Gangguan Bekalan Elektrik – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 02 Mar 2025 05:21:56 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Gangguan Bekalan Elektrik – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Gangguan bekalan elektrik Telupid dan Beluran pulih, Sabah Electricity hargai bantuan orang awam https://sabahmedia.com/2025/03/02/gangguan-bekalan-elektrik-telupid-dan-beluran-pulih-sabah-electricity-hargai-bantuan-awam/ https://sabahmedia.com/2025/03/02/gangguan-bekalan-elektrik-telupid-dan-beluran-pulih-sabah-electricity-hargai-bantuan-awam/#respond Sun, 02 Mar 2025 05:15:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=69668
Read Time:1 Minute, 41 Second

KOTA KINABALU: Berlaku gangguan bekalan elektrik serentak yang berpunca daripada kerosakan kabel utama 33kV di dua lokasi berbeza yang menghubungkan Daerah Telupid dan Beluran pada Khamis.

Gangguan dipulihkan sepenuhnya pada Jumaat jam 8.45 malam.

Kerja-kerja pemulihan bekalan menghadapi cabaran apabila anggota kerja teknikal Sabah Electricity berhadapan dengan kejadian kemalangan melibatkan dua buah lori yang menghalang lalu lintas.

“Kita berterima kasih kepada orang awam yang membantu dengan membawa anggota kerja Sabah Electricity menggunakan motosikal mereka semasa kejadian berlaku,” kata Ketua Pegawai Operasi, Ir.Ts. Mohd Yusmanizam Mohd Yusof.

Menurut beliau makluman berkenaan gangguan bekalan di kawasan Lung Manis dan Sapi Nangoh diterima oleh pasukan teknikal Sabah Electricity pejabat Kawasan Beluran pada jam 9.30 pagi Khamis dan usaha pemulihan dilaksanakan dengan segera dan bekalan berjaya dipulihkan pada jam 10.19 pagi.

“Walau bagaimanapun, sekali lagi bekalan ke dua kawasan tersebut terganggu pada jam 12.46 petang dan hasil pemeriksaan dengan menggunakan Cable Fault Locater (CFL) mendapati terdapat kerosakan kekal ke atas kabel di belakang Bangunan JPJ, Batu 32,” katanya dalam satu kenyataan media pada Sabtu.

Kerja-kerja pembaikan ke atas kabel yang rosak dilaksanakan agak lama memandangkan tahap kerosakan adalah tinggi dan memerlukan bantuan alat ganti khas.

Bekalan ke seluruh kawasan Beluran berjaya dipulihkan pada jam 11.44 malam pada Khamis kecuali ke kawasan Lung Manis dan Sapi Nangoh.

Bagi kawasan Lung Manis dan Sapi Nangoh, pembaikan ke atas talian 33kv yang rosak menghadapi kesukaran antaranya disebabkan lokasi kerosakan yang jauh, keadaan jalanraya yang tidak berturap dan gelap serta keadaan bentuk muka bumi yang sukar melambatkan pemulihan bagi kedua kawasan ini.

Walaupun menghadapi cabaran-cabaran ini, kerja-kerja pembaikan dilaksanakan dengan segera dan bekalan ke kawasan Lung Manis dan Sapi Nangoh dipulihkan sepenuhnya jam 8.45 malam pada Jumaat.

Dalam pada itu, Mohd Yusmanizam berkata kerja-kerja penambahbaikan sistem bekalan elektrik sedang dilaksanakan di Telupid dan Beluran di mana Pencawang Pembahagian Utama (PPU) baharu sedang dibina di Telupid.

“Beberapa projek menaiktaraf sistem juga sedang dilaksanakan dan dijangka akan siap pada September tahun ini,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/02/gangguan-bekalan-elektrik-telupid-dan-beluran-pulih-sabah-electricity-hargai-bantuan-awam/feed/ 0 69668
Gangguan bekalan elektrik di KKIA bukan disebabkan oleh SESB – Idris https://sabahmedia.com/2023/08/30/gangguan-bekalan-elektrik-di-kkia-bukan-disebabkan-oleh-sesb-idris/ https://sabahmedia.com/2023/08/30/gangguan-bekalan-elektrik-di-kkia-bukan-disebabkan-oleh-sesb-idris/#respond Wed, 30 Aug 2023 06:42:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=41008
Read Time:37 Second

KOTA KINABALU: Gangguan bekalan elektrik yang berlaku di Lapangan Terbangan Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada malam Selasa adalah disebabkan masalah teknikal dalaman pihak KKIA.

Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) Sabah Electricity Sdn Bhd, Ir. Idris Mohd Noor berkata, tiada sebarang masalah atau gangguan pada sistem bekalan elektrik dari pencawang elektrik milik SESB yang membekalkan elektrik ke KKIA pada hari kejadian.

