gajah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 03 Oct 2026 00:16:36 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png gajah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Sampel organ, kandungan perut gajah ditemukan mati dihantar untuk analisis https://sabahmedia.com/2026/10/03/sampel-organ-kandungan-perut-gajah-ditemukan-mati-dihantar-untuk-analisis/ https://sabahmedia.com/2026/10/03/sampel-organ-kandungan-perut-gajah-ditemukan-mati-dihantar-untuk-analisis/#respond Sat, 03 Oct 2026 00:16:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=104661
Read Time:2 Minute, 0 Second

KOTA KINABALU: Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah  mengambil sampel organ dan kandungan perut seekor gajah jantan yang ditemukan mati di Sungai Kinabatangan untuk analisis makmal bagi membantu menentukan punca sebenar kematiannya.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin berkata, bedah siasat terhadap gajah berkenaan dijalankan JHL pada 1 Oktober selepas bangkainya ditemukan dan dibawa ke tebing sungai.

Katanya, analisis makmal itu penting bagi melengkapkan hasil pemeriksaan fizikal serta bedah siasat yang telah dijalankan.

“Pada peringkat ini, punca sebenar kematian masih belum dapat ditentukan. Kita sedang menunggu keputusan makmal serta hasil lengkap bedah siasat,” katanya dalam kenyataan di sini.

Gajah berkenaan ditemukan di Sungai Kinabatangan berhampiran Ladang Angco Jaya dan Lot 4, Santuari Hidupan Liar Kinabatangan.

Menurut Jafry, Jabatan Hidupan Liar pada awalnya menerima laporan mengenai penemuan seekor gajah mati di sungai berhampiran Ladang Pontian.

Susulan itu, pasukan Rapid Response Team (RRT) bersama Renjer Hidupan Liar Kehormat dari Sukau menjalankan pemeriksaan sebelum menemukan bangkai berkenaan yang dipercayai telah hanyut mengikut arus sungai dari lokasi asal.

Bangkai gajah itu kemudian ditarik ke tebing dengan bantuan jentera daripada Ladang Angco Jaya bagi membolehkan pemeriksaan fizikal dan bedah siasat dijalankan.

“Gajah itu dikenal pasti sebagai gajah jantan, kira-kira enam kaki tinggi dan dianggarkan berusia antara 14 hingga 18 tahun.

“Berdasarkan keadaan bangkai, ia dianggarkan telah mati kira-kira empat hingga lima hari sebelum pemeriksaan dijalankan,” katanya.

Jafry berkata, pemeriksaan turut menemukan beberapa kecederaan pada gajah berkenaan, manakala kedua-dua gadingnya didapati hilang.

Bagaimanapun, katanya, pihaknya tidak mahu membuat spekulasi mengenai punca kecederaan, kehilangan gading atau sebab kematian selagi siasatan dan analisis saintifik belum lengkap.

“Saya telah mengarahkan Jabatan Hidupan Liar Sabah menjalankan siasatan menyeluruh terhadap semua aspek kes ini, termasuk keadaan berkaitan kehilangan gading.

“Jabatan itu juga mengambil keterangan daripada individu yang pertama kali melaporkan kejadian berkenaan sebagai sebahagian daripada siasatan susulan,” katanya.

Menurutnya, Kerajaan Negeri memandang serius kejadian itu dan tindakan sewajarnya akan diambil sekiranya siasatan mendapati terdapat unsur penglibatan manusia atau pelanggaran undang-undang hidupan liar.

Dalam pada itu, Jafry meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian berkenaan supaya tampil kepada Jabatan Hidupan Liar Sabah.

“Kita perlu memberi ruang kepada Jabatan Hidupan Liar untuk melengkapkan siasatan dan mendapatkan keputusan makmal.

“Tiada spekulasi mengenai punca kematian sehingga hasil kajian saintifik dan siasatan selesai,” katanya.

Beliau berkata, perlindungan hidupan liar Sabah merupakan tanggungjawab yang dipandang serius dan setiap kejadian seumpama itu perlu disiasat secara menyeluruh serta berasaskan bukti.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/10/03/sampel-organ-kandungan-perut-gajah-ditemukan-mati-dihantar-untuk-analisis/feed/ 0 104661
Tiada unsur jenayah dikesan – Christina https://sabahmedia.com/2025/10/02/tiada-unsur-jenayah-dikesan-christina/ https://sabahmedia.com/2025/10/02/tiada-unsur-jenayah-dikesan-christina/#respond Thu, 02 Oct 2025 00:16:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=82346
Read Time:48 Second

LAHAD DATU: Bedah siasat ke atas bangkai gajah betina dianggarkan berusia antara sembilan hingga 10 tahun di kawasan Ladang Felcra Berhad, Danum, Lahad Datu, di sini mendapati tiada unsur jenayah.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Seri Christina Liew berkata, hasil bedah siasat mendapati kematian gajah itu adalah akibat kegagalan fungsi organ dalaman.

