gagasan rakyat sabah ranau – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 01 Oct 2023 00:52:41 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png gagasan rakyat sabah ranau – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 GRS lebih ikhlas tadbir negeri, beri fokus ‘Sabah First’ https://sabahmedia.com/2023/10/01/grs-lebih-ikhlas-tadbir-negeri-beri-fokus-sabah-first/ https://sabahmedia.com/2023/10/01/grs-lebih-ikhlas-tadbir-negeri-beri-fokus-sabah-first/#respond Sun, 01 Oct 2023 00:52:40 +0000 https://sabahmedia.com/?p=42864
Read Time:1 Minute, 19 Second

Ranau : Kegagalan cubaan rampasan kuasa yang berlaku pada awal tahun ini membuktikan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) lebih ikhlas selain mampu mentadbir negeri dengan baik.

Timbalan Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Datuk Seri Masidi Manjun berkata, tiada siapa menyangka rakan kerjasama GRS pada ketika itu cuba untuk merampas kuasa pentadbiran Kerajaan Sabah.

“Lihat sahaja kepada cubaan rampasan kuasa pada Januari lalu, saya fikir dengan ikhlas saya nyatakan Allah lebih sayang kepada kita, tuhan menyelamatkan kedudukan GRS kerana niat GRS lebih ikhlas, lebih telus daripada parti-parti yang cuba menjatuhkan kita.

“Mana kita sangka, sahabat baik sanggup menjatuhkan kita, mereka ada perancangan, tuhan ada perancangan, perancangan tuhan lebih baik daripada perancangan mereka yang ingin menjatuhkan kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Gagasan Rakyat dan Perasmian Mesyuarat Bahagian 2023 tiga bahagian di Parlimen Ranau di sini semalam.

Masidi yang juga Setiausaha Agung GRS berkata, penyertaan dalam parti tempatan iaitu Gagasan Rakyat kerana memberi tumpuan dalam menuntut hak-hak Sabah selain memberi pembelaan kepada rakyat negeri ini sendiri.

“Selama ini kita memberi tumpuan kepada politik nasional, barangkali sudah sampai masanya kita bagi rakyat Sabah memberi tumpuan untuk menuntut hak dan pembelaan kepada kita sendiri rakyat Sabah.

“Inilah sebenarnya antara rasional kita berhijrah kepada parti tempatan, kita memikirkan ada tanggungjawab bagi memastikan orang-orang Sabah didahulukan atau ‘Sabah First’,” katanya.

Dalam pada itu, Masidi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Karanaan turut meminta pada ahli Gagasan Rakyat untuk sama-sama memberi rasa tanggungjawan kepada parti bagi berkhidmat dan menyumbang bakti dalam memastikan Sabah berada pada tahap yang lebih baik. –  SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2023/10/01/grs-lebih-ikhlas-tadbir-negeri-beri-fokus-sabah-first/feed/ 0 42864
Gagasan Rakyat Ranau terima kemasukan 150 ahli baharu https://sabahmedia.com/2023/07/13/gagasan-rakyat-ranau-terima-kemasukan-150-ahli-baharu/ https://sabahmedia.com/2023/07/13/gagasan-rakyat-ranau-terima-kemasukan-150-ahli-baharu/#respond Thu, 13 Jul 2023 08:29:42 +0000 https://sabahmedia.com/?p=38181
Read Time:1 Minute, 1 Second

Ranau : Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Ranau menerima kira-kira 150 borang kemasukan keahlian daripada Ketua Cawangan Gagasan Rakyat Lohan Ulu Simpangan diketuai Asly Harun.

Penyerahan borang yang diadakan di Pejabat Urusetia Gagasan Rakyat di sini itu diterima Timbalan Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Ranau, Datuk Faimin Kamin.

Asly berkata, kemasukan pihaknya bersama ahli-ahli lain ke dalam Gagasan Rakayt adalah satu isyarat baharu bahawa parti tempatan itu semakin mendapat tempat di hati rakyat khususnya di daerah ini termasuk negeri secara keseluruhannya.

Katanya, kemasukan itu juga menunjukkan bahawa mereka sangat yakin dengan perjuangan dan hala tuju parti yang sentiasa konsisten menyuarakan kepentingan serta hak-hak Sabah.

“Gagasan Rakyat adalah pilihan tepat untuk penduduk Sabah ketika ini dan saya percaya orang ramai terutama kami di Ranau juga sangat beruntung kerana memilki seorang pemimpin yang sangat berwibawa, dekat kepada rakyat serta mempunyai kedudukan yang baik dalam kerajaan Sabah iaitu Datuk Seri Masidi Manjun.

“Pada masa ini, kita memerlukan kestabilan dan perpaduan daripada semua untuk terus bergerak ke hadapan. Maka, saya yakin parti ini adalah pilihan terbaik untuk mengembalikan kestabilan yang sangat diperlukan,” katanya.

Beliau percaya, kebolehan serta pengalaman Masidi dalam kepimpinan daerah berkenaan dan Sabah secara keseluruhan menerusi Gagasan Rakyat berada dalam landasan tepat. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2023/07/13/gagasan-rakyat-ranau-terima-kemasukan-150-ahli-baharu/feed/ 0 38181