Gas – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 27 Aug 2025 03:54:59 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Gas – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 B.Grimm Sedia Bawa Kepakaran, Bantu Bangunkan Tenaga Sabah https://sabahmedia.com/2025/08/27/b-grimm-sedia-bawa-kepakaran-bantu-bangunkan-tenaga-sabah/ https://sabahmedia.com/2025/08/27/b-grimm-sedia-bawa-kepakaran-bantu-bangunkan-tenaga-sabah/#respond Wed, 27 Aug 2025 03:54:34 +0000 https://sabahmedia.com/?p=80134
Read Time:1 Minute, 43 Second

KOTA KINABALU –  Sabah berpotensi besar dalam Pembangunan tenaga. Keyakinan ini dinyatakan oleh Pengerusi B.Grimm, Dato’ Sri Dr. h.c. Harald Link. Beliau turut memberi jaminan bahawa pihaknya bersedia untuk membawa kepakaran dalam penyediaan bekalan elektrik berterusan bagi menyokong pertumbuhan industri negeri ini.

Berdasarkan pengalaman beliau, membangun dan menjana tenaga elektrik yang stabil adalah asas penting dalam menarik lebih banyak pelaburan industri. Faktor ini pastinya jika ditambah dengan keindahan alam yang luar biasa serta kekayaan sumber makanan laut yang terdapat di Sabah, menjadikan negeri ini mempunyai keunikan tersendiri.

“Ketika kami memulakan usaha sama di Thailand 30 tahun lalu, penyediaan tenaga berterusan menjadi pemangkin utama syarikat luar membina kilang di sana. Tanpa bekalan elektrik yang konsisten, mustahil untuk menghasilkan dengan cekap,” katanya.

Gabungan Tenaga Boleh Diperbaharui dan Gas

Ditanya mengenai penggunaan tenaga dan gas, Dr Harald Link menegaskan bahawa tenaga boleh diperbaharui seperti solar penting untuk alam sekitar, namun ia perlu digabungkan dengan teknologi bateri dan gas. Katanya, kos dan kapasiti bateri litium-besi masih menjadi cabaran, justeru sumber gas kekal relevan sebagai pelengkap kepada tenaga hijau.

“Loji janakuasa gas kami di Thailand mencatat pelepasan 30 peratus lebih rendah berbanding grid nasional. Ia bukan sahaja lebih cekap tetapi turut menyumbang kepada usaha menjadikan dunia lebih hijau,” jelasnya.

Bercakap tentang keistimewaan syarikat B.Grimm, Dr Harald Link berkata keistimewaan syarikat yang diterajuinya serta nilai yang dibawanya berlainan berbanding pelabur lain. Kata beliau “B.Grimm menekankan semangat perkongsian serta profesionalisme dalam setiap usaha”.

“Kami tidak melihat diri sebagai sekadar pembekal tetapi rakan kongsi. Pekerja kami juga dianggap rakan kongsi dalam kejayaan bersama,” katanya.

Beliau turut menekankan semangat perintis sebagai teras syarikat, termasuk pembangunan digital twin yang membolehkan keseluruhan operasi loji dianalisis dan disimulasikan melalui komputer bagi meningkatkan kecekapan serta mengurangkan gangguan operasi.

“Kami telah memulakannya, dan ia membantu mengurangkan gangguan operasi dan kami  menjadi sangat cekap, sangat produktif”

Saya tidak kata kami jauh berbeza dengan yang lain, tetapi keunikan yang kami miliki inilah yang kami cuba lakukan.

Persekitaran Sabah boleh menepati impian kami, dan saya harap kami juga dapat menepati keperluan Sabah katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/27/b-grimm-sedia-bawa-kepakaran-bantu-bangunkan-tenaga-sabah/feed/ 0 80134
Gas Asli Terus Pacu Pertumbuhan Ekonomi Sabah https://sabahmedia.com/2025/08/20/gas-asli-terus-pacu-pertumbuhan-ekonomi-sabah/ https://sabahmedia.com/2025/08/20/gas-asli-terus-pacu-pertumbuhan-ekonomi-sabah/#respond Wed, 20 Aug 2025 02:59:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=79615
Read Time:4 Minute, 49 Second

KOTA KINABALU —  Sabah tidak boleh secara realistik menjadikan gas sebagai “bahan api peralihan” dalam usaha menuju tenaga boleh baharu (TBB). Ini kerana sebanyak 90% penjanaan elektriknya sudah bergantung kepada gas asli.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengarah Urusan Sabah Oil and Gas Development Corporation Sdn Bhd (SOGDC), Datuk Harun Ismail, dasar peralihan tenaga negara yang menggunakan gas asli sebagai jambatan bersih antara arang batu dan TBB lebih relevan di Semenanjung Malaysia. Ia berdasarkan hakikat arang batu masih menyumbang antara 50%–60% dalam campuran penjanaan tenaga.

“Memandangkan campuran penjanaan (generation Mix) kita sudah pun 90% terdiri daripada gas asli, kita tidak boleh lagi menggunakan gas asli sebagai bahan api peralihan daripada gas kepada TBB. Jadi, kita perlu mencari bahan api lain dalam peralihan menuju penggunaan TBB sepenuhnya” kata beliau kepada Sabah Media.

