dan telah berada di bawah penerima sejak 2017.
Ahli perniagaan Pelangi Prestasi Tan Sri Mokhtar Albukhary memenangi bidaan untuk mengambil alih SFI pada Mac 2018 dan memperoleh semua aset SFI dengan harga RM1.2 bilion tetapi sejak itu juga telah terjebak dengan masalah selepas bekas kerajaan negeri Parti Warisan Sabah mengeluarkan terma dan syarat baharu mengenai lesen kayu pada syarikat pada Jun 2019.
Ia dilaporkan juga tidak membayar gaji kepada kakitangan sekurang-kurangnya empat bulan pada awal tahun ini. – Malay Mail
]]>Oleh NORMIMIE DIUN
KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor mengeluarkan peringatan tegas kepada semua ketua jabatan dan agensinya bahawa tindakan akan diambil jika mereka didapati menyebabkan kelewatan pelaksanaan projek pembangunan yang sudah diwartakan untuk rakyat Sabah.
“Jangan beri alasan bahawa anda tidak dapat melakukan pekerjaan kerana anda harus bekerja dari rumah disebabkan COVID-19. Beginilah keadaan dunia sekarang (hidup bersama dengan pandemik), ”katanya ketika mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri (MTPng) di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) di sini, pada Khamis.
Beliau berkata demikian ketika diberitahu bahawa pelbagai projek yang diluluskan oleh kerajaan Persekutuan untuk Sabah masih di peringkat pra-pelaksanaan hampir pada suku terakhir tahun ini.
“Sekarang sudah bulan Ogos, bagaimana kita dapat menyelesaikan projek-projek ini? Kerajaan Persekutuan telah meluluskan permohonan kita dan memberikan peruntukannya, namun projek-projek itu tidak dapat dilaksanakan. Saya tidak mahu perkara ini berlaku semasa pentadbiran saya.
“Sekiranya saya mendapati ada yang menyumbang kepada kelewatan itu, saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan,” katanya.
Terdahulu, Hajiji berkata tempoh masa perlu ditetapkan untuk pelaksanaan semua projek pembangunan yang dibiayai Persekutuan di negeri ini.
“Memang tidak diragukan lagi pelaksanaan projek pembangunan tahun ini agak lambat setelah berlakunya pandemik itu, namun dia juga berharap rancangan kerajaan Persekutuan untuk mengkaji semula projek pembangunan yang telah diluluskan tetapi belum dilancarkan tidak akan memberi kesan besar kepada Sabah.
“Perkara tidak patut berlarutan, sementara masalah lain tetap tidak dapat diselesaikan seperti masalah perkhidmatan, jalan raya dan infrastruktur.
“Kita mesti bertindak sebagai satu pasukan dan melihat keperluan masyarakat secara menyeluruh. Contohnya, sekolah yang tidak mempunyai bekalan air dan elektrik.
“Segala-galanya mesti dirancang dengan cara yang paling tepat untuk memastikan perkhidmatan penyampaian yang lancar kepada rakyat,” katanya.
Menurut Hajiji lagi, adalah menjadi keutamaan ialah memberi tumpuan kepada pembasmian kemiskinan kerana peratusan golongan miskin dan miskin tegar masih tinggi di negeri ini.
Katanya, sekarang adalah masa untuk eratkan kerjasama dan mengkaji serta meningkatkan semula peraturan yang sudah lapuk dan tidak releven, sesuai dengan peredaran masa.
Beliau juga meminta semua agensi kerajaan untuk memanfaatkan kepesatan teknologi dalam melonjakkan penyampaian perkhidmatan bagi memastikan ia menjadi pemudahcara khususnya kepada sektor swasta yang juga penggerak utama ekonomi negara.
Bagi prestasi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe12) negeri Sabah, katanya setakat 8 Ogos tahun ini, sejumlah RM1.459 bilion atau 32.31 peratus daripada RM4.517 bilion yang telah diluluskan telah dibelanjakan di bawah Pelan Pusingan Pertama RMKe-12.
Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong; Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Dr Zulkapli Mohamed dan Pegawai Pembangunan Negeri Sabah, Noor Alam Khan Wahid Khan selain turut disertai secara maya oleh kementerian lain.
]]>KOTA KINABALU: Akibat kegagalan individu yang tidak mematuhi arahan kuarantin antara punca tercetusnya kluster baharu di Sabah hari ini.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, terdapat tiga kluster baharu direkodkan di Sabah iaitu iaitu Kluster Paka Kawiyan, Ranau, Kluster Segama Batu Satu, Lahad Datu dan Kluster Tangkuyan, Kinabatangan.
Menurut Masidi, kes individu yang gagal mematuhi arahan kuarantin mengakibatkan penularan jangkitan COVID-19 itu mencetuskan satu kluster baharu iaitu Kluster Paka Kawiyan, Ranau.
Katanya, hasil siasatan mendapati kes indeks, wanita, 32, yang disahkan positif RT-PCR hasil saringan rentas negeri hari ke-10, telah berinteraksi dengan penduduk kampung di sebuah kawasan kebun getah ketika cuba mendapatkan akses talian internet.
