Garis panduan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 16 Feb 2025 05:45:06 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Garis panduan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Garis panduan dicadangkan untuk Muslim tidak relevan di Sabah https://sabahmedia.com/2025/02/16/garis-panduan-dicadangkan-untuk-muslim-tidak-relevan-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2025/02/16/garis-panduan-dicadangkan-untuk-muslim-tidak-relevan-di-sabah/#respond Sun, 16 Feb 2025 05:45:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=68797
Read Time:1 Minute, 57 Second

TUARAN: Keputusan Kabinet Persekutuan untuk membatalkan cadangan garis panduan bagi umat Islam menghadiri acara bukan Islam adalah langkah bijak kerana ia tidak relevan di Sabah, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

“Saya ingin menyatakan di sini bahawa garis panduan yang dicadangkan itu tidak relevan bagi kita. Di Sabah, kita saling menghormati antara satu sama lain.

“Ambil saya sebagai contoh, adalah mustahil untuk saya tidak menghadiri perayaan masyarakat yang berbilang agama dan kaum di Sabah,” katanya.

Berucap pada Festival Angpow yang dianjurkan oleh 10 persatuan Cina dan NGO di Dewan Sri Sulaman, di sini malam tadi, Hajiji berkata ini semua adalah mengenai akidah seseorang Muslim itu sendiri.

“Ketika ipar saya meninggal dunia, saya memberikan penghormatan terakhir di Gereja St Philips, Tamparuli. Itu tidak menjejaskan kepercayaan saya dan tidak menjadikan saya kurang Muslim. Ini semua tentang akidah kita,” katanya.

Sehubungan itu, Hajiji menasihatkan rakyat supaya tidak terpengaruh dengan keadaan di tempat lain.

“Di Sabah, kita hidup dalam keadaan aman dan harmoni. Ramai di antara kita mempunyai saudara-mara yang beragama berbeza,” katanya.

Ketua Menteri turut menzahirkan penghargaan kepada masyarakat Cina kerana terus menjadi rakan kongsi dalam pembangunan ekonomi negeri.

“Bukan itu sahaja, masyarakat Cina juga banyak menyumbang kepada pembangunan pendidikan dan kita berterima kasih kepada mereka sebagai sebahagian daripada keluarga besar kita,” katanya.

Hajiji berkata, sepanjang tempoh pentadbirannya sebagai Ketua Menteri, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan jumlah besar bagi pembangunan sekolah Cina sebagai usaha meningkatkan keseluruhan pendidikan di Sabah.

Tahun lalu sahaja, katanya, Kerajaan Negeri membelanjakan hampir RM480 juta untuk pembangunan modal insan dan pendidikan.

“Perkara ini tidak pernah berlaku sebelum ini. Dahulu, jumlah biasiswa yang diberikan setiap tahun hanya RM50 juta. Tetapi sepanjang pentadbiran saya, kita telah meningkatkannya kepada RM128 juta setahun.

“Kita memberikan biasiswa kepada semua penerima yang layak. Tahun lalu, kita telah memberikan sebanyak RM128 juta kepada 12,000 pelajar,” katanya.

Hajiji menjelaskan, daripada jumlah itu, 5,000 penerima adalah Bumiputera Muslim, 5,000 Bumiputera bukan Muslim, dan 2,000 pelajar Cina.

Selain itu, katanya, Kerajaan Negeri kini telah mencapai banyak kejayaan termasuk menandatangani Perjanjian Kerjasama Komersial (CCA) dengan Petronas yang membuka banyak peluang kepada Sabah dalam industri minyak dan gas.

Di samping itu, beliau berkata, inisiatif mesra pelabur yang diperkenalkan oleh Sabah turut menarik banyak pelaburan ke negeri ini.

Beliau berharap masyarakat Cina akan terus menyokong Kerajaan Negeri sedia ada bagi memastikan semua pelan pembangunan dapat dilaksanakan dengan jayanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/16/garis-panduan-dicadangkan-untuk-muslim-tidak-relevan-di-sabah/feed/ 0 68797
Tiada keperluan garis panduan hadiri perayaan bukan Islam di Sabah – Masidi https://sabahmedia.com/2025/02/09/tiada-keperluan-garis-panduan-hadiri-perayaan-bukan-islam-di-sabah-masidi/ https://sabahmedia.com/2025/02/09/tiada-keperluan-garis-panduan-hadiri-perayaan-bukan-islam-di-sabah-masidi/#respond Sun, 09 Feb 2025 14:43:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=68339
Read Time:1 Minute, 52 Second

KOTA KINABALU: Menteri Kewangan, Datuk Seri Masidi Manjun, menegaskan bahawa tidak ada keperluan untuk mewujudkan garis panduan bagi umat Islam yang menghadiri majlis perayaan bukan Islam di Sabah.

Masidi berkata, sejarah panjang masyarakat Sabah yang hidup dalam keharmonian antara agama membuktikan bahawa panduan tersebut tidak diperlukan.

Menurut Masidi, masyarakat Sabah yang terdiri daripada pelbagai latar belakang agama telah lama mengamalkan kehidupan bersama tanpa sebarang masalah berkaitan akidah, termasuk dalam menyambut perayaan bersama saudara-mara yang bukan beragama Islam.