“Pada asasnya, Sabah perlu merangka visinya sendiri kerana latar belakang kita berbeza; campuran bahan api di Semenanjung dan Sabah tidak sama,” katanya.

Sinar Cerah Industri Gas Sabah

Mengulas mengenai industri gas di Sabah, Harun menekankan prospek yang jelas dan menguntungkan.

Katanya, industri gas di Sabah sangat berpotensi seperti mana di Sarawak, yang mempunyai projek LNG mereka. Di Sabah, kira-kira 320 juta kaki padu gas sehari akan digunakan untuk loji LNG terapung (ZLNG) yang kini sedang dibina di Korea. Projek ini dijangka menghasilkan kira-kira dua juta tan metrik LNG setahun.

Loji terapung itu dijangka siap dan memulakan operasi di Sipitang Oil and Gas Industrial Park (SOGIP) pada awal tahun 2027. Pembinaan jeti di SOGIP juga sedang berjalan dan dijangka siap sebelum tarikh tersebut.

“Projek ini akan memberi impak ekonomi yang tinggi kepada wilayah kita kerana ia akan menambah hasil negeri. Kerajaan negeri telah mengumumkan akan menerima 25% pegangan saham dalam projek ini melalui SMJ Energy, yang akan memberikan pulangan dividen yang besar.

“Selain itu, hasil kerajaan negeri juga akan meningkat melalui kutipan cukai jualan. Jadi, penggunaan gas asli sama ada dalam bentuk cecair untuk eksport atau untuk industri lain sememangnya mendatangkan banyak kebaikan,” katanya.

Usaha Cari Gali Baharu

Ditanya mengenai rizab gas semasa, beliau berkata Petronas dan syarikat-syarikat Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC) sedang giat menjalankan aktiviti cari gali, kebanyakannya di perairan pantai barat Sabah.

Namun, usaha cari gali juga dilakukan di pantai utara dan timur. Baru-baru ini, satu blok di perairan Sandakan telah dianugerahkan selepas penemuan sedikit gas di sana, yang mungkin boleh digunakan untuk penjanaan kuasa atau industri, walaupun jumlahnya tidak begitu besar.

Sementara itu, rundingan kerajaan Malaysia dan Indonesia (G2G) sedang berlangsung berkaitan blok ND6 dan ND7 di sempadan Kalimantan-Sabah.

“Saya difahamkan terdapat rizab minyak dan gas yang besar di kawasan tersebut. Jika gas dari sana dibawa ke darat, lokasinya belum diputuskan. Mendaratkannya di SOGIP mungkin terlalu jauh, jadi kemungkinan besar ia akan didaratkan di pantai timur.

“Pilihan lain adalah memprosesnya di laut melalui satu lagi loji LNG terapung. Walau apa pun keputusannya, ia akan memberikan pulangan tinggi kepada Sabah dari segi penyertaan ekuiti

Industri Gas Bakal Memanfaatkan Rakyat

Menurut Harun, berdasarkan pengalaman menguruskan SOGIP, projek ini dijadikan model untuk membangunkan kawasan perindustrian di tempat lain.

SOGIP menyediakan peluang pekerjaan besar serta limpahan ekonomi kepada peniaga kecil di sekitar Sipitang.

“Ia bukan hanya memberi impak yang amat signifikan kepada hasil cukai kerajaan negeri dan persekutuan, tetapi ia turut membuka peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan. Malah, peniaga kecil turut mendapat tempias daripada projek ini apabila mereka dapat mengembangkan perniagaan mereka”

“Apabila ramai pekerja berada di sana, permintaan terhadap barangan dan perkhidmatan meningkat, memberi manfaat kepada penjual sayur, ikan, dan sebagainya. Keadaan ini sudah pun berlaku di Sipitang. Jika dahulu tiada, kini sudah banyak gerai jualan di luar SOGIP,” katanya.

Tambah beliau, salah satu kesan positif lain yang dinikmati penduduk kawasan itu adalah peningkatan nilai hartanah.

“Nilai sewa premis meningkat mendadak. Sebagai perbandingan, kadar sewa untuk sebuah rumah banglo dengan standard yang sama adalah lebih tinggi di Sipitang berbanding di Kota Kinabalu.

“Saya difahamkan ada sebuah rumah disewa dengan harga RM10,000 sebulan di sana, sedangkan di sini mungkin hanya sekitar RM2,000–RM3,000. Ini menunjukkan bagaimana pelaburan industri secara tidak langsung memberi manfaat kepada rakyat,” katanya.

Keperluan Pelaburan Antarabangsa Bersama Kepakaran Industri Tenaga

Menurut Harun, beliau amat menggalakkan pelaburan antarabangsa demi meningkatkan kepakaran dalam industri tenaga.

Baru-baru ini, kerajaan negeri mengumumkan tiga lagi tapak perindustrian baharu: satu di Kudat untuk Ekonomi Biru, satu di Kota Belud, dan satu lagi di Beaufort.

Kesemua tapak ini memerlukan perancangan komprehensif untuk menentukan jenis industri yang sesuai serta bekalan tenaga yang stabil, dan kerajaan sedang berusaha keras menanganinya.

Memandangkan Kawasan Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) dan SOGIP sudah hampir penuh, taman-taman perindustrian baharu ini akan membuka ruang kepada pelabur dalam dan luar negara untuk melabur di Sabah.

