Gangguan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 13 Sep 2025 11:18:34 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Gangguan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Talian penghantaran menghubungkan Pantai Timur Sabah, talian 275KV Kolopis-Segaliud alami gangguan https://sabahmedia.com/2025/09/13/talian-penghantaran-menghubungkan-pantai-timur-sabah-talian-275kv-kolopis-segaliud-alami-gangguan/ https://sabahmedia.com/2025/09/13/talian-penghantaran-menghubungkan-pantai-timur-sabah-talian-275kv-kolopis-segaliud-alami-gangguan/#respond Sat, 13 Sep 2025 11:18:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=81162
Read Time:49 Second

KOTA KINABALU: Sabah Electricity mengesahkan bekalan elektrik ke beberapa daerah yang terlibat dengan gangguan bekalan elektrik iaitu Sandakan, Lahad Datu, Kinabatangan, Kunak, Semporna dan Beluran berikutan gangguan kepada talian penghantaran 275kV Kolopis-Segaliud.

Ketua Pegawai Operasi, Ir.Ts. Mohd Yusmanizam Mohd Yusof berkata, gangguan bekalan itu berlaku pada jam 5.05 petang dan pemulihan bekalan dilaksanakan secara berperingkat.

Dalam pada itu, kerja-kerja siasatan untuk mengenal pasti punca talian sambungtara Kolopis-Segaliud tersebut terpelantik sedang giat dilakukan oleh pasukan teknikal.

Beliau tidak menolak keadaan cuaca yang teruk secara langsung juga menjadi punca gangguan bekalan berlaku.

“Pihak kami sedang berusaha mengesan dan sedaya Upaya memulihkan bekalan secepat mungkin. Cuaca teruk ketika ini sedikit memberi cabaran kepada kami,” katanya dalam satu kenyataan media pada Sabtu.

Sabah Electricty menghargai kesabaran dan keprihatinan semua pengguna di daerah Pantai Timur Sabah yang terjejas dan memohon maaf di atas gangguan bekalan yang berlaku.

Makluman mengenai status bekalan elektrik akan diberikan dari masa ke semasa melalui ruang media sosial Sabah Electricity.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/13/talian-penghantaran-menghubungkan-pantai-timur-sabah-talian-275kv-kolopis-segaliud-alami-gangguan/feed/ 0 81162
Gangguan IT Global : KKIA bertukar sesak, penumpang terpaksa daftar manual https://sabahmedia.com/2024/07/19/gangguan-it-global-kkia-bertukar-sesak-penumpang-terpaksa-daftar-manual/ https://sabahmedia.com/2024/07/19/gangguan-it-global-kkia-bertukar-sesak-penumpang-terpaksa-daftar-manual/#respond Fri, 19 Jul 2024 13:16:39 +0000 https://sabahmedia.com/?p=57754
Read Time:1 Minute, 18 Second

Kota Kinabalu: Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) bertukar sesak sejak petang tadi apabila penumpang pesawat beberapa penerbangan terpaksa beratur panjang untuk mendaftar masuk secara manual.

Difahamkan sistem tempahan dan daftar masuk itu terjejas oleh gangguan IT global.

Gangguan perjalanan di seluruh dunia itu turut dikaitkan dengan firma keselamatan siber global Crowdstrike.

Tinjauan Sabah Media ke KKIA sekitar jam 9 malam tadi, suasana sesak masih berlaku apabila pendaftaran terpaksa dilakukan secara manual.

Seorang pelajar universiti yang ditemui, Anusuiya Muniyan, berkata dia hanya mengetahui mengenai gangguan sistem itu apabila tiba di lapangan terbang kira-kira jam 5 petang.

Pelajar berusia 24 tahun itu sepatutnya pulang ke kampung halamannya dalam penerbangan yang dijadualkan pada jam 8.30 malam.

“Saya sudah daftar masuk secara dalam talian, tetapi perlu serahkan bagasi saya.

“Saya beratur giliran selama dua jam, tetapi kemudian saya dimaklumkan oleh kru syarikat penerbangan membenarkan penumpang penerbangan awal menghantar bagasi mereka terlebih dahulu.

“Penerbangan saya mungkin dijadual semula, tetapi saya tidak pasti bila boleh lakukan kerana kakitangan kaunter tiada di tempat mereka,” katanya.

Bagaimanapun Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dalam kenyataan memaklumkan perkhidmatan MAHB tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan sebahagian besar perjalanan tergendala di Eropah, Amerika Syarikat dan lapangan terbang Australia. 

Syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia berkata tiada pembatalan penerbangan berlaku meskipun ia mengalami gangguan sistem dalaman.

