gagasan rakyat petagas – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 21 Oct 2025 02:09:00 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png gagasan rakyat petagas – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Gagasan Rakyat Petagas yakin GRS terima mandat baharu selepas PRN17 https://sabahmedia.com/2025/10/21/gagasan-rakyat-petagas-yakin-grs-terima-mandat-baharu-selepas-prn17/ https://sabahmedia.com/2025/10/21/gagasan-rakyat-petagas-yakin-grs-terima-mandat-baharu-selepas-prn17/#respond Tue, 21 Oct 2025 02:04:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=83792
Read Time:1 Minute, 14 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

KOTA KINABALU : Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Petagas yakin Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mampu memperoleh mandat baharu daripada rakyat Sabah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17.

Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Petagas Mohd Isquzawan Israq Arsit berkata, keyakinan itu adalah selaras dengan kejayaan signifikan yang dicapai sepanjang lima tahun pemerintahan Kerajaan GRS bersama Pakatan Harapan (PH).

Katanya, amanat Pengerusi GRS pada majlis pelancaran jentera parti pada Ahad lalu berjaya menyuntik aura perpaduan khususnya dalam kalangan rakyat Sabah yang mengutamakan kepentingan parti tempatan dan gabungan lokal sebagai peneraju kerajaan negeri.

“Dalam ucapannya Pengerusi GRS, (Datuk Seri Hajiji Noor) menegaskan bahawa kejayaan-kejayaan yang telah dikecapi sepanjang lima tahun ini merupakan bukti kukuh bahawa GRS layak menerima mandat baharu untuk terus memimpin Sabah.

“Pengerusi GRS turut menyeru seluruh bahagian GRS supaya bersiap siaga dan memperkemaskan jentera pilihan raya agar mampu memenangi setiap kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan bahagian masing-masing.

“Perpaduan dan kekuatan jentera dari setiap bahagian adalah kunci untuk memastikan kemenangan keseluruhan,” katanya.

Isquzawan berkata, Gagasan Rakyat Petagas turut menyatakan kesiapsiagaan penuh dalam membentuk dan menggerakkan jentera pilihan raya termasuk sayap parti Wanita, Pemuda dan Beliawanis.

Menurutnya, bahagian itu optimis bahawa dengan peluang dan mandat yang diberikan kepada calon GRS mewakili Gagasan Rakyat Petagas, sebuah kerusi penting akan disumbangkan untuk membantu membentuk kerajaan negeri Sabah yang stabil dan berwibawa.

“Kami di Petagas bersedia memberi sokongan penuh dan akan memastikan kemenangan calon GRS di kawasan kami,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/21/gagasan-rakyat-petagas-yakin-grs-terima-mandat-baharu-selepas-prn17/feed/ 0 83792
Gagasan Rakyat Petagas perkukuh jentera, sedia hadapi PRN17 https://sabahmedia.com/2025/07/28/gagasan-rakyat-petagas-perkukuh-jentera-sedia-hadapi-prn17/ https://sabahmedia.com/2025/07/28/gagasan-rakyat-petagas-perkukuh-jentera-sedia-hadapi-prn17/#respond Mon, 28 Jul 2025 04:52:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=78089
Read Time:2 Minute, 8 Second

Kota Kinabalu : Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Petagas terus memperkukuh jentera parti disemua peringkat selain menyatakan kesediaan sepenuhnya bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 akan datang.

Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Petagas, Mohd Isquzawan Israq Arsit berkata, jentera parti bahagian itu telah digerakkan di seluruh bahagian bagi memastikan kemenangan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Petagas.

Katanya, pelbagai program giat dilaksanakan bagi mendekati pengundi dan meraih sokongan menjelang pembubaran DUN yang dijangka tidak lama lagi.

“Di peringkat bahagian kita telah bersedia di mana kita telah menggerakkan jentera G10 yang mana data setakat ini, yang saya dapat iaitu jagaan G10 kita adalah berjumlah hampir 7,000 orang pengundi.

“Selepas ini juga kita akan mengaktifkan Pusat-Pusat Daerah Mengundi (PDM) di enam PDM yang terdapat di kawasan Petagas dan selepas ini insyaAllah kita akan buat jelajah untuk memantapkan lagi peranan-peranan PDM tersebut dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Persidangan Agung Tahunan Gagasan Rakyat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, pada Ahad.

Isquzawan mengulas perkembangan gerak kerja jentera Gagasan Rakyat Petagas menjelang PRN17 sejajar jangkaan pembubaran DUN tidak lama lagi seperti dijelaskan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor selaku Pengerusi GRS dan Presiden Gagasan Rakyat.

