Oleh MOHAMAD ISA ABD JALIL
Isu pematuhan kepada kadar gaji minimum yang ditetapkan kerajaan terus menjadi perhatian, khususnya di negeri Sabah. Walaupun kadar minimum ini diwujudkan bagi melindungi kesejahteraan pekerja dan memastikan keadilan dalam pasaran buruh, masih terdapat segelintir majikan yang gagal mematuhinya.
Menurut peraturan semasa, kadar gaji minimum di Malaysia telah ditetapkan pada RM1,700 sebulan bermula 1 Februari 2025. Kadar ini terpakai di seluruh negara termasuk Sabah. Ia juga terpakai kepada pekerja sambilan harian (PSH), dengan kadar harian minimum sebanyak RM80 sehari.
Bagi majikan yang menggajikan kurang daripada lima orang pekerja, penangguhan selama enam bulan diberikan dan mereka wajib mematuhi kadar ini mulai 1 Ogos 2025.
REALITI SEMASA DAN CABARAN
Di Sabah, sektor seperti perladangan, peruncitan dan perkhidmatan sering menjadi tumpuan isu ini. Ada majikan mendakwa mereka tidak mampu menampung kos operasi jika dipaksa mengikuti gaji minimum.
Malah, ada juga yang mendakwa pekerja tidak layak menerima gaji minimum kerana kekurangan kemahiran atau prestasi kerja yang rendah.
Secara realistik, masyarakat umum juga memahami — bagi perniagaan kecil atau syarikat yang baru mula beroperasi, kekangan kewangan mungkin menyebabkan kesukaran mematuhi sepenuhnya kadar gaji minimum.
Namun, alasan yang sama tidak boleh diterima daripada majikan besar, lebih-lebih lagi agensi yang mempunyai sumber kewangan kukuh seperti badan berkanun, syarikat milik kerajaan (GLC), dan kontraktor swasta yang mendapat tender kerajaan.
Namun begitu, hasil kajian awal saya mendapati, ada “majikan besar” di Sabah yang masih mengekalkan kadar elaun pekerja sambilan harian (PSH) serendah RM54 sehari, walaupun pekeliling kerajaan telah menetapkan minimum RM80 sehari.
Majikan “besar” ini sepatutnya mencontohi syarikat-syarikat Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) yang berusaha keras menyahut aspirasi Madani dalam menoktahkan kadar kemiskinan negara. Cuba kita fikir dari hati nurani, letak diri kita di tempat mereka: RM54 sehari, darab 20 hari bekerja, mereka hanya mendapat RM1,080 lebih sebulan gaji kasar dan belum tolak EPF dan PERKESO. Ini sudah tergolong kategori fakir miskin.
Ironinya, pekerja PSH ini diminta bekerja dengan tanggungjawab dan beban tugas setaraf dengan staf tetap.
KESAN KETIDAKPATUHAN
Kegagalan membayar gaji minimum memberi kesan buruk kepada pekerja dan ekonomi secara keseluruhan. Pekerja yang menerima gaji rendah berdepan tekanan kewangan yang serius, menyebabkan kualiti hidup yang rendah dan potensi masalah sosial seperti hutang berlebihan dan kesihatan mental terjejas.
Lebih membimbangkan, dengan gaji yang begitu kecil, pekerja-pekerja ini akan sentiasa mencari jalan untuk berpindah ke tempat kerja lain yang boleh memberi mereka gaji lebih tinggi. Fenomena ini menyebabkan syarikat membuang masa, dana dan tenaga yang telah dilaburkan untuk melatih pekerja tersebut. Akhirnya, kemahiran yang diasah itu akan dimanfaatkan oleh syarikat lain. Ini bukan sahaja merugikan majikan dari segi kos latihan, malah menjejaskan kestabilan operasi perniagaan.
Bagi majikan, ketidakpatuhan bukan sahaja mengundang tindakan undang-undang dan denda yang berat — sehingga RM10,000 bagi setiap pekerja yang terjejas — tetapi juga boleh menjejaskan reputasi perniagaan. Pelabur kini semakin mengambil kira amalan tanggungjawab sosial korporat (CSR) sebelum melabur dalam sesebuah syarikat atau negeri.
MAJIKAN SEBAGAI RAKAN PEMBANGUNAN