“Hasil beberapa siri saringan kontak rapat pada 29 Julai hingga 14 Ogos 2021, terdapat pertambahan bilangan kes dalam kalangan kontak rapat dan kontak sosial kes indeks.
“Daripada 132 orang yang disaring, Kluster Paka Kawiyan, Ranau ini merekodkan 41 kes positif COVID-19 termasuk 13 kes baharu pada hari ini,”katanya.
Manakala Kluster Segama Batu Satu, Lahad Datu pula adalah merupakan kluster tempat kerja yang berlaku di sebuah syarikat perusahaan tayar.
Kes indeks adalah pekerja lelaki, bukan warganegara, 40, yang didapati positif COVID-19 (RTK-Ag) hasil saringan tempat kerja pada 12 Ogos 2021 di sebuah klinik swasta.
Bagaimanapun, punca jangkitan dari Kluster Segama Batu Satu, Lahad Datu ini masih dalam siasatan namun risiko jangkitan didapati tinggi seperti keadaan rumah kongsi yang sesak serta aktiviti sosial dalam kalangan pekerja setiap petang.
Dalam pada itu, Kluster Tangkuyan, Kinabatangan adalah penularan jangkitan dalam komuniti, dimana kes indeks merupakan kerani wanita, 27, di sebuah ladang sawit di Beluran dan disahkan positif RTK-Ag (keputusan positif 63%) dalam saringan tempat kerja pada 9 Ogos 2021.
Hasil siasatan mendapati kes indeks mempunyai sejarah menghadiri upacara pengebumian ahli keluarga di Kg Tangkuyan, Kuamut.
Aktiviti siasatan kontak seterusnya mendapati seramai 128 kontak keluarga, sosial dan tanggungan telah didapati positif COVID-19.
]]>SANDAKAN: Empat lelaki ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) selepas membawa barang kawalan tanpa sebarang permit daripada pihak berkuasa di kawasan laut Pulau Nunuyan awal pagi tadi.
Pegawai Pemerintah Pasukan Polis Marin (PPM) Sandakan, DSP Rusdin Banin berkata dalam satu kenyataan menerusi laman facebook Pasukan Polis Marin W4 Sabah yang dimuatnaik hari ini, bot suspek bergerak dalam keadaan mencurigakan dan semasa pemeriksaan dijalankan di perairan Pulau Nunuyan mendapati terdapat 2 bot jenis jongkong masing-masing dijuragani seorang lelaki dan seorang awak-awak yang berumur dalam lingkungan antara 20 hingga 28 tahun berada di bot terbabit.
Menurutnya, hasil pemeriksaan ke atas jongkong-jongkong tersebut mendapati terdapat barang kawalan dengan nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM63,258.00, turut dirampas Jongkong dan enjin.
“Jurangan terbabit juga gagal menunjukkan permit atau surat kelulusan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) ke atas semua barang kawalan yang dibawanya,” tambah Rusdin.
Sementara itu Rusdin juga menyeru masyarakat terutama masyarakat maritim dan persisir pantai boleh juga menyalurkan maklumat kepada Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah melalui aplikasi whatsApp ke talian 0132831197 atau berhubung terus dengan mana-mana balai berdekatan.
]]>8 Jun 2021
Normimie Diun
KOTA KINABALU: Sebanyak 100 kompaun melanggar SOP COVID-19 telah dikeluarkan seluruh Sabah hari ini.
Menurut Datuk Seri Masidi Manjun yang juga Jurucakap Rasmi Covid-19 Sabah, seramai 33 orang dikenakan kompaun kerana tidak memakai pelitup muka dan tidak memakai pelitup separuh muka dengan betul.
Manakala, 19 orang gagal menyediakan peralatan dan merekod butiran pelanggan, 25 orang Keluar rumah tanpa alasan munasabah, 14 kenderaan yang membawa penumpang berlebihan, 6 orang lagi dikompaun kerana tiada penjarakan sosial.
Masing-masing 1 orang bagi kesalahan premis beroperasi lebih masa tanpa kebenaran, ingkar perintah kuarantin dan ktiviti terlarang.
Masidi yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan memaklumkan bahawa penguatkuasaan SOP turut dijalankan di perairan laut Sabah oleh Pasukan Polis Marindan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) melibatkan 100 pemeriksaan di kawasan Pantai Timur dan 39 pemeriksaan di perairan Kota Kinabalu dan Labuan dan hasil pemeriksaan, satu tangkapan dibuat di bawah Akata Perikanan 1985.
“Laporan Kompaun Pihak Berkuasa Tempatan membabitkan enam kompaun dikeluarkan iaitu gagal mendaftar masuk premis menggunakan mysejahtera atau buku pendaftaran, kompaun dikeluarkan di daerah Papar, Sipitang dan Kota Marudu manakala tiga Kompaun tidak memakai pelitup muka di premis awam, kompaun dikeluarkan di daerah Tenom dan Kota Marudu.
Dalam perkembangan yang sama, sejumlah 132 SJR dilaksana dalam tempoh 24 jam, melibatkan pemeriksaan 55,095 buah kenderaan.
“Daripada jumlah tersebut, 822 buah kenderaan diarah berpatah balik. Pada hari ini, PDRM melaksanakan 73 hebahan melalui kereta peronda dengan satu tangkapan dibuat,” katanya.