Difahamkan gangguan itu juga tidak menjejaskan operasi Malaysia Airlines

CrowdStrike Holdings Inc ialah sebuah syarikat teknologi keselamatan siber Amerika yang berpangkalan di Austin, Texas. Ia menyediakan beban kerja penembusan dan keselamatan titik akhir, risikan ancaman dan perkhidmatan serangan siber.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/07/19/gangguan-it-global-kkia-bertukar-sesak-penumpang-terpaksa-daftar-manual/feed/ 0 57754
Gangguan Ekosistem Punca Gajah Pygmy Berhijrah https://sabahmedia.com/2021/09/29/gangguan-ekosistem-punca-gajah-pygmy-berhijrah/ https://sabahmedia.com/2021/09/29/gangguan-ekosistem-punca-gajah-pygmy-berhijrah/#respond Wed, 29 Sep 2021 04:44:43 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6961
Read Time:1 Minute, 2 Second

KOTA KINABALU: Aktiviti penerokaan yang dijalankan di kawasan habitat asal Gajah Pygmy Borneo menyebabkan haiwan tersebut berhijrah dari satu kawasan ke kawasan lain.

Pensyarah Kanan Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan (IBTP), Dr. Nurzhafarina Othman berkata, penghijrahan itu termasuklah ke kawasan yang didiami penduduk sehingga menimbulkan konflik gajah-manusia.

“Sebenarnya gajah ini tidak mempunyai pilihan dan terpaksa berhijrah akibat gangguan ekosistem yang dialami pada habitat mereka,” katanya dalam webinar bertajuk ‘Human and Nature – The Natural Bond’ anjuran My STEM Ambassador UMS dengan kerjasama U-Science.

Webinar secara dalam talian itu berlangsung baru-baru ini bagi memahami ekosistem Gajah Pygmy Borneo dan landskap habitat haiwan berkenaan.

Menurut Nurzhafarina, terdapat lebih seribu gajah kerdil itu di sekitar daerah Kinabatangan, Tabin dan bahagian tengah negeri Sabah.

“Kewujudan haiwan ini sangat penting dalam ekosistem alam semula jadi di negeri ini. Bagi mengendalikan konflik yang berlaku, sebuah pasukan khas telah ditubuhkan.

“Pasukan ini yang dikenali sebagai Community Elephant Conservation Team bertujuan membantu dalam memberi khidmat nasihat di kawasan Kinabatangan, Beluran dan Telupid.

“Selain itu, usaha bagi merealisasikan Livelihood Insurance for Elephant (LIFE) juga merupakan salah satu langkah untuk memastikan ekosistem Gajah Kerdil Borneo terus terpelihara,” katanya.

Webinar yang berlangsung lebih sejam itu boleh diikuti melalui pautan https://www.youtube.com/watch v=H2BEFmR4APs

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/29/gangguan-ekosistem-punca-gajah-pygmy-berhijrah/feed/ 0 6961
SESB Laksana Inisiatif Kurangkan Risiko Gangguan Ketika Bencana Alam https://sabahmedia.com/2021/09/24/sesb-laksana-inisiatif-kurangkan-risiko-gangguan-ketika-bencana-alam/ https://sabahmedia.com/2021/09/24/sesb-laksana-inisiatif-kurangkan-risiko-gangguan-ketika-bencana-alam/#respond Fri, 24 Sep 2021 10:11:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6803
Read Time:2 Minute, 24 Second

KOTA KINABALU: Pelbagai inisiatif serta mitigasi untuk mengurangkan risiko gangguan bekalan elektrik ketika berlaku bencana alam telah dilaksanakan oleh Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB).

Penambahbaikan berterusan juga akan terus diusahakan memandangkan terdapat kawasan-kawasan baharu banjir beserta kaedah baharu yang boleh dilaksanakan untuk mengurangkan impak kepada pengguna.

Antara inisiatif yang telah dilaksanakan ialah kerja-kerja pemantauan serta penyelenggaraan berkala disamping penyediaan janakuasa bergerak khasnya di kawasan-kawasan yang sering dilanda banjir.

Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Ir. Abdul Nasser Bin Abdul Wahid berkata demikian ketika melakukan lawatan susulan ke tapak banjir di Kampung Sugud dan tapak menara penghantaran di Kampung Minintod Penampang pada Jumaat.

SESB menganggarkan kerugian jutaan ringgit berikutan kerosakan-kerosakan yang dialami akibat banjir dan hujan lebat berterusan yang menyebabkan pelbagai kerosakan pada cerun tapak tiang menara talian penghantaran serta kerosakan pada tiang- tiang elektrik talian pembahagian dan pencawang elektrik di kampung-kampung terlibat.

Walaubagaimanapun, SESB telah berjaya melaksanakan tindakan-tindakan mitigasi interim awal ke atas lebih 50 menara talian yang terlibat serta telah berjaya membekalkan elektrik semula kepada hampir semua pengguna di kampung-kampung terlibat pada tempoh secepat yang mungkin.

