GANJA – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 22 Oct 2025 11:59:41 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png GANJA – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Tujuh lelaki ditahan, lebih 48 kilogram syabu dan ganja dirampas bernilai hampir RM1.6 juta https://sabahmedia.com/2025/10/22/tujuh-lelaki-ditahan-lebih-48-kilogram-syabu-dan-ganja-dirampas-bernilai-hampir-rm1-6-juta/ https://sabahmedia.com/2025/10/22/tujuh-lelaki-ditahan-lebih-48-kilogram-syabu-dan-ganja-dirampas-bernilai-hampir-rm1-6-juta/#respond Wed, 22 Oct 2025 11:59:34 +0000 https://sabahmedia.com/?p=83924
Read Time:2 Minute, 21 Second

Oleh Florieta Diet

KOTA KINABALU: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kontinjen Sabah menumpaskan beberapa kegiatan pengedaran dadah hasil enam operasi berasingan di Semporna dan Kota Kinabalu, dengan menahan tujuh lelaki serta mencatat rampasan lebih 48 kilogram dadah bernilai hampir RM1.6 juta.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, kes terbesar dalam siri operasi tersebut membabitkan rampasan 46.4 kilogram dadah jenis syabu di Kampung Air, Semporna.

Dalam kejadian itu, anggota Unit Kenderaan Peronda Polis (MPV) menahan seorang lelaki warga Filipina berusia 29 tahun yang didapati menolak kereta sorong berisi empat kotak besar di tepi jalan.
“Hasil pemeriksaan menemukan 45 bungkusan mengandungi syabu dengan anggaran nilai RM1,484,800.

“Saringan awal mendapati suspek positif methamphetamine dan amphetamine dan suspek yang tidak bekerja itu ditahan reman hingga 26 Oktober untuk siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya semasa sidang media di Pejabat JSJN Sabah di sini hari ini.

Jauteh berkata, pihak polis kemudian membuat tangkapan susulan di Pulau Denawan pada 20 Oktober yang membawa kepada penahanan seorang lagi lelaki warga Filipina berusia 35 tahun, namun tiada rampasan dibuat.

Sementara itu, dalam operasi di Kota Kinabalu, lima tangkapan lain dibuat melibatkan rampasan ganja seberat 1.3 kilogram dan syabu seberat satu kilogram.

“Dalam operasi pertama pada 16 Oktober, polis menahan seorang tukang masak berusia 26 tahun di Terminal Kereta Sewa Bandaran dan merampas 1.06 kilogram ganja bernilai RM3,500.

“Siasatan mendapati, suspek positif dadah jenis THC dan memiliki dua rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

“Serbuan kedua di sebuah taman perumahan di Kepayan pada hari sama menemukan 3.52 gram ganja daripada seorang lelaki tempatan berusia 30 tahun yang tidak bekerja,” katanya.

Tambahnya, pada 17 Oktober, seorang pemandu selam berusia 40 tahun ditahan di Jalan Penampang bersama 139.9 gram ganja bernilai RM1,000 yang dipesan dari Kuala Lumpur.

“Sehari kemudian, seorang lelaki berusia 31 tahun ditahan di sebuah taman perumahan di Kingfisher Sulaman bersama 24.17 gram ganja bernilai RM200, manakala kesemua suspek berkenaan direman antara 23 hingga 24 Oktober bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B dan 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Dalam operasi berasingan pada 20 Oktober, seorang lagi lelaki warga Filipina berusia 33 tahun ditahan di hadapan sebuah hotel bersama satu kilogram syabu bernilai RM32,000,” katanya sambil menambah saringan air kencing mendapati suspek positif THC, methamphetamine dan amphetamine.

Jauteh berkata, JSJN Sabah dengan kerjasama Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) turut memintas satu bungkusan mengandungi 591 gram ganja di gudang Pos Aviation Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada 17 Oktober.

“Bungkusan itu dipercayai dihantar dari Kelantan ke Sabah menggunakan perkhidmatan pos, namun tiada tangkapan dibuat. Kesemua kejayaan itu hasil risikan berterusan serta kerjasama orang awam dalam menyalurkan maklumat kepada polis.