Katanya, gajah tersebut ditemui mati oleh pekerja ladang pada 26 September lalu sebelum pasukan penyiasat dan ‘post mortem’ dilaksanakan sehari kemudian.

“Pemeriksaan fizikal ke atas bangkai gajah hanya menemukan kesan luka lama yang kecil tanpa sebarang kecederaan baharu.

“Bagi memastikan punca sebenar, sampel organ dalaman turut diambil dan dihantar ke makmal untuk analisis lanjut.

“Hasil siasatan awal mendapati kematian gajah ini berpunca daripada kegagalan organ dalaman. Tiada sebarang bukti menunjukkan ia menjadi mangsa jenayah hidupan liar,” katanya.

Christina berkata, rondaan serta pemantauan akan terus ditingkatkan di kawasan berkenaan bagi mengelakkan insiden tidak diingini terhadap populasi gajah Borneo yang terus berdepan pelbagai ancaman. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/02/tiada-unsur-jenayah-dikesan-christina/feed/ 0 82346
UMS tekankan pemuliharaan gajah borneo sempena hari gajah sedunia 2025 https://sabahmedia.com/2025/08/24/ums-tekankan-pemuliharaan-gajah-borneo-sempena-hari-gajah-sedunia-2025/ https://sabahmedia.com/2025/08/24/ums-tekankan-pemuliharaan-gajah-borneo-sempena-hari-gajah-sedunia-2025/#respond Sat, 23 Aug 2025 20:15:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=79914
Read Time:1 Minute, 28 Second

Kota Kinabalu :  Universiti Malaysia Sabah (UMS) meraikan Sambutan Hari Gajah Sedunia 2025 peringkat universiti yang berlangsung di Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan (IBTP) UMS, baru-baru ini dengan menekankan peranan penting pemuliharaan gajah Borneo.

Pengerusi Lembaga Pengarah UMS, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, pemuliharaan gajah merupakan amanah kolektif melibatkan kerajaan, sektor swasta, NGO, komuniti tempatan, institusi pendidikan dan setiap individu.

“Pemuliharaan bukan hanya tentang menyelamatkan gajah, tetapi juga tentang masa depan kita. 

“Generasi muda harus menjadi penggerak, bukan sekadar pemerhati dan setiap dari kita boleh memainkan peranan sama ada melalui pendidikan, penyelidikan, advokasi atau gaya hidup yang lebih mesra alam,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian sempena program Sambutan Hari Gajah Sedunia 2025 peringkat UMS.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr. Kasim Mansor. 

Abdul Rahman berkata, usaha UMS melalui IBTP dalam memacu penyelidikan biodiversiti wajar dipuji khususnya dalam kajian berkaitan pemuliharaan gajah Borneo.

“Kejayaan ini diperkuat dengan pengiktirafan antarabangsa yang diperoleh oleh penyelidik IBTP, Dr. Nurzhafarina Othman yang menerima pengiktirafan sebagai penerima anugerah Whitley 2025, sekali gus mengangkat nama UMS di persada global.

“Kerjasama strategik antara UMS dan NGO Seratu Aatai juga telah berjaya melaksanakan pelbagai inisiatif seperti penyelidikan terhadap tingkah laku gajah, pendidikan komuniti, dan penglibatan masyarakat dalam mitigasi konflik gajah dan manusia. 

“Usaha-usaha ini menjadi contoh pendekatan holistik yang wajar diteruskan,” katanya.

Pada sambutan tersebut, turut diadakan sesi perkongsian ilmu, pameran interaktif serta program kesedaran yang melibatkan pelbagai pihak sebagai usaha memperkukuh pemahaman masyarakat tentang pentingnya melindungi spesies gajah pigmi Borneo yang unik. 