Majikan harus sedar bahawa pematuhan kepada gaji minimum bukan sekadar mematuhi peraturan tetapi satu pelaburan jangka panjang. Pekerja yang dibayar dengan adil lebih bermotivasi, produktif dan setia kepada majikan. Ia juga mengurangkan kadar pusing ganti pekerja dan kos latihan kakitangan baharu.
Kerajaan negeri dan persekutuan juga digesa menyediakan insentif kepada majikan yang mematuhi atau melebihi kadar gaji minimum. Selain itu, audit dalaman gaji harus dilaksanakan secara berkala oleh syarikat bagi memastikan mereka terus mematuhi garis panduan yang ditetapkan.
PERANAN KERAJAAN
Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Sabah diseru untuk mempergiatkan pemantauan dan tindakan penguatkuasaan. Kempen kesedaran juga perlu dilaksanakan secara agresif untuk mendidik majikan dan pekerja tentang hak dan tanggungjawab masing-masing.
Kerajaan juga boleh bekerjasama dengan persatuan industri dan dewan perniagaan untuk mewujudkan dialog yang konstruktif bagi mencari penyelesaian kepada cabaran kos operasi, tanpa mengorbankan hak pekerja.
PENUTUP
Mematuhi kadar gaji minimum bukan sahaja soal undang-undang tetapi soal keadilan sosial. Majikan Sabah perlu mengambil tanggungjawab ini dengan serius dan menjadi contoh kepada negeri-negeri lain. Dengan memastikan pekerja menerima gaji yang adil, kita bukan sahaja menghormati hak asasi manusia tetapi juga menyumbang kepada pembangunan ekonomi yang lebih mampan dan inklusif untuk semua.
]]>Kota Kinabalu, 8 Mac 2025 – Industri perkhidmatan kejuruteraan di Sabah kini berdepan cabaran besar apabila ketidakpatuhan terhadap Skala Yuran Jurutera (SOF) menjejaskan daya saing firma tempatan dan peluang pekerjaan bernilai tinggi bagi tenaga kerja profesional. Berdasarkan Kajian Gaji 2024 yang dijalankan oleh Persatuan Jurutera Perunding Malaysia (ACEM), ketidakpatuhan ini bukan sahaja menyumbang kepada kadar gaji yang lebih rendah, tetapi juga mengehadkan pertumbuhan sektor kejuruteraan di negeri ini.
Menurut laporan ACEM, jurutera di Sabah menerima gaji yang lebih rendah berbanding rakan sejawat mereka di Semenanjung Malaysia. Gaji median untuk jurutera baharu di Sabah adalah antara RM2,500 hingga RM3,500, manakala di Kuala Lumpur dan Selangor, ia boleh mencecah RM4,000. Keadaan ini telah menyebabkan ramai jurutera berhijrah ke kawasan yang menawarkan imbuhan lebih baik seperti Kuala Lumpur, Singapura dan Indonesia-Kalimantan.
“Ketidakpatuhan terhadap SOF menyukarkan firma untuk menarik dan mengekalkan jurutera berpengalaman, yang seterusnya menghadkan keupayaan mereka untuk membida projek berskala besar,” kata seorang jurutera.
Data ACEM turut menunjukkan bahawa firma kejuruteraan kecil dan sederhana di Sabah menghadapi kesukaran dalam mengekalkan daya saing kerana margin keuntungan yang rendah akibat bayaran yuran perkhidmatan yang tidak selari dengan skala yang ditetapkan.
“Jika pematuhan terhadap SOF dapat dipertingkatkan sebanyak 20%, industri boleh menjana tambahan RM160 juta setahun, sekaligus mencipta hampir 5,000 pekerjaan baharu dalam bidang kejuruteraan dan teknikal,” kata laporan tersebut.
Firma-firma kecil juga berdepan cabaran untuk melabur dalam latihan dan pembangunan profesional bagi tenaga kerja mereka. Tanpa sumber kewangan yang mencukupi, mereka tidak dapat menyediakan latihan yang diperlukan untuk mendapatkan sijil profesional seperti Kejuruteraan Profesional (PE) atau pensijilan antarabangsa yang membolehkan mereka bersaing di peringkat ASEAN.

