Gagasan Rakyat Likas – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 17 Aug 2024 13:59:28 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Gagasan Rakyat Likas – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Gagasan Rakyat Bahagian Likas digesa perkukuh jentera parti – Mohammad Bahrin https://sabahmedia.com/2024/08/17/gagasan-rakyat-bahagian-likas-digesa-perkukuh-jentera-parti-mohammad-bahrin/ https://sabahmedia.com/2024/08/17/gagasan-rakyat-bahagian-likas-digesa-perkukuh-jentera-parti-mohammad-bahrin/#respond Sat, 17 Aug 2024 13:50:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=59235
Read Time:1 Minute, 36 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Semua ahli-ahli Parti Gagasan Rakyat Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Likas digesa untuk memantapkan usaha bagi memperkukuhkan jentera parti itu sekali gus meningkatkan bilangan ahli di setiap cawangan.

Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Likas, Mohammad Bahrin Abd Karim berkata, ini untuk memastikan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kekal menjadi tampuk pimpinan di Negeri Sabah.

“Parti ini akan menjadi wadah perjuangan untuk rakyat Sabah berdasarkan nilai geo-politik yang selaras dengan keinginan dan aspirasi rakyat Sabah yang mahukan perubahan dalam pelbagai aspek politik seperti ketelusan, integriti dan kepedulian terhadap nasib rakyat Sabah.

“Seperti yang Ketua Menteri Presiden Parti, Datuk Seri Hajiji Noor sering katakan, “rumah kita, kita jaga,” yakinlah dengan parti ini.

“Oleh itu, saya menggesa semua ahli-ahli Gagasan Rakyat Likas untuk memantapkan usaha bagi memperkukuhkan jentera parti dan meningkatkan bilangan ahli di setiap cawangan.

“Kita perlu memastikan GRS kekal menjadi tampuk pimpinan di Negeri Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui media selepas Mesyuarat Parti Gagasan Rakyat Sabah Bahagian Likas bagi Tahun 2024 di sini, hari ini.

Seramai 271 perwakilan terdiri daripada ketua bahagian, pemuda, wanita, beliawanis menghadiri mesyuarat itu.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Likas merangkap Pembantu Menteri Kewangan Sabah II, Tan Lee Fatt.

Menurut Mohammad Bahrin, persidangan kali kedua parti Gagasan Rakyat Bahagian Likas hari ini turut mendapat sambutan menggalakkan dari semua lapisan masyarakat.

“Gagasan Rakyat Bahagian Likas sudah berusia setahun dan tahun ini kita berkumpul dan bersidang untuk kali keduanya, ini adalah bukti Gagasan Rakyat yang kian menjadi pilihan rakyat Sabah untuk menyertai politik tempatan dan penerimaan masyarakat Sabah yang mempunyai pelbagai kaum dan agama dengan membawa suara rakyat Sabah.

“Ribuan terima kasih kepada Gagasan Rakyat Bahagian Likas dan sayap Pergerakan Wanita, Pemuda dan Beliawanis kerana telah berjaya mengadakan Mesyuarat Tahunan ini.

“Sesungguhnya, mesyuarat ini adalah penting kerana Gagasan Rakyat Likas sentiasa mempersiapkan diri untuk membantu Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum (PRU) Sabah yang akan datang,” tegasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/08/17/gagasan-rakyat-bahagian-likas-digesa-perkukuh-jentera-parti-mohammad-bahrin/feed/ 0 59235
Gagasan Rakyat Likas jadi rakan strategik DBKK bagi penduduk di DUN Likas https://sabahmedia.com/2024/07/20/gagasan-rakyat-likas-jadi-rakan-strategik-dbkk-bagi-penduduk-di-dun-likas/ https://sabahmedia.com/2024/07/20/gagasan-rakyat-likas-jadi-rakan-strategik-dbkk-bagi-penduduk-di-dun-likas/#respond Sat, 20 Jul 2024 09:53:50 +0000 https://sabahmedia.com/?p=57797
Read Time:1 Minute, 53 Second

KOTA KINABALU : Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Likas telah mengadakan kunjungan hormat kepada Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Dato’ Sri Dr. Sabin Samitah semalam.

