gagasan rakyat ranau – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 06 Sep 2026 05:45:29 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png gagasan rakyat ranau – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Gagasan Rakyat Ranau susun semula kepimpinan bahagian https://sabahmedia.com/2026/09/06/gagasan-rakyat-ranau-susun-semula-kepimpinan-bahagian/ https://sabahmedia.com/2026/09/06/gagasan-rakyat-ranau-susun-semula-kepimpinan-bahagian/#respond Sun, 06 Sep 2026 05:45:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=102909
Read Time:51 Second

RANAU: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Ranau menyusun semula barisan kepimpinannya bagi memperkukuh organisasi parti di kawasan Parlimen Ranau yang merangkumi tiga Dewan Undangan Negeri (DUN), iaitu Karanaan, Kundasang dan Paginatan.

Susulan penstrukturan semula itu, Datuk Seri Masidi Manjun dilantik sebagai Ketua Bahagian (Penaja), manakala Datuk Amisah Yassin sebagai Timbalan Ketua, Johari Suhaimin (Naib Ketua) dan Samsul Amar Jaimin sebagai Setiausaha Bahagian.

Bagi sayap parti, Mohd Sharin Mujin menerajui Pergerakan Pemuda, Jalisa Nasiri sebagai Ketua Pergerakan Wanita dan Norhajiah Ropotoh mengetuai Pergerakan Beliawanis.

Penstrukturan itu dilihat sebagai langkah memperkemas organisasi parti di peringkat bahagian, selain memperkukuh gerak kerja serta meningkatkan penglibatan pelbagai lapisan masyarakat dalam program dan aktiviti yang dilaksanakan.

Gabungan pengalaman kepimpinan serta penglibatan golongan muda dan wanita turut memberi ruang kepada Gagasan Rakyat untuk membawa pendekatan yang lebih dinamik dalam mendekati masyarakat, khususnya dalam memahami keperluan dan aspirasi penduduk di ketiga-tiga DUN.

Barisan kepimpinan baharu itu diharap dapat memperkukuh jentera organisasi parti di Ranau, selain menyokong usaha pembangunan dan menjaga kepentingan masyarakat setempat.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/09/06/gagasan-rakyat-ranau-susun-semula-kepimpinan-bahagian/feed/ 0 102909
Pastikan Gagasan Rakyat jadi sebuah parti utama, pilihan ramai https://sabahmedia.com/2023/10/02/pastikan-gagasan-rakyat-jadi-sebuah-parti-utama-pilihan-ramai/ https://sabahmedia.com/2023/10/02/pastikan-gagasan-rakyat-jadi-sebuah-parti-utama-pilihan-ramai/#respond Mon, 02 Oct 2023 00:35:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=42911
Read Time:1 Minute, 38 Second

Ranau : Ahli Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) digesa untuk terus berusaha bagi memastikan parti tempatan itu menjadi sebagai sebuah parti utama dan pilihan ramai di negeri ini.

Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Paginatan Datuk Amisah Yassin berkata, kekuatan Gagasan Rakyat secara tidak langsung akan membantu rakan-rakan komponen dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) khususnya dalam menghadapi pilihan raya.

Kataya, GRS adalah parti induk yang dianggotai oleh sahabat-sahabat komponen iaitu Parti Bersatu Sabah (PBS); Parti Solidariti Tanah Airku (STAR); Parti Maju Sabah (SAPP); Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS); Parti Liberal Demokratik (LDP) dan USNO.

“Sungguhpun kita adalah ahli Gagasan Ralyat, namun perjuangan dan fokus utama kita ialah untuk memperkuatkan GRS dan bukan kepentingan peribadi kita sebagai ahli Gagasan Rakyat semata-mata.

“Kita kena sedar bahawa kita dapat berkuasa semula di negeri ini disebabkan semangat setiakawan parti-parti komponen dalam GRS. Walau bagaimanapun, kita harus memperkukuh Gagasan Rakyat agar kita sentiasa dihormati oleh kawan dan lawan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Gagasan Rakyat Parlimen Ranau di sini kelmarin.

Majlis pelancaran disempurnakan Timbalan Presiden Gagasan Rakyat Datuk Seri Masidi Manjun.

Amisah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik berkata, kepimpinan Gagasan Rakyat yang diterajui oleh orang muda pada masa akan datang adalah bagaimana acuan yang dicorakkan oleh orang-orang muda pada masa ini.

Katanya, Gagasan Rakyat hanya akan kukuh dan hidup sekiranya parti ini berkembang dengan ahli-ahli baru.

“Tidak banyak lagi yang boleh diharapkan melibatkan pertambahan ahli-ahli baharu dalam lingkungan umur saya. Bermaksud, mereka yang akan menjadi ahli baharu kepada parti ini adalah mereka yang terdiri daripada anak-anak muda.

“Untuk sesebuah parti itu kekal relevan sepanjang masa, ianya harus diisi dan dianggotai oleh orang-orang muda pada setiap era. Ibarat kita tidak pernah ketandusan pucuk muda yang baru. 

“Ahli parti terutama pemimpin peringkat akar umbi sepatutnya menjadi mata dan telinga untuk menyampaikan apa jua maklumat yang boleh membantu masyarakat di kampung dan di sekeliling kita,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2023/10/02/pastikan-gagasan-rakyat-jadi-sebuah-parti-utama-pilihan-ramai/feed/ 0 42911