Gangguan bekalan air – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 23 Feb 2025 00:05:08 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Gangguan bekalan air – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Gangguan Bekalan Air di Kota Kinabalu dan Tuaran pada 25 Februari https://sabahmedia.com/2025/02/22/gangguan-bekalan-air-di-kota-kinabalu-dan-tuaran-pada-25-februari/ https://sabahmedia.com/2025/02/22/gangguan-bekalan-air-di-kota-kinabalu-dan-tuaran-pada-25-februari/#respond Sat, 22 Feb 2025 11:03:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=69187
Read Time:1 Minute, 15 Second

Oleh FLORIETA DIET

KOTA KINABALU: Sebahagian pengguna di Kota Kinabalu dan Tuaran dijangka mengalami gangguan bekalan air susulan kerja-kerja pembaikan yang akan dilaksanakan pada 25 Februari ini.

Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Ir. Shahelmy Yahya, dalam satu kenyataan hari ini, memaklumkan bahawa penutupan separa kecemasan akan bermula pada jam 8 pagi bagi membolehkan pembaikan lapan Injap Udara dan satu Pam Air Terawat di Loji Rawatan Air Telibong II.

“Sepanjang tempoh pembaikan, loji ini akan beroperasi pada kapasiti terhad, menghasilkan hanya 75 Juta Liter Sehari (JLH) berbanding 96 JLH biasa, iaitu pengurangan 21 peratus dalam pengeluaran air terawat,” katanya.

Antara kawasan yang dijangka mengalami tekanan air rendah atau gangguan sementara termasuk SK Nexilis, Kibing Solar, UMS, Hospital Likas, 1 Borneo, Kingfisher Sulaman, Ujana Kingfisher, Kingfisher Raja Udang, kawasan Sulaman, Indah Permai, Sepanggar, IKM, ILP, TLDM, SSM, UiTM, Gayang (Tuaran), Nexus, Karambunai, dan Politeknik.

Beliau turut menasihatkan pengguna untuk menyimpan bekalan air secukupnya dan menggunakan air secara berhemat sepanjang tempoh gangguan. Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) akan melaksanakan tindakan mitigasi bagi mengurangkan kesan gangguan bekalan.

“Pasukan teknikal akan bekerja sepanjang masa bagi memastikan pembaikan dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan. Setelah selesai, kadar kemasukan air ke tangki utama akan ditingkatkan dan isu gangguan di kawasan hujung sistem bekalan seperti Gayang, TLDM, UMS, Hospital Likas, Kingfisher, Menara Kinabalu, dan Taman Cerah dapat dikurangkan,” tambahnya.

Orang ramai dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat terkini melalui pengumuman rasmi JANS dan sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui talian Careline, laman web, atau media sosial rasmi jabatan itu.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/22/gangguan-bekalan-air-di-kota-kinabalu-dan-tuaran-pada-25-februari/feed/ 0 69187
Isu gangguan bekalan air di sekitar KK disyaki ada unsur sabotaj – Shahelmey https://sabahmedia.com/2024/06/14/isu-gangguan-bekalan-air-di-sekitar-kota-kinabalu-sepanggar-disyaki-ada-unsur-sabotaj-shahelmey/ https://sabahmedia.com/2024/06/14/isu-gangguan-bekalan-air-di-sekitar-kota-kinabalu-sepanggar-disyaki-ada-unsur-sabotaj-shahelmey/#respond Fri, 14 Jun 2024 05:26:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=55968
Read Time:1 Minute, 55 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

PUTATAN: Isu gangguan bekalan air yang sering melanda di sekitar Kota Kinabalu disyaki ada unsur sabotaj oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Kerja Raya, Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata pelbagai cabaran ditempuh dalam mengurus masalah bekalan air ini, namun apa yang lebih mendukacitakan ada pihak yang cuba mensabotajkan segala usaha kerajaan ini.

“Kita dalam mengurus masalah ataupun cabaran bekalan air di Kota Kinabalu atau kawasan-kawasan sekitar Tuaran, Penampang, Putatan dan Papar memang berdepan dengan masalah bekalan air namun demikian pihak Jabatan Air telah berusaha sejak pertengahan tahun lepas sehinggalah sekarang untuk menstabilkan tekanan bekalan air di kawasan-kawasan yang terlibat.

“Apa yang menjadi cabaran kita selain daripada keadaan paip pecah dan juga kecurian, sambungan haram yang agak begitu tinggi terutama di kawasan Sepanggar, yang lebih mendukacitakan kita kebelakangan ini ada unsur-unsur yang kita mengesyaki ada unsur sabotaj.

“Mengapa saya katakan kita mengesyaki ada unsur sabotaj kerana ada beberapa valve (injap) kita ditutup dan ini bukan satu perkara yang orang kata boleh dilakukan oleh orang-orang awam. Jadi kita mengambil serius perkara ini, jadi saya telah mengarahkan agar siasatan dilakukan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Program Kempen Membasmi Infestasi Tikus Daerah Putatan Sempena Kempen Kesihatan Persekitaran Tahun 2024 di Pasar Awam Sementara Putatan di sini, hari ini.

Menurut Shahelmey, pada minggu lepas ada satu laporan polis telah dibuat apabila Taman Sempelang dan Tanjung Aru terputus bekalan air untuk beberapa hari dan pihaknya mendapati bahawa ada valve yang telah ditutup.

“Jadi perkara itu menimbulkan tanda tanya kepada kita sama ada ianya berunsur sabotaj atau sebaliknya,” katanya.

Terdahulu, Shahelmey bertemu dengan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan beliau turut memberikan penerangan mengenai situasi bekalan air semasa kepada mereka.

Ini berikutan satu gerakan Suara Mahasiswa dari UMS akan mengadakan perhimpunan #KamiMahuAir Sabah untuk menyampaikan memorandum kepada Ketua Menteri Sabah di Menara Kinabalu petang ini.

“Kelmarin, saya sempat berjumpa dengan MPP daripada UMS dan kita telah memberi penerangan tentang situasi air semasa UMS dan mereka dapat gambaran yang sebenar, jadi pada petang ini pula ianya digerakkan satu kumpulan Suara Mahasiswa,” katanya.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan gerakan tersebut bermotifkan politik.

“Kalau dilihat daripada komen-komen sebelum ini ianya seakan ada bermotifkan politik jadi kita tunggu apa memorandum gerakan mereka pada petang ini,” ujarnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/06/14/isu-gangguan-bekalan-air-di-sekitar-kota-kinabalu-sepanggar-disyaki-ada-unsur-sabotaj-shahelmey/feed/ 0 55968