“Tidak dinafikan ada terdapat tempat yang memerlukan lebih masa untuk dibaikpulih
disebabkan oleh kekangan-kekangan yang tidak dapat dielak antaranya kesukaran pasukan teknikal untuk masuk ke dalam lokasi disebabkan jalan tidak dapat dilalui dan keadaan yang tidak selamat untuk melakukan kerja kerja pembaikan,” katanya.

Abdul Nasser memaklumkan tiang elektrik dan pencawang kecil yang kebanyakannya berada di bahu jalanraya adalah dua pepasangan yang sering terjejas apabila berlaku bencana alam seperti banjir dan tanah runtuh.

Pokok-pokok yang rebah akibat tanah runtuh akan menimpa tiang dan kabel.

Manakala pokok-pokok yang dibawa arus banjir yang deras akan juga boleh merosakkan struktur pencawang kecil serta peralatan di dalamnya.

Beliau menjelaskan lebih 100 talian Pembahagian dan 2 pencawang elektrik kecil di bahu jalanraya tersebut telah rosak teruk.

Disamping itu lebih 50 menara talian penghantaran juga telah terjejas oleh hakisan tanah runtuh akibat cuaca buruk melanda beberapa kawasan di Pantai Barat Negeri Sabah sejak dua minggu ini.

Mengulas mengenai kedudukan menara penghantaraan milik SESB di Kampung Maang, Penampang, beliau berkata SESB telah melaksanakan langkah interim yang sepatutnya bagi mengurangkan hakisan akibat hujan yang berpanjangan.

Abdul Nasser juga berkata untuk tiang menara yang berisiko, SESB bersama konsultan dan kontraktor yang dilantik telah mula melaksanakan kerja-kerja rehabilitasi dan penstabilan cerun secara kekal dengan dipantau oleh pasukan teknikal SESB sendiri.

“SESB juga memohon kerjasama masyarakat untuk tidak menularkan berita tidak benar berkaitan SESB seperti dakwaan kita akan memutuskan bekalan elektrik secara besar-besaran, kerana berita seperti ini tidak betul kerana SESB sentiasa ada pelan mitigasi operasi untuk meneruskan pembekalan elektrik.

Berita palsu sebegini akan hanya menimbulkan panik dan tidak akan membantu keadaan,” katanya lagi.

Pengguna dinasihatkan untuk terus melaporkan segera aduan kecemasan seperti wayar elektrik putus, tiang tumbang dan pokok tumbang ke atas talian elektrik kepada SESB Careline 15454 atau 088-515000 atau whatsapp 019-8525427.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/24/sesb-laksana-inisiatif-kurangkan-risiko-gangguan-ketika-bencana-alam/feed/ 0 6803
PICK : Sabah Mahu Kekal Momentum Pemberian Vaksin, Pastikan Tiada Gangguan Penghantaran Bekalan https://sabahmedia.com/2021/08/05/pick-sabah-mahu-kekal-momentum-pemberian-vaksin-pastikan-tiada-gangguan-penghantaran-bekalan/ https://sabahmedia.com/2021/08/05/pick-sabah-mahu-kekal-momentum-pemberian-vaksin-pastikan-tiada-gangguan-penghantaran-bekalan/#respond Thu, 05 Aug 2021 13:31:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4120
Read Time:52 Second

KOTA KINABALU : Sebanyak 60 peratus dari penduduk di negeri ini dijangka akan memperolehi vaksin penuh dua dos menjelang 21 September depan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, jangkaan itu berdasarkan keupayaan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) memberi suntikan vaksin sehingga lebih 40,000 dos harian sehingga kelmarin.

“Sehingga kelmarin (4 Ogos) JKNS telah menyuntik 46,840 dos vaksin secara harian dimana dari jumlah itu sebanyak 39,120 membabitkan dos pertama dan 7,720 pula adalah dos kedua.

“Selain itu, sehingga kelmarin juga, kumulatif pemberian vaksin adalah sebanyak 1,383,193 dos keseluruhan membabitkan suntikan dos pertama sebanyak 967,555 dos dan sebanyak 415,638 dos kedua,” katanya dalam kenyataan disini malam ini.

Masidi berkata, seperti yang dinyatakan lebih awal JKNS ada keupayaan untuk melakukan vaksinasi sehingga 60,000 dos sehari dengan syarat bekalan vaksin yang diperlukan tersedia dan tidak ada gangguan kepada jadual penghantaran ke Sabah.

Katanya, atas andaian bekalan vaksin yang mencukupi terjamin, mengikut perancangan, JKNS boleh mengekalkan momentum melaksanakan pemberian vaksin dengan kadar yang cepat seperti sekarang.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/05/pick-sabah-mahu-kekal-momentum-pemberian-vaksin-pastikan-tiada-gangguan-penghantaran-bekalan/feed/ 0 4120