Turut hadir Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMS, Profesor Ir. Dr. Rosalam Sarbatly, Pengarah IBTP UMS, Profesor Madya Dr. Fiffy Hanisdah Saikim dan Pengerusi Seratu Aatai, Dr. Fauzi Sarjono. – SABAH MEDIA / FOTO UMS

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/24/ums-tekankan-pemuliharaan-gajah-borneo-sempena-hari-gajah-sedunia-2025/feed/ 0 79914
JHL disaran tingkat keupayaan Pusat Perlindungan Gajah Borneo sebagai tarikan pelancong https://sabahmedia.com/2025/01/22/jhl-disaran-tingkat-keupayaan-pusat-perlindungan-gajah-borneo-sebagai-tarikan-pelancong/ https://sabahmedia.com/2025/01/22/jhl-disaran-tingkat-keupayaan-pusat-perlindungan-gajah-borneo-sebagai-tarikan-pelancong/#respond Wed, 22 Jan 2025 01:41:30 +0000 https://sabahmedia.com/?p=67275
Read Time:1 Minute, 18 Second

Kinabatangan: Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah disaran untuk mempertingkatkan lagi peranan dan keupayaan Pusat Perlindungan Gajah Borneo sebagai sebuah tarikan pelancongan.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Christina Liew berkata, Pusat Perlindungan Gajah Borneo yang ditubuhkan pada 2013 itu merupakan sebahagian daripada Pusat Perlindungan Hidupan Liar Kinabatangan.

Katanya, pusat itu menjadi habitat kepada dua ekor gajah dewasa, empat ekor gajah muda, dan dua ekor anak gajah.

“Terdapat banyak ruang untuk pembangunan pemuliharaan dan pelancongan memandangkan hanya 32 hektar daripada 26,000 hektar Pusat Perlindungan Hidupan Liar Kinabatangan telah dibangunkan setakat ini.

“Pelawat yang tidak dapat melihat gajah di sepanjang Sungai Kinabatangan melalui bot akan datang ke siji untuk melihat lebih dekat mamalia ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan selepas mengadakan lawatan ke Pusat Perlindungan Gajah Borneo di sini.

Dalam lawatan itu, Christina turut diberikan taklimat oleh Pegawai Hidupan Liar Daerah Kinabatangan dan Tongod, Sylvia Alsisto.

Sylvia berkata, Pusat Perlindungan Hidupan Liar Kinabatangan yang terletak di sepanjang Sungai Kinabatangan diwartakan pada tahun 2005 sebagai kawasan penting untuk pemuliharaan hidupan liar di Sabah.

“Pusat ini menjadi habitat kepada pelbagai spesies ikan, burung, mamalia, reptilia dan amfibia,” katanya.

Pusat Perlindungan Gajah Borneo memainkan pelbagai peranan untuk menjadi sebuah pusat pemulihan sementara untuk gajah yang diselamatkan.

Selain itu, pusat itu juga menjadi Pusat kemudahan rawatan untuk gajah yang cedera dan kemudahan latihan dan proses pemulihan gajah.

Semasa lawatan tersebut, Christina berpeluang mendekati dua anak gajah yang comel bernama Agatis, seekor betina berusia dua tahun, dan Amuak, seekor jantan berusia 18 bulan.  – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/01/22/jhl-disaran-tingkat-keupayaan-pusat-perlindungan-gajah-borneo-sebagai-tarikan-pelancong/feed/ 0 67275
Bangkai Gajah Pygmy Betina Ditemukan Di Sukau https://sabahmedia.com/2021/10/11/bangkai-gajah-pygmy-betina-ditemukan-di-sukau/ https://sabahmedia.com/2021/10/11/bangkai-gajah-pygmy-betina-ditemukan-di-sukau/#respond Mon, 11 Oct 2021 07:13:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7394
Read Time:40 Second

KINABATANGAN: Bangkai seekor gajah pygmy betina ditemukan di Kawasan Santuari Hidupan Liar di Sukau dekat sini, pada Sabtu lepas (9 Okt).

Pengarah Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah  Augustine Tuuga berkata kematian gajah yang dianggarkan berusia sekitar 25 tahun itu dipercayai disebabkan faktor keradangan pada organ dalaman mamalia berkenaan.

“Terlalu awal untuk mengesyaki terdapat sebarang perbuatan khianat.

“Sampel telah dihantar ke Pusat Racun Negara untuk analisis,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kinabatangan Supritendan Dzulbaharin Ismail berkata polis menerima laporan mengenai penemuan bangkai gajah itu oleh sekumpulan penyelidik hidupan liar pada kira-kira pukul 8.30 pagi di Kawasan Santuari Hidupan Liar Kinabatangan, berhampiran Sungai Resang, Sukau.

Beliau berkata tiada organ atau bahagian badan haiwan itu ditemukan dan mamalia berkenaan dipercayai telah mati dalam tempoh tiga atau empat hari lepas. – BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/11/bangkai-gajah-pygmy-betina-ditemukan-di-sukau/feed/ 0 7394