Gaubg – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 21 Apr 2025 09:25:18 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Gaubg – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 4 lelaki cedera, kereta terhumban ke gaung sedalam 7 meter https://sabahmedia.com/2025/04/21/4-lelaki-cedera-kereta-terhumban-ke-gaung-sedalam-tujuh-meter/ https://sabahmedia.com/2025/04/21/4-lelaki-cedera-kereta-terhumban-ke-gaung-sedalam-tujuh-meter/#respond Mon, 21 Apr 2025 09:23:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=72409
Read Time:38 Second

Oleh FLORIETA DIET

TAWAU: Empat lelaki cedera selepas kenderaan jenis Nissan Navara yang dinaiki mereka terbabas dan terhumban ke dalam gaung sedalam tujuh meter di kawasan kuari Kukusan, Jalan Tanjung Batu Laut, tengah hari tadi (21 April).

Ketua Balai BBP Tawau, TPgB II Jemishin Ujin berkata, Pusat Gerakan Operasi BBP Tawau menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 1:34 petang.

Pasukan bomba Tawau seramai tujuh anggota bergegas ke lokasi kejadian dan tiba pada jam 1:42 petang.

“Semua mangsa berjaya dikeluarkan oleh pekerja kuari sebelum pasukan bomba tiba. Pasukan bomba memberikan rawatan awal kepada mangsa sebelum mereka dihantar ke hospital. Keempat-empat mangsa berumur di antara 31 hingga 46 tahun,” katanya.

Tambahnya lagi, operasi dikawal sepenuhnya dan ditamatkan pada jam 2:07 petang.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/21/4-lelaki-cedera-kereta-terhumban-ke-gaung-sedalam-tujuh-meter/feed/ 0 72409