Kunjungan tersebut antara lain bertujuan menjalin hubungan lebih erat dengan pihak kepimpinan bandar raya sekali gus menyampaikan input-input mengenai permasalahan penduduk-penduduk selain mendapatkan penjelasan dan input-input mengenai perkembangan semasa.

Menurut  Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Likas, Mohammad Bahrin Abd Karim yang mengetuai kunjungan tersebut, pihaknya berharap dapat menjalin hubungan dua hala dengan DBKK khususnya dalam menyalurkan masalah rakyat yang berhubung kait dengan bidang kuasa pihak berkuasa tempatan itu.

“Kita berharap dapat menjadi rakan strategik kepada pihak DBKK dalam menangani pelbagai masalah semasa terutamanya bagi penduduk yang tinggal di kawasan Likas.

“Hal ini kerana sebagai sebuah parti politik kita saban hari menerima aduan rakyat secara langsung dan berharap masalah yang ditimbulkan ini dapat ditangani dengan lebih berkesan & efektif sekali gus meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat,” katanya dalam pertemuan yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Mayor DBKK di sini.

Turut hadir semasa kunjungan hormat itu ialah Timbalan Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Likas, Muammar Julkarnain; Ketua Wanita Gagasan Rakyat Likas, Halizah Din; Ketua Pemuda Gagasan Rakyat Likas, Shamee Mohd Ron; Setiausaha Bahagian PGRS, Zakaria Mandalam; Ketua Penerangan Gagasan Likas, Mohd Shahezam Salisi serta ahli-ahli jawatankuasa bahagian Gagasan Likas.  

Sementara hadir daripada Pejabat DBKK ialah Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Robert Lipon, Pengarah Jabatan Kejuruteraan, Saimon Angkak dan Ketua Kakitangan Pejabat Mayor, Rosie Inus Malakun.

Mohammad Bahrin berkata, semasa kunjungan itu beliau  telah menyuarakan isu sistem perparitan terutama kawasan tempat letak kereta digenangi air apabila berlaku hujan lebat, selain pokok kayu besar di kawasan Sekolah Kian Kok, Likas dan memohon untuk mendapat tempat untuk berniaga di  Pasar Malam ‘night market’  dan peluang-peluang pekerjaan di DBKK.

“Kita berharap pertemuan ini membolehkan kepimpinan parti memainkan peranan mereka dengan lebih baik dalam menyalurkan maklumat semasa kepada DBKK dan pihak berkenaan boleh memberikan maklum balas dengan lebih efisien langkah-langkah yang akan diambil.

“Semua ini bagi meningkatkan lagi kesejahteraan rakyat setempat khususnya di Likas memandangkan proses perbandaran yang semakin pesat, penduduk yang semakin bertambah sekali gus mengundang pelbagai masalah semasa yang perlu diselesaikan dalam jangka masa segera atau jangka masa panjang,” ujar beliau lagi.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/07/20/gagasan-rakyat-likas-jadi-rakan-strategik-dbkk-bagi-penduduk-di-dun-likas/feed/ 0 57797
Gagasan Rakyat Likas kekalkan kerjasama, laksana program bersama GRS-PH Plus https://sabahmedia.com/2024/03/29/gagasan-rakyat-likas-kekalkan-kerjasama-laksana-program-bersama-grs-ph-plus/ https://sabahmedia.com/2024/03/29/gagasan-rakyat-likas-kekalkan-kerjasama-laksana-program-bersama-grs-ph-plus/#respond Fri, 29 Mar 2024 04:23:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=51840
Read Time:2 Minute, 21 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Likas mengambil pendekatan mengekalkan kerjasama bukan sahaja dikalangan ahli parti komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tetapi juga ahli parti dari Pakatan Harapan (PH), kata Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Likas, Mohamad Bahrin Abdul Karim.

Mohamad Bahrin

Beliau berkata, pihaknya mengambil pendekatan mengekalkan hubungan baik itu adalah untuk kebaikan bersama sekali gus dapat menjaga keharmonian dan kesejahteraan hidup penduduk di kawasan itu.