Pasaran ASEAN menawarkan peluang besar kepada firma kejuruteraan Malaysia, khususnya di Indonesia, Filipina dan Brunei. Projek mega seperti pemindahan ibu negara Indonesia ke Kalimantan (Nusantara) bernilai RM135 bilion dan projek pembangunan infrastruktur di Brunei bernilai RM1.6 bilion membuka ruang luas kepada firma dari Malaysia.
Namun, firma Sabah menghadapi cabaran untuk menembusi pasaran ini kerana kekurangan kepakaran dalam kod kejuruteraan antarabangsa serta daya saing yang rendah disebabkan pematuhan SOF yang lemah.
“Tanpa pematuhan terhadap SOF, firma kejuruteraan di Sabah tidak dapat meningkatkan skala operasi mereka dan ini menyebabkan mereka kehilangan peluang dalam pasaran bernilai berbilion ringgit di rantau ini,” jelas laporan itu.
Bagi memastikan kelangsungan industri kejuruteraan di Sabah, pematuhan terhadap SOF perlu diperkukuhkan. Langkah ini bukan sahaja akan meningkatkan daya saing firma tempatan, malah ia juga dapat membantu dalam mencipta pekerjaan bernilai tinggi, menarik lebih banyak bakat tempatan, serta memastikan firma kejuruteraan Sabah mampu bersaing di peringkat serantau.
Dengan sokongan daripada agensi kerajaan dan badan profesional seperti ACEM dan Lembaga Jurutera Malaysia (BEM), firma kejuruteraan di Sabah boleh berkembang dan memainkan peranan lebih besar dalam pembangunan infrastruktur di Malaysia dan ASEAN.
—————————————————————————————————-
Penulis adalah Ir. Amirul Hisham Datuk Hj. Ismail yang merupakan Ahli Jawatankuasa SOF BEM, Ahli Majlis ACEM, Bekas Pengerusi Cawangan ACEM Sabah, Bekas Ahli Jawatankuasa Eksekutif IEM Sabah
]]>Pada minggu lalu, Bank Dunia di laporkan berkata terdapat jurang yang besar di antara jumlah graduan berpendidikan tinggi dengan jumlah pekerjaan yang setanding dengan kelayakan graduan di Malaysia. Situasi ini semakin serius sehinggakan enam graduan terpaksa bersaing untuk satu jawatan.
Menurut Bank Dunia, situasi berkenaan menunjukkan:
Rumusan laporan Bank Dunia berkenaan selari dengan laporan Sorotan Pasaran Buruh Suku Ke-3 2024 yang di terbitkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dua hari lepas.
DOSM melaporkan terdapat sejumlah 1.95 juta penduduk bekerja berpendidikan tinggi tetapi melakukan pekerjaan separuh mahir dan berkemahiran rendah. Jumlah 1.95 juta ini merangkumi lebih satu pertiga (36.8%) daripada jumlah keseluruhan tenaga kerja berpendidikan tinggi.
Angka besar tersebut membuktikan isu ini adalah sangat serius. Untuk setiap 3 graduan, seorang akan tergolong di dalam kelompok tersebut.

