Gajah borneo – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 16 Sep 2026 11:53:22 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Gajah borneo – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 600 sertai usaha perkukuh pemuliharaan gajah Borneo di Penangah https://sabahmedia.com/2026/09/16/600-sertai-usaha-perkukuh-pemuliharaan-gajah-borneo-di-penangah/ https://sabahmedia.com/2026/09/16/600-sertai-usaha-perkukuh-pemuliharaan-gajah-borneo-di-penangah/#respond Wed, 16 Sep 2026 11:33:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=103540
Read Time:1 Minute, 34 Second

PENANGAH: Kira-kira 600 orang menyertai Sambutan Hari Gajah Sedunia Peringkat Mukim Penangah di Dewan Terbuka Penangah, hari ini, dalam usaha memperkukuh kesedaran dan kerjasama komuniti terhadap pemuliharaan gajah Borneo.

Program itu turut menjadi platform bagi komuniti, agensi kerajaan, pemimpin tempatan dan organisasi pemuliharaan berkongsi pengalaman serta memperkukuh usaha menangani konflik manusia-gajah bagi mewujudkan kehidupan yang lebih selamat dan harmoni.

Program dirasmikan Penolong Pegawai Daerah, Ronley Saringan, yang mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut, Datuk Masiung Banah.

Turut hadir wakil agensi kerajaan, ketua kampung, pemimpin masyarakat, Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM), kumpulan pengiring gajah dari sekitar Telupid dan Tongod serta pelajar sekolah sekitar Penangah.

Sambutan berkenaan dianjurkan sepenuhnya oleh Kumpulan Pengiring Gajah Maman, Penangah bersama Earthworm Foundation, dengan sokongan dan tajaan Jabatan Hidupan Liar Sabah, Jetama, K2 Life, Datuk Mohd Kurniawan Naim Moktar, Datuk Masiung Banah serta rakan konservasi lain.

Ketua Projek Earthworm Foundation, Juhana Johnny, berkata program berkenaan penting sebagai ruang untuk komuniti dan pelbagai pihak bertemu, berkongsi pengalaman serta memperkukuh kerjasama dalam menangani konflik manusia-gajah.

“Program seperti ini juga memberi ruang untuk meningkatkan kesedaran masyarakat serta membina hubungan yang lebih harmoni antara manusia dan gajah Borneo, khususnya di Mukim Penangah dan daerah Tongod,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang 11 hingga 15 September, termasuk pertandingan melukis dan mewarna, sukaneka, bola sepak serta pameran berkaitan pemuliharaan gajah Borneo.

Juhana berkata, penglibatan aktif komuniti amat penting kerana penduduk setempat merupakan antara pihak yang paling dekat dengan gajah, selain mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang dapat membantu mengurangkan risiko konflik serta meningkatkan keselamatan manusia dan gajah.

Dalam ucapan yang dibacakan Ronley, Masiung menegaskan pemuliharaan gajah memerlukan kerjasama dan komitmen berterusan daripada komuniti, pemimpin tempatan, agensi kerajaan, sektor swasta serta organisasi pemuliharaan.

Kerjasama itu penting bagi memastikan usaha pemuliharaan dapat dilaksanakan secara berkesan, sekali gus mewujudkan masa depan yang membolehkan manusia dan gajah Borneo hidup secara lebih harmoni dan selamat.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/09/16/600-sertai-usaha-perkukuh-pemuliharaan-gajah-borneo-di-penangah/feed/ 0 103540
Gajah Borneo ditemui mati di Tongod, siasatan dijalankan https://sabahmedia.com/2026/05/19/gajah-borneo-ditemui-mati-di-tongod-siasatan-dijalankan/ https://sabahmedia.com/2026/05/19/gajah-borneo-ditemui-mati-di-tongod-siasatan-dijalankan/#respond Tue, 19 May 2026 05:17:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=96951
Read Time:1 Minute, 23 Second

KOTA KINABALU: Seekor gajah Borneo ditemui mati dipercayai dibunuh dengan kejam di kawasan Hutan Simpan Sungai Pinangah, Tongod, dalam kejadian yang mencetuskan kebimbangan serius terhadap ancaman jenayah hidupan liar di Sabah.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin berkata pihak kementeriannya memandang serius atas kejadian tersebut.

Katanya, Jabatan Hidupan Liar Sabah (JHL) telah menjalankan pemeriksaan awal di lokasi kejadian dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), renjer komuniti dan pihak ladang.

“Berdasarkan maklumat awal, kejadian dipercayai berlaku pada 17 Mei 2026 selepas saksi di kawasan ladang mendengar bunyi letupan kuat sebelum pemeriksaan lanjut tertangguh akibat keadaan cuaca.

“Keesokan harinya, pasukan ladang menemui bangkai seekor gajah jantan Borneo (Elephas maximus borneensis) dalam keadaan tidak bernyawa, dengan sebahagian kepala dan gading didapati hilang dan dipercayai telah dipotong. Laporan segera kemudian dibuat kepada pihak berkuasa sebelum pasukan JHL digerakkan ke lokasi bagi tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut Jafry, hasil pemeriksaan awal mendapati terdapat kecederaan pada bahagian kepala yang dipercayai akibat penggunaan alat tajam. Setakat ini, tiada kesan tembakan ditemui, namun siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian serta pihak yang terlibat.

“Beberapa barangan bukti turut ditemui di lokasi dan telah diserahkan kepada pihak berkuasa untuk siasatan, termasuk kotak rokok dan botol air.

“Susulan kejadian itu, JHL telah melaksanakan tindakan segera termasuk operasi sekatan jalan raya (SJR) dengan kerjasama PDRM serta memperkukuh rondaan di kawasan terlibat,” ujarnya.

Justeru, tambah beliau, kementeriannya menegaskan kes berkenaan sedang disiasat secara menyeluruh dan menggesa orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi.

“Kerajaan Negeri Sabah dalam masa sama menegaskan komitmen untuk terus melindungi hidupan liar serta tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk pemburuan haram atau jenayah hidupan liar,” tegasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/05/19/gajah-borneo-ditemui-mati-di-tongod-siasatan-dijalankan/feed/ 0 96951