Gagasan Rakyat Sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 13 Nov 2023 07:27:30 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Gagasan Rakyat Sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Beliawanis Gagasan Rakyat semakin diterima kelompok wanita muda Sabah https://sabahmedia.com/2023/11/13/beliawanis-gagasan-rakyat-semakin-diterima-kelompok-wanita-muda-sabah/ https://sabahmedia.com/2023/11/13/beliawanis-gagasan-rakyat-semakin-diterima-kelompok-wanita-muda-sabah/#respond Mon, 13 Nov 2023 07:27:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=45152
Read Time:1 Minute, 51 Second

Kota Kinabalu : Sayap Pergerakan Beliawanis Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) berjaya merekodkan keahlian seramai 52,000 orang sepanjang lebih kurang tujuh bulan parti tempatan itu ditubuhkan.

Ketua Pergerakan Beliawanis Gagasan Rakyat, Emmie Datuk Martin Idang berkata, jumlah itu membuktikan sayap parti itu semakin diterima dan dipercayai oleh kelompok wanita muda di Negeri Sabah

Beliau turut yakin sayap pergerakan beliawanis itu akan menjadi platform pilihan utama dalam agenda pemerkasaan wanita muda di Sabah tidak kira di kawasan-kawasan pedalaman mahupun di bandar.

“Dalam kesibukkan kita mengejar jumlah keahlian, janganlah kita leka dan beranggap bahawa ‘semuanya okay sahaja’. Tidak sama sekali rakan- rakan sekalian. Jika kita melihat analisa terkini, kaji selidik di Malaysia menunjukkan bahawa anak-anak muda dalam lingkungan 18 hingga 40 tahun suda muak dengan politik di negara kita.

“Kurangnya pengetahuan serta kesedaran tentang politik mereka sangat ketara apabila undi mereka dipengaruhi oleh keluarga atau kenalan-kenalan terdekat. Saya pernah bertanya dengan seorang remaja apabila berada di pusat daerah mengundi yang tidak segan memberitahu saya calon yang akan diundi, ‘kenapa undi dia’, jawapan dia, ‘muka baru, penat suda sia tengok orang tua semua ini.’., katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar pada Persidangan Agung Tahunan Sayap Beliawanis Gagasan Rakyat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini hari ini.

Dalam pada itu, Emmie berkata, sayap parti itu juga menyeru semua ahli untuk bersama-sama pimpinan parti dan Kerajaan Negeri untuk mengenalpasti langkah intervensi yang sebaiknya bagi mengatasi masalah pengangguran khususnya di negeri ini.

“Sebagai contohnya, Kerajaan Negeri telah meluluskan sejumlah RM4.2 juta kepada Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA) untuk tahun 2023 bagi melaksanakan pelbagai program dan projek terutamanya berkaitan pembangunan wanita di Negeri Sabah.

“Kita perlu pastikan agar komposisi wanita muda juga tidak keciciran di dalam program-program yang telah dirangka ini berlandaskan Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ). Ramai lagi wanita-wanita muda di luar sana yang masih tidak cakna berkaitan peluang untuk mereka menceburi sektor perniagaan dan keusahawanan,” katanya.

Sementara itu, Emmie juga mahu program beliawanis di peringkat bahagian dan cawangan dapat dilaksanakan dan terkait sama dengan program bersifat ilmiah, pembentukan jati diri serta perkongsian pengalaman bagi memastikan wanita-wanita muda ini mendapat panduan dan bimbingan yang diperlukan. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2023/11/13/beliawanis-gagasan-rakyat-semakin-diterima-kelompok-wanita-muda-sabah/feed/ 0 45152
Gagasan Rakyat diyakini mampu tarik sokongan rakyat di seluruh Sabah https://sabahmedia.com/2023/07/08/gagasan-rakyat-diyakini-mampu-tarik-sokongan-rakyat-di-seluruh-sabah/ https://sabahmedia.com/2023/07/08/gagasan-rakyat-diyakini-mampu-tarik-sokongan-rakyat-di-seluruh-sabah/#respond Sat, 08 Jul 2023 14:30:14 +0000 https://sabahmedia.com/?p=37954
Read Time:1 Minute, 40 Second

Kinabatangan : Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) diyakini mempunyai masa depan yang cerah untuk menarik sokongan rakyat di seluruh negeri.

Presiden Gagasan Rakyar Datuk Seri Hajiji Noor berkata, beliau turut gembira dengan sokongan rakyat termasuk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag dan Sukau.

“Saya cukup gembira pada hari ini kerana nampak bahawa Gagasan Rakyat sudah mula diterima di Lamag dan Sukau, cerah masa depan dan saya berharap kedua-dua Ketua Bahagian terus kerja kuat untuk memastikan Sukau dan Lamag menjadi milik Gagasan Rakyat pada pilihan raya nanti.

“Gagasan Rakyat adalah parti tempatan yang kita tubuhkan untuk teruskan perjuangan kita di Sabah dan ia adalah ahli Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kerana dalam GRS kita ada tujuh parti yang akan memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat Sabah pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Himpunan Gagasan Rakyat Bahagian Sukau / Lamag di Dataran Pekan Sukau, di sini, hari ini. 

Hadir sama, Naib Presiden Gagasan Rakyat, Datuk Masiung Banah; Setiausaha Agung Gagasan Rakyat, Datuk Mohd Razali Razi, Ketua Penerangan, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan; Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Sukau, Dato’ Juhari Janan dan Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Lamag, Abu Bakar Gapar. 