SESB menerima aduan mengenai gangguan bekalan yang berlaku di KKIA pada 29 Ogos 2023 jam 9.38 malam dan pemeriksaan segera mendapati punca bekalan elektrik di Pencawang Pembahagian Utama KKIA adalah normal.

“Pengesahan telah dibuat dengan pihak Pengurusan Bangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dan dimaklumkan bahawa kerosakan tersebut adalah berpunca dari kerosakan pendawaian dalaman bangunan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan media pada Rabu.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/08/30/gangguan-bekalan-elektrik-di-kkia-bukan-disebabkan-oleh-sesb-idris/feed/ 0 41008
Pengorekan Kabel Bawah Tanah Oleh Pihak Ketiga Menyebabkan Kerosakan & Gangguan Bekalan Elektrik Akan Berdepan Dengan Tindakan Undang-Undang https://sabahmedia.com/2021/09/12/pengorekan-kabel-bawah-tanah-oleh-pihak-ketiga-menyebabkan-kerosakan-gangguan-bekalan-elektrik-akan-berdepan-dengan-tindakan-undang-undang/ https://sabahmedia.com/2021/09/12/pengorekan-kabel-bawah-tanah-oleh-pihak-ketiga-menyebabkan-kerosakan-gangguan-bekalan-elektrik-akan-berdepan-dengan-tindakan-undang-undang/#respond Sun, 12 Sep 2021 01:41:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6189
Read Time:1 Minute, 39 Second

KOTA KINABALU: Insiden kecuaian pengorekan oleh pihak ketiga terhadap kabel bawah tanah SESB semasa perlaksanaan projek pembesaran jalan sekali lagi menyebabkan gangguan bekalan elektrik walaupun sebelum ini Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) telah memberi peringatan dan ada yang telah diambil tindakan undang-undang ke atas mereka.

Terkini, lebih kurang 3,000 pengguna berhadapan dengan gangguan bekalan selama hampir dua jam apabila kerosakan ke atas kabel bawah tanah SESB terjadi disebabkan pengorekan oleh pihak kontraktor pelebaran jalan.

Kejadian pada Sabtu di Jalan Tuaran ke Pencawang Elektrik Simpang Sepanggar menyebabkan bekalan terganggu pada jam 11.53 pagi dan kerja-kerja pemulihan oleh pasukan teknikal SESB dilaksanakan secara berperingkat.Bekalan berjaya dipulihkan sepenuhnya pada jam 2.49 petang.

Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) Ir. Idris Mohd Noor berkata kerja-kerja pengorekan pihak ketiga merupakan antara cabaran utama kepada usaha SESB memberikan bekalan elektrik tanpa gangguan kepada pengguna.

Beliau menjelaskan kejadian tersebut adalah kejadian kedua berlaku dalam minggu ini dengan kejadian pertama pada Rabu lalu di Kampung Sodomon, Kepayan.

“Kerja-kerja pengorekan oleh Pemaju Pembangunan Pelbagai di Kampung Sodomon Kepayan menyebabkan gangguan bekalan kepada lebih 2,000 pengguna di kawasan sekitar bermula
pada jam 1.42 petang dan bekalan dipulihkan pada lewat petang,” katanya dalam satu kenyataan media.

Dalam pada itu, Ir Idris berkata kecuaian dan kesilapan seumpama ini bukan sahaja menyebabkan kerugian kepada SESB, malah yang lebih utama ianya juga akan menimbulkankerumitan kepada pengguna SESB yang terlibat yang sekaligus akan menjejaskan imej SESB yang bertungkus lumus untuk sentiasa memperbaiki tahap perkhidmatannya.

Justeru, SESB memohon supaya pihak kontraktor dan orang ramai untuk memaklumkan terlebih dahulu sebarang aktiviti pengorekan di bahu jalan kepada SESB agar aktiviti pengesanan kabel dapat dilakukan sebelum kerja-kerja pengorekan dibuat.

Perkara ini dapat menjamin keselamatan dan sekaligus mengelakkan insiden gangguan bekalan elektrik yang berpanjangan, katanya lagi.

Beliau berkata sebelum ini, sebanyak 78 kes korekan yang dilakukan oleh salah satu kontraktor pelebaran jalan telah dimajukan untuk tindakan undang-undang oleh SESB.

“Kita berharap tindakan undang-undang dapat dipercepatkan,” katanya lagi.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/12/pengorekan-kabel-bawah-tanah-oleh-pihak-ketiga-menyebabkan-kerosakan-gangguan-bekalan-elektrik-akan-berdepan-dengan-tindakan-undang-undang/feed/ 0 6189