Fakta menarik: Berdasarkan definisi DOSM, Guna Tenaga Tidak Penuh Berkaitan Kemahiran merujuk kepada tenaga kerja yang memiliki pendidikan tinggi/ tertiari tetapi bekerja di dalam kategori separuh mahir dan berkemahiran rendah.
Dalam bahasa mudah, situasi ini di panggil underemployment.
Laporan DOSM berkenaan turut melaporkan bahawa Malaysia telah merekodkan kadar pengangguran 3.2%. Malah, kadar pengangguran negara telah merekodkan trend menurun dan stabil tanpa sebarang lonjakan.
Secara umumnya, kadar pengangguran di bawah 4% di terima-pakai di seluruh dunia sebagai guna tenaga penuh/ full employment.

Dengan kadar pengangguran menurun dan rendah yang di terima-pakai sebagai full employment, ini bermakna negara menyediakan peluang pekerjaan yang ‘mencukupi’ untuk keseluruhan tenaga kerja yang bekerja. Namun begitu, realitinya jenis pekerjaan sediada tidak ‘mencukupi’ untuk graduan berpendidikan serta berkemahiran tinggi.
Menurut laporan DOSM berkenaan, sepanjang Suku Ke-3 2024 (Julai – September 2024), majoriti pekerjaan yang di wujudkan merangkumi separuh mahir (63.3%) dan kemahiran rendah (10.3%). Sebaliknya, jumlah pekerjaan mahir yang di wujudkan hanyalah 26.4%.
Malah, peratusan pewujudan pekerjaan mahir telah menurun 9.1% berbanding setahun yang lepas. Manakala pekerjaan separuh mahir telah meningkat 3.5%.

Serupa juga, sepanjang Suku Pertama dan Ke-2 2024 (Januari – Jun 2024), majoriti pekerjaan yang di wujudkan merangkumi separuh mahir dan berkemahiran rendah.
| Suku 1 2024 | Suku 2 2024 | Suku 3 2024 | |
| Mahir | 27.5 % | 26.7 % | 26.4 % |
| 8.9 ribu | 8.5 ribu | 8.39 ribu | |
| Separuh Mahir | 61.9 % | 62.9 % | 63.3 % |
| 19.9 ribu | 20.02 ribu | 20.13 ribu | |
| Berkemahiran Rendah | 10.5 % | 10.4 % | 10.3 % |
| 3.4 ribu | 3.33 ribu | 3.27 ribu |
Sebenarnya, isu underemployment ini bukanlah satu perkara yang baru. Ianya telah berlanjutan untuk tempoh yang lama. Pada suatu ketika, di antara tahun 2015 – 2021, isu ini telah merekodkan trend peningkatan, sebelum mula menurun sehingga sekarang.
Walaupun peratusan sudah mula menurun, jumlah tenaga kerja yang terlibat terus meningkat tinggi.

Ini tidaklah mengejutkan memandangkan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tempatan melahirkan jumlah graduan yang besar setiap tahun. Menurut hasil kajian Pusat Kajian Pasaran Buruh Masa Hadapan/ Centre for Future Labour Market Studies (EU-ERA) yang di laporkan pada tahun 2023, setiap tahun sekitar 224,000 graduan di lahirkan oleh IPT tempatan, berbanding sekitar 127,000 peluang pekerjaan berkemahiran tinggi.
Di samping itu, hasil kajian EU-ERA menunjukkan kadar underemployment negara adalah lebih kurang sama dengan purata negara-negara OECD (Organisation for Economic Co-Operation and Development), iaitu 34.4%.
Malah, sesetengah negara maju telah merekodkan kadar underemployment/ underutilisation yang tinggi melebihi Malaysia, seperti: Kanada (38.2%), Jerman (39.9%) dan Great Britain (40.5%).
Ini menunjukkan underemployment adalah isu global, yang di hadapi oleh banyak negara di seluruh dunia.

Isu underemployment turut menonjolkan hakikat sebenar berkaitan pelaburan yang banyak di terima oleh Malaysia:
Sebagai contoh. Untuk 6 bulan pertama tahun 2024 (Januari – Jun 2024), jumlah pelaburan di luluskan/ approved investment adalah RM 160 billion, dengan hampir 80,000 peluang pekerjaan baru.
Walaupun jumlah pelaburan yang begitu besar, jumlah peluang pekerjaan yang dapat di wujudkan hanyalah sedikit sahaja. Secara purata, setiap pekerjaan di wujudkan dengan pelaburan sebanyak RM 2.02 juta.