Sementara itu, beliau berkata, pihaknya turut memanggil setiap ketua ejen kaunter dan pengundian atau PACA yang mewakili semua PDM di sekitar DUN Petagas baru-baru ini.

“Tujuannya untuk memberi mereka taklimat dan persediaan bagi menghadapi PRN17 kerana kena ingat bahawa PACA ini memainkan satu peranan yang penting.

“Ia adalah ‘last defence’ kepada sesebuah parti apabila berdepan pilihan raya nanti. Ini kerana apabila selesai membuang undi, PACA adalah orang di benteng terakhir untuk memenangkan calon di kawasan itu,” katanya.

Ketika ditanya mengenai penerimaan pengundi di Petagas, Isquzawan berkata, Gagasan Rakyat Petagas diterima baik oleh seluruh masyarakat di kawasan itu yang merangkumi pelbagai kaum, antaranya Bajau, Kadazandusun dan Brunei.

Atas semangat kesatuan, katanya Gagasan Rakyat Petagas juga bergerak seiring dengan parti komponen GRS yang lain di Petagas seperti Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR).

“Baru-baru inipun kita telah mengadakan program bersama wanita GRS di Petagas dan kita percaya rakan komponen GRS sendiri juga akan memberi sokongan kepada kita. Seterusnya, sekiranya kita bergabung dengan Pakatan Harapan (PH) pada PRN17 nanti, insyaAllah merekapun akan memberikan sokongan yang baik kepada kita.

“Sebabnya kita tidak pernah ada masalah dengan pihak mereka, malahan mereka ‘willing’ untuk bantu kita dan kitapun akan membantu mereka juga,” katanya.

Mengenai soal calon bagi kerusi DUN Petagas, Isquzawan berkata perkara itu diserahkan kepada kebijaksanaan kepemimpinan tertinggi Gagasan Rakyat untuk membuat keputusan. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/28/gagasan-rakyat-petagas-perkukuh-jentera-sedia-hadapi-prn17/feed/ 0 78089
Gagasan Rakyat Petagas terus santuni rakyat secara bersemuka https://sabahmedia.com/2025/03/15/gagasan-rakyat-petagas-terus-santuni-rakyat-secara-bersemuka/ https://sabahmedia.com/2025/03/15/gagasan-rakyat-petagas-terus-santuni-rakyat-secara-bersemuka/#respond Sat, 15 Mar 2025 03:43:56 +0000 https://sabahmedia.com/?p=70419
Read Time:1 Minute, 13 Second

Putatan : Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Petagas telah bersiap sedia bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 Sabah akan datang.

Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Petagas Mohd Isquzawan Israq Arsit berkata, ia termasuklah kesediaan jentera parti di semua peringkat termasuk Pusat Daerah Mengundi (PDM) dan cawangan di bahagian itu.

“InsyaAllah kalau diberi mandat daripada kepimpinan, presiden dan sebagainya, kita di bahagian Gagasan Rakyat Petagas telah bersedia. Setakat ini kita telah menyiapkan segala jentera termasuk mewujudkan jawatankuasa di peringkat bahagian selain PDM dan cawangan.

“Ini juga termasuklah data-data pengundi pun kita telah kumpul, di mana kita telah sasar melebihi 8,000 pengundi pada masa ini data yang kita telah kenal pasti untuk dibuat kajian sikap,” katanya ketika ditemui Sabah Media di sini.

Isquzawan berkata, pihaknya akan terus mendekati rakyat khususnya di kawasan berkenaan bagi menambah peratusan pengundi dari masa ke semasa.

Justeru beliau menyarankan kepada semua jentera parti untuk lebih mengadakan program yang memberi impak khususnya menyantuni pengundi daripada membuat program yang berskala besar.

Ini kerana katanya, program yang berskala besar ini amat sukar untuk menyantuni secara individu.

“Jadi itulah pentingnya kita lebih menyantuni rumah ke rumah atau mengikuti apa program yang mereka mahukan di setiap kampung, di setiap cawangan dan sebagainya.

“Bagi saya, bahagian Petagas telah bersedia dan sekiranya kita diberi peluang, kita akan pastikan bahawa kerusi ini dapat diberikan kepada Gagasan Rakyat ataupun Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk membentuk kerajaan yang akan datang,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/15/gagasan-rakyat-petagas-terus-santuni-rakyat-secara-bersemuka/feed/ 0 70419