“Sabah adalah negeri yang sangat mesra pelabur. Proses kelulusan dipercepat melalui Pusat Sehenti (One-Stop Center) yang dikendalikan oleh Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan (MIDE). Buktinya, SOGIP berjaya dipenuhkan dalam tempoh kurang dari tiga tahun.

“Namun, cabaran utama adalah menyediakan bekalan tenaga yang stabil, kos efektif, dan lestari. Perlu difahami bahawa pembinaan sebuah loji janakuasa mengambil masa tiga hingga lima tahun, tidak termasuk proses kelulusan. Jadi, kita tidak boleh menjangkakan projek yang diumumkan hari ini akan siap pada bulan hadapan,” jelasnya.

Beliau menambah, pengumuman kerajaan baru-baru ini menyatakan bahawa bekalan gas adalah mencukupi untuk pelabur berimpak tinggi sedia ada. Namun, jika ada lagi projek baharu yang memerlukan gas dalam jumlah besar, ia mungkin perlu ditangguh sehingga bekalan baharu ditemui.

Untuk rekod, Kementerian Ekonomi pada Februari lalu memaklumkan bahawa Malaysia bakal melancarkan Pelan Hala Tuju Gas Asli pada suku kedua atau ketiga tahun ini, dalam usaha mengukuhkan sektor tenaga dan menarik lebih banyak pelaburan.

Dengan sumbangan semasa bernilai RM52 bilion kepada ekonomi, gas asli dijangka kekal sebagai komponen penting dalam campuran tenaga negara.

“Namun, pelaksanaan yang berkesan memerlukan keseimbangan dan pendekatan kolaboratif bagi menangani cabaran utama industri ini,” kata Kementerian itu lagi.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/20/gas-asli-terus-pacu-pertumbuhan-ekonomi-sabah/feed/ 0 79615
Parti Warisan perlu hentikan politikkan masa depan minyak dan gas Sabah – Gordon https://sabahmedia.com/2025/07/09/parti-warisan-perlu-hentikan-politikkan-masa-depan-minyak-dan-gas-sabah-gordon/ https://sabahmedia.com/2025/07/09/parti-warisan-perlu-hentikan-politikkan-masa-depan-minyak-dan-gas-sabah-gordon/#respond Wed, 09 Jul 2025 14:12:34 +0000 https://sabahmedia.com/?p=77012
Read Time:2 Minute, 21 Second

KOTA KINABALU: Exco Pergerakan Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Gordon Horace Chin menggesa Parti Warisan agar menghentikan permainan politik berkaitan masa depan industri minyak dan gas Sabah.

Beliau berkata, kenyataan Ketua Wira Warisan, Datuk Azis Jamman mengenai penyertaan Sabah dalam sektor itu mencerminkan betapa parti berkenaan masih gagal memahami cabaran sebenar serta kemajuan yang telah dicapai di bawah kepimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

“Azis bersuara lantang tetapi jelas tidak memahami struktur industri minyak dan gas, termasuk Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC), risiko sektor huluan, dan tanggungjawab mengurus dana awam. Pandangannya bukan sahaja mengelirukan, malah berisiko menjejaskan kestabilan kewangan negeri,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Menurutnya, langkah yang diambil oleh SMJ Energy syarikat milik penuh kerajaan negeri adalah strategi yang bertanggungjawab dan berhemah apabila memfokuskan kepada aset yang telah terbukti menguntungkan serta hanya menyertai projek eksplorasi selepas penemuan dibuat.

“SMJ Energy bukan lambat bertindak, sebaliknya membuat keputusan berasaskan risiko dan manfaat sebenar. Melalui Perjanjian Kerjasama Komersial (CCA) dengan Petronas, Sabah kini mempunyai kepentingan besar termasuk 50 peratus dalam PSC Samarang, 10 peratus dalam LNG9 dan 25 peratus dalam SAMUR.

“SMJ bukan sekadar nama di atas kertas. Ia bernilai RM5 bilion dan telah membayar dividen RM160 juta kepada kerajaan negeri,” katanya.

Gordon turut menafikan dakwaan bahawa terbitan sukuk RM900 juta untuk pengambilalihan Sabah International Petroleum (SIP) merupakan satu bentuk ‘bailout’ seperti didakwa pemimpin Warisan.

Katanya, SIP ketika itu berdepan hutang besar yang sebahagian besarnya terkumpul semasa Presidennya sendiri menjadi Pengerusi syarikat tersebut, dengan hutang mencecah RM1.7 bilion menjelang 2020 dan berisiko menenggelamkan Sabah Development Bank (SDB).

“Kalau kerajaan GRS tidak bertindak, SDB mungkin gagal memenuhi obligasi bon dan mencetuskan krisis kewangan. Terbitan sukuk itu adalah langkah penstrukturan semula yang bersih dan berjaya.

“Ia terlebih langgan 3.9 kali, mendapat penarafan AAA dan diiktiraf sebagai Malaysia’s Best Non-IPO Fundraising Deal tahun 2023,” katanya.

Menurut beliau, penstrukturan tersebut membolehkan SIP membiayai semula hutang dengan kadar faedah lebih rendah, menjimatkan lebih RM60 juta setahun dan memulihkan kestabilan SDB.

“SMJ Energy kini terus berkembang kukuh berasaskan kecekapan pengurusan, bukan kronisme atau perakaunan kreatif seperti masa lalu,” katanya.

