Galakan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 23 Aug 2021 12:11:04 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Galakan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 ‘Spiderman’ Ranau Beri Galakan Individu Yang Layak Supaya Terima Vaksin https://sabahmedia.com/2021/08/23/spiderman-ranau-beri-galakan-individu-yang-layak-supaya-terima-vaksin/ https://sabahmedia.com/2021/08/23/spiderman-ranau-beri-galakan-individu-yang-layak-supaya-terima-vaksin/#respond Mon, 23 Aug 2021 12:10:09 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5135
Read Time:1 Minute, 17 Second

RANAU : Tampil dengan kostum unik sebagai adiwira ‘Spiderman’ berjaya mencuri perhatian petugas barisan hadapan dan penerima vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Masyarakat Ranau disini hari ini.

Steve Joseph,35, yang datang ke PPV lengkap mengenakan kostum itu membuatkan ramai mata memandang dan seterusnya mengambil kesempatan merakam gambar kenangan bersama ‘Spiderman’.

‘Spiderman’ yang berasal dari Kampung Kigiok itu berkata, dia tampil dengan kelainan sebegitu sebagai simbolik kepada orang ramai bahawa orang yang kuat dan kebal juga perlu divaksin bagi membantu mengurangkan risiko jangkitan COVID-19.

Beliau berkata, pemberian vaksin itu memberi jaminan bahawa semua orang akan merasa selamat sekiranya diberi vaksin COVID-19.

“Hari ini saya datang ke PPV Dewan Masyarakat Ranau untuk menerima vaksin dos pertama selain ingin memberi sokongan dan galakan kepada orang ramai supaya mengambil vaksin COVID-19.

“Kita tidak perlu risau kerana vaksin yang disediakan ini akan dapat membantu kita terhindar dari risiko jangkitan yang lebih teruk,” katanya ketika ditemubual disini hari ini.

Seorang lagi penerima vaksin, Sylvia Joanis,35, dari Kampung Nampasan Baru turut mengenakan pakaian ala tradisional suku kaum Dusun Ranau.

Katanya, sebagai penduduk daerah ini, dia mahu menampilkan kelainan dengan mempamerkan kepelbagaian suku kaum di Sabah menerusi pemakaian pakaian tradisional.

“Hari ini saya mengenakan baju t-shirt bercorakkan suku kaum Dusun Ranau, saya ingin mempamerkan kepelbagaian dalam suasana pandemik COVID-19,” katanya.

Terdahulu, sermaai 703 penerima vaksin hadir ke PPV Dewan Masyarakat Ranau untuk menerima suntikan dos pertama dan dos kedua.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/23/spiderman-ranau-beri-galakan-individu-yang-layak-supaya-terima-vaksin/feed/ 0 5135
Beri Galakkan Satu Sama Lain Tampil Untuk Mendaftar Dan Diberi Vaksin Covid-19 – Dr Roland Chia. https://sabahmedia.com/2021/06/08/beri-galakkan-satu-sama-lain-tampil-untuk-mendaftar-dan-diberi-vaksin-covid-19-dr-roland-chia/ https://sabahmedia.com/2021/06/08/beri-galakkan-satu-sama-lain-tampil-untuk-mendaftar-dan-diberi-vaksin-covid-19-dr-roland-chia/#respond Tue, 08 Jun 2021 04:49:14 +0000 https://sabahmedia.com/?p=778
Read Time:1 Minute, 10 Second

8 Jun 2021
Normimie Diun
[email protected]

KOTA KINABALU: Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah, Dr Roland Chia Ming Shen bersama dengan Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Noorliza Awang Alip melawat kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Pangsapuri Taman Wangsa di Telipok kira-kira 15km dari Bandaraya Kota Kinabalu, hari ini. 

Lawatan ini adalah bertujuan untuk memberi semangat kepada para barisan hadapan dan pihak pengurusan yang menjaga benteng pertahanan untuk memerangi penularan Covid-19 kepada 240 unit rumah yang mempunyai lebih dari 800 penghuni semasa tempoh PKPD ini. 

Semasa lawatan tersebut, Dr Roland Chia Ming Shen memuji Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah yang telah memulakan program vaksinasi Covid-19 mereka untuk menjangkau program bergerak dengan memberi vaksin kepada warga emas di kebanyakan rumah orang tua di sekitar daerah Kota Kinabalu. 

Dr Roland Chia berharap masyarakat memahami bahawa semua agensi kerajaan negeri dan persekutuan melakukan yang terbaik untuk memerangi wabak ini. 

“Orang ramai tidak boleh menjauhi vaksinasi dan sebaliknya harus memberi galakkan satu sama lain tampil untuk mendaftar dan diberi vaksin Covid-19,” kata Dr Roland Chia.

Tambahnya, untuk mengatasi wabak ini, imuniti berkelompok sangat penting untuk terus maju. 

Dalam pada yang sama, Dr Roland Chia menzahirkan ucapan terima kasihnya kepada Pengarah Urusan Kim Teck Cheong Consolidated Berhad, Dexter Lau, kerana telah menyumbangkan 1000 keping produk roti dan krim roti kepada penghuni Pangsapuri Taman Wangsa, Telipok.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/08/beri-galakkan-satu-sama-lain-tampil-untuk-mendaftar-dan-diberi-vaksin-covid-19-dr-roland-chia/feed/ 0 778