ganti paip baharu – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 28 Jun 2024 13:09:10 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png ganti paip baharu – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kerajaan giat laksana program ganti paip baharu, elak risiko paip pecah https://sabahmedia.com/2024/06/28/kerajaan-giat-laksana-program-ganti-paip-baharu-elak-risiko-paip-pecah/ https://sabahmedia.com/2024/06/28/kerajaan-giat-laksana-program-ganti-paip-baharu-elak-risiko-paip-pecah/#respond Fri, 28 Jun 2024 13:07:43 +0000 https://sabahmedia.com/?p=56652
Read Time:1 Minute, 58 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

PUTATAN: Kerajaan kini sedang giat melaksanakan program menggantikan saluran paip lama kepada paip baharu di beberapa kawasan yang dikenal pasti bagi mengelak kejadian paip pecah dan gangguan bekalan air di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerja Raya Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata, ada beberapa tempat yang mempunyai paip berusia lebih 30- 50 tahun berisiko mengalami paip pecah.

“Kita mempunyai jumlah panjang paip yang ada adalah lebih 1,500 kilometer, ini termasuk paip lama dan paip baharu.

“Justeru, ada di beberapa tempat seperti di Papar, Sandakan dan bandar-bandar lain yang mana paip-paipnya sudah lebih 30 – 50 tahun yang mempunyai risiko pecah dan tersasar itu ada terjadi, namun kejadian ini dipantau oleh jurutera-jurutera air daerah masing-masing,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Sumbangan kepada Pelajar Cemerlang SPM 2023 bagi sekolah-sekolah dalam Parlimen Putatan di sini hari ini.

Ditanya mengenai status terkini bekalan air di Universiti Malaysia Sabah (UMS), Shahelmey berkata, setakat bulan Jun ini operasi pemotongan sambungan air haram yang telah dilaksanakan di penempatan setinggan khususnya di sekitar Sepanggar telah dapat menstabilkan bekalan air masuk ke tangki di UMS.

“Namun demikian, ia perlu terus dipantau dan dilakukan kerana apa yang telah kita alami pada tahun ini dan juga tahun-tahun sebelumnya, selepas pemotongan dibuat dalam beberapa jangka waktu akan terus dibuat sambungan semula.

“Jadi inilah antara cabaran-cabaran yang kita hadapi dan kita mencari mekanisme bagaimana untuk meminimakan keadaan ini,” jelasnya.

Sementara itu, seramai 35 pelajar cemerlang bekas calon SPM 2023 yang telah mendapat keputusan terbaik iaitu 8A, 9A dan 10A dirai dalam satu majlis yang dianjurkan oleh Pejabat Parlimen Putatan.

Shahelmey (duduk tengah) merakamkan gambar bersama pelajar -pelajar cemerlang SPM 2023 bagi kawasan Parlimen Putatan di sini, hari ini.

Pada majlis itu, Shahelmey yang juga Ahli Parlimen Putatan turut menyampaikan sumbangan kepada pelajar-pelajar cemerlang berkenaan.

“Kita mengadakan majlis ini untuk memberi pengiktirafan ke atas pencapaian yang cemerlang yang telah mereka perolehi dengan harapan bahawa kecemerlangan itu akan dapat dibawa ke peringkat pengajian tinggi tetapu dalam kerjaya dan kehidupan mereka kelak.

“Ianya diharap menjadi suntikan semangat supaya mereka terus berprestasi cemerlang dan juga akan menjadi dorongan dan ikutan ataupun motivasi kepada pelajar-pelajar muda yang lain.

“Ini juga merupakan salah satu usaha terhadap insiatif pembangunan modal insan Sabah Maju Jaya yang kita tetapkan di bawah hala tuju Sabah Maju Jaya,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/06/28/kerajaan-giat-laksana-program-ganti-paip-baharu-elak-risiko-paip-pecah/feed/ 0 56652
Kementerian Kerja Raya Sabah diminta segera baiki paip pecah, ganti paip baharu di seluruh Sabah – SAPP https://sabahmedia.com/2023/04/03/kementerian-kerja-raya-sabah-diminta-segera-baiki-paip-pecah-ganti-paip-baharu-di-seluruh-sabah-sapp/ https://sabahmedia.com/2023/04/03/kementerian-kerja-raya-sabah-diminta-segera-baiki-paip-pecah-ganti-paip-baharu-di-seluruh-sabah-sapp/#respond Mon, 03 Apr 2023 08:12:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=32078
Read Time:1 Minute, 24 Second

KOTA KINABALU: Kementerian Kerja Raya Sabah perlu segera memulakan pembaikan paip pecah dan penggantian paip lama kepada yang baharu di seluruh Sabah kerana kadar NRW (air tanpa hasil) di Sabah menghampiri 60 peratus.

Timbalan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Edward Dagul berkata, beliau menyatakan perkara tersebut adalah kerana lebih separuh daripada air terawat yang dikeluarkan oleh Jabatan Air menjadi sia-sia.

“Tidak kira berapa banyak lagi air yang dirawat dan dihasilkan kerana sebahagian besar air itu hilang semasa peringkat pengedaran dan bukannya sampai kepada pengguna.

“Ini adalah idea yang mudah bahawa kita tidak memerlukan jurutera air untuk memikirkannya. Apa yang jurutera air perlu lakukan ialah menyelesaikan tugas menyediakan kerja kontrak untuk pembaikan dan penggantian paip yang lama,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Edward, daripada maklumat yang beliau perolehi dan boleh dipercayai, sekurang-kurangnya RM300 juta diperlukan untuk membaiki dan menggantikan paip untuk dua tahun akan datang.

“Kerja kontrak ini, apabila diperuntukkan kepada banyak kontraktor air bersaiz kecil dan sederhana, juga akan membantu merangsang ekonomi tempatan. Tidak ada keperluan segera untuk empangan mega yang kononnya akan menelan belanja lebih RM3 bilion,” jelasnya.

Edward seterusnya menggesa Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) untuk melihat secara serius cadangan Empangan Tenaga Hidro Padas sebagai alternatif kepada empangan Papar, yang boleh disesuaikan untuk membekalkan air di sepanjang Selatan Sabah ke Kota Kinabalu dan ke Labuan, serta mempunyai kesan bagi mengurangkan masalah banjir di kawasan Beaufort.
Sumber air di Padas Atas telah berada di papan carta selama beberapa tahun.

“Dengan mengurangkan NRW kepada, katakan 20 peratus, yang merupakan norma di negeri yang besar dan berpenduduk jarang seperti Sabah, kita boleh menjimatkan ratusan juta ringgit hanya dengan memberi tumpuan kepada mengurangkan NRW,” tambah Edward.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/04/03/kementerian-kerja-raya-sabah-diminta-segera-baiki-paip-pecah-ganti-paip-baharu-di-seluruh-sabah-sapp/feed/ 0 32078