Dalam pada itu, Gordon turut membidas dakwaan Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal kononnya pentadbirannya berjasa menyelesaikan pembayaran bon kerajaan RM1 bilion pada 2019.

“Hakikatnya, bon yang diterbitkan pada 2014 telah dibayar menggunakan dana pelunasan (sinking fund) yang diwujudkan sejak awal. Pembayaran itu telah dirancang bertahun lebih awal dan bukan hasil inisiatif kerajaan Warisan,” katanya.

Beliau berkata, cubaan Warisan untuk mengelirukan rakyat dengan separuh kebenaran dan retorik politik hanya menunjukkan mereka semakin terdesak melihat kejayaan kerajaan sedia ada.

“Kami, Pemuda PGRS, berdiri teguh menyokong halatuju yang dirintis Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor serta kepimpinan ekonomi Datuk Seri Masidi Manjun. Taruhannya terlalu besar untuk Sabah kembali ke belakang.

“Cukuplah dengan retorik kosong. Masa depan Sabah mesti dibina dengan tanggungjawab, keyakinan dan perancangan jelas,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/09/parti-warisan-perlu-hentikan-politikkan-masa-depan-minyak-dan-gas-sabah-gordon/feed/ 0 77012
Sabah sebagai Hab Tenaga Masa Depan Malaysia, Gas Asli Menjadi Pemacu Utama Ekonomi https://sabahmedia.com/2025/06/29/sabah-sebagai-hab-tenaga-masa-depan-malaysia-gas-asli-menjadi-pemacu-utama-ekonomi/ https://sabahmedia.com/2025/06/29/sabah-sebagai-hab-tenaga-masa-depan-malaysia-gas-asli-menjadi-pemacu-utama-ekonomi/#respond Sun, 29 Jun 2025 04:06:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=76350
Read Time:5 Minute, 12 Second

KOTA KINABALU,  – Kedudukan geostrategik Sabah dan sumber gas aslinya yang melimpah menjadikan negeri ini tumpuan baharu dalam pelan jangka panjang tenaga negara. Di tengah-tengah cabaran bekalan elektrik yang masih membelenggu kawasan luar bandar dan juga zon perindustrian, pendekatan berasaskan gas asli dilihat sebagai pemangkin kepada transformasi tenaga dan pemacu pembangunan ekonomi mapan negeri.

Untuk itu Sabah kini berada pada persimpangan penting untuk menjadi hab tenaga utama negara, sejajar dengan aspirasi nasional untuk mencapai pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050. Rangka kerja tenaga baharu ini turut menyasarkan pembentukan ekosistem ekonomi moden yang bersandarkan kepada pembangunan infrastruktur gas dan pelaburan strategik.

Untuk rekod, Sabah merupakan salah satu negeri pengeluar gas asli terbesar di Malaysia, menyumbang kira-kira 8% daripada jumlah keseluruhan pengeluaran gas negara pada tahun 2018. Sehingga tahun 2019, Sabah mempunyai lebih 11.67 trilion kaki padu standard (Tscf) rizab gas asli, mewakili sekitar 15% daripada jumlah rizab gas asli negara.

Sumber gas asli asli di Sabah terdiri daripada gas ‘lean’, iaitu gas yang mempunyai kandungan metana yang tinggi (sekitar 90%). Ciri kimia gas ini menjadikannya sangat sesuai untuk penjanaan tenaga dan penghasilan bahan petrokimia berasaskan rantaian metana seperti metanol, urea dan derivatif ammonia.

Cabaran Membekalkan Bekalan Eletrik yang Stabil

Walaupun pelbagai usaha telah dirangka dan diterjemahkan melalui pemodenan grid, masalah gangguan bekalan elektrik yang kerap kali muncul khususnya di kawasan industri dan luar bandar menjejaskan keyakinan pelabur. Pergantungan tinggi pembekalan yang menggunakan penjanaan diesel yang terbukti  mahal dan ketidakseimbangan antara permintaan serta kapasiti penjanaan telah mengehadkan pertumbuhan sektor pembuatan dan pelabuhan utama di negeri ini.

Situasi ini menuntut penyelesaian jangka sederhana yang mampan dan mampu menangani isu keselamatan tenaga tanpa melengahkan aspirasi peralihan kepada sumber boleh diperbaharui.

Malah Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor pada April lalu  berkata Sektor tenaga akan terus memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi masa depan Sabah

Katanya Sabah dikurniakan dengan sumber tenaga boleh diperbaharui yang banyak dan berpotensi menawarkan prospek yang kukuh untuk menyumbang secara signifikan kepada transformasi negeri dan negara menuju ekonomi berimpak tinggi.

“Sektor tenaga telah menjadi enjin pertumbuhan yang kritikal bagi ekonomi Sabah selama beberapa dekad lepas, memberikan sumbangan yang besar kepada ekonomi negeri.

“Adalah menjadi harapan saya untuk melihat sektor tenaga Sabah terus berkembang sambil memberikan kesan sosial yang positif untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat,” katanya ketika  Persidangan Tenaga Boleh Diperbaharui Sabah 2025: Koridor untuk Mengubah Visi kepada Realiti (SAREC 2025) di Kota Kinabalu baru-baru ini,


ASEAN , Rangkaian GRID dan Gas Asli: Penyelesaian Peralihan dan Jambatan ke Arah Tenaga Bersih

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof mahu pelaksanaan rangkaian Grid Kuasa ASEAN (ASEAN Power Grid, APG), menjadi pemangkin kepada perdagangan tenaga rentas sempadan yang lebih menyeluruh dan mampan.