“PDRM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam kegiatan pengedaran atau penyalahgunaan dadah. Dadah adalah musuh nombor satu negara,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/22/tujuh-lelaki-ditahan-lebih-48-kilogram-syabu-dan-ganja-dirampas-bernilai-hampir-rm1-6-juta/feed/ 0 83924
Lelaki dipenjara 7 tahun, 10 sebatan miliki syabu dan Ganja https://sabahmedia.com/2025/08/25/lelaki-dipenjara-7-tahun-10-sebatan-miliki-syabu-dan-ganja/ https://sabahmedia.com/2025/08/25/lelaki-dipenjara-7-tahun-10-sebatan-miliki-syabu-dan-ganja/#respond Mon, 25 Aug 2025 11:30:55 +0000 https://sabahmedia.com/?p=80026
Read Time:1 Minute, 2 Second

Oleh J. Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara selama tujuh tahun serta 10 sebatan selepas mengaku bersalah memiliki syabu dan ganja.

Rozan Roslan Junior, 41, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Hurman Hussain.

Bagi pertuduhan pertama, Rozan dihukum penjara tujuh tahun dan 10 sebatan kerana memiliki 36.25 gram syabu pada jam 3.30 petang, 29 April 2024 di sebuah rumah di Inanam Laut, Kalansanan, di sini.

Kesalahan itu mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39A(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara antara lima tahun hingga seumur hidup serta sekurang-kurangnya 10 sebatan, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Rozan dijatuhi hukuman penjara 10 bulan kerana memiliki 0.43 gram ganja di lokasi dan masa yang sama.

Kesalahan itu mengikut Seksyen 6 ADB yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Mahkamah bagaimanapun memerintahkan hukuman penjara bagi kedua-dua pertuduhan berjalan serentak bermula dari tarikh tangkapannya, menjadikan hukuman penjara hanya tujuh tahun 10 bulan.

Semasa rayuan, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman diringankan.

Namun, Timbalan Pendakwa Raya Fazriel Fradiansyah Abdul Kadir memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat memandangkan kesalahan itu serius dan berleluasa.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/25/lelaki-dipenjara-7-tahun-10-sebatan-miliki-syabu-dan-ganja/feed/ 0 80026
Bebas dakwaan berkaitan ganja, bapa mahu ziarah kubur anak https://sabahmedia.com/2025/03/19/bebas-dakwaan-berkaitan-ganja-bapa-mahu-ziarah-kubur-anak/ https://sabahmedia.com/2025/03/19/bebas-dakwaan-berkaitan-ganja-bapa-mahu-ziarah-kubur-anak/#respond Wed, 19 Mar 2025 10:04:21 +0000 https://sabahmedia.com/?p=70733
Read Time:1 Minute, 21 Second

Oleh J. EVACHEL JOHN

KOTA KINABALU: Selepas hampir setahun dalam tahanan, seorang penjawat awam hari ini dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen daripada dua pertuduhan memiliki dan menanam ganja.

Mohd Haffezy Mohd Sidik, 36, berkata perkara pertama yang ingin dilakukannya selepas bebas adalah menziarahi kubur anaknya.

“Anak saya meninggal dunia ketika saya dalam tahanan. Saya tidak dapat berada di sisinya.

“Saya bersyukur akhirnya keadilan berpihak kepada saya. Saya tidak sabar untuk menyambut Hari Raya bersama keluarga setelah begitu lama ditahan. Sekarang, perkara pertama yang saya mahu lakukan ialah menziarahi kuburnya dan menghadiahkan doa buatnya,”kata Mohd Haffezy dengan suara sebak.

Terdahulu, Hakim Mahkamah Sesyen Noor Hafizah Mohd Salim memerintahkan Mohd Haffezy dilepaskan dan dibebaskan tanpa dipanggil membela diri selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh bagi kedua-dua pertuduhan.

Bagi pertuduhan pertama, Mohd Haffezy didakwa memiliki 99.59 gram ganja di sebuah rumah di Apartment Angkasa, Manggatal, pada 13 April 2023.

Dia didakwa di bawah Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39A(2) akta sama, dengan hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang daripada lima tahun serta sebatan tidak kurang daripada 10 kali jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa menanam tiga pokok ganja di lokasi dan masa yang sama.

Kesalahan itu tertakluk di bawah Seksyen 6B(1) dan dihukum dibawah Seksyen 6B(3) Akta Dadah Berbahaya 1952, yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup dan tidak kurang daripada enam sebatan jika disabitkan kesalahan.

Pihak pendakwaan memanggil lapan saksi semasa perbicaraan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Eugenie Meredith Gilbert dan Atiqa Nazihah Azmi, manakala tertuduh diwakili peguam Azhier Farhan Arisin.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/19/bebas-dakwaan-berkaitan-ganja-bapa-mahu-ziarah-kubur-anak/feed/ 0 70733