Gaung – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 31 Aug 2026 23:35:14 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Gaung – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Tiga lelaki maut, seorang cedera kereta terbabas masuk gaung https://sabahmedia.com/2026/09/01/tiga-lelaki-maut-seorang-cedera-kereta-terbabas-masuk-gaung/ https://sabahmedia.com/2026/09/01/tiga-lelaki-maut-seorang-cedera-kereta-terbabas-masuk-gaung/#respond Mon, 31 Aug 2026 23:31:53 +0000 https://sabahmedia.com/?p=102585
Read Time:58 Second

LAHAD DATU: Tiga lelaki maut manakala seorang lagi cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung sedalam kira-kira lima meter di Jalan Hutan Simpan Bagahak, di sini, malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 7.38 malam sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu dikejarkan ke lokasi.

Menurutnya, pasukan bomba tiba di lokasi dan mendapati kemalangan membabitkan sebuah kereta Proton Aeroback yang dipercayai terbabas sendiri ketika melalui selekoh sebelum terjunam ke dalam gaung sedalam kira-kira lima meter.

“Tiga lelaki dewasa disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang berada di lokasi kejadian.

“Mayat ketiga-tiga mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, seorang lagi lelaki dewasa mengalami kecederaan dan dihantar ke hospital menggunakan ambulans KKM untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Namun menurutnya, identiti kesemua mangsa belum diperoleh.

Operasi ditamatkan pada jam 8.45 malam selepas pasukan bomba memastikan keadaan di lokasi kejadian selamat dan tiada lagi bahaya. Operasi turut dibantu pihak polis dan KKM. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/09/01/tiga-lelaki-maut-seorang-cedera-kereta-terbabas-masuk-gaung/feed/ 0 102585
Dua maut, pacuan empat roda terjunam 60 meter ke dalam gaung https://sabahmedia.com/2025/05/29/dua-maut-pacuan-empat-roda-terjunam-60-meter-ke-dalam-gaung/ https://sabahmedia.com/2025/05/29/dua-maut-pacuan-empat-roda-terjunam-60-meter-ke-dalam-gaung/#respond Thu, 29 May 2025 03:40:59 +0000 https://sabahmedia.com/?p=74736
Read Time:1 Minute, 4 Second

KOTA KINABALU: Dua lelaki maut manakala seorang lagi cedera selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung sedalam kira-kira 60 meter di Kilometer 43 Jalan Tambunan-Penampang (Gunung Emas), malam tadi (28 Mei).

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.40 malam itu, mangsa yang memandu kenderaan berusia 54 tahun dan seorang penumpang lelaki berusia 49 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan.

Seorang lagi penumpang lelaki tempatan berusia 29 tahun pula mengalami kecederaan dan telah dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton berkata, siasatan awal mendapati kenderaan jenis pacuan empat roda itu dalam perjalanan dari arah Tambunan ke Penampang sebelum dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke dalam gaung.

“Kedua-dua mangsa yang maut telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth I di Kota Kinabalu untuk tujuan bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sehubungan itu, orang ramai yang menyaksikan kejadian diminta tampil menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Saparia Ladoni di talian 019-8095133.

“Orang awam juga dinasihatkan supaya lebih berhati-hati ketika memandu dan tidak menyebarkan sebarang gambar atau video berkaitan kejadian di media sosial bagi menjaga sensitiviti keluarga mangsa,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/29/dua-maut-pacuan-empat-roda-terjunam-60-meter-ke-dalam-gaung/feed/ 0 74736
Pemandu maut tertimbus selepas lori treler terjunam dalam gaung https://sabahmedia.com/2025/01/24/pemandu-maut-tertimbus-selepas-lori-treler-terjunam-dalam-gaung/ https://sabahmedia.com/2025/01/24/pemandu-maut-tertimbus-selepas-lori-treler-terjunam-dalam-gaung/#respond Fri, 24 Jan 2025 03:11:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=67377
Read Time:1 Minute, 5 Second

RANAU: Seorang lelaki berusia 30 tahun maut tertimbus selepas lori treler yang dipandunya membawa muatan tiang elektrik (konkrit) terbabas dan terjunam ke dalam gaung di Kampung Nabutan, Ranau pada pagi Khamis.

Pasukan bomba berusaha mengeluarkan mangsa tertimbus di bawah lori treler yang terbabas.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 8:41 pagi.

Katanya, sepasukan Bomba dan Penyelamat Ranau (BBP Ranau) yang tiba di lokasi kejadian pada jam 9:12 pagi itu mendapati lori tersebut terjatuh ke dalam gaung sedalam 50 meter, dengan pemandu tersepit di bawah lori.

“Pasukan bomba segera melaksanakan operasi menyelamat dengan menggunakan peralatan khas untuk menggali tanah bagi mengeluarkan mangsa. Namun, usaha awal tersebut menemui kegagalan.

“Pada jam 6:00 petang, bantuan kren berat dari Kota Kinabalu tiba, namun tiga percubaan mengangkat lori itu juga tidak berjaya. Pasukan bomba kemudian mengubah strategi dengan memindahkan lebih 60 batang tiang simen yang menghalang proses penyelamatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, mangsa berjaya dikeluarkan pada jam 2.50 pagi. Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) di lokasi kejadian.

“Mayat mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan lanjut,” katanya.

Setelah memastikan tiada bahaya lain di lokasi kejadian operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 3:12 pagi.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/01/24/pemandu-maut-tertimbus-selepas-lori-treler-terjunam-dalam-gaung/feed/ 0 67377