Selain itu, Perdana Menteri Malaysia telah memaklumkan bahawa Malaysia telah meluluskan pelaburan untuk Pusat Data dan Perkhidmatan Awan berjumlah RM 114.7 billion, untuk tempoh masa 2021 – 2023.
Pelaburan besar ini menyediakan 2,325 peluang pekerjaan baru seperti saintis data, penganalisis keselamatan siber dan jurutera rangkaian. Secara purata, setiap pekerjaan itu di wujudkan dengan pelaburan sebanyak RM 49.3 juta.
Perkara ini serentak menimbulkan cabaran dan dilemma kepada negara. Sasaran negara untuk memperolehi lebih banyak pelaburan berasaskan teknologi dan nilai-tambah tinggi sudah pasti tidak dapat mewujudkan jumlah peluang pekerjaan berkemahiran tinggi yang mencukupi untuk rakyat Malaysia.
Justeru itu, Kerajaan Malaysia perlu memperolehi jumlah pelaburan yang sangat besar ratusan billion setiap tahun agar dapat mewujudkan peluang pekerjaan yang mencukupi. Ini adalah satu cabaran yang sangat hebat, memandangkan persaingan sengit dari negara-negara jiran yang juga dahagakan pelaburan.
Akhirnya, isu underemployment ini telah menyebabkan ramai graduan kecewa kerana tidak mendapat pekerjaan yang setimpal dengan kelayakan yang di miliki. Dan sengsara kerana memperolehi pendapatan yang rendah serta sukar menangani kos sara hidup yang semakin meningkat.
Termasuklah keupayaan membayar balik pinjaman pelajaran.
Beberapa hari lepas, Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia memaklumkan bahawa, sehingga 31 Ogos 2024, seramai 415,109 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak pernah membuat bayaran balik pinjaman pembiayaan pelajaran. Daripada jumlah tersebut, 189,580 (45.7%) peminjam terdiri daripada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
Ini bermakna lebih 45% peminjam PTPTN sememangnya tidak memiliki keupayaan untuk membayar balik pinjaman.
Fakta menarik: Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah satu inisiatif oleh Kerajaan Malaysia bagi membantu golongan berpendapatan rendah menangani cabaran kos sara hidup. Pada tahun 2023, pelaksanaan STR melibatkan peruntukkan RM 8 billion, dengan 8.7 juta penerima STR di seluruh negara.
Tambahan lagi, isu underemployment ini juga telah menghasilkan kelompok golongan muda yang tidak berminat untuk melanjutkan pengajian tinggi. Bahkan ada yang memperlekehkan kelayakan pengajian tinggi.
Golongan muda ini berpendapat apa guna-nya belajar tinggi-tinggi tetapi akhirnya dapat pekerjaan dengan gaji yang rendah, dan terpaksa pula menanggung bebanan hutang pinjaman pelajaran.
Walaupun ini adalah pemikiran yang dangkal dan tidak berpandangan jauh, tetapi inilah hakikat sebenar yang di hadapi oleh jutaan graduan yang merana kerana isu underemployment di dalam negara ketika ini.
Data Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menunjukkan ratusan ribu pelajar lepasan SPM telah tidak melanjutkan pengajian tinggi. Sebagai contoh, hampir 50% (180,680) pelajar lepasan SPM 2021 telah tidak melanjutkan pengajian tinggi:
Angka besar ini amatlah membimbangkan dan sudah pasti akan menjejaskan agenda pembangunan negara.
]]>Oleh : WAN AZRAIN ADNAN
1. Pada minggu lepas, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan pelarasan gaji kakitangan awam, di mana Skim Saraan Malaysia (SSM) di ganti dengan Skim Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA). Pelarasan gaji ini di anggarkan berjumlah lebih RM 10 billion setahun, yang akan di bentangkan secara terperinci pada Belanjawan 2025 nanti.
2. Ini adalah susulan kepada pengumuman kenaikan gaji penjawat awam yang telah di buat oleh Perdana Menteri Malaysia pada 1 Mei 2024, sempena sambutan Hari Pekerja 2024.
3. Secara ringkasnya, pelarasan gaji berkenaan melibatkan kadar di antara 7% – 15% mengikut kumpulan penjawat awam dan di laksana menerusi 2 fasa:

4. Perdana Menteri Malaysia turut memaklumkan bahawa pelarasan gaji ini di laksanakan menerusi dua fasa dengan mengambil kira kekangan kewangan Kerajaan Malaysia kerana ianya melibatkan jumlah perbelanjaan yang besar. Dan pelaksanaan secara berfasa juga akan dapat mengelakkan peningkatan inflasi secara mendadak.
5. Sebagai contoh. Kiraan pelarasan gaji penjawat awam:

6. Pelarasan gaji ini sudah pasti memberi kegembiraan kepada kira-kira 1.6 juta penjawat awam, memandangkan sudah lebih 10 tahun penjawat awam tidak menikmati pelarasan gaji besar, sejak semakan terakhir pada tahun 2013.
7. Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) di laporkan berkata bahawa pelarasan gaji berkenaan adalah hadiah yang sangat besar dan bermakna kepada para guru. Ini di jangka akan dapat mengurangkan trend guru bersara awal ketika ini.
8. Dengan pelarasan gaji berkenaan, Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Malaysia pula menjangkakan lebih ramai rakyat Malaysia, terutamanya bakat muda, berminat untuk menyertai perkhidmatan awam.
9. Perkhidmatan awam wajar menjadi pilihan utama bakat muda negara, setanding dengan sektor swasta. Suatu ketika dahulu, perkhidmatan awam negara adalah pilihan utama kepada ramai top achiever dari universiti terkemuka tempatan dan dunia. Namun begitu, dengan kemajuan negara, sektor swasta yang berkembang pesat telah berjaya menarik ramai top achiever dengan prospek kerjaya yang dinamik dan pendapatan yang lumayan.
10. Penglibatan bakat muda top achiever di dalam perkhidmatan awam boleh melonjakkan pembangunan negara, menerusi pelaksanaan dasar dan polisi yang fresh dan berkesan.
11. Di samping itu, antara cabaran utama penjawat awam ketika ini ialah menangani dua pandangan negatif rakyat terhadap perkhidmatan awam negara, iaitu:
Samada ini adalah persepsi semata-mata, itu adalah cabaran kepada penjawat awam untuk tangani agar dapat memenangani kembali kepercayaan rakyat.
12. Dengan pelarasan gaji ini, bagaimana pula nasib pekerja di sektor swasta?
13. Persoalan ini penting kerana majoriti pekerja di Malaysia bekerja di sektor swasta. Data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) 2024 menunjukkan terdapat sejumlah 16.40 juta penduduk bekerja di Malaysia. Dengan kiraan dan andaian mudah, ini bermakna penjawat awam hanyalah merangkumi sekitar 10% (1.6 juta orang) dari jumlah keseluruhan pekerja negara.
14. Rata-rata, sejumlah besar pekerja di Malaysia menerima pendapatan yang kecil. Situasi ini telah menyebabkan ramai menghadapi kesukaran menjalani kehidupan bermaruah akibat cabaran kos sara hidup yang terus meningkat tinggi.
15. Sebagai contoh. Laporan Statistik Upah Pekerja Sektor Formal Suku Pertama 2024 oleh DOSM menunjukkan:
Malah, beberapa negeri dan wilayah telah merekodkan median upah bulanan yang jauh lebih rendah dari kadar nasional: Kelantan (RM 1,645), Perlis (RM 1,682) dan Sabah (RM 1,882).