“Hydro banyak tertumpu di Mekong, manakala potensi solar dan angin berada di negara-negara maritim seperti Filipina, Indonesia dan Malaysia. Justeru, kita perlu menghubungkan potensi ini agar semua negara ASEAN dapat menikmatinya secara bersama,” katanya  ketika menyampaikan ucaptama pada Mesyuarat Peralihan Tenaga anjuran Forum Ekonomi Dunia (WEF) di ibu negara,  bulan lalu.

Menurut beliau, ASEAN dijangka memerlukan kapasiti penghantaran antara wilayah sekurang-kurangnya 24.4 GW menjelang 2040, melibatkan pelaburan lebih AS$770 bilion.

“Ini bukan sekadar angka, tetapi peluang untuk membina daya tahan tenaga, mengurangkan kebergantungan kepada bahan api fosil, dan merangsang industri hijau baharu,” jelasnya.

Dan melihat kepada peluang dan kekuatan yang dimiliki oleh Sabah dalam menjadi pemain industri yang menyokong usaha itu ,serta dapat  penawaran tenaga yang bersih dan stabil, , gas asli tampil sebagai bahan api peralihan yang paling praktikal iaitu bersih, stabil, dan terkawal yang dimiliki wilayah ini.

Penggunaan gas asli membolehkan Sabah menstabilkan grid tenaga dalam jangka sederhana, sekaligus mengurangkan kebergantungan terhadap diesel serta memenuhi keperluan tenaga pelabuhan, zon ekonomi khas dan taman-taman industri.

Ini turut dimasukkan di dalam Rancangan Induk Tenaga Sabah (Sabah Energy Master Plan) yang menggariskan peranan gas sebagai jambatan strategik ke arah penggunaan meluas tenaga boleh diperbaharui, termasuk solar dan hidro pada masa hadapan.

INFRASTRUKTUR GAS PEMANGKIN EKONOMI BAHARU

Justeru Pembangunan infrastruktur gas bukan sahaja menjawab keperluan tenaga, malah mewujudkan kesan berganda ke atas ekonomi negeri. Projek-projek utama seperti pengaktifan zon perindustrian di Lahad Datu, Kimanis dan Sipitang dijangka mewujudkan ribuan pekerjaan berkemahiran tinggi serta menarik pelaburan dalam logistik LNG, loji janakuasa, dan kemudahan pelabuhan.

Kemudahan seperti saluran paip gas, terminal LNG dan loji janakuasa terkini membentuk asas kepada ekosistem ekonomi baharu yang lebih moden dan lestari, sekaligus menambah daya saing Sabah di mata pelabur serantau.

KERJASAMA DI RANTAU ASIA

Melihat kepada negara jiran, Sabah wajar melihat transformasi tenaga yang dilaksanakan oleh sebuah syarikat tenaga berpangkalan di Thailand yang telah membina reputasi kukuh di peringkat Asia Tenggara.

Ditubuhkan pada tahun 1878, B.Grimm bermula dengan pembukaan dispensari perubatan Eropah yang pertama di Thailand, dan sejak itu berkembang menjadi peneraju utama dalam sektor tenaga di rantau ini. Kini, syarikat tersebut mengendalikan sebanyak 65 loji janakuasa dengan jumlah kapasiti melebihi 4,000 megawatt, termasuk kemudahan tenaga boleh diperbaharui.

Komitmen syarikat terhadap kelestarian terbukti melalui pembangunan sistem bersepadu yang menggabungkan teknologi gas, solar dan penyimpanan bateri, di samping penglibatan aktif dalam pembangunan komuniti setempat.

Kerjasama strategik dengan syarikat seperti B.Grimm dijangka mempercepatkan pemindahan teknologi, memperkukuh kebolehpercayaan sistem serta meningkatkan keyakinan pelabur terhadap ekosistem tenaga Sabah yang sedang berkembang.

Penjajaran dengan Agenda Nasional dan Iklim Global

Berbalik semula kepada Pelan tenaga Sabah diselaraskan dengan sasaran nasional untuk menjamin bekalan elektrik yang stabil di seluruh negeri dalam tempoh lima hingga sepuluh tahun akan datang, ianya akan menjadi pemangkin dan mempercepatkan lagi  kemasukan pelaburan langsung asing (FDI), dan memposisikan Sabah sebagai hab tenaga bersih menjelang 2040.

Inisiatif ini juga selari dengan komitmen Malaysia terhadap perubahan iklim global, iaitu untuk mencapai pelepasan karbon sifar bersih (net-zero) menjelang tahun 2050.

Sabah kini berhadapan dengan peluang unik untuk mendefinisikan semula kedudukan strategiknya dalam sektor tenaga negara dan rantau. Dengan strategi gas sebagai bahan api peralihan dan kerjasama dengan pemain antarabangsanegeri ini bersedia untuk melonjak sebagai peneraju tenaga bersih yang bukan sahaja menepati kehendak pasaran, malah memberi manfaat terus kepada rakyat.

