galeri polis sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 17 Sep 2026 09:14:48 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png galeri polis sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Galeri Polis Sabah dibuka kepada orang awam https://sabahmedia.com/2026/09/17/galeri-polis-sabah-dibuka-kepada-orang-awam/ https://sabahmedia.com/2026/09/17/galeri-polis-sabah-dibuka-kepada-orang-awam/#respond Thu, 17 Sep 2026 09:14:42 +0000 https://sabahmedia.com/?p=103620
Read Time:1 Minute, 52 Second

Oleh Normimie Diun

KOTA KINABALU: Galeri Polis Negeri Sabah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah kini dibuka kepada orang awam sebagai pusat rujukan sejarah kepolisan negeri, termasuk memaparkan pelbagai artifak dan peralatan yang digunakan pasukan keselamatan sejak era penjajahan hingga zaman moden.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun, berkata pembukaan galeri itu kepada masyarakat bermula hari ini, dengan orang awam dialu-alukan untuk melihat sendiri perkembangan sejarah kepolisan di Sabah.

“Jumlah bahan yang dikumpulkan banyak. Kalau dikira setiap item, saya rasa ada beratus-ratus item,” katanya ketika ditemui pada majlis pembukaan galeri itu kepada orang awam, di sini hari ini.

Menurutnya, antara bahan yang dipamerkan termasuk kelengkapan kepolisan, gambar dan logistik yang digunakan pihak polis mengikut perkembangan zaman, selain mesin taip, alat perhubungan serta senjata.

Antara senjata dan pakaian yang digunakan oleh pengganas Sulu semasa insiden di Tanduo pada tahun 2013 turut dipamerkan di Galeri Polis Negeri Sabah di IPK.

Katanya, galeri berkenaan turut memaparkan sejarah serta peristiwa penting yang berlaku di Sabah, termasuk peristiwa berdarah dan insiden Ops Daulat di Tanduo, Lahad Datu pada 2013.

“Di samping itu kita juga membuat beberapa gambaran bagaimana peristiwa-peristiwa besar itu terjadi di Sabah dan menunjukkan kepada awam berkaitan senjata yang digunakan dalam beberapa peristiwa penting,” katanya.

Jauteh berkata galeri itu dibuka setiap hari dari jam 8 pagi hingga 5 petang, namun pengunjung perlu membuat temu janji terlebih dahulu bagi memastikan prosedur keselamatan dipatuhi.

Katanya, nombor perhubungan pegawai yang bertanggungjawab akan disediakan bagi membolehkan orang awam menghubungi pihak galeri untuk menetapkan tarikh lawatan.

“Kalau yang datang tanpa pemakluman itu sukar sedikit kerana kawasan ini merupakan kawasan larangan. Setiap yang masuk perlu kita dokumentasikan mengikut prosedur keselamatan yang ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata lawatan boleh dibuat secara individu atau rombongan, dengan syarat pengunjung terlebih dahulu menghubungi pihak galeri dan memberikan butiran awal untuk tujuan dokumentasi.

Mengenai bayaran masuk, Jauteh berkata jumlah bayaran masih belum ditetapkan dan perkara itu akan dinilai berdasarkan perkembangan serta jumlah lawatan pada masa akan datang.

Antara bahan menarik yang dipamerkan ialah dokumen asal berkaitan Suruhanjaya Cobbold, selain pelbagai artifak sejarah kepolisan Sabah.

Galeri Polis Negeri Sabah sebelum ini dirasmikan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, pada 25 Mac lalu dan berfungsi sebagai pusat rujukan sejarah serta pencapaian PDRM khususnya di Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/09/17/galeri-polis-sabah-dibuka-kepada-orang-awam/feed/ 0 103620
Galeri Polis Sabah simbol pengorbanan dan warisan wira ‘sang saka biru’ https://sabahmedia.com/2026/03/25/galeri-polis-sabah-simbol-pengorbanan-dan-warisan-wira-sang-saka-biru/ https://sabahmedia.com/2026/03/25/galeri-polis-sabah-simbol-pengorbanan-dan-warisan-wira-sang-saka-biru/#respond Wed, 25 Mar 2026 11:41:55 +0000 https://sabahmedia.com/?p=93765
Read Time:1 Minute, 19 Second

KOTA KINABALU : Penubuhan Galeri Polis Negeri Sabah menjadi langkah penting dalam usaha memelihara dan mendokumentasikan sejarah pasukan selain menjadi simbol penghargaan terhadap pengorbanan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Galeri yang dirasmikan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor itu turut memaparkan pelbagai artifak bersejarah termasuk bahan berkaitan Ops Daulat yang menjadi titik hitam dalam sejarah keselamatan Sabah.

Jauteh Dikun

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun berkata, usaha menubuhkan galeri berkenaan bermula sejak 2018, namun berdepan cabaran apabila pelaksanaannya tertangguh akibat pandemik COVID-19.

“Namun, berkat kesungguhan dan komitmen tinggi kepimpinan PDRM Sabah, usaha ini tidak pernah padam dan pada tahun 2022, hasil perbincangan bersama Kerajaan Sabah, peruntukan awal sebanyak RM1.15 juta telah diluluskan.

“Ia adalah bagi memulakan langkah fizikal pembinaan galeri dan tugu peringatan Ops Daulat di Lahad Datu,” katanya ketika berucap pada majlis itu di sini pada Rabu.

Jauteh berkata, antara keunikan galeri tersebut adalah keputusan mengekalkan artifak Ops Daulat di Sabah bagi memastikan sejarah itu kekal dekat dengan rakyat negeri ini.

Katanya, langkah itu penting agar generasi muda dapat memahami dan menghayati pengorbanan anggota keselamatan yang mempertahankan kedaulatan negara.

“Ini bukan sekadar pameran, tetapi satu platform untuk rakyat melihat sendiri bukti perjuangan wira negara yang sanggup berkorban demi keamanan,” katanya.

Dengan pembukaan Galeri Polis Negeri Sabah, PDRM kini mempunyai tiga galeri utama sebagai pusat rujukan sejarah di negara ini.

Selain di Sabah, dua lagi galeri lain adalah di Galeri Darurat Bukit Kepong di Johor dan Galeri Ketua Polis Negara di Kuala Lumpur.

Selain memelihara artifak, galeri ini juga berfungsi sebagai medium pendidikan dan penceritaan sejarah perjalanan pasukan keselamatan di Sabah. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/03/25/galeri-polis-sabah-simbol-pengorbanan-dan-warisan-wira-sang-saka-biru/feed/ 0 93765