“Saya sebagai Ketua Bahagian Gagasan Rakyat di kawasan Likas ini bersama bekerjasama dengan PH dalam program-program yang dijalankan supaya kita tidak ada pertindihan program. Maknanya satu kerja itu biarlah berpasukan.

“Kami juga turut mengalu-alukan parti komponen bekerjasama dalam menjayakan apa-apa program yang dilaksanakan,” katanya ketika ditemui pemberita semasa Majlis Berbuka Puasa Gagasan Rakyat Bahagian Likas bersama pelajar tahfiz di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) malam tadi.

Bahrin turut memaklumkan setakat ini lebih 2,000 ahli yang berdaftar sertai Gagasan Rakyat bahagian Likas.

“Setakat ini keseluruhan ahli yang berdaftar dengan Gagasan Rakyat Bahagian Likas lebih 2,000 keahlian,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, GRS dilihat mendapat sambutan yang baik dari golongan muda peringkat umur 18 tahun.

“Ramai golongan muda peringkat umur 18 tahun di bahagian Likas ini berminat dengan parti Gagasan Rakyat, mungkin mereka berminat apa yang ditonjolkan GRS iaitu manifestonya Sabah Maju Jaya,” ujarnya.

Sementara itu, pada majlis berbuka puasa tersebut turut disertakan dengan penyampaian sumbangan raya kepada 20 pelajar Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran As-Syatibiyah Masjid SDA, Kota Kinabalu.

Bahrin berharap usaha Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran As-Syatibiyah itu akan terus mendapat sokongan dan bantuan semua pihak khususnya warga bandaraya Kota Kinabalu.

“Majlis ini diadakan sebagai salah satu sumbangan kita untuk lebih dekat dengan rakyat selain dapat mengeratkan silaturahim dengan pelbagai pihak,” katanya.

Turut hadir Penolong Bendahari Golden Lim; Ketua Wanita Gagasan Rakyat Likas, Halizah Din; Ketua Pemuda, Syahmee Mohd Ron; Ketua Beliawanis, Noor Azee Ashikeen Asngari, ahli-ahli Gagasan Rakyat Likas serta kepimpinan peringkat bahagian.

Menurut Bahrin, aktiviti-aktiviti pengimarahan masjid tidak sewajarnya tertumpu kepada golongan warga emas semata-mata tetapi perlu libatkan kepada golongan generasi muda dan kaum wanita.

“Hal ini penting bagi memastikan fungsi dan peranan masjid sebagai pusat penyatuan ummah dapat dirasai oleh segenap lapisan masyarakat. Saya juga berharap pusat ini mampu melahirkan lebih ramai golongan tahfiz dan imam muda di kawasan berkenaan,” katanya.

Jelas beliau, imam muda ini boleh membantu untuk mengimamkan solat terutamanya di kampung sekiranya khidmat mereka diperlukan berikutan ketiadaan imam di kampung-kampung tertentu.

Malah katanya, mereka juga dapat dijadikan contoh dalam membentuk akhlak yang baik dalam kalangan remaja lain terutama dalam usaha mengekang pelbagai masalah sosial masa  kini.

“Ini merupakan cadangan saya dan ianya salah satu usaha menarik lebih ramai golongan muda mendekati masjid dan surau serta memberi peluang baharu kepada mereka untuk menonjolkan kepimpinan dengan menjadi imam,” tambah beliau lagi.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/03/29/gagasan-rakyat-likas-kekalkan-kerjasama-laksana-program-bersama-grs-ph-plus/feed/ 0 51840
Gagasan Rakyat Likas terbuka terima bekas pemimpin, ahli-ahli pembangkang https://sabahmedia.com/2023/11/22/gagasan-rakyat-likas-terbuka-terima-bekas-bekas-pemimpin-ahli-ahli-pembangkang/ https://sabahmedia.com/2023/11/22/gagasan-rakyat-likas-terbuka-terima-bekas-bekas-pemimpin-ahli-ahli-pembangkang/#respond Wed, 22 Nov 2023 07:43:23 +0000 https://sabahmedia.com/?p=45570
Read Time:50 Second

KOTA KINABALU : Parti Gagasan Rakyat Sabah bahagian Likas terbuka untuk disertai bekas ahli daripada parti pembangkang termasuk pemimpinnya.

Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Likas, Mohammad Bahrin Abd Karim berkata keahlian Gagasan Rakyat juga terbuka kepada bekas ahli pembangkang, selain individu lain yang berminat dengan perjuangan politik menerusi parti tempatan berkenaan.

“Mereka (bekas ahli pembangkang) dipelawa memohon untuk menjadi ahli Gagasan Rakyat. Kita sentiasa terbuka terutama kepada bekas ahli-ahli parti pembangkang untuk menyertai parti baharu (Gagasan Rakyat) ini.

Beliau berkata demikian selepas menerima 200 borang keahlian daripada parti pembangkang ke Gagasan Rakyat Likas di Kota Kinabalu hari ini.

Turut sama hadir sama Ketua Wanita Gagasan Rakyat Likas, Halizah Din.

Katanya, parti itu dijadikan landasan baharu untuk meneruskan perjuangan
Insya-Allah, kita akan menggerakkan dan meneruskan perjuangan kita melalui Gagasan Rakyat demi pembangunan rakyat serta negeri ini.

Pertemuan itu diketuai Datuk David Chong bersama-sama dengan James Yin Max Loo, Chong Ket Vui, Tsen Hen Phion, Alex Chee, Hiew Sui Chong, Chee Chok Kwok dan Mohd Yunus Zipli.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/11/22/gagasan-rakyat-likas-terbuka-terima-bekas-bekas-pemimpin-ahli-ahli-pembangkang/feed/ 0 45570
Gagasan Rakyat Likas bantu kukuhkan GRS di Sabah https://sabahmedia.com/2023/08/28/gagasan-rakyat-likas-bantu-kukuhkan-grs-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2023/08/28/gagasan-rakyat-likas-bantu-kukuhkan-grs-di-sabah/#respond Mon, 28 Aug 2023 04:58:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=40893
Read Time:1 Minute, 6 Second

KOTA KINABALU : Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) bahagian Likas akan menperkukuhkan dan membantu perjuangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebagai satu parti lokal menggunakan formula tempatan.

Ketua bahagian Gagasan Rakyat Likas, Mohammad Bahrin Abd Karim berkata Gagasan Rakyat Sabah sebagai sebuah wadah “Solidariti Suara Sabah” akan membawa citra kesatuan masyarakat berbilang kaum yang mendokong agenda Sayangi Sabah yang menjadi landasan GRS dengan teras perjuangan Sabah First, Sabah Forward, Sabah Prosper dan Sabah United.

Katanya, permuafakatan GRS bukan sekadar penting untuk rakyat di Sabah, malah amat bermakna untuk membina kesatuan dan kekuatan dalam memastikan kepentingan Sabah terus terbela dalam Persekutuan Malaysia.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Mesyuarat cawangan berkelompok Parti Gagasan Rakyat Sabah bahagian Likas di sini, semalam

Hadir sama Timbalan Ketua bahagian Gagasan Rakyat Likas Muamar Julkarnain, Naib Ketua bahagian Dr Awang Faisyal Asyiffa Awang Rahim, Setiausaha bahagian Mohd Shahezam Salisi, Ketua Penerangan, Zakaria Mandalam,Penolong Bendahari,Golden Lim, Ketua Wanita Halijah Din, Ketua Beliawanis, Noor Azee Ashikin Angsari serta ahli jawatankuasa Gagasan Rakyat bahgian Likas.

Menurut Bahrin, rakyat Sabah amat  memerlukan kestabilan politik kerana itu sajalah pilihan terbaik yang mampu membangkitkan keupayaan Sabah untuk bergerak ke hadapan dengan  keyakinan politik dan ekonomi.

“Kestabilan politik sangat penting kerana  ia mencorak nasib dan masa depan jenarasi akan datang serta kesejahteraan hidup rakyat berbilang kaum dan agama di Sabah,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/08/28/gagasan-rakyat-likas-bantu-kukuhkan-grs-di-sabah/feed/ 0 40893