16. Selain itu, Laporan Survei Pendapatan Isi rumah 2022 oleh DOSM menunjukkan banyak isi rumah/ households yang memiliki pendapatan boleh guna/ disposable income yang kecil:

17. Bersandarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) yang telah di tetapkan oleh Kerajaan Malaysia, ini bermakna:

18. Justeru itu, untuk mendorong kenaikan gaji pekerja di seluruh negara, Kerajaan Malaysia boleh mengguna-pakai mekanisma Gaji Minimum. Penetapan kadar Gaji Minimum yang baru akan dapat meningkatkan gaji pekerja sektor swasta, selari dengan pelarasan gaji penjawat awam terkini.
19. Memperakui paras gaji pekerja negara yang rendah, Kerajaan Malaysia telah memperkenalkan dasar Gaji Minimum pada tahun 2012. Sejak itu, kadar Gaji Minimum telah di naikkan beberapa kali dari RM 900 (2012) kepada RM 1,500 (2022), iaitu peningkatan melebihi 65% dalam tempoh masa 10 tahun.
Kenaikan kadar Gaji Minimum berkenaan di buat dengan mengambil-kira kenaikan kos sara hidup rakyat.

20. Kini, semua pihak berkepentingan sedang menanti penetapan kadar Gaji Minimum baru, yang di selaraskan setiap 2 tahun. Beberapa hari lepas, Menteri Sumber Manusia Malaysia telah memaklumkan bahawa Kementerian Sumber Manusia Malaysia (KESUMA) telah menerima cadangan kadar Gaji Minimum baru dari Majlis Perundingan Gaji Negara.
Menurut beliau, cadangan ini akan di bentangkan di dalam Mesyuarat Kabinet Menteri Malaysia pada bulan hadapan.
21. Persoalannya: berapakah kadar Gaji Minimum yang sesuai dengan kos sara hidup masakini?
22. Mungkin kadar Gaji Minimum baru yang sesuai ialah di antara RM 1,600 – RM 1,800, iaitu kenaikan antara RM 100 – RM 300 (7% – 20%). Ini kerana sebarang kenaikan kadar Gaji Minimum mesti turut mengambil kira kemampuan majikan untuk menampung kenaikan kos pekerja, terutamanya Perusahaan Mikro Kecil & Sederhana (PMKS) yang merangkumi hampir 50% jumlah pekerja negara.
Kadar Gaji Minimum negara tidak sepatutnya menjejaskan kesejahteraan ekonomi negara, di mana pekerja bahagia tetapi majikan sengsara.
23. Malah, beberapa hari lepas, Presiden Malaysian Employers Federation (MEF) telah mencadangkan supaya Kerajaan Malaysia mempertimbangkan pengecualian Perusahaan Mikro Kecil & Sederhana (PMKS) dari pelaksanaan dasar Gaji Minimum, seperti di Amerika Syarikat, Jepun dan Korea Selatan.
Menurut beliau, ketika ini PMKS sedang mengalami isu aliran wang tunai dan hanya meraih keuntungan kecil di antara 5% – 10%.
24. Sebaliknya, beliau mencadangkan agar PMKS di benar untuk menawarkan gaji yang berpatutan dan termampu kepada pekerja, daripada terpaksa membayar gaji tinggi mengikut kadar Gaji Minimum yang akhirnya boleh menyebabkan kepada penutupan perniagaan.
25. Pada masa yang sama, Kerajaan Malaysia telah memperkenalkan dasar Gaji Progresif beberapa bulan lepas. Dasar baru ini bertujuan untuk meningkatkan gaji pekerja selari dengan peningkatan produktiviti. Pelaksanaan Gaji Progresif di lihat sebagai melengkapi inisiatif gaji sediada, iaitu Gaji Minimum dan Productivity-Linked Wage System (PLWS).
26. Fakta menarik. Ketika ini, Projek Rintis Gaji Progresif sedang di laksanakan oleh Kerajaan Malaysia:

27. Sebagai contoh. Bersandarkan kadar Dasar Gaji Progresif (DGP) untuk pelbagai pekerjaan di Malaysia, insentif yang akan di berikan oleh Kerajaan Malaysia kepada syarikat adalah:

28. Kejayaan dasar gaji negara bergantung kepada peningkatan produktiviti pekerja. Jika gaji pekerja meningkat tanpa peningkatan produktiviti, sudah pasti majikan akan mengalami ‘kerugian’ kerana terpaksa menampung kos pekerja yang lebih tinggi tanpa mendapat ‘keuntungan’ sewajarnya.
Seterusnya, negara juga akan rugi apabila kos pekerja yang tinggi tanpa produktiviti yang sama tinggi boleh melemahkan daya-saing negara.
29. Menurut laporan World Competitiveness Ranking (WCR) 2024 yang di terbitkan oleh International Institute for Management Development (IMD), nilai produktiviti pekerja yang tinggi akan meningkatkan daya-saing sesebuah negara.

