Gajah Pygmy – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 21 Jan 2025 10:41:24 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Gajah Pygmy – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Gajah pygmy Borneo ditemui mati dipenggal, JHL diarah jalankan siasatan menyeluruh https://sabahmedia.com/2025/01/21/gajah-pygmy-borneo-ditemui-mati-dipenggal-jhl-diarah-jalankan-siasatan-menyeluruh/ https://sabahmedia.com/2025/01/21/gajah-pygmy-borneo-ditemui-mati-dipenggal-jhl-diarah-jalankan-siasatan-menyeluruh/#respond Tue, 21 Jan 2025 10:31:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=67254
Read Time:1 Minute, 3 Second

KOTA KINABALU: Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Seri Christina Liew, mengecam pembunuhan kejam seekor gajah pygmy Borneo yang ditemui mati tanpa kepala dan kaki berdekatan kawasan Maliau Basin di Kalabakan, Tawau pada Ahad (19 Jan).

Beliau meluahkan kebimbangan serius terhadap insiden mengejutkan itu dan menyifatkannya sebagai perbuatan tidak berperikemanusiaan oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

“Saya telah mengarahkan Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah (JHL) untuk menjalankan siasatan menyeluruh mengenai penemuan anak gajah yang telah dipenggal itu.

“Siasatan sedang dijalankan. Sebaik sahaja jabatan tersebut memperoleh bukti yang mencukupi, kita tidak akan teragak-agak untuk mendakwa pelaku yang disyaki di mahkamah mengikut peruntukan Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar Sabah 1997,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Christina turut menyatakan kekesalan kerana walaupun kementeriannya melalui JHL berusaha sedaya upaya untuk melindungi dan memelihara populasi gajah yang semakin berkurangan di Sabah, masih ada individu tidak berhati perut yang merosakkan usaha pihak berkuasa.

Semalam media melaporkan Pengarah JHL Sabah, Mohd Soffian Abu Bakar ketika dihubungi pemberita, mengesahkan kejadian tersebut.

Katanya, siasatan telah dimulakan untuk mengetahui punca sebenar kematian gajah tersebut dan satu laporan polis juga telah dibuat oleh Pejabat Hidupan Liar Tawau untuk tindakan selanjutnya.

Sehubungan dengan itu, beliau memohon kepada sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kes ini boleh terus menghubungi pihak JHL Tawau.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/01/21/gajah-pygmy-borneo-ditemui-mati-dipenggal-jhl-diarah-jalankan-siasatan-menyeluruh/feed/ 0 67254
Gangguan Ekosistem Punca Gajah Pygmy Berhijrah https://sabahmedia.com/2021/09/29/gangguan-ekosistem-punca-gajah-pygmy-berhijrah/ https://sabahmedia.com/2021/09/29/gangguan-ekosistem-punca-gajah-pygmy-berhijrah/#respond Wed, 29 Sep 2021 04:44:43 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6961
Read Time:1 Minute, 2 Second

KOTA KINABALU: Aktiviti penerokaan yang dijalankan di kawasan habitat asal Gajah Pygmy Borneo menyebabkan haiwan tersebut berhijrah dari satu kawasan ke kawasan lain.

Pensyarah Kanan Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan (IBTP), Dr. Nurzhafarina Othman berkata, penghijrahan itu termasuklah ke kawasan yang didiami penduduk sehingga menimbulkan konflik gajah-manusia.

“Sebenarnya gajah ini tidak mempunyai pilihan dan terpaksa berhijrah akibat gangguan ekosistem yang dialami pada habitat mereka,” katanya dalam webinar bertajuk ‘Human and Nature – The Natural Bond’ anjuran My STEM Ambassador UMS dengan kerjasama U-Science.

Webinar secara dalam talian itu berlangsung baru-baru ini bagi memahami ekosistem Gajah Pygmy Borneo dan landskap habitat haiwan berkenaan.

Menurut Nurzhafarina, terdapat lebih seribu gajah kerdil itu di sekitar daerah Kinabatangan, Tabin dan bahagian tengah negeri Sabah.

“Kewujudan haiwan ini sangat penting dalam ekosistem alam semula jadi di negeri ini. Bagi mengendalikan konflik yang berlaku, sebuah pasukan khas telah ditubuhkan.

“Pasukan ini yang dikenali sebagai Community Elephant Conservation Team bertujuan membantu dalam memberi khidmat nasihat di kawasan Kinabatangan, Beluran dan Telupid.

“Selain itu, usaha bagi merealisasikan Livelihood Insurance for Elephant (LIFE) juga merupakan salah satu langkah untuk memastikan ekosistem Gajah Kerdil Borneo terus terpelihara,” katanya.

Webinar yang berlangsung lebih sejam itu boleh diikuti melalui pautan https://www.youtube.com/watch v=H2BEFmR4APs

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/29/gangguan-ekosistem-punca-gajah-pygmy-berhijrah/feed/ 0 6961