Hajiji yang juga Ketua Menteri Sabah berkata, himpunan rakyat dan pelancaran parti yang diadakan itu memberi cerminan bahawa Sukau dan Lamag memerlukan Gagasan Rakyat untuk maju ke hadapan.

“Percayalah kalau kita bersatu hati dan bekerja betul untuk rakyat, kita boleh lakukan, kita boleh tukar keadaan Sukau dan Lamag sepeti mana dikehendaki rakyat kawasan ini,” katanya. 

Hajiji juga memberi jaminan akan memberi tumpuan kepada Lamag dan Sukau terutama keperluan rakyat di kawasan berkenaan. 

Sejajar dengan itu, katanya beliau bersetuju meluluskan projek membina sebuah Dewan di Sukau yang bernilai RM 3 juta dan menyokong cadangan menjadikan Sukau sebagai sebuah daerah kecil. 

“Kerajaan GRS akan memastikan Daerah Kecil Sukau menjadi kenyataan. Ini sudah lama dicadangkan tapi tidak diperjuangkan oleh pimpinan dulu.

“Hari ini kita akan jadikannya kenyataan dan kita akan pastikan Pejabat Daerah Kecil Sukau dapat dibina,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2023/07/08/gagasan-rakyat-diyakini-mampu-tarik-sokongan-rakyat-di-seluruh-sabah/feed/ 0 37954
Redonah umum barisan exco Wanita Gagasan Rakyat Sabah https://sabahmedia.com/2023/04/19/redonah-umum-barisan-exco-wanita-gagasan-rakyat-sabah/ https://sabahmedia.com/2023/04/19/redonah-umum-barisan-exco-wanita-gagasan-rakyat-sabah/#respond Wed, 19 Apr 2023 13:42:43 +0000 https://sabahmedia.com/?p=33074
Read Time:1 Minute, 47 Second

KOTA KINABALU: Ketua Wanita Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Redonah Bahanda pada Isnin lalu mengumumkan barisan exco dan jawatan kuasa sayap parti itu bagi peringkat negeri.

Menurut beliau, jawatan bagi Pengerusi Tetap disandang oleh Sahramah Jamaludin, manakala Timbalan Pengerusi Tetap dipegang oleh Halijah Din.

Katanya, jawatan Naib Ketua pula disandang oleh Aziah Atoh manakala Penolong Setiausaha (Fahzean Mohiddin).

“Kita berharap barisan exco dan jawatankuasa yang ada melaksanakan tanggungjawab dengan penuh komited dan beramanah dalam membantu parti melaksanakan pelbagai agenda dan program.

“Sebagai sayap parti, kita juga bertanggungjawab membantu kepimpinan kerajaan negeri khususnya dalam memastikan usaha membela nasib rakyat dapat dilaksanakan dengan mencapai sasaran dan matlamat,” katanya semasa perjumpaan khas exco Wanita Gagasan Rakyat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini, semalam.

Hadir sama, Setiausaha Agung Gagasan Rakyat, Datuk Mohd Razali Razi.

Sementara itu, bagi barisan kepimpinan lain, Penolong Bendahari dipegang Datuk Jamaliah Antalip dan Ketua Penerangan (Annabell@Suzieana Perian)

Bagi ahli jawatankuasa Exco Wanita Gagasan Rakyat negeri ialah Datuk Surinam Sadikun, Datuk Hajah Amelia Ajun, Salmi Sarinoh, Dayang Norhayati Titing, Hasrina Wati Golkhan, Dayang Hairena Awang Basir, Hasma Nurdin, Maria Wahaya dan Saridah Ab. Lakata.

Turut tersenarai, Salmah Sait, Luvita Koisun, Sabini Ansumor, Jahiah@Jalilah Apiang, Erveana Ansari, Kathie Renjus, Aneh Jamri, Dr. Davina Datuk Markus Majihi, Saturah Jamrah@Masturah, Lailawati Ahmad Bahrom dan Dayang Masni Datu Saribu dan Shazlinah Lai Wun Fong.

Bagi Biro-biro Wanita Gagasan Rakyat, Redonah memegang Biro Politik, Aziah (Biro Keahlian), Fahzean (Biro Latihan), Dr. Davina (Biro Kesihatan) dan Kathie (Biro Kebajikan).

Sementara Jahiah@Jalilah (Biro Pendidikan), Shahlinah (Biro Keusahawan), Lailawati (Biro IT dan Media), Dayang Norhayati (Biro Sukan dan Kebudayaan) dan Dayang Masni (Biro Agama).

Mastura (Biro Wanita dan Masyarakat), Erveana (Biro Undang-undang), Luvita Koisun (Biro Perumahan dan Bandar).

Turut diumumkan ialah Ketua-ketua Penyelaras iaitu Hasrina Golkhan (Kudat, Kota Marudu), Jamaliah Antalip (Kota Belud, Tuaran), Salmi Sarinoh (Sepanggar, Putatan), Salmah Sait (Penampang, Kota Kinabalu) dan Dayang Hairena Awang Basir (Papar, Kimanis).

Sementara Datuk Surinam Sadikun (Beauford, Sipitang), Datuk Amelia Ajun (Keningau, Ranau), Sabini Ansumor (Pensiangan, Tenom), Hasma Nurdin (Batu Sapi, Sandakan, Libaran), Dayang Norhayati Titingan (Kinabatangan, Beluran), Saridah Ab Lakata (Lahad Datu, Semporna), Maria Wahaya (Kalabakan, Tawau).

]]>
https://sabahmedia.com/2023/04/19/redonah-umum-barisan-exco-wanita-gagasan-rakyat-sabah/feed/ 0 33074