“Saya percaya, masyarakat Islam di Sabah sudah cukup yakin dengan akidah mereka sendiri. Tidak perlu bergantung kepada panduan luar, kerana agama Islam sudah jelas menggariskan batasan dalam pergaulan ketika menghadiri perayaan bersama mereka yang bukan Islam melalui Al-Quran dan Sunnah,” ujar Masidi.

Beliau juga menyatakan bahawa garis panduan seperti itu hanya akan menimbulkan kegusaran dalam masyarakat dan berpotensi merosakkan keharmonian yang sudah lama terjalin antara agama di negeri ini.

Masidi mengingatkan bahawa, di Sabah, tidak ada masalah dalam pergaulan antara agama, malah beliau sendiri mempunyai saudara mara yang bukan Islam.

“Sebagai umat Islam, kita yakin dengan ajaran agama kita. Kita tidak perlukan panduan luar kerana segala batasan telah dinyatakan jelas dalam ajaran agama Islam,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Parti Demokratik Liberal pada Ahad (9 Feb).

Masidi turut menyokong keputusan Kabinet Persekutuan, yang dipimpin oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk menolak cadangan mewujudkan garis panduan tersebut.

Menurutnya, tiada keperluan untuk mencipta panduan yang boleh merosakkan keharmonian antara kaum yang sudah terbina di Malaysia.

“Kita harus mengutamakan usaha untuk merapatkan hubungan antara kaum. Seperti yang ditegaskan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, beliau juga tidak bersetuju dengan cadangan mewujudkan garis panduan kepada umat Islam yang menghadiri perayaan bukan Islam, khususnya di negeri Selangor,” tambahnya.

Masidi berpendapat bahawa keputusan Kerajaan Persekutuan yang menolak cadangan itu adalah satu langkah yang tepat, kerana ia memberi keyakinan kepada masyarakat untuk menguruskan diri mereka sendiri dalam menyambut perayaan yang dianjurkan oleh masyarakat bukan Islam.

“Saya rasa kita lebih bijak dalam hal ini daripada apa yang sesetengah pihak fikirkan,” katanya.

Beliau juga menegaskan bahawa di Sabah, dengan masyarakat yang terdiri daripada keluarga berbilang agama, tidak wajar sebarang garis panduan diwujudkan kerana ia hanya akan menjejaskan hubungan baik antara saudara-mara yang berbeza agama.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/09/tiada-keperluan-garis-panduan-hadiri-perayaan-bukan-islam-di-sabah-masidi/feed/ 0 68339
Garis panduan khusus diperkenal bagi pelawat, jawatankuasa masjid di Sabah https://sabahmedia.com/2025/01/28/garis-panduan-khusus-diperkenal-bagi-pelawat-jawatankuasa-masjid-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2025/01/28/garis-panduan-khusus-diperkenal-bagi-pelawat-jawatankuasa-masjid-di-sabah/#respond Tue, 28 Jan 2025 11:52:46 +0000 https://sabahmedia.com/?p=67652
Read Time:1 Minute, 40 Second

Kota Kinabalu : Garis panduan khusus akan diperkenalkan bagi memastikan semua pihak terutama pelancong luar yang mengunjungi masjid dapat mematuhi etika dan adab ketika mengunjungi rumah ibadat di negeri ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, garis panduan itu turut melibatkan jawatankuasa dan juga petugas masjid.

Katanya, langkah itu diambil susulan insiden tular berkenaan dakwaan petugas Masjid Bandaraya Kota Kinabalu yang menghalang pelancong mengambil gambar tanpa membuat bayaran baru-baru ini.

“Saya akan dapat maklumat daripada pengarah (Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah-JHEAINS). Semalam kita sudah berbincang, kita akan buat garis panduan.

“Garis panduan bukan saja untuk jawatan kuasa masjid yang menyelaras, ia juga garis panduan untuk pelancong yang datang ke masjid. Kedua-duanya perlu ada etika, ada adab dan adat.

“Kedua-duanya perlu mematuhi garis panduan ini dan InsyaAllah kita akan tambah baik mana yang perlu. Intinya ialah siapa saja yang datang, kita sambut dengan penuh santun,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Penyampaian Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) kepada anak anak Sabah yang menuntut di IPTA/IPTS di sini hari ini. 

Arifin yang juga Exco Pendidikan dan Agama berkata, kepentingan memelihara adab dan adat dalam setiap interaksi, terutama di kawasan rumah ibadat yang menjadi tumpuan pelancong perlu diberi perhatian sebaiknya.

“Sama ada kita di luar masjid mahupun di dalam masjid lebih utama. Untuk kita mematuhi, memelihara adat dan supan santun. Siapa saja yang datang atau yang menyambut, sudah pasti kita mesti menyambut tetamu kita dengan sopan, santun atau adat dan adab. 

“Kerana ini ajaran agama. Ajaran agama ini ada tiga. Satu akidah, Kedua  syariah dan Ketiga adab. Ini yang sangat penting kita jadikan garis panduan. 

“Saya sudah minta Pengarah JHEAINS untuk membuat garis panduan kepada para pelancong. Dan juga kepada jawatan kuasa yang menyelaras kedatangan para tetamu kita,” katanya.

Beberapa hari lalu, tular video berkaitan dakwaan petugas masjid yang mengasari pelancong yang datang ke Masjid Bandaraya Kota Kinabalu untuk merakam gambar di luar masjid. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/01/28/garis-panduan-khusus-diperkenal-bagi-pelawat-jawatankuasa-masjid-di-sabah/feed/ 0 67652