30. Gaji bermaruah, rakyat bertuah. Produktiviti meningkat, majikan makmur. Rakyat bahagia, negara sejahtera.
]]>11 Jun 2021
Erdie Ab Wahid
[email protected]
KOTA KINABALU: Keputusan kerajaan Sabah melaksanakan pemotongan gaji sebanyak sebanyak 50 peratus membabitkan menteri dan pembantu menteri Sabah selama dua bulan berkuatkuasa bulan ini disambut baik oleh beberapa barisan kabinet yang terlibat.
Bagi Menteri Tugas-Tugas Khas Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, keputusan itu adalah sebagai tanda keprihatinan dan kebersamaan jemaah menteri serta barisan kabinet Sabah dengan apa yang dihadapi oleh rakyat.
“Selaku antara menteri kabinet Sabah, saya menyokong keputusan melaksanakan pemotongan gaji untuk bagi membantu dan membiayai pengurusan pandemic COVID-19 di negeri ini.
“Selain itu, pengumuman Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berhubung Bantuan Sabah Prihatin 3.0 juga merupakan tanda keprihatinan kerajaan dimana semua sektor yang terjejas turut diberi bantuan,”katanya ketika dihubungi Sabah Media disini semalam.
Mohd Arifin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut berkata, semua pihak juga perlu sentiasa berpadu tenaga bersama kerajaan bagi melandaikan lekuk COVID-19 di seluruh negara khususnya di Sabah.
“Bantu kerajaan dalam mematuhi prosedur standard operasi (SOP) dan bantu kerajaan dalam mendukung program vaksinasi supaya dapat segera mencapai imuniti kelompok,”katanya.
Bagi Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Shahelmey Yahya turut menyokong penuh dengan keputusan yang diumumkan Ketua Menteri terhadap pemotongan gaji sebanyak 50 peratus babitkan menteri dan pembantu menteri.
“Mesyuarat kabinet yang dipengerusikan Ketua Menteri Rabu lalu telah bersetuju sebulat suara untuk melaksanakan pemotongan gaji jemaah menteri dan pembantu menteri.
“Pemotongan gaji ini adalah sebagai tanda kebersamaan kita berkorban dan menyumbang kepada tabung pengurusan bencana COVID-19 di Sabah,”katanya.
Sementara itu, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Isnin Aliasneh berkata, pemotongan itu merupakan keputusan terbaik bagi membantu rakyat dan pihak yang terkesan ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Sabah.
“Demi rakyat yang ramai terkesan dan secara peribadi saya setuju dan bersedia dengan pemotongan gaji sebanyak 50 peratus,”katanya.
]]>KOTA KINABALU: Kerajaan negeri mengambil keputusan melaksanakan pemotongan gaji sebanyak 50 peratus membabitkan menteri dan pembantu menteri Sabah selama dua bulan berkuatkuasa bulan ini.
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan perkara demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet Negeri Sabah semalam.
“Selain menteri dan pembantu menteri, semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) turut melepaskan 30 peratus daripada gaji mereka selama sebulan.
“Semua simpanan itu akan digunakan sebagai dana bagi membiayai pengurusan pandemic COVID-19 dan kerajaan GRS bersatu untuk terus bersama rakyat dalam menghadapi masa sukar ini,”katanya dalam kenyataan disini hari ini.
Hajiji yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan Bantuan Sabah Prihatin 3.0 COVID-19 berjumlah RM120,469,481 juta dan tambahan RM34.4 juta untuk bantuan bakul makanan kepada semua sektor yang terkesan akibat pandemik.
]]>