Gabungan dasar yang konsisten, pelaburan infrastruktur berskala besar dan keterlibatan sektor swasta akan menjadi pemangkin kepada ekosistem tenaga baharu yang lebih stabil, lestari dan inklusif  dan paling penting ianya bukan hanya untuk Sabah semata-mata , tetapi untuk Malaysia secara keseluruhan.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/29/sabah-sebagai-hab-tenaga-masa-depan-malaysia-gas-asli-menjadi-pemacu-utama-ekonomi/feed/ 0 76350
DUN Sabah : Saya Tumbuk Meja, Keluar Bilik Rundingan – Masidi https://sabahmedia.com/2022/03/21/dun-sabah-saya-tumbuk-meja-keluar-bilik-rundingan-masidi/ https://sabahmedia.com/2022/03/21/dun-sabah-saya-tumbuk-meja-keluar-bilik-rundingan-masidi/#respond Mon, 21 Mar 2022 06:37:33 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13263
Read Time:1 Minute, 38 Second

KOTA KINABALU :  Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun bertegas tidak akan berlembut dalam soal menuntut hak Sabah.

Beliau turut memberi jaminan akan memastikan misi untuk mengembalikan hak Sabah terhadap minyak dan gas akan mencapai kejayaan yang dikehendaki rakyat negeri ini.

“Saya akan tumbuk meja jika tidak puas hati dalam rundingan berkaitan tuntutan minyak dan gas Sabah dan saya sanggup keluar bilik rundingan.

“Pasal gas jangan risau. Walaupun saya ini orang kampung, orang Dusun atau orang bukit dari Ranau saya akan pasti mempertahankan hak Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Warisan-Senallang) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah disini hari ini.

Mohd Shafie bertanya mengenai usaha kerajaan negeri dalam memastikan hak minyak dan gas Sabah benar-benar dikembalikan kepada negeri ini seperti yang dituntut menerusi rundingan dengan PETRONAS.

Sebagai ketua pasukan rundingan kerajaan negeri dalam perundingan berkaitan hak minyak dan gas dengan kerajaan Pusat dan PETRONAS, Masidi berkata, hasil ketegasan kerajaan negeri, PETRONAS bersetuju membangunkan fasiliti minyak dan gas terapung di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP).

Katanya, projek itu akan dilaksanakan pada tahun ini seperti yang sudah dipersetujui.

“PETRONAS sudah bersetuju membina fasiliti ini di SOGIP, tiada toleh-toleh lagi dan insyaAllah akan dilaksanakan pada tahun ini,” katanya.

Sementara itu, satu lagi soalan tambahan berkaitan kerahsiaan rundingan dengan PETRONAS oleh Datuk Yong Teck Lee (ADUN Dilantik), Masidi menjelaskan perkara itu adalah kelaziman dalam amalan perniagaan.

Masidi berkata, kerahsiaan itu hanya berlaku ketika perundingan masih dijalankan tetapi isi rundingan akan terdedah dengan sendirinya apabila perkara yang dirundingkan berjaya dan menjadi kenyataan.

“Contohnya kita diberi hak ambil alih ekuiti syarikat PETRONAS, apabila sampai kita ambil alih ia akan didedah kepada orang ramai, tapi memandangkan ada saingan dalam perniagaan, ia dirahsiakan ketika rundingan.

“Namun, satu demi satu akan didedahkan juga kepada awam apabila tiba masanya. Itu niatnya kerahsiaan itu, bukan tidak mahu beritahu atau ada sesuatu yang kita mahu sembunyikan, tiada niat seperti itu,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/21/dun-sabah-saya-tumbuk-meja-keluar-bilik-rundingan-masidi/feed/ 0 13263
Kerajaan Negeri Lancar Pelan Induk Gas Sabah https://sabahmedia.com/2022/01/04/kerajaan-negeri-lancar-pelan-induk-gas-sabah/ https://sabahmedia.com/2022/01/04/kerajaan-negeri-lancar-pelan-induk-gas-sabah/#respond Tue, 04 Jan 2022 07:30:26 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10688
Read Time:2 Minute, 39 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor melancarkan Pelan Induk Gas Sabah, iaitu kerjasama antara Kerajaan Negeri dan Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) sebagai pemacu pelaburan dalam sumber gas asli Sabah.

Bercakap di pelancaran Pelan Induk Gas Sabah di Menara PETRONAS 2 di sini hari ini, Hajiji berkata ia menandakan satu lagi peristiwa penting bagi Sabah selepas menandatangani Perjanjian Kerjasama Komersial (CCA) pada 7 Disember tahun lalu.

Pelan Induk itu mengetengahkan tiga peluang pelaburan utama yang berlainan ciri untuk sumber gas asli Sabah, yang pertama ialah pembinaan loji gas asli cecair (LNG) dengan kapasiti 2.0 juta tan setahun (MTPA) di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP). Kemudahan LNG, yang pertama di negeri ini juga akan memberi peluang kepada Sabah mengembangkan pengedaran LNG di seluruh negeri melalui aktiviti seperti sistem saluran paip maya, membolehkan lebih banyak perniagaan perindustrian dan komersial mengakses serta menggunakan gas asli sebagai sumber tenaga yang lebih bersih.

Kedua, Kerajaan Negeri Sabah akan mengambil peranan yang lebih menonjol dalam menerajui aktiviti pemasaran dan pengedaran gas di Sabah, dengan 120 MMscfd bekalan gas akan disediakan bagi pembangunan industri utama di negeri ini. Gas asli itu akan dibekalkan dari Terminal Minyak dan Gas Sabah di Kimanis serta Terminal Gas Sabah di Tuaran.

Sebagai tanda kemajuan hasrat itu, pemeteraian perjanjian induk (HOA) telah ditandatangani antara Sabah Energy Corporation Sdn Bhd dan PETRONAS
untuk pembekalan 70 MMscfd gas asli, serta pertukaran dokumen HOA yang ditandatangani sebelum ini untuk 50 MMscfd bekalan gas asli, bagi kegunaan di Sabah yang disaksikan oleh Ketua Menteri.

Ketiga, Pelan Induk ini menekankan satu set derivatif pilihan petrokimia untuk Sabah bagi menarik pelabur, yang berdasarkan keperluan pasaran dan prospek masa depan, iaitu memanfaatkan bahan mentah yang sedia ada di dalam negara.

Sementara itu, Hajiji berkata beberapa cadangan juga telah disyorkan kepada Pelan Induk yang merangkumi lebih banyak aktiviti cari gali gas asli bagi memastikan bekalan mampan, pelan pembangunan komprehensif untuk Sabah mesti dirangka bagi mewujudkan lebih banyak industri tambah nilai di Sabah termasuk pembangunan hiliran petrokimia.

“SOGIP mesti dijadikan tapak pelaburan minyak dan gas hiliran utama Sabah pada masa hadapan, tetapi masih banyak kerja perlu dilakukan untuk menjadikannya lebih menarik kepada pelabur, katanya.

“Cadangan lain adalah mengenai keperluan untuk menilai bakat tempatan yang sedia ada dan dipertingkatkan bagi memenuhi keperluan industri minyak dan gas, serta industri pembuatan dan pembinaan.

“Sebuah entiti negeri perlu dikenalpasti untuk memantau pelaksanaan cadangan Pelan Induk Gas Sabah,” katanya.

Hasil daripada penyelidikan bersama yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri dan PETRONAS terhadap industri minyak dan gas bagi mendapatkan pulangan ekonomi jangka panjang untuk Sabah dan rakyatnya, Pelan Induk Gas Sabah telah diperakui oleh Kabinet Negeri pada Oktober tahun lalu.

“Ia adalah bukti usaha kolaboratif antara kedua-dua pihak untuk meneruskan potensi penuh industri gas asli domestik secara mampan,” katanya.

“Kerjasama PETRONAS dalam Pelan Induk Gas Sabah amat kami hargai, termasuk dalam usaha untuk merangsang ekosistem pelaburan yang menarik dan berdaya saing untuk pelabur.

“Adalah menjadi aspirasi saya untuk Sabah mempertaruhkan tuntutannya yang sah dan melakar jalan yang memberi manfaat kepada rakyat Sabah serta generasi akan datang. Kami akan terus berusaha untuk pembangunan yang saksama bagi memastikan terdapat banyak peluang kepada rakyat Sabah untuk membangun dan mereka akan menikmati manfaat ketara daripada usaha yang dijalankan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/04/kerajaan-negeri-lancar-pelan-induk-gas-sabah/feed/ 0 10688
Hajiji Umum Penubuhan Syarikat Minyak & Gas Milik Penuh Negeri Sabah – SMJ Petroleum Sdn Bhd https://sabahmedia.com/2021/12/07/hajiji-umum-penubuhan-syarikat-minyak-gas-milik-penuh-negeri-sabah-smj-petroleum-sdn-bhd/ https://sabahmedia.com/2021/12/07/hajiji-umum-penubuhan-syarikat-minyak-gas-milik-penuh-negeri-sabah-smj-petroleum-sdn-bhd/#respond Tue, 07 Dec 2021 09:59:34 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9493
Read Time:3 Minute, 50 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mencatatkan kejayaan bersejarah apabila Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan penubuhan syarikat minyak dan gas milik penuh negeri itu – SMJ Petroleum Sdn Bhd.

Penubuhan SMJ Petroleum Sdn Bhd adalah keputusan Perjanjian Kerjasama Komersial (CCA) yang dimeterai antara Kerajaan Negeri Sabah dan syarikat minyak nasional, Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) pada Selasa.

“CCA ini adalah dokumen yang paling penting antara Sabah dan PETRONAS sejak 16 Jun 1976, apabila perjanjian pembayaran tunai (royalti) dipersetujui, yang ditandatangani antara Sabah dan PETRONAS. Majlis menandatangani CCA hari ini sememangnya menandakan era baharu dalam industri minyak dan gas Sabah,” kata Hajiji.

“Sejajar dengan terma dan syarat CCA, kerajaan negeri berhasrat menubuhkan syarikat milik penuhnya untuk terlibat secara aktif dalam industri minyak dan gas.

“Sehubungan itu, saya berasa gembira mengumumkan penubuhan SMJ Petroleum Sdn Bhd yang akan menerajui penyertaan komersial negeri dalam industri minyak dan gas serta menyelaras semua syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri yang sedia ada bagi memastikan terma dan syarat CCA berjaya dilaksanakan untuk kepentingan Sabah dan rakyatnya,” katanya.

“Adalah menjadi aspirasi rakyat kita bahawa Sabah akan mendapat lebih banyak daripada industri minyak dan gasnya,” katanya.

Ketua Menteri berkata satu Jawatankuasa Bersama telah ditubuhkan oleh Majlis Khas Perjanjian Malaysia 1963 untuk membincangkan penglibatan secara komersial Sabah dalam industri minyak dan gas antara Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan PETRONAS.

Sebelum penubuhan Jawatankuasa Bersama, beliau berkata kerajaan negeri dan PETRONAS telah pun mengambil inisiatif sendiri dengan mengadakan perbincangan bermula 8 Oktober 2021, dan dua bulan kemudian selepas beberapa mesyuarat diadakan, CCA dimuktamadkan.

“Ini menunjukkan PETRONAS dan kerajaan negeri boleh bekerjasama dalam pembangunan industri minyak dan gas di Sabah.

“Komitmen kedua-dua kerajaan negeri dan PETRONAS telah memudahkan Kerajaan Persekutuan kerana hanya satu Mesyuarat Jawatankuasa Bersama untuk kedua-dua pihak mencapai titik persamaan yang ditetapkan dalam CCA,” katanya.

Jawatankuasa Bersama telah diadakan pada 1 Disember 2021, yang mana Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk mengesahkan dan memudahkan penguatkuasaan CCA.

Hajiji yang juga Menteri Kewangan negeri mengulangi kenyataannya ketika membentangkan Belanjawan 2022 Sabah pada Jumaat lalu, bahawa CCA akan membolehkan Sabah mendapat penyertaan perkongsian hasil yang lebih besar dalam perkara berkaitan minyak dan gas melalui rangka kerja perundingan komersial dengan PETRONAS pada masa yang sama memastikan Sabah mengekalkan hak perundangannya.

Beliau juga memberi jaminan bahawa CCA akan mewujudkan persekitaran yang lebih inklusif untuk industri minyak dan gas di Sabah termasuk luar pesisir dan darat.

“Bersama PETRONAS, Sabah akan membangunkan industri minyak dan gas dengan memastikan situasi menang-menang untuk negeri ini serta mewujudkan imej baharu bagi industri itu,” katanya.

“Kerajaan Negeri Sabah menerusi syarikatnya (SMJ Petroleum Sdn Bhd) akan mendapat bimbingan daripada PETRONAS supaya Sabah boleh menjadi antara pemain industri yang kukuh,” katanya.

Ketua Menteri juga mengumumkan penubuhan beberapa jawatankuasa di bawah kerjasama berkenaan iaitu Dialog Strategik Tahunan (ASD), Jawatankuasa Penyelarasan Bersama (JCC) serta jawatankuasa-jawatankuasa kecil dalam bidang `Upstream, Domestic Gas Supply, Equity Investments in LNG & Downstream businesses, Oil & Gas Services & Equipment Industry dan Human Captial Development & Other State matters’ akan ditubuhkan yang mana ahlinya adalah daripada kerajaan negeri dan PETRONAS.

Melalui jawatankuasa itu, Sabah akan memastikan penyertaan dan kawalan yang lebih besar dalam industri minyak dan gas melalui pelan pembangunan dan penyertaan dalam aktiviti minyak dan gas di negeri ini termasuk dalam Pelan Induk Gas Sabah, projek LNG serta penglibatan dalam Product Sharing Contract (PSC).

“Sebagai Ketua Menteri, saya akan bersama-sama mengetuai ASD dengan Pengerusi PETRONAS, Tan Sri Dato ’ Seri Mohd Bakke Salleh. ASD ialah platform perbincangan tertinggi bagi memastikan Sabah mendapat manfaat sepenuhnya daripada CCA pada masa hadapan,” katanya.

Hajiji berkata PETRONAS juga bersetuju menyerahkan hak untuk mengakses data dalam industri minyak dan gas Sabah yang akan memudahkan perbincangan dalam ASD, JCC dan jawatankuasa teknikal di bawahnya.

Selain itu, CCA akan membenarkan penyertaan syarikat atau kontraktor dari Sabah dalam Program Pembangunan Vendor dan PETRONAS akan berusaha untuk memberikan lebih banyak kontrak kepada rakyat Sabah dalam proses tender, katanya.

Apa yang penting, beliau berkata PETRONAS juga komited untuk membayar tunai royalti minyak dan Cukai Jualan Negeri sebagai sebahagian daripada perjanjian perkongsian hasil yang lebih besar.

“Adalah penting untuk dinyatakan di sini bahawa CCA akan memelihara hak perundangan negeri dengan menyediakan perlindungan menyeluruh demi kepentingan negeri,” katanya.

Dalam konteks ini, Hajiji berkata kerajaan negeri merakamkan terima kasih atas komitmen Kerajaan Persekutuan dan PETRONAS yang sentiasa mendengar tuntutan Sabah dari segi hak minyak dan gasnya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada jawatankuasa teknikal CCA yang diketuai oleh Datuk Seri Masidi Manjun untuk kerajaan negeri bersama Ir. Mohamed Firouz Asnan dari PETRONAS serta Datuk Sri Lim Haw Kuang, anak kelahiran Sabah yang merupakan bekas pengerusi Shell Malaysia atas usaha mereka untuk memastikan CCA menjadi kenyataan.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/07/hajiji-umum-penubuhan-syarikat-minyak-gas-milik-penuh-negeri-sabah-smj-petroleum-sdn